Friday, September 26, 2008

Adat dan Budaya (part 2)

Sambungan dari entry yang lepas....(baru dapat idea nih!!) Masyarakat kelantan memang kuat berpegang kepada agama, mungkin ada sedikit persamaan dgn orang terengganu.

  • Sembahyang hajat biasa dilakukan untuk bakal ibu (menggantikan upacara melenggang perut), membeli kereta baru (atau second hand,air sembahyang hajat tu direnjis atasnya pulak), sebelum membuat rumah, sebelum mengadakan majlis tertentu (kenduri kahwin, kenduri naik rumah baru dll), doa utk pengantin...dan lain2. Jadi mereka ni memang banyak majlis laa...


  • Semangat gotong-royong masih lagi ada, baru2 ni tie buat kenduri naik rumah baru @ kenduri arwah, ramai yg dtg (setelah dijemput mek), sampai tak ada kerja nak buat. Oleh kerana kenduri tu kira sedekah, tetamu yang hadir dtg membawa satu atau dua kilo gula, susu atau biskut...Sampai bertimbun gula tu kat rumah tie (dah macam kedai jual gula, laa...)...Itupun separuh dah disedekahkan kepada rombongan gotong royong tuh.


  • Kiranya nak buat kenduri (be'wah-bahasa klate), org akan tanya..'mengilae ke?' Maksudnya kena bayar ke?...kalau bayar, dlm RM5 atau RM10 ikut mampu...kalau tak mengilae, mereka akan bawak gula atau susu atau sekut mengikut kemampuan...Org johor tak gitu, tau..hihi..Tapi bagus gak....lepas tu gula dan susu tak payah beli lagi...


  • Raya Korban di klate meriah kerana ramai yang mengadakan korban. Dulu masa baru kahwin, nilai 1/7 bahgian hanyalah RM130....tapi sekarang ni dah naik sampai RM300. Tapi mereka tetap buat korban walaupun ramai yang dari golongan kurang mampu. Yang ada lembu sendiri, ini lah peluang mereka, sambil buat korban utk diri sediri, mereka akan jual bahagian yg lebih tu..kira kongsi seekor lembu dgn 7 org. Daging korban tu akan diagih2kan kpd saudara mara dan org2 kampung.


  • Majlis Aqiqah (ngeqah-bahasa klate) juga meriah..keluarga hubby biasa buat pagi jumaat, buat pulut kuning dll..Oleh kerana hubby ni keturunan 'raja', anak dibalut kain kuning..masa nak bersalin pun direntang kain kuning..(bab ni tie tak berapa suka laa..sebab rimas.)


  • Org klate suka sangat bersedekah..Malah kalau gi beli kat pasar tu...mesti makcik pasar akan bagi segenggam lada .....memang dah kebiasaan kot. Dan barang kat pasar sana murah laa...Mereka pun mesra sangat...seronok gi beli nih..hihi..


  • Adat masa makan ni ikut sunnah nabi...Makan nasi kena habiskan semua, sebutir nasi pun tak leh tinggal dan tak digalakkan minum air sehinggalah selesai makan..(tapi kalau takut tercekik, dibenarkan) Dan mereka ni suka makan dgn tembikai (timun cina). Org ganu pun gitu, kan...


  • Masa dlm pantang, ibu yang baru bersalin diberi makan nasi bersama ikan kering, daging atau hati bakar...air minum sikit je..tapi mek bagi tie tembikai...( tie pun makan laa...tapi mak kata tembikai tu sejuk..) Tie dulu bersalin anak sulong di klate, hubby kata nanti anak mudah nak beli tanah.


  • Hanya anak kelahiran klate aje boleh beli tanah kat sini. Jadi orang luar tak boleh..Ini untuk melindungi klate dari dipenuhi oleh orang luar..bagus idea tuh...Tgk aje Johor...sampai org johor sendiri tak mampu nak beli rumah .


  • Hubby ada gelaran nama Tuan, jadi semua anak2 tie bermula dgn Tuan....tak kira la yang perempuan tu..Aneh bunyinya tapi hubby kata kalau dibuang 'Tuan' tu kot2 nanti susah nak kenal saudara esok2 kelak. 'Tuan' menunjukkan keturunan raja, selain dari 'Raja', Bila seorang lelaki 'Tuan' berkahwin dgn orang biasa mcm tie ni, anak2 boleh diletakkan nama depannya 'Tuan', tetapi jika seorang perempuan 'Tuan' berkahwin dgn org biasa (mcm adik ipar tie tu)..anak2 nya digelar 'Nik'....Yang lain2 tie tak tau..


  • Keturunan Raja?? Kalau gitu ramai laa keturunan raja di klate ni..Tie pernah tanya hubby....kenapa lak tak jadi raja...(saja nak sakat) Hubby jawab " Dulu kalah perang laa...tgk kaki nih...kan bengkok sikit (berkeluk) sebab mudah nak naik kuda!!" Ye laa tu....Kalau hubby raja, tentu dia cari princess kat mana2 ceruk tuh..hi hi...


