Thursday, January 29, 2009

Mabuk


Tie rasa ramai yang pernah merasai keadaan mabuk. Mabuk perjalanan, mabuk laut atau mabuk ketika pregnant. (Harap2 tak ada yang mabuk minum, ekk!!) Hi hi...

Masa kecik2, Tie memang selalu mabuk bila ayah bawak gi jenjalan jauh sikit, contohnya ke kluang rumah sedara... Kerana masa tu jalan berbelit2, Tie pun mula pening dan uuuwwek!!

Masa naik bas sorang2 ke Shah Alam dulu pun gitu gak. Tie selalu naik bas waktu malam. Tapi satu hari terpaksa juga naik bas waktu siang sebab tiada tiket. Hmmm....... teruwek jugak laa.... Kesian budak lelaki yang dok sebelah tu... Dia tengok Tie semacam je... (Tie dah sedia plastik laa....)

Tapi, ada satu peristiwa mabuk yang melucukan. Masa tu Tie berada kat rumah mek di kampung Selising. Hubby lak entah gi mana. Pergi pekena teh tarik kot!

Tiba2 Tie rasa macam dok kat laut. Rumah mek tu seolah2 bergerak !! So Tie pun pekik kat adik ipar tu..."Oooiitt!! Tolong....rasa semacam je ni... tak boleh diri laa...." Bayangkan lah......makcik yang 'comel' ni terhuyung hayang dan rebah gedebuk!!!

Adik ipar Tie pun cepat2 cakap," Cepat duduk kak tie!! Jangan bangun!! " Agaknya dia takut rumah mek akan berlubang kalau2 Tie tetiba rebah! Hi hi..

Masa tu dah malam. Mek bergegas keluar menghilangkan diri seketika, kemudian balik dengan secekak kangkung. Dia rendam dalam air garam dan suruh Tie makan.

Tie pun makan laa......... Hmmm boleh tahan jugak!! Memang selera makan tak pernah putus!! (kangkung mentah pun boleh telan!!)

Adik ipar yang sorang lagi pun kata,

" Eh! Nampak sedap betul kak tie makan tu..... "

"Kak tie! Rasa macam mana??"

Tie makan sampai abis. Biar mereka tu jeles...hi hi... Tapi lepas tu, rasa okay pulak! Memang mujarab betul kangkung dengan air garam tu.........

Yang peliknya....kenapa pulak tetiba Tie mabuk, ekk? Tie memang tak pernah mabuk gitu.... ...walaupun tika pregnant....hi hi.....

Mek kata mungkin Tie tersalah makan agaknya... Makan kulat atau cendawan bersama ubat. Hmm.....mungkin juga...... tapi Tie tak pantang bab makan ni kecuali lepas bersalin... Heran juga.

Ada sapa2 tahu petua elakkan mabuk atau pulihkan mabuk selain dari kangkung tu ??
Eh! Tie tak mabuk laa....saja nak tau...hi hi....



P/s : Sorry!! . Entry2 yang lepas tu ditulis ketika makcik ni 'kurang sihat'. Penyakit emo dan stress tu datang pulak da...... Tapi terhibur juga bila baca komen2 tu.... Ada gak yang minat, ni...hi hi.... Jangan terjangkit sudah laa.......


Tuesday, January 27, 2009

Azie

Kajian Applied Science tu tidak jauh dari asrama Chempaka. Lan mengekorinya tapi masih teragak2 kerana takut dia marah lagi... Nor pula berjalan terus dalam debaran. Tidak sampai 10 minit sudah sampai di pintu pagar .

Ha ha..... Pak guard setia mengawal, jadi Lan tak de peluang lagi.. Nor menoleh dan melihat Lan tersengih2. Kelakar pulak rupanya....Mungkin dia rasa seronok kerana dapat juga berbual2 dengan Nor walaupun sekejap.

Keesokan hari Nor ke kelas seperti biasa. Lihat Azie bersama classmatesnya sedang rancak bersembang. Oleh kerana lecturer sudah duduk tercongok dalam kelas, dia tidak sempat menegur Azie.

Bila ada masa terluang Nor cuba mencari2 Azie. Entah kenapa dirasakan ada sesuatu yang tidak kena. Pernah melihat Azie di library atau di corridor Applied Science tapi seolah2 dia cuba mengelak dari berjumpa dengan Nor , tak seperti biasa.

Keadaan ini berlarutan berhari2. Nor mula rasa kesepian. Nor singgah di biliknya di asrama Seroja tetapi tak juga ketemu. Masa tu Nor terkena gastrik, terpaksa ke klinik yang berdekatan di situ . Bila sakit barulah terasa betapa pentingnya kehadiran seseorang. Sedih betul.

Setiap malam Nor study seperti biasa di kelas 402. Tapi tanpa kehadiran Azie, dan suasana study menjadi suram. Sekali sekala classmates, Zul dan Zamri akan datang 'mengacau'. Dan Lan juga ada mengintai. Dari mereka ini, Nor dapat tahu yang Azie ada study sama tapi di kelas yang lain. Nor lihat dia bersembang2 dengan temannya Zus di corridor.

Nor sudah faham kehendak Azie. Yang anehnya semua teman2 tahu yang hubungan rapat kami telah terlerai. Sebabnya salah Nor juga. Kerana gurauan yang melampaui batas, Azie tersinggung. Itulah kandungan surat yang Nor terima.

Nor memohon maaf. Dalam suratnya kepada Azie, Nor mengakui kelemahan dan kekurangan dirinya. Dia menulis dalam deraian air mata, dan mungkin Azie sedar tulisan dalam surat itu telah kembang kerana basah. Huh! Macam putus cinta, ekk! Itulah pertama kali dalam hidup Nor di reject!!

Nor masih ke kelas untuk study setiap malam. Kerana sering teringatkan Azie... Nor study di kelas lain, sendirian . Malam itu Lan datang lagi. Entah macam mana dia boleh jumpa Nor di kelas yang tersorok tu. Memang budak ni degil betul.

Kali ini Lan bawa sesuatu untuk di kongsi... Haa.... album gambar dia bersama kawan2nya. Entah apa tujuan, tak tau laa...

Malam itu dia buat Nor tergelak. Gelihati lihat gelagat dia dalam gambar2 tu....... Macam2 gaya! Nampaknya dia cuba menghiburkan Nor. Namun dalam perbualan itu , seperti teman2 Nor yang lain, Lan tak sebut pun nama Azie. Mungkin dia tak tergamak nak buat Nor sedih.

Kerana kehadiran Lan, Nor langsung tak dapat study. Bimbang dan takut ditangkap basah, Nor keluar di corridor dan layan je Lan tu.. Bersembang tentang cita2, tentang harapan dan masa depan.

Sekali sekali terlihat Zul dan Zamri. Mereka ni classmates Nor, yang kadangkala datang berbincang tentang studies, dan selalu juga pinjam notes untuk di xerox. Renungan mereka serius sekali... seolah2 kurang senang dengan perubahan sikap Nor. Rasa malu tu tetap ada........ kerana mereka tahu, Nor memang tak gemar bersembang2 dengan lelaki begitu.

Tapi malam itu Nor jadi berani. Mungkin kerana kecewa dan marahkan diri sendiri. Itulah kali terakhir Nor berbual mesra dengan Lan.(kesian ekk) Dan Lan kelihatan begitu teruja... asyik senyum dan gelak2. Hmm....... mungkin sebagai 'upah' kerana buatkan Nor hilang rasa sedih buat sementara. Dengan tidak sengaja, Nor telah memberi Lan sedikit harapan.



P/s: Macam mana?? Kisah benar ke??

Saturday, January 24, 2009

Cerita Separuh Romantik

Lan : Nor, jom kita ke mamataria...... Takkan tak letih study tu.... bukannya ada exam...
(Ish!! Dari mana pulak budak ni timbul ?)

Nor : Pergi la , Nor tak lapar pun. Nor suka study.... Tok sah nak dengki laaa.

Lan : Temankan abang Lan minum, boleh kan.....? (nak ngurat la tuh!)

Nor : Lan.... Kan dah beritahu dulu. Tak minat benda2 gini. Sorry laa... Pergi ajak Azie tu... dia kan ok.... (Rasa loya pulak bila dia ni merayu....)

Lan : Kita kawan biasa je.......Bagilah Lan peluang......
(kawan biasa konon! dok mengekor macam bayang2 tu apa? Uwekk!))

Nor diam je. Menyesal kerana melayannya di library dulu. Ingat betul2 nak pinjam pen, rupanya ada niat lain. Mood study terus hilang . Lan pulak dengan riangnya selesakan diri. Dia duduk di hadapan Nor yang keresahan. Beberapa orang yang sama2 study di dalam kelas itu menoleh sambil tersenyum. Ini lah yang membuatkan Nor semakin segan.

Nor bangun ; keluar dan bersandar di dinding level 4 bangunan Applied Science itu. Malam yang dingin kelihatan cantik sekali dengan sinaran bulan yang samar2. Lan mengekorinya (hobi dia agaknya) dan tersenyum..(nyampah pulak!)

Lan : Marah ke? Pergilah study. Lan takkan ganggu lagi....(Tahu pun!)

Nor : (Diam je.... memang Nor jenis malas nak cakap. Nak jimat suara kot..hihi..)

Lan : Eh! Janganlah gini.... Lan tak sukalah Nor diam...cakaplah......marah ke........?Lan sedia dengar....... (Memang padan muka dia! Silent treatment biasanya mujarab!)

Nor masuk ke dalam kelas semula. Nampaknya Lan dah serik. Strategi mudah telah berjaya. Lan di luar keseorangan. Dia tak berani masuk dan ganggu Nor lagi. Nor pula dengan senang hati sambung revisionnya....

Entah kenapa Azie tidak datang study seperti biasa. Nor tertanya2 sendirian. Tak sampai sejam , dah mula rasa bosan. Kalau ada Azie tentu boleh sembang2 sekali sekala. Nor keluar untuk ambil angin setelah teringatkan suasana nyaman tadi.

Sebaik saja melangkah keluar, Lan sudah sedia menyambut dengan senyuman 10 sen nya.. Ish..macam mana pulak Azie tu kata Lan ni handsome? Tak sampai 1% wajah Pierce Brosnan pun! Memanglah penampilannya menarik, kemas dan bersih......tapi still tak boleh terima dia....walaupun sebagai kawan......

Lan : Haa.....rindu kat abang ke?? (uuwekk!)

Nor : Eh! Ingat dah tak de tadi..(Tak sangka budak ni ada lagi)

Lan : He he.....Azie mana?

Nor : Tak tau laa. (Rasa nak jenjalan sepanjang level tu...tapi tak berani sebab gelap. Bukan takut antu, tapi budak tu...Tak jumpa pulak suis lampu di corridor tu...)

Lan : Jom la gi minum. (dia mendekatkan diri)

Nor : Tak nak laa... Nor nak balik je... boring tak ada Azie. (Rasa seram tengok perlakuan Lan tu..)

Lan : Tunggu la dulu.. Kita sembang2 kat sini... Tapi... penatlah berdiri ni... kita duduk kat sana, nak? (sambil menuding jarinya ke sebuah bangku di hujung corridor)

Nor : Erk....Nor nak balik laa... rasa pening pulak! (cuba cari alasan.... takutnya....) Terus masuk dalam kelas dan packing! Lan pulak ikut di belakang. Nampaknya dia ingin menemani Nor pulang ke asrama.

Nor : Lan...... Nor nak balik sorang . Tak payah ikut! (Bersuara sekeras yang boleh!)

Lan : Eh... Kita balik sama2 laa. (memang budak ni tak ngerti bahasa!)

Nor diam. Dia jalan cepat2 di hadapan.......


Tuesday, January 20, 2009

Dia Nak Tumpang

Amir sudah bosan. Jam antik di dinding sudah pun menunjukkan pukul 10.00 malam. Hujan di luar tu masih belum reda. Tok Awang sedang leka menghisap rokok daunnya.

Timbul rasa kesal kerana tidak pergi ngaji petang tadi. Kalau dengar kata mamanya tentu tak jadi begini. Cerita kegemarannya, Puaka Nyiang Rapik sudah 1/2 jam disiarkan. Rumah Tok Awang ni tak ada tv.

Sedang asyik mengenangkan betapa khusyuk adik2nya di depan tv, kedengaran suara Tok Awang berkata, "Amir, hujan dah reda tu. Baliklah cepat. Takut lebat semula...."

"Oh! Ye la Tok!" Sambutnya keriangan. Rasa lega. Walaupun sudah lebih pukul 10.00 , dia bingkas bangun, kerana tak mahu bermalam sekali lagi di rumah Tok Awang tu... Kali terakhir, 2 minggu yang lepas, habis satu badan tubuhnya diserang nyamuk!

Hujan rintik2, tapi Amir terus mengayuh basikalnya dengan laju. Jalan tanah merah tu berlecak, tompokan air di kiri kanan jalan menyebabkan dia mengayuh simpang siur. Perjalanan di sepanjang taliair di waktu malam amatlah mendamaikan, terutama bila bulan mengambang.

Setibanya di hadapan pokok kekabu, tiba2 dia perasan ada sesuatu terbang di atas kepalanya. Sesuatu yang besar dan berwarna cerah. Dia dapat melihat bayangan putih pada lopak2 air. Entah kenapa, bulu roma tengkuknya berdiri tegak.

Suasana damai bertukar menjadi seram. Dengan tak semena2 basikalnya menjadi berat. Seolah2 ada sesuatu di para belakang basikalnya...

'Kenapa susah nak kayuh ni?" Hatinya berkata. Matanya melirik ke lopak2 air di kiri dan kanan. Nampak seperti benda putih berada di belakangnya.

Amir tidak berani menoleh . Kakinya terasa melekat pada pedal basikal. Dia terus kayuh dan kayuh walaupun rasa takut bukan kepalang!

Baju melayunya sudah lencun. Bukan kerana hujan tapi dek peluh! Benda putih tu masih lagi di situ! Dia rasa nak menangis . Tapi entah kenapa dia tidak mahu pergi meninggalkan basikalnya. Kakinya masih tetap mahu mengayuh walaupun terkial2!

Dia langsung lupa surah2 yang dihafalnya. Rasa nak hantuk2 kepala di handle basikal. Kayuh tetap kayuh. Rumah yang dekat dirasakan terlalu jauh.

Sampai je di simpang 3, dilihatnya beberapa buah kubur lama. Dan sebaik saja melepasinya, tiba2 basikalnya menjadi ringan. Kayuhannya semakin laju. Dan bayangan putih pada lopak2 air tidak kelihatan.

Rasa lega. Rumahnya sudah di depan mata. Sampai di anjung dapur, terus dicampaknya basikal dan meluru masuk.

" Heh! Kenapa ni? Basah kuyup! Kenapa tak tunggu hujan berhenti?" Tanya mama.

" Takut mama!!" Jawabnya terketar2 sambil memeluk erat .

"Ooiit! Lepaslah.... Mama geli nih! Takut apa pulak?"

"Hantu!" Bibirnya biru...terketar2 lagi.

"Mana ada hantu! Merepeklah!" Jawab mama. Kerana kasihan....., mamanya buatkan secawan susu chocolate panas.

"Ada.........Dia ikut Amir balik" ujarnya sambil menghirup susu tu. Suara dah ok, muka pucatnya pun dah kembali normal...hihi...

"Mana antu nya?? Mama nak tengok gak! Comel ke?" Mama pulak tunjuk berani...kah! kah!

"Dia dah balik. Dia dok kat pokok kekabu tadi. Masa Amir lalu, dia tumpang bonceng kat belakang. Bila tiba kat kubor tu, dia turun laa...." bersungguh2 dia bercerita.

"Oh! Gitu........ Esok ajak dia datang rumah ! Mama boleh buat susu chocolate utknya....hi hi..."

"Eh...tak nak laa........ Amir nak ngaji petang. Tak nak ngaji malam lagi!" Jawabnya dengan nada menyesal.

"Tu laaa... kalau mama suruh, macam2 alasan. Nak gi ngail laaa, nak tangkap belut laaaa.....Padan muka!! Pergi tido! Adik2 dah lama belayar. "

Tak semena2 bau busuk menusuk dalam idung mama, jendela dapur terbuka tiba2! Mama terbeliak kerana terkejut! Cepat2 ditutupnya jendela tu. (sambil pejam mata, takut lak antu comel muncul!)

Pintu dapur terus dikunci, napa tetiba rasa sejuk nih? Bulu roma mula berdiri...., "Abang...............!! Adek takut ni...........hu hu...." sambil melompat ke atas katil!

"ADOI!!! Adek nak main gusti ke?? Sakitnya......"

"Oooppss!! Sorry bang.....hi hi......." Roll


Tag Terakhir


Okay! Kali ini Tie kena tag oleh sorang mak budak ni.... NRINA

Sebenarnya Tie kena tag 10 orang, dan ceritakan perihal mereka2 ni. Tapi, semua orang tahu (harap gitulah..) Tie memang tak suka tag orang. Jadi, macam mana, ekk??

Gini laa... Tie akan cerita perihal NRINA yang manis ni... (bodek sikit!!). Nrina ooii!! Lepas ni jangan tag kak tie lagi tau!!

1. Seorang ibu muda yang sweet, gemar bershopping, dan ligat dengan 2 orang anak lelakinya.

2. Amat kasihkan ibunya, sentiasa sedia utk meluangkan waktu utk bersamanya walaupun sibuk dengan jawatan house manager.

3. Ada kedai online... so sapa2 yang nak beli tudung atau kain pasang, bolehlah gi check kat blog dia tu.... (Nrina...nanti bagi komisyen tau!!)

4. Punya hubby yang handsome (kah!kah!.....sama padan dengan dia tu...hihi..).

5. Punya 2 orang anak lelaki yang seiras dengan wajah 'jepun' nya......he he...

6. Minat decorate2 ni..... tgk je blog dia tu...huh! Macam2 ada!!

7. Seorang yang berkeyakinan! Tengok foto dia tu.....(makcik ni tak sanggup nak tepek gambar sendiri....hu hu.....)

8. Seorang yang kuat berceloteh ... (kalau tak pun , mungkin dalam hati dia...he he...)

9. Seorang yang tabah... ( pernah ada skandal dengan hubby orang tu....kah! kah!....macam makcik ni jugak, kan......)

10. Satu2nya manusia dalam dunia ni yang bersusah payah memakaikan tong gasnya baju!! Demi untuk keselamatan..... Nrina ooii!!, Cubalah ikhtiar cara lain.... Kak tie terkejut tengok tu... Macam antu pocong pakai baju bunga2 pulak!!


LEPAS NI KAK TIE TAKKAN JAWAB TAG LAGI!! Sorry, ekk!

Sunday, January 18, 2009

Warisan Pahlawan Resort

Diam tak diam, dah lebih 8 tahun hubby cari makan di Terengganu ni. Anak2 Tie pula mula bersekolah di sini. Dan boleh dikatakan, pendidikan di Terengganu agak baik..... boleh senyum kat result exam budak2 tu....hi hi......

So, sebagai penghargaan, Tie nak promosi sikit sebuah homestay di Kampung Pauh, tidak jauh dari sini. Namanya WARISAN PAHLAWAN RESORT. Anak2 Ganu patut rasa bangga!!



Apa istimewanya resort ini?? Ianya terdiri dari 3 buah rumah kediaman yang mengandungi 12 bilik dan sebuah surau. Rumah2 ini adalah bangunan lama , dipenuhi dengan ukiran Melayu lama Terengganu.


Kolam ni didiami beberapa ekor ikan kelah (besar betul!!).



Haaa.... ini adalah rumah persinggahan Mat Kilau. Ia berumur lebih 100 tahun. Ia dibina semula dan sebahagian kecil komponen yang hilang telah diganti mengikut bentuk asal.


Inilah biliknya. Boleh bermalam di sini.... Kalau minat suasana kampung zaman dulu, eloklah buat tempahan... Ada juga disediakan bilik dorm untuk keluarga besar atau sapa2 yang inginkan kelainan.


Kalau tak silap, ini rumah persingahan Tok Gajah. Ada beberapa buah bilik. Rumah ni memang cantik. Makcik ni jalan dengan hati2, takut tergelecoh pulak....hi hi... tak biasa laa.....


Tahu tak benda apa ni? Inilah Jebak Burung (perangkap). Cantik kan? Cuma burungnya tak ada...he he....


Shh...... Ini bilik anak dara..... Tak ada katil, cuma ada lembek kekabu... Tie saja tak snap foto kat dalamnya.... Rahsia tau...hihi.....

Inilah bilik mandi......Eh..tak de pintu pulak! Dalam ni ada telaga. Sapa2 ingin nak mandi air telaga boleh cuba laa..... Tapi bilik air moden memang sedia ada di atas rumah tu.... kot2 ada yang kurang selesa..... Maklum laa... biasa orang bandar je datang ke homestay ni....


Haa....nampak tu telaganya. Siap ada gayung lagi....he he... Air telaga sejuk tau... silap2 keras sorang2 kat situ....hi hi.....


Sorry, gambar2 ni senget sikit! Makcik pendek ni susah nak snap foto2 ni sebab ianya tersangkut kat atas... Sambil terjengket2 dapat juga ambil gambar buat kenangan. Tapi Tie takut tengok rupa2 pahlawan2 ni... Nampak bengis je....

Memang patut pun mereka ni nampak garang. Senang nak lawan dengan musuh, kan....dengan wajah begitu....

Akhir sekali, inilah antara pahlawan Melayu kita, Mat Kilau. Ada ke lagi antara kita yang punya semangat kental seperti mereka ni? Harap2 ada lagi, ekk. Manalah tau , kot2 esok2 kita terpaksa berdepan dengan ancaman seperti di Palestine tu...... Hmmm..........


WARISAN PAHLAWAN RESORT
22, KAMPUNG PAUH
21700 KUALA BERANG
HULU TERENGGANU

Tel/Fax :09-6817751

019-9013639

Awards



Tie telah lama menerima award ni dari NURDANIELLA, UJIE dan PEARL.

Oleh kerana tag nya telah pun Tie buat....(http://kaytieze.blogspot.com/2009/01/tag-dan-kad-dari-tera-dan-eida-serta.html) So..... lihatlah, ekk.

Sebenarnya telah banyak tag yang Tie buat, jadi harap sangat agar tiada orang akan mengetag Tie selepas ini. Bukan tak sudi tapi, rasanya tentu orang pun dah jemu baca perihal makcik ni....

Bagaimanapun, thanks kepada ketiga2 sahabat di atas. Tie tetap menghargainya (sambil kembang kempis idung ni....hi hi....)

Friday, January 16, 2009

Tag berjela dari Mimiey

Mula2 teman2 kena tarik nafas pepanjang dulu...sebab tag ni berjela betul. Kalau sesiapa nak guna turbo charger biar laju sikit baca pun boleh.....

Ini antara tag dahsyat yang pernah Tie buat...hu hu... Mimiey ooii! Len kali bagi yang pendek2 je laa...Nanti kurus pulak jari jemari kak tie ni....kesian kat hubby...Kak Tie jawab mana2 yang terlarat, eh...

1. Butirkan 8 perkara mengenai kamu?

  1. Sorang makcik
  2. Suka memasak dan blogging
  3. Tegas terhadap anak2 tapi baik ati (terutama pada hubby...hihi...)
  4. Rasa resah bila tengok budak kecik nangis (sendiri nangis tak apa pulak)
  5. Benci pada pemalas (macamlah makcik ni rajin sangat...he he..)
  6. Suka lagu2 jiwang ( makcik ni emo sikit. Sikit je..)
  7. Suka makan aiskerim (antaranya laa...ada sesiapa nak belanja tak?)
  8. Mudah mesra bila rasa selesa dengan seseorang...


2. Namakan 8 tempat pernah kamu diami?

  1. Johor Bahru (Bukit Chagar, sebelum berkahwin)
  2. Pontian (Lepas kahwin)
  3. Skudai Johor (pindah pulak)
  4. Kluang (pindah lagi)
  5. Johor Bahru (quarters yang ada Jