Busy
Wednesday, December 31, 2008Faham2 aje laa..... nak balik kpg tgk mentua balik dari mekah lagi, nak urus budak2 tu lagi....eh..byk lagi.
Nak mintak maaf laa, tak leh nak blogging, nak lompat2 kat blog teman2 .
Hutang tag dah bertimbun, kad pun ada tak tepek lagi....rasa2nya tentu dah basi nanti...hu hu.. pc ni lak makin mereng je....
So....Tie nak ngulor dari blogging ni kejap. Nanti bila semua dah settle boleh la start blogging sakan! Hi hi.... Hubby pun kena bagi layanan gak, kot2 nanti moncong pulak. Hi hi...pandai je nasihat orang, so kena praktik laa....he he...
Tie tetap akan online dari masa ke semasa, cuma nak balas komen tu tak kesempatan... rasa macam tak cukup kaki tangan lak...eh...tak laaa...... cukup nih!
Sapa yang senang2 boleh datang blog Tie, bagi nasihat kat makcik tingtong nih! Macam mana nak juggle masa yang semakin singkat! Tie akan rindu pada kalian nanti...hu hu..
Okey, Tie rehat tak lama........dah ketagih blogging nih! Rasanya tak sampai berminggu2 kot!...hihi... Bye semua! Terima kasih kerana sudi datang mengomen tuh! Semua pengunjung amat Tie hargai.
Tie ada siapkan beberapa post baru. So.......tunggu....................
Makcik Burger
Tuesday, December 30, 2008Tie lihat ada dapor burger.. Ada sorang budak dok tunggu kat situ...Baru nak minum air kelapa muda, hubby dah tegur," Pergilah tolong Kak Yah tu. Dia sibuk.."(memang masa tu tengah ramai pelanggan)
Hmm... pelanggan sorang je. So Tie pun pergilah dan buat macam rumah sendiri...hi hi... Baru nak start idup api dapor tu, tiba2 rasa lemas dan gelap ........... Rupa2nya pelanggan burger tiba2 jadi ramai! Heran....., entah dari mana budak2 tu timbul ekk? Budak2 tu dari PLKN sebenarnya . Memang kelihatan lapor je....dan berbau busuk pun ada!! hi hi.......
Tie jadi panik! Dan takut! Nak bubuh majerin kat roti tu pun tak tentu arah. Anak Kak Yah tu tolong hiris kobis dan timun. Tie makin ligat memasak. He he........
Sorang budak chinese tu kata, " Makcik! Saya nak burger ayam, kasi taruh sos tomato!
(kurang asam! kita comel2 ni dipangginya makcik!)
Makcik : Kat sini semua burger ayam laa. Nah! ambik sos ni, bubuh sendiri !
Budak chinese: Makcik ni..... kita kan customer, kena layan baik tau! (Oiit! Ngada2 pulak budak ni... rasa nak sudip je mulut dia!)
Makcik: Ooii! Makcik ni pun customer tau! Itu......minum air tak abis lagik! (sambil tunjuk kat air Tie tu...) Kesian kat kamu semua laaa, datang tolong masak ni...
Budak India : Oooo.... baiknya makcik ni.. Kalau makcik tak ada tentu kami dah mati kelaparan!!
(Pandai pulak budak ni nak bodek!)
Makcik : Kenapa pulak?? Kantin kan ada?? (Ish!! Rupa macam tak cukup makan je....)
Budak2 tu.. : Tak sedap laaa. Itu sayur ada ulat! ( Hmm...padan muka! Ulat pun ada protein gak!)
Budak : Makcik! (Ish!! makcik lagik!)
Saya nak 2 burger! Lapar laa...
Makcik : Kuatnya makan! Parents you all tentu suka bila dapat masuk PLKN ni, kan??
Budak : Ye laa... mereka memang happy betul.... (masing2 dok sorak!)
Ish!! Budak2 ni memang lucu! Berebut2 nak burger tu. Ada yang tak sabar2 dan bising2. Mereka semua ni dari Selangor. Ramai chinese dan indians.
Budak : Saya nak 'well done' ! (Huh!! Memang nak kena lesing ni! Bagi yang rentung baru tau!)
Makcik : Ye laa... Ada sapa2 nak yang 'rare' tak?? Senang je makcik nak tepek kat roti tuh!
Budak2 tu mula bising lagik! Suka pun ada tengok gelagat mereka. Teringat zaman Tie dulu. Hi hi.....
Budak : Makcik! Saya cakap jangan marah, ye.
Makcik : Apa dia?? (pelik betul budak ni....)
Budak : Makcik macam cina laa.... (memang nak kena penyepak betul!!)
Makcik: Hah!! Mak makcik orang jepun!!(saja nak buat budak2 tu sakit ati!)
Budak2 : Oooo.... pandai cakap jepun ke??
Makcik : Arigato gozaimas!! Dah! Pergi balik kat camp tu!
Akhirnya selesai juga burger2 tu. Nampak masing2 dah terbuntang kekenyangan. Bila dah tak de orang, cepat2 'tutup kedai' ! Rasa gerun bila teringatkan budak2 tu berkerumun .... Memang tak sanggup jadi makcik burger lagi...hu hu..
Kak Yah senyum je... Agaknya dia lega budak2 tu dah pergi. Banyaklah juga rezeki dia hari tu.... Tak sangka, kedatangan kami dapat menolong dia seketika..he he..
P/s: Rasa happy sangat hari ni.......... Anak Tie baru dapat result PMR.... 8A ....saja nak kongsi...kembang kempis idung nih (biarlah orang kata nak bangga diri...memang suka sangat... sanggup terima kritikan org...hi hi....)
Finger Exercise
Sunday, December 28, 2008Kalau nak tahu cerita selanjutnya...kisah sahabat lama Tie tu... marilah klik kat link ini....(SINI LAA) Kalau malas tak payah! Tak nak paksa pun....hi hi....
Sapa susah nak komen kat sana...boleh komen kat sini...tak kisah laaa....
Clumsy
Friday, December 26, 2008- Sakit - kerana rumah tidak bersih, berselerak atau berhabuk atau malas masak! (mungkin kena buat entry pasal penyakit malas nih!)
- Anak kecil lemas kerana selimut atau bantal - ibu/bapa tido macam kayu, (jauhi selimut, kain atau bantal kerana baby boleh tarik benda2 tu sendiri tanpa sedari )
- Anak lemas dlm bilik air - pun kerana ibu/bapa cuai...bilik air sepatutnya dikunci dan tiada takungan air (dlm besen atau baldi) Juga kerana anak2 dibiar mandi sendirian. (dan sediakan tuala utknya. benci tgk budak2 keluar dari bilik air berbogel....air mandi tu boleh sebabkan dia tergelincir...napalah ibu2 ni tak leh fikir??)
- Jangan dukung baby ke dapor. Tangannya cepat. Mungkin dia boleh capai benda2 panas atau tajam tanpa kita sedar. Bahaya tu. Jadikan dapor sebagai kawasan larangan bagi anak2 kecil..
Someone's Hubby (Part 2)
Thursday, December 25, 2008Masa tu Tie kerja di JB, umur dlm 23 tahun kot... Sebagai orang baru dlm syarikat tu, Tie terpaksalah ramah2kan diri, layan je sapa2 yang nak kenal termasuklah orang2 yang berumor tu (lelaki, pompuan dan married). Lagipun senang nanti nak kerja...(senang nak mintak tolong kalau2 ada problem..hihi..)
Pak Usop tu selalu bagi Tie gula2...dan kuih2 (wife dia rajin bekalkan...). Tie anggap biasa je, ajak dia makan sama, dan ada gak 2-3 orang datang join .
Satu pagi, masa morning break, Usop datang bawak sebekas mee hoon goreng. Tak sempat nak kata apa2 , dia terus pergi tergesa2.
Lalu Tie bukak tupperware tu, "wah... sedap betul... ada udang lagik!"
Tetiba hati kecik berkata, " Amboi!! Takkan nak makan je..., Kan wife dia yang buat tu.."
Terus hilang selera! Jantung pun macam nak luruh. Takut sangat2! Kepala rasa terpukul (macam wife dia yang pelangkung!!) Hu hu..... Napa jadi gini?? Pak Usop ni dah mereng ke?? Berdebar2 rasanya......
Tie tutup bekas tu kemas2 lalu keluar cari Pak Usop. Tapi tak jumpa, entah mana dia menyorok! Pesan kat operator tu, suruh Pak Usop datang jumpa Tie kat Lab. (macam cikgu disiplin lak..he he..)
Habis morning break, tetiba Usop terpacak depan pintu. Muka dia nampak pucat (mungkin kerana tgk wajah serius Tie...he he..)
Tie pun bagi balik bekas tu dan berkata,
"Kenapa bagi Nor mee ni?? Kan isteri Usop yang buat ! Susah payah dia bangun pagi2 siapkan bekal ni... Mana boleh bagi orang lain makan.... (entah macam mana boleh membebel kat dia.. )
Usop diam . Tak tahu samada dia marah, malu atau kesal. Tie jadi takut! Dia terus pergi bawa bekas tu . (Eh! Napa pulak nampak macam kesian je....)
Hari tu betul2 muram. Tie buat kerja pun entah apa2 laa.. Report tak siap, Chemist tu pulak asyik kacau je..(memang kerja chemist tu kacau org!) Semua orang tak tahu perkara ni berlaku. Tapi Tie tetap rasa malu . Menyesal kerana baik sangat dengan orang tua tu.........
Namun hari berikutnya benar2 buat Tie terkejut. Kat meja ada sepucuk surat .....dari Pak Usop!! Huh!! Dahsyat betul!! Surat cinta!!! Nak pengsan pun ada!! Terketar2 tangan ni pegang surat tu..(surat cinta dari hubby orang, tentulah panas!!!) Terus Tie bagi pada ofis mate di situ... Seramnya!!
Apa lagi, satu ofis tahu dan terharu! (macam baca berita kematian!!) Masing2 seolah2 tak percaya. Tapi kami taklah heboh satu syarikat. Masih kesian kat dia.(entah kenapa boleh kesian ni...mungkin kerana Tie yang rasa bersalah!) Cuma bila chemist tu tahu, terus dia buli Usop tu... Timbul rasa kesal lagi.
Eee................entah berapa puluh biji gula2 pemberiannya telah Tie telan... ingat dia ikhlas berkawan dengan Tie.. Tak sangka dia jadi begitu. Tak terfikir langsung.
Memang salah Tie juga. Terlalu mesra...... Dan mungkin juga Usop pun tak de niat nak 'jatuh ati' dengan Tie.......
Tie dah lupa prinsip Tie dulu, 'hati2 berkawan...jangan sampai jadi lawan' . Dah banyak kali kena tapi masih tak sedar2 jugak! (memang makcik ni bengong betul!!) Entah macam mana boleh ada skandal dengan hubby orang!! (mujur tak masuk TV3!! Kah! kah!!)
Lepas tu Tie serik. Tak nak rapat sangat dengan married men ni.. Bahaya betul!! Blogging tak apa, ekk! Ke.......kemesraan berblogging boleh tinggal kesan jugak??
Ooo......takut hubby pulas telinga nanti...eh..tak nak laa...kang kena potong elaun!!
Sambung cerita......
Pengajarannya....
- Tie amat kesal sekali. Sebelum itu Tie senang berkawan dengan Usop , tapi kerana tak pandai mengawal situasi, tiba2 hubungan persahabatan putus begitu saja. (ingat orang tua ni takkan bagi masalah....hmmm..sama je..) Tie sepatutnya minta maaf kerana tak pasal2 buat dia rasa angau sendirian....
- Jangan jadi macam Tie. Terlalu mesra dengan orang hingga tak sedar perasaan orang tu terusik. Tak sangka begitu mudah menggoda lelaki nih...he...he...betul ke?? Lelaki.......boleh jawab tak??
- Jangan rapat dengan orang yang kita tak sedia untuk jalinkan hubungan... Cinta dan sayang tak kenal darjat atau usia.....(macam tajuk drama je...) hu...hu.......mujur tak jadi macam meymey.......eeee.......takutnya........
P/s: Harap2 tak ada yang marah atau kecik ati... ambil yang positif aje laa.....
Pengkalan Kubor
Wednesday, December 24, 2008

Bakul oh bakul!! Tengok bakul2 ni teringat masa Tie sibuk2 nak kahwin dulu. Masa tu musim bakul. Semua barang hantaran kalau boleh nak sumbat dalam bakul. Maklumlah hubby orang jauh, senang dia kendong bakul tu...hihi...
Macam2 barang makanan tersusun ... Dari kekacang dan kerepek hingga ke manisan. Ikan bilis pun boleh disira, dan nenas boleh dibuat halwa... hebat betul orang 2 Thailand, kan??
Akhir sekali, kegemaran para house manager di luar sana... Sapa nak periuk, kuali dan entah apa2 lagi....semuanya ada.Kali ini tak de satu pun Tie beli. Entah kenapa jadi tak minat lak. Mungkin barang2 kat rumah tu dah cukup, kot. Hmm.... Lagi pun harga dah mahal. Barang2 pun tak menarik macam dulu....
Elok gi shopping kat KL je... tapi bila, ekk?? Dah bertahun2 janji dengan adik, nak gi rumah dia kat sana..... Nak tunggu duit penuh satu guni, baru boleh pergi!! Hi hi...................(ada sapa2 nak sponsor tak??)
Makan makan
Tuesday, December 23, 2008
Hmmm..... janji boleh makan........

>
>
>
Kemudian kawan hubby bagi siput yang diimport khas dari Johor!! Hi hi...suka betul!! Memang kengkawan hubby tahu yang wifenya orang Johor...


Sekolah
Tuesday, December 23, 2008
Sekolah ni asalnya tempat mubaligh kristian. So, kerana itu ada patung Mary tu... dan lambang T. Yang bertanda '1 ' tu kelas pertama Tie masa darjah 1. Dan bila naik darjah dua , belajar di kelas yang bertanda '2' .
Padang ni lah tempat Tie dan classmates bermain masa PE. Masih dapat terbayang2 lagi Tie terlompat2 bermain bola racun dan gelung tu...hu hu ....sedih gak.
Tie bawa bekal roti disapu mentega dan ditabur gula serta sebotol air oren. Setiap hari. Sampai naik muak laa... Selalu perhatikan budak2 lain makan mee kat kantin tu.

Ye.........Tie selalu keseorangan. Kawan Tie yang sorang tu biasanya pulang dulu. Tie akan jadi pemerhati je, melihat gelagat budak2 lain. Ada yang makan aiskerim (nampak sedap je...Tie tak de duit lebih... ayah bagi 20 sen je setiap hari), ada yang rancak bersembang dgn kengkawan dan ada juga macam Tie, keseorangan jugak!
Teringat kat Irene Wong. Dialah teman karib Tie. Tak tahu kenapa dia suka berkawan dengan Tie .
Hu hu ....napa tetiba rasa sebak ni...... tak boleh nak tulis lagi.....
P/s: Makcik tua ni dah mula emo..........
P/ss: Tie baru je terima berita yang mak sedara di Kluang telah meninggal dunia malam tadi. Arwah Mak Ngah akan dikebumikan pagi ni. Malangnya Tie tak dapat hadirkan diri. Patutlah malam tadi Tie rasa risau sangat, mata kiri asyik bergerak2. Tie masih ingat lagi arwah mak ngah adalah antara orang yang bertungkus lumus menolong mak untuk menyempurnakan majlis pernikahan Tie dulu. Al- Fatihah buat beliau. Moga2 rohnya aman di sana.
Tag dari Ei_da dan Award dari Tirana
Sunday, December 21, 2008- Hmm...seorang yang Tie percayai, tanpa rasa ragu2 atau curiga. (Dia pun gitu jugak laa....)
- Ada sense of humour...macam Tie... (sama2 tingtong....hihi...)
- Murah hati.....(selalu bagi Tie bonus...dan elaun, kah! kah!!) Tie tak payah susah2 nak mintak ...
- Bertanggungjawab terhadap Tie, anak2 dan orang tuanya (esok2 jadi tua jugak....)
- Buat Tie rasa dihargai dan disayangi.
- Berupaya menjadi pemimpin sebuah keluarga (dan Tie jadi timbalannya...ha ha..)
- Sentiasa setia dan sedia menjadi personal driver Tie...(Tie memang tak leh drive!)
(semua yang diatas adalah sifat hubby Tie.....so , jangan jeles tau ! )
2. 7 lelaki/wanita yang tak pernah anda minati sepanjang hidup.
- Sombong dan berlagak bagus
- Kedekut (macam haji bakhil dlm citer P.Ramlee tu....)
- Terlalu handsome...(susah hati pulak...takut kena kebas..hu hu...)
- Pengotor dan busuk. (Eee...geli laa....)
- Pentingkan diri sendiri ..(elok dok sorang2 je....)
- Yang miang (takut tangan spidernya....pernah jumpa nih!!)
- Yang bodoh...(dan tak sedar diri...kesian dia...)
3. 7 Perasaan anda sekiranya keluar dengan orang yang diminati
- Suka laa...
- Rasa nak terbang pun ada
- Kekadang macam ada butterfly dlm tummy
- Sekali sekala rasa berdebar ......
- Hmm....ada masa buat2 jual mahal...he he...taklah boring nanti...
- Sentiasa kontrol emosi tu...haha...
- Dan yang penting maintain innocent, gitu!!
4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda
- Ingin nak ke disneyland...tapi entah boleh ke??
- Satu hari nanti bila tiba masanya akan ke Mekah, insyaallah.....
(sorry ei_da...2 tempat ni aje yang kak tie boleh fikirkan.......)
5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia
- Hmm...susah laaa . Hubby tak kisah pun...
- yang kak tie tahu, satu je yang dia suka dari Kak Tie ni...hihi... iaitu kasih sayang dan perhatian yang tak berbelah bagi. (Faham2 je laa....hi hi....)
6. Tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.
Hubby suka lagu gurindam jiwa dan wonderpets!!
7. Rakan yang anda tag dan mahu mereka buat 7 perihal ini...
Yang ni memang Tie tak suka buat...sorry sekali lagi ei_da. Terpulanglah pada sesiapa yang rajin nak buat ekk!
P/s: Maaf...font jadi tingtong semula..hu hu....
Apa yang Tie tulis ni bukan nak menunjuk2 atau bangga diri. Sekadar hiburan je... Setiap orang ada kelemahan diri. Jadi Tie hanya tulis yang baik2 . Yang tak elok Tie simpan utk diri sendiri, ekk.
oooooooooooooooooooooooooOOOoooooooooooooooooooooooooo
AWARD DARI TIRANA

Terima kasih diucapkan kepada Tirana. Entah berapa kali Tie terima award darinya...hihi.. malu pun ada....... Award Blogger Paling Harmoni.....tak pasti sesuai ke dgn Tie ni? Terima aje laa...Nanti senang Tie akan tepek pada slide tu, ekk. Terima kasih sekali lagi..
Jenjalan di JB (Part 2)
Friday, December 19, 2008Masa kat Danga Bay, Tie singgah di rumah2 tradisional ni........... Memang cantik laa.... Dulu berangan nak buat rumah macam ni, tapi hubby kata, " Kayu mahal la dek ooiii!!" hu hu... Terpaksalah buat dengan batu.... jadi senget pulak daa........(kena tunggu kaya nanti..hi hi..)

Ini Rumah Tradisional orang Muor. Ada sapa2 orang Muor ke?? Ehem......... angkat tangan laa....
Rumahnya besar..... Tie tak masuk dalam... ada orang pulak.. Rasa takut tetiba!! He he...
Yang ini Rumah Kota Tinggi.... Cantik jugak. Bukan main tinggi lagi...bimbang kena banjir kot...hihi...
Hah!! Yang ini Rumah Kluang. Maza ooii!! Tak teringin ke nak buat rumah macam ni?? Asyik nak main motor je.... Belajarlah dok rumah lama2 sket!! Hi hi....Tie suka main pintu cowboy tu... Krok, krek krok krek, bunyinya.......... Macam kedai gunting rambut zaman dulu ....


Dataran Bandaran JB ni kat padang sri gelam... Tu hotel apa entah...tak ingat pulak. Tengok jam tu...pagi2 kami dah meronda, kan?? Masa ni hubby drive laju lagik. Kereta tak putus2.

Hi hi...kat sini la Tie dan hubby ambik kursus kahwin. Ingat lagi kata2 ustat tu... Katanya, sebelum kahwin, bakal suami tu pandai2 la mula berkenalan dengan bawang, lada kering dan lain2 barang dapur. Supaya bila isteri suruh gi pasar tak lah terkebil2 nanti...hi hi..."
Tapi hubby paling ingat....kata2 ustat yang ni....," Kalau hari ujan...eloklah pergi tido...." Sambil mengenyitkan mata!! Ustat tu nakal jugak! Tapi Tie tak ingat namanya...hi hi...
Sambung lagik next entry.....................tunggu..........
Jenjalan di Jb (Part 1)
Thursday, December 18, 2008Okay,
Mula2 Tie pujuk dulu hubby untuk ronda2 kat bandar JB tu... Bukan senang ooii!! Hubby tak suka traffic jam..., bandar JB tu memang sibuk laa....
Setelah berjaya, dengan pelbagai alasan (bodek manja sikit...hi hi...) hubby pun start kereta dan mula drive turun dari kota tinggi...he he...
Jalan memang tak pernah lengang, tak boleh bawak slow, nak snap gambor pun susah! So,...sapa2 yang suka lenggang kangkong tu ...memang sah2 kena hon atau kena sondol dari belakang...hu hu.... (dah biasa dok ganu ni, hubby drive slow dulu..)

Eh!!...tu., gambor apa pulak?? Itulah bekas tapak rumah (quarters kerajaan) yang pernah Tie tinggal bersama family di bukit chagar... Dah kosong!! Pokok nangka pun tak ada. Kat situlah tempat yang selalu Tie posing dengan adik dulu...hu hu...

Ini bahagian depannya........ Macam mana pulak stesen minyak ni dok sini?? Memang dah ada sebelum kompleks tu dibina. Tak boleh dialihkan atas sebab2 tertentu... Tie tak berani nak tulis sebabnya...takut kena buang negeri pulak..hu hu....
Pemandangan dari tambak johor........ Cuaca muram, sebab tu gambar kelabu je.... Tie tak pernah gi singapore. Ajak hubby pun tak boleh. Hubby kata kerja dia leceh sikit. Kena mintak kebenaran dari kementerian dulu....tak best laa.....
Haa....inilah JB Waterfront City.... Buruk betul nampaknya.... Tak tahu la kenapa jadi gini... Masa buat tu bukan main heboh mencanang, tapi bila dah siap tak de pantauan... Hi hi ....membebel lak makcik ni... Ye laa....sebagai warga johor (masih ngaku lagik!) rasa malu lak...hu hu... tak nampak pun ada apa2 aktiviti dlm nya.... Sewa mahal kot!!
Dan ini, ialah Hospital Sultanah Aminah ....... tempat Tie dilahirkan 42 tahun yang lampau! Hu hu...macam lama benor!! Dah tambah sana sini........ Dulu pada pandangan atas ianya seperti bentuk kapalterbang.
Tie singgah kat Danga Bay kejap. Tengok feri tu........ teringin gak nak naik. Teringat masa first time naik feri di Penang bersama teman karib Azacun... Bayar 40sen je, pergi dan balik (saja buat trick... kami sorok bila penumpang2 sibuk keluar ) Kah! Kah!
Nanti sambung cerita lain pulak, ekk!! Tie tulis ni pun gopoh2 sebab tetiba boleh sign in kat blogger.......... Sehari suntuk Tie ilang mood sebab pc ni buat hal! hu hu... Nak komen teman2 pun tak boleh!! Harap2 tak ada yang kecik ati, ekk!!
Perjalanan yang lepas
Tuesday, December 16, 2008Sebelum tu , Tie masak nasi berlauk sambal tumis udang dan ayam masak kicap. Ingat nak piknik kat mana2 di sepanjang pantai pahang tu.....



Niat di hati nak piknik tak sampai. Hubby nampak bersemangat drive jadi, tak nak ganggu dia. Berhenti kat Rompin, Hubby nak tido kejap.
Dan seperti biasa Tie dan budak2 tu keluar jenjalan kat deretan kedai tu, terjumpa dengan Tok Uban tu terus order cheesy potato wedges 3 set!! Kah kah.... Nasib laa dapat mama yang kedekut! Alasannya dah jemu makan ayam goreng.....hihi.... Budak2 tu tak bantah pulak, mungkin masih kenyang sebab jamu roti canai kat mana entah.
Sampai kota tinggi kul 2 petang. Hubby ambik tikar, bentang kat dapor terus piknik kat situ!! Hu hu.... dia kata, dapat piknik juga kan......... teruk betul!! Mak dan ayah punyalah suka!! Lain kali nak buat sandwich je......... baru dia tau!!
P/s: Nanti cerita pasal ronda2 di JB pulak!!
Tag lagi
Monday, December 15, 2008Takut ada yang kecik ati jadi Tie publish yang ni dulu, ekk.
>
>
>
>
Ni hadiah dari Azlin.... Memang dengan susah payahnya dia mengedit foto comel Tie nih!! Hi hi....
Terima kasih lah Lin. Tie amat terharu. Ada gak orang yang ingat kat makcik emo ni...

[Tie tak bubuh dlm slide tu...sibuk laa..nanti ada masa Tie tepek, ok??]
>
>
>
>
>
>
>
Ooiitt..............!!! Kena tag lagi............dari Nrina . Memang budak ni...eh! Mak budak laa...suka sangat tag Tie. So dengan malunya (memang kita ni pemalu laa...) Tie pun tepeklah gambar masa innocent dulu..(sekarang pun innocent lagik! )
[Masa ni umur 22 tahun laa......tapi mcm sweet 17 kan?? Ha ha....perasan!]Haa........jangan nak bising2! Tu mata Tie silau kena cahaya matahari! Sebab tu nampak kecik je......hi hi...(tak nak ngaku mata sepet!) Eh! Nampak ke hidung Tie tu?? Tak pe laa...janji ada lubang nak napas!! Hu hu.........
Dengan tudung sexy tu, dan beg kulit entah mana datangnya....hi hi....lucu pulak bila dikenang kembali. Kah! Kah! Entah macam mana hubby boleh suka kat Tie ni...(suka ke?? Nanti nak gi tanya....)
Mungkin ada orang yang kecewa bila tengok rupa Tie nih! Hi hi...ye laa...ada yang dok puji2 konon2 Tie ni lawa........tapi memang hampa, kan...kah kah!! (eh! ke Tie yang perasan lagi nih??)
Macam ni laa rupa Tie dulu . So...lepas ni tentu tak de nak komen betapa comelnya Tie...hu hu...(tak dapat nak berangan lagik! Bunga citra lestari konon!! kah kah!!)
Gambar ni masa nak gi shopping laa.......dengan adik lelaki., jangan dok pikir yang bukan2! Hubby entah kat mana, ekk. Tak ingat lak! Mungkin dia kerja kat stesen minyak di Pahang. Masa tu Tie dan hubby main calling2 je..........tunang pun belum .
Hmm....memang zaman tu susah nak cari kerja. Tie pun mujur dapat kerja di Larkin.........jadi assistant chemist...(selepas berjaya menarik perhatian chemist tuh! Hi hi...) Seronok betul dok kerja kat lab , walaupun harapan utk buat mini bomb tak menjadi!
Ha ha.........nasib baik chemist tu chinese. Kalau tak tentu hubby kena tinggal! He he .............memang teruk betul makcik nih! (Adek gurau aje laa, abang....hu hu....abang....jangan merajuk laa....)
Harap2 tak kena tag bergambar lagik! Tie dah tak de gambar ni...... Sekarang ni pipi dah montel dan mata pun sikit besar (kes selalu terbeliak dek perangai budak2 tuh!) Foto terbaru tak boleh tepek kat sini. Kot2 ada yang mengigau atau pengsan nanti... tak boleh nak tolong la mak oooiii!!
P/s: Tie ni biasa2 je......tapi kalau orang kata luarbiasa pun Tie terima..........hihi...............
Apa yang ada pada Tie , itulah terbaik buat Tie. Mungkin kalau Tie ni lawa tentu dah besar kepala.........tak larat nak pikul kot!! Hu hu.....walaupun ramai yang lawa2 dan cun kat luar sana jauh lebih murni hatinya.
Itu yang buat Tie tabik! Bukan mudah nak kawal emosi dan elakkan dari rasa bangga tentang kecantikan yang tuhan anugerahkan buat kita. Syukur alhamdulilah..... Tie masih boleh melihat dan mendengar, berjalan dan menikmati keindahan dunia dan tak lupa boleh mengerjakan ibadah seharian.... syukur sangat2!!!
Kisah kurang enak didengar
Sunday, December 14, 2008Masa datang, penduduk taman tu baru lepas gotong royong bersih kawasan. Rumah Tie masih berselut lagi. Tie singgah di rumah jiran favourite dan bersembang sakan...hi hi..
Tie tanya dia , pengalaman tinggal di sekolah berdekatan tu masa banjir. Katanya, tak selesa sungguh, bukan kerana tiada kemudahan seperti di rumah.....tapi tak tahan dengan sikap certain mangsa banjir yang keterlaluan.........
Macam mana pulak, ekk?? Tie heran. Rupanya , ada yang jenis mulut lembik, suka komplen tentang makanan yang kurang menyelerakan... (tiada daging atau ayam)..... Dan ada yang bergaduh entah berebut apa pulak!!
Wah....... teruknya!! Sampai ada yang komplen lauk sardin tak sempurna dengan hirisan bawang laa.... Heee........Napa pulak jadi gitu?? Kalau Tie jadi tukang masak tentu Tie dah hempuk mulut2 tu dengan senduk!!
Hai........sungguh tak sangka , masih ada lagi golongan yang tak tahu bersyukur!! Kesal sungguh!! Petugas2 tu sanggup tolong masakkan untuk perut2 yang lapar, sampai ati kena kutuk pulak!
Kata jiran tie tu, mula2 petugas2 dari bulan sabit, bila mereka merajuk,(atau keletihan, kot) petugas2 dari tentera pulak dtg menolong. Tapi tak tahan dengan suara2 sumbang tu, mereka juga merajuk(betul ke??). Lalu, pandai2 lah mereka2 yang ada masak sendiri!!
Bila dah pindah, banjir dah surut, mereka memasak di Surau. Malangnya masakan yang ada disimpan utk golongan tertentu. Hubby dia sempat ambil sepinggan utk dia dan anaknya. Lalu datang sorang makcik bawa lari lauk tu........ Macam mana pulak dengan orang lain....Hmmmmmm.....
Harap2 lepas ni empunya mulut2 lembik tu sedar la sikit. Eee......Tie memang kesal....kasihan pada mangsa2 banjir yang lain dan petugas2 yang datang menolong tu......