  • Seperti kata Neeza,...ramai org klate kahwin lebih dari satu...Tie pun tanya hubby...Katanya ..."Org klate kuat gi kedai kopi, so selalu balik lewat mlm...bila first wife taknak bukak pintu, dia boleh balik rumah 2nd wife...kalau tak bukak gak, kahwin lagi satu..."Macam cerita P.Ramlee daa....mudah sangat...


  • Kenapa org klate kuat gi kedai kopi.? Sebab kat situ mereka dapat maklumat terkini...orang sakit ke..kematian...orang baru bersalin...anak kena tahan lokap...orang nak buat be'wah...dan macam2 lagi la. Kira internet juga, kan..hihi...


  • Akhir sekali...bahasa. Mesti dah penat membaca nih..hi hi...Hmmm...bahasa klate memang unik..macam bahasa2 negeri lain gak...Tie perhatikan Chinese klate pun fasih sampaikan pandai akad jual beli..(kena hati2)..Chinese ganu pun pandai gak. Masa baru2 kahwin ada beberapa perkataan yang menarik perhatian tie..


  • Malah (maksudnya malas- terang2 malas nak bunyikan s......hi hi..)
  • Jendera (maksudnya tido, mula2 ingat jentera...)
  • nanak (maksudnya tanak nasi)
  • jerit (maksudnya menangis....ingat jerit apa )
  • tubek (silent k- maksudnya keluar...mungkin dari perkataan terbit kot..)
  • lembik lutut (gitu la maksudnya)
  • tak chaekak (tak larat)
  • guling2 (baring2...mek kata'Gi laa guling2 tu...)
  • tok sey (tak nak)
  • kecek (cakap)
  • ghoyak (beritahu)
  • degha' (jalan-jalan)
Ok laa...tentu dah 'tak chaekak' nak baca lagi ni...Seronok gak kenal budaya orang lain..tapi tie masih kurang pandai bahasa klate ni...kalau kecek laju masih terngaga lagi..hi hi...




______________oooOooo______________




AWARD DAN KAD RAYA DARI TIRANA








Tie nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Tirana yang sudi meluangkan masa, memberi tie kad raya dan award ni..Terima kasih dan Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir dan Batin


______________oooOooo______________




Kad raya dari Umie@KakYong



Tie juga dapat kad raya ni dari Umie@KakYong. Terima kasih . Tie benar2 menghargainya..Selamat hari Raya dan maaf zahir dan batin.


__________oooOooo__________




Kad raya dari Manje



Kad ni tie baru je terima..Terima kasih manje. Kak tie ni sibuk sangat..rasa2nya tak sempat nak tepek kat rumah ni..Nanti lepas raya kak tie buat , ok...Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin..


Tie juga nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung Memori nih..Kiranya Tie pernah terkasar bahasa , maaf la...Tie tak sengaja. Tie akan rehat dari menulis entry baru sehingga lah pulang dari Klate..So..jaga diri baik2, hati2 ketika memandu, ketika memasak tu, tgk2 lah si kecil, ok....Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!

Thursday, September 25, 2008

Jamu mata


Kuih lapis ni tie dah lama tak buat...berapa tahun , yek..tak ingat la..

Petai ni jiran bagi, so tie buat sedikit sambal tumis petai dan udang...

Tie lebih suka sambal ikan bilis, tapi dah habis lak..terpaksa guna udang yang ada tu..Macam ini la rupa sambal tumis petai kak tie, Cat....Kak tie makan sorang je..hubby tak makan sebab bila puasa seleranya lain sikit...Saja tak buang kaki udang tu...supaya rasanya lebih manis.

Hubby gi Marang, beli pari ni khas utk Tie...Memang susah nak cari pari, biasa ikan tuka (anak pari) yang banyak...Tie terus masak asam pedas ala johor...Sedap tau....

Dah jadi blog masakan lak ni..tak pe laa...dah tak de cerita ni.. Cili crab ni menu 2 hari lepas...Ia kelihatan kurang merah kerana tie masukkan sebiji telur yg dipukul..Selain dari beri rasa ummph!!, ia juga dpt memekatkan sikit kuahnya. Rasanya tak pedas pun..budak2 kecil boleh makan laa....So lepas ni siapa2 yang tak ada idea nak masak ni , boleh cuba laa....


______________oooOooo______________

Award dari Ahmoi

Tie terima award ni dari Ahmoi.....Kak tie ambil satu je...letih la posa2 ni.....Mata pun macam nampak kelabu je......Terima kasih la ahmoi, ye...Selamat Hari Raya..


______________oooOooo______________


Kad Raya dari Fatrina


Baru dapat kad raya dari Fatrina ni...Mekasih dek ooiii....Selamat Hari Raya...makan la kuih2 tu dan hidangan hari raya..tak yah diet2...bila dah macam kak tie ni..badan dah XXL terpaksa la fikir 2, 3 kali...takut tak muat la baju raya tu....


______________oooOooo______________

Kad Raya dari Kin Hashim

Adoi..malunya...hari tu dalam sibuk2 dan kecoh2 sampai tercicir kad raya nih..Maaf la Kin......Sejak jadi makcik ni selalu je terlupa dan tercicir barang...hi hi... Nanti kak tie tepek ye..Selamat Hari Raya....

Tuesday, September 23, 2008

Adat atau Budaya


Bangsa Melayu kita ni memang kaya dengan adat dan budaya, tetapi ianya berbeza (mungkin tak banyak) dari satu2 tempat atau negeri. Tie perasan setelah berkahwin dengan hubby yang berasal dari Kelantan.
Apa yang tie tulis ni mungkin ada silapnya tetapi itulah tie alami selama tie kenal kehidupan kampung di kelantan. Jika ada sesuatu yang tidak benar harap ada yang sudi perbetulkan, ya.

  • Mula2 nak kahwin, keluarga sebelah hubby, sibuk mencari tarikh yang sesuai untuk hari nikah. Begitu juga ayah dan emak tie. So kami bersepakat tentang tarikhnya..tiada masaalah pun.
  • Tapi bila tiba majlis kenduri, hubby beriya2 nak bayar kos makan rombongan sebelah kelantan. Tie rasa pelik...Menurut hubby, memang sudah menjadi adat kiranya pihak pengantin perempuan mengadakan kenduri kahwin, org yang datang dari pihak lelaki mesti bayar (dulu RM5 sekepala, skrg RM10 sekepala)dan pihak lelaki akan mengutip wang dari mereka dan bayar pada pihak perempuan.
  • Pihak perempuan pula mesti menyediakan makanan khas untuk rombongan itu. Perkara ini juga berlaku sebaliknya bila pihak pengantin lelaki buat kenduri . Tapi kalau pihak pengantin mampu atau suka, mereka takkan kutip wang dari rombongan mereka. Kami org johor tak pulak buat begitu...sesiapa pun boleh dtg, pemberian wang kepada mak pengantin pun tak dimestikan.

  • Masa kenduri di kelantan, keluarga hubby buat majlis khatam quran sekali...rasa2 semua orang buat begitu. Tapi kenduri tu adalah kenduri arwah ayah hubby. Tetamu yang hadir tetap memberi wang (sebagai sedekah ) dan kami pula dapat hadiah sebagai ganti.. untung juga , kan....
  • Sesi bertandang ke rumah - Keesokkannya mula lah kami berdua pergi ke rumah2 saudara dan jiran hubby...Ramai betul...tak larat sampai naik kembong perut minum air... malam baru dapat rehat. Itu pun puas tie pujuk abang nak rest dulu. Esoknya sambung lagi. Rasanya satu kampung kami keluar masuk rumah org, tunjuk muka seposen....Kadang2 tie kena dera disuruh buat air kat dapur mereka, di suruh menanak nasi (time ni hubby interframe...katanya banyak lagi rumah nak gi nih!!....sayang hubby)

  • Walaupun penat, hasilnya lumayan, tau...Hampir 30 helai kain batik, beberapa helai tuala dan kain pasang tie angkut...he he ...Ada lagi beberapa helai dan tie masih guna lagi...Oh ya...setiap kali tie balik, mek mesti tanya dapat apa...kadang2 tie keliru yang mana satu tuannya bagi...Tujuan mek tanya ni supaya dia boleh balas benda yang sama bila tiba masanya nanti...

  • Orang kelantan ni murah hati, tau...Kalau melawat org sakit, melawat org bersalin(bab ni memang ramai tetamu dtg melawat), atau melihat anak kecil, mesti dihulurkan duit...(org negeri lain pun gitu ke??) Anak2 tie tu mewah dgn duit...kalau balik kampung ada aje org bagi duit kat mereka...(mama mereka tukang kutip) Sekarang ni dah besar, tak ada lagi laa....

  • Mek pulak ada beberapa petua...Kalau nak perah santan kena perah 3x (sekarang ni guna santan dah siap, lagi senang), begitu juga tika basuh beras. Tie buat ikut suka saja (tika dia tak nampak, hi hi ) Nak start masak pun kena tanak nasi dulu...lepas tu baru proceed yang lain2 tu..Tie pulak buat terbalik...dah siap masak lauk baru nak tanak nasi...teruk betul, kan...Mek tak marah tapi nampak la reaksi kurang senang dia tu..Sebabnya..mana tau kot2 ada org dtg, sekurang2 nasi dah masak..

  • Oh ya...org kelate (org kampung) ni makan tak banyak lauk..Tapi nasi mesti banyak..Kalau ada budu dengan ikan kering pun mereka boleh makan dengan seleranya..Bagus laa tak memilih sangat..Jadi kalau sedara2 hubby dtg rumah tie tak gelabah sangat...apa2 yang ada dlm fridge tu tie hidangkan..Janji nasi kena tanak lebih sikit. Berbeza dgn keluarga tie...(tak tahu lak org johor yg lain), lauk kena sedap, sekurang2nya ada ayam kalau nak hidang untuk tamu..

  • Kat kelate biasa makan nasi berlauk sebagai sarapan. Mula2 tie tak biasa. Mungkin kerana orang kampung kerja keras, ramai yang mengerjakan sawah, menoreh dan menanam...Tie pulak biasa makan roti dan kuih2. Masa mek tinggal di rumah tie , tie cuma hidangkan roti bakar sebagai breakfast...(bertuah punya menantu!!) lalu mek pergi goreng nasi sendiri...kesian dia...lapar agaknya..Sekarang ni dah tahu, so pagi2 masak nasi lemak atau goreng bee hoon (kalau dia ada kat rumah tie).

  • Kalau pergi rumah org kat kelate ni mesti dipelawa makan nasi...tak kira la pukul berapa...So tie kena buat gitu bila sedara hubby datang rumah...Dtg pukul 3 ptg pun kena nanak nasi laa...hu hu...Kalau tak kita dikatakan sombong..tak nak gitu...

  • Keluarga hubby suka lauk singgang, terutama tulang masak singgang...Selama ini Tie ingat tulang hanya boleh dibuat sup aje...Dapat la resepi baru...sedap gak . Ketumbar(mereka panggil rempah) dan lengkuas bahan utamanya......Singgang terengganu mungkin lain sikit... tak pernah lak rasa...(ada sesiapa nak sponsor??) Lain2 masakan kelantan ialah solok lada (tie suka nih), percik, nasi dagang (nasinya guna beras merah), nasi kerabu (pun sedap) dan macam2 jenis kerabu.

Sebenarnya ada banyak lagi perbezaan budaya keluarga hubby dan tie...letih lak memikirnya..Nanti sambung lagi laa...

____________oooOooo_____________


AWARD DARI MAK SU





Award ni tie terima dari Mak su....tie ambil satu je, ye...tak larat nak pikul puasa2 nih...Terima kasih mak su kerana ingat pada tie di sini... Walaupun dah ada tapi tie ambil dan tepek nama Mak su, ye... Terima kasih sekali lagi....


_______________oooOooo______________

KAD RAYA DARI AKAK


Ini kad raya dari Akak...dah lama dapat tapi baru sekarang nak buat announcement ni..maaf lah akak...bulan puasa ni selalu pening2 sikit..(alasan manja)...


Duit raya ni pun Akak yang bagi...tie akan simpan buat kenangan...Terima kasih banyak2 la Akak.


______________oooOooo______________



HADIAH DARI SEJENAK BERSAMAKU






Ketupat dan duit euro tu dari Kin Hashim...Jauh tu.... Terima kasih Kin....Susah payah kin bagi kak tie ni...belum raya lagi dah dapat ketupat, ye... Sekali lagi, terima kasih untuk semua.



______________oooOooo______________



Kad raya dan award ni adalah dari Suzi...jauh juga...Semoga Suzi berbahagia di hari raya ini bersama keluarga tersayang....Terima kasih, ye.....

Monday, September 22, 2008

Menu mengelat!!


Hari ni hubby nak berbudi dgn 'adek'..So dia belikan tie nasi briayani dan lauk kambing. Tie apa lagi terima aje dengan senyum simpul..Agaknya dia kesian kat tie..rindu kan masakan johor. Tu laa Neeza...tie dah jangkit dari neeza lak..makan nasi briayani ni..hi hi..



Rasa nasi briayani ni kira okey laa...memang sesuai jika menggunakan beras basmathi. Eh..nak komen masakan orang ni..


Tapi lauk kambing ni bukan briayani laa...pandai sangat komplen..hihi..Tengok warnanya je dah tahu..warna briayani kambing atau lembu biasanya jauh lebih gelap. Bau briayani pun tak de.. Rasa lauk ni macam gulai biasa dan pedasnya , mak ooiii.... Tu tie saja tabur daun sup, kasi makeup laa... Sorry..gambar blur sikit..(Ish..nak kena beli kamera baru ,nih..)


Nanti bila datang angin rajin tie akan masak briayani johor yg asli...(orang singapore pun pandai masak ni..hi hi nak bodek Kak Elle lak..)Caranya mudah cuma bahan2nya byk..Nak cari daun pudina dulu..tu yg leceh...Kat giant tu kekadang aje ada..Time nak buat selalu tak ada..

Yang ini hidangan special tie...Tie masak sendiri laa...namanya..jeng jeng jeng....Spicy barbecue chicken...Anak2 suka makan ayam madu kat pasar malam tu...Jadi tie buat laa sendiri...Caranya..mudah je..eh..semuanya mudah kalau biasa dok dapor (asyik nak naik lift je..hihi..)
Mula2 masak kuah pedas ayam dulu...Macam sambal tumis tu...tapi lebihkan manisnya...kalau nak, bubuh la madu...Ayam tu potonglah ikut suka...grill dulu sikit(nak keringkan airnya pastu celup dlm kuah pedas tu...dan grill sampai masak..bukan sampai hangus, tau...Kalau nak masak sekali dgn kuah pedas dulu pun boleh tapi air ayam akan keluar dan kena tunggu kuah pedas tu pekat semula...


Adoi...rasa lapar lak..ish tak baik kan sebut lapar tika puasa ni....Hmmm....Tadi gi tgk puteri mandi suzi tuh terliur lak...Nak cari tepung pulut lak dlm fridge ni...eh..kelapa parut tak ada laa...lain kali saja la suzi...he he ...alasan...


___________ooooOoooo___________

KAD RAYA DARI TULIP77


Ho ho....Tie dapat kad raya...eh bukan main suka lagik...padahal org lain dah lama dapat..hu hu..

Terima kasih Tulip77.....eh tak tau lak nak cakap apa...suka sangat2....Thanks alot and Happy Hari Raya....kecek omputih lak..hihi..

Saturday, September 20, 2008

Menu dan Tag


Hari ini masakan tie pelik sikit...Mula2 masak Caramel Pudding...jadi omputeh jap...Tapi gara2 terlalu rajin, tie kukus je..dlm kuali lak tu..hi hi..Mesti omputeh geleng kepala...


Alamak...hasilnya tak berapa cantik laa...mukanya tak licin dek tergopoh2 tadi..hu hu..Tak pe..janji rasanya sedap...Resepinya ada merata2 dlm internet ni...Ada yang guna cream, susu cair...ada gak guna susu pekat...ikut selera laa....


Haaa....ini pula laksa penang. Tu laa...makan puding dgn laksa...Nasib laa....ikut selera tukang masak...Tekak ni dah tak lalu nak makan nasi. Tengok laksa kat bazaar tu...teringin nak buat sendiri...Ni tie buat first time tau...jadi la jugak.


Kat bawah ni untuk budak2 tu...Goreng kentang dengan sosej..Biasa tie rajin buat potato wedges sendiri..tapi ni dah ada dlm freezer...so senang je laa....


Sosej tu nampak lain sebab tie salut tepung sikit sebelum goreng...Kalau goreng keropok lekor pun tie buat gitu...Napa yek?? Sebabnya tie geli tengok benda tu bogel laaa......hi hi....



_______________oooooOooooo________________


TAG DARI NRINA


Adoi...kena tag lagi..Ini pulak dari Nrina...Baca betul2 tau!!

1. Berapa pasang baju raya anda tahun ni dan kaler apekah?
Dua Pasang je..Warna pastel , warna kegemaran....dah tua2 ni tak leh lak pakai warna garang2... Tie minat baju blouse dan pants...baju kurung berlambak tak pakai...Pakai tika kenduri atau majlis rasmi..hihi..

2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Ketupat johor dan rendang...Sejak kahwin dgn hubby, kena tukar taste...jadi ketupat daun palas..rendang tak tinggal tau!!

3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
Tart nenas dan bangkit...kuih bangkit kena import dari Johor...kat ganu ni tak ada laa..

4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
Lebih kurang RM100 - RM200 kot...tak kira lak..

5. Apakah aktiviti malam raya korang?
Paling sibuk, kali ni sebab nak buat kat rumah baru di klate...Nak masak rendang, ketupat dah order, kemas apa2 yang patut, yg lain2 tak leh beritahu...rahsia..he he...Ish..harap2 tak pengsan malam tu!!

Ok..dah siap pun.....lega....

Friday, September 19, 2008

Ayah dan Mak

Hari ini tie ingin buat entry khas buat mak dan ayah yang telah membesarkan tie hingga menjadi seorang yang bertanggung jawab terhadap keluarga, bertimbang rasa terhadap org2 sekeliling(naik lift kejap) dan pandai mengambil hati hubby dan mentua (kira bodek laa tu..hi hi..)

Gambar perkahwinan mereka ini diambil kira2 44 tahun yang lepas... Agak2 tie dilahirkan selepas berapa tahun , yek? Jeng jeng jeng.... Tak boleh bagi tahu...rahsia..hi hi... Kalau sekali pandang macam tie dengan hubby lak.. Mak pun kata gitu...Kelakarnya....



Ini ayah tengah action duduk atas vespa, tak pandai bawak pun, vespa tu abang dia punya...Ayah seorang guru, masa tu menjadi seorang guru adalah sesuatu yang membanggakan...sekarang tak tau laa yek.

Ini la mak tie...tapi tu kek birthday tie...napa laa bagi adik potong lak?? Mak kata ramai nak potong kek tie tu...habis lunyai dibuatnya...tie dah potong dulu...gambarnya hilang laa..Sedih betul...Kek tu dibuat khas oleh arwah mak long tie...Dia baru meninggal dunia beberapa bulan yang lepas...Malah baju birthday tie pun dia buatkan.

Wajah mak macam Chinese kan.. Mak pernah cerita, masa ayah nak ngorat mak, dia selalu belikan mak biskut sultana. Pastu bawak mak gi jalan2 kat Singapore, naik bas. Bila balik, habis kena marah ....he he...Dating jugak mak ni....


Ini kereta pertama ayah. Masa mula2 baru beli , bergilir la ayah angkut adikberadik dan saudara mara dia gi jalan pusing2. Maklum la masa tu kira mewah la bila ada kereta. Adik beradik ayah lak 8 orang. Mak kata kecoh sekali. Tu kat pantai lido, Johor Bahru.

Ini pulak kereta kedua...volvo..nampak bengkak je kan..Tie masih ingat lagi...bunyi dia macam keretapi lak. Ayah selalu bertukar2 kereta. Tu gambar tie. Nampak teruk kan..Entah apa fashion baju tie tu. Dah la pakai spec tebal .

Tie tak ingat nak angkut gambar2 mak dan ayah masa balik kota hari itu. Nyesal pulak. Mak dan ayah memang pasangan yang ideal. Ayah memang tak gemar makan kat luar. Kalau dia pergi mana2 sekali pun mesti makan kat rumah, masakan mak. Mak pulak seorang yang amat penyabar.

Walaupun masa tu mak tak ada elaun macam tie, tie tak pernah dengar rungutan dia. Nak beli kelapa parut harga 30sen pun kena minta ayah. Mungkin itu cara orang dulu, duit semua ayah yang pegang. Tapi mak kini mewah. Setiap bulan anak2 kirim duit walaupun mak tak minta. Mak pula jadi macam orang bergaji, belanja barang dapur dgn duit sendiri.

Ayah pula walaupun telah pencen , tak duduk diam pun. Mungkin dia dah biasa kerja. Lepas subuh terus pergi pasar, lepas tu godek2 PC dia, baca akhbar , godek2 lak barang tukang dia dan macam2lah.. Dia dulu hobinya mengail, bertukang, photography dan berburu. Sibuk2 jadi ahli jawatankuasa masjid, dulu pernah jadi bendahari tapi terpaksa undurkan diri kerana tak tahan dengan kerenah ahli2 lain... Tie tak sangka org sanggup guna duit masjid untuk kepentingan diri sendiri. Takut pulak dengar cerita ayah.

Ayah kelihatan letih masa tie balik kota sebelum puasa ni, rasa sedih lak. Dia selalu gak hantar sms, bertanyakan masakan berbuka, hal cucu2 dia dan bercerita tentang masakan mak. Masa tie balik hari tu, dia bagi beberapa barangnya pada anak lelaki tie. Tie rasa amat terharu. Umurnya 71 tahun. Tie sentiasa harap dan berdoa agar ayah dan mak panjang umur, sentiasa bahagia dan selamat, di dunia dan akhirat.

______________ooooOoooo______________

AWARD DARI CENDAWANINTIM



Masa tie gi jalan2 ke blog cendawanintim..tiba2 dapatlah award untuk blogger paling cun..Hmm ..kembang kempis hidung ni....mula laa berangan naik stage dgn baju blink2 dan kasut tumit tinggi tuh.. Mekasihlah cendawanintim, walaupun tak antar surat notice..kita dengan muka tak malunya gi ambik jugak..

Award dari Tirana


Nampaknya musim award belum reda..Tie ambil award ni dari Tirana (dia bagi, tau)...Terima kasih kerana ingat pada tie.. Selalu je menerima tapi tak pernah memberi. Terima kasih Tirana. Selamat menyambut hari raya!!!

Thursday, September 18, 2008

Menu simple

Menu hari ini ialah sup tulang ala siam dan ayam paprik (kena cakap thai lak..Mae aii..)

Sup ni sebenarnya senang je. Rebuskan daging atau tulang dulu, sejukkan..kemudian masuk dlm peti ais..(jangan buang air rebusan tu..) Bila nak masak , buanglah lemak beku tu...kurang laa sikit kolesterolnya..hi hi..nak ngelat laa...



Haa..mula2 ketuk 1 atau 2 ulas bawang putih, ketuk juga sedikit halia dan hiris bawang besar..Tumis kesemuanya sampai wangi..boleh lah bubuh kulit kayu manis dan rempah2 sup tu.. Sikit je laa...nanti kalau byk sangat pening lak baunya...

Bila dah brownish sikit bawang tu, masukkan daging atau tulang bersama air rebusan tu..Didihkan, masukkan garam dan tomato (satu kemestian). Kalau nak, boleh bubuh celery gak..Sedap tu.. Bila nak hidang taburkan sikit bawang goreng dan daun ketumbar. Hmmm.....wanginya..Oh ya..lupa lak...perahkan sikit limau nipis..


Ayam paprik ni lagi lah senang... tie suka masak yang senang2 je.. Mula2 goreng ayam yang dipotong kecil2 dulu separuh masak...jangan garing sangat nanti keras lak.. Lepas tu tumis lah bawang putih yang diketuk jugak ( tie suka main ketuk2 ni..), bawang besar yg dipotong dadu dan sedikit paste lada kering (kalau boleh blender sendiri , buat byk2 simpan dlm peti sejuk).

Bila dah 'naik minyak' boleh bubuh tomato sauce, sedikit air, sedikit sos tiram. Masukkan ayam tu, hirisan lada, hirisan baby corn, bunga kobis...ikut lah suka..Kacau rata , rasa ikut selera, bubuh garam dan mungkin sedikit gula... Kalau ada anak kecik tu tak payah laa bubuh lada...Masakan siam ni pedas..tak cukup lada kecil ditambah lak serbuk lada sulah...Sampai berasap mulut daa...



_____________oooooOooooo_____________



Jenjalan keliling rumah



Hari tu tie dah buang tebiat..jalan2 keliling rumah dengan camera ni..sambil2 snap apa2 yang ada...Jangan2 jiran tie mengintai tak?? Ooo ...lantak laa...dah boring sangat...Memang biasa tie terperap dlm rumah...Mungkin jiran2 rasa pelik , napa laa dia ni tiba2 pusing2 kat luar tu..hi hi...

Haa...yang kat atas tu pokok ulam raja...biasa je..rasa2 ramai yang ada pokok ni...Tapi ulam raja ni bukan tie yang tanam...Budak bertuah tu laa..Isha...Dia bukan main asyik lagi tabur benih nya...jaga pokok takut di mesin oleh tukang mesin rumput!!


Yang ini cekur manis...entah berapa kali tie tuai...tapi tetap tumbuh yang baru...Sedap di masak lemak bersama keledek..Manisnya... Sesuai dengan namanya...

Pokok pandan ni tie tanam untuk wangikan nasi, atau tika buat syrup. Haaii...lupa lak nak buang daun2 kering tu...Ni lah kalau dah asyik berblogging..kebun sekecil ni pun tak terjaga..he he..

Panjang lagi umur pokok lada ni, kan...Sentiasa berbunga dan berbuah walaupun hidupnya di celah simen...Pedas juga lada ni...hubby makan dengan budu je...Tie tak tahan pedasnya..hu hu..

Akhir sekali, kangkung ni tumbuh meliar...bukan tie punya sebenarnya...jiran sebelah (dah lama pindah, so rumah kosong laa...) Tengok laa...sampai berbunga lak. Boleh juga kutip buat goreng belacan lagik, yek...

___________ooooOoooo___________

AWARD DARI KIN


Tie baru saja terima award ni dari Kin....terima kasih...kena cari tempat nak tepek ni...kang merajuk lak kin ni...Macam menang lumba kuda lak...dapat blue ribbon..he he..Thanks again..kin..

Tuesday, September 16, 2008

Anak Bongsu

Sebenarnya tie dah habis idea ni...so..tie nak cerita pasal budak bertuah ni...



Ini adalah Tuan Nur Farisha...mama dia yang bagi nama...nak bubuh nama pun susah, hubby nak nama simple... mula2 nak bubuh nama Alesya tapi hubby buat2 tak dengar je...so...ternampak nama Farisha kat paper hari tu...kebetulan nama anak seorang ustat (tak ingat siapa laa...)..hubby pun tak leh nak komen...

Masa ni umur 8 bulan agaknya...eh tak ingat lak..Isha ni (Nama glamour) satu2 anak tie yang tak pernah merangkak. Nak tahu?? Sebab mamanya tak bagi dia merayap2 kat karpet tu takut kena asma mcm abangnya..So..bila dah boleh duduk terus sumbat dalam walker tu..kat situ laa dia membesar...(kejamnya mama dia ni..)


Sekarang ni dah tahun 4..Pergi sekolah naik basikal...Sekolah dekat je...keluar pagar quarters ni terus masuk pagar sekolah...Alhamdulillah...mama tak leh drive jadi tuhan tu maha mengasihi...Cuma mama sorang je tak boleh kayuh benda ni...hu hu...budak2 tu bersungguh2 suruh mama mereka belajar berbasikal tapi mamanya takut...

Haaa...ini pulak anak kesayangan Isha...Sshhh...dia tak tahu mama dia snap gambar rabbit ni..Umurnya dah 8 tahun...mata , hidung dan ekor dah hilang...Bajunya dah lusuh (malas nak buat baru) dan telinganya pun entah berapa kali tertanggal...tak larat nak jahit balik...Kalau nak makan, minum atau tidur...rabbit inilah teman sejati dia...Tie cuba nak sorok rabbit ni , biar dia lupa tapi sampai sekarang tak boleh berpisah...Nak balik kampong pun kena bawa sama...susah laa....

Pernah juga tie komen kat dia..."takkan esok2 nak masuk 'U' pun nak bawak rabbit tu."..Dia kata tak ape, boleh.....Mungkin dia terjangkit mak sedara dia (adik tie yang bongsu , gak) Mak sedara dia tu ada bantal busuk, Masa kat U, dan sekarang kerja kat KL masih ada lagi bantal busuk tu...Huh..tak dapat bayangkan rupa rabbit tu 10 tahun akan datang...hi hi hi...

P/S: Buat pengetahuan umum, anak tie yang sorang ni langsung tak ikut wajah tie yang kechinesean...dia ikut alek ayahnya..hu hu... Tapi yang sulong dan yang kedua ikut tie..he he...menang 2-1

Saturday, September 13, 2008

Kisah Pencuri Periuk



Masa kecil, tie amat rapat dengan adik tie ni, ateh...Sebenarnya arwah tok bah panggil dia atan,gelaran manja, tapi tie ni pelat, lalu lekat laa nama ateh sampai sekarang.

Oleh kerana jarak usia yang dekat, tie lahir okt 1st, ateh lahir Dec 17th tahun berikutnya...jadi kami tubuhkan Geng Senyap Sunyi..hi hi...Kami ni tak lah bising macam anak2 tie sekarang, cakap dekat2 pun pekik macam jauh sebatu...Mak kata kami ni tak pernah bergaduh. Main baik2 je...ke hulu dan ke hilir bersama...masa tu dok kat Masai , Johor..(Lepas tu baru pindah ke rumah tok bah)... Ayah lak mengajar kat sekolah Tamil di sana...pandai laa dia cakap tamil sikit2..he he..

Masa dok Masai, Johor, tie baru berumur 2 tahun lebih, ateh pula baru pandai berjalan...Oleh kerana tinggal di rumah teres, dapor pun sebelah menyebelah(rumah tak berpagar)...kami pun seronok main kat belakang sama2.

Satu hari, tie tak ingat sebenarnya...mak yang cerita....kami berdua jalan2 ke dapor sebelah sambil berpimpin tangan..he he.. (adik baru pandai berjalan, kena jaga takut rebah) Kami ternampak periuk berisi beras,tuannya nak masak nasi laa kot...Periuk tu molek sangat ada telinga jadi tie berpakat nak bawa balik bagi kat mak...punyalah baik..hi hi..


(minat sgt kat periuk tu, ada 2,3 biji kat dapor ni, he he)

So, tie suruh adik pegang sebelah telinganya, tie pun pegang sebelah...Berjalanlah kami dua beradik sambil bawa habuan pulang..hi hi..Mak punyalah terkejut...terus terpekik!..Kami pun terkejut jugak! Cepat2 mak rampas periuk tu (cian kami ) dan pulangkan ke jiran sebelahnya..

Dalam masa yang sama jiran mak tu dah terpinga2 mencari periuk nasinya yang hilang...Kesian juga kat dia...Ye lah..masa tu zaman susah...bukan senang nak beli periuk sebiji walaupun harga murah.


Gambar di atas masa kat pantai Lido, Johor Bahru...Masa tu pantainya bersih, boleh mandi lagi. Ayah selalu bawa kami picnic kat situ, mak masak nasi lemak dan kami pun mandi, dan makan bersama2..Gembira betul masa tu.


Sekarang ni tak boleh mandi kat situ lagi kecuali kalau nak dapat penyakit..hu hu..Air dah kotor..segala sisa dihumbankan ke situ oleh pihak jiran dan tuan rumah juga.. Dulu ayah rajin juga mengail kat situ..Ada macam2 ikan..Sekarang ni hanya ada sampah kot..sayang sungguh kan..



***************************************************



TAG DARI DIYANA DAN SITI KHUZAIMAH



Tag ni tie baru terima dari Diyana....terima kasih laa yek...Walaupun kak tie sudah terima dari bloggers lain, yang penting ingatan dari Diyana terhadap kak tie ni...terharu sangat2. Terima kasih sekali lagi...


Tie juga baru terima tag ni jauh dari Siti Khuzaimah...terima kasih daun keladi..kalau ada apa2 lagi jangan segan2 bagi lagi..hi hi...memang muka tak malu..


__________________ooooOoooo__________________

AWARD DARI NRINA

Award ni tie terima dari nrina....terima kasih banyak2...sebenarnya rasa malu lak sebab tak pernah bagi nrina apa2 sebelum ini...(tau lak rasa malu..hi hi..) Ni tengah senyum sampai ke telinga laa...he he...Memang patut pun dpt award ni...untuk muka yang asyik tersengih ni..he he..mekasih laa nrina!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...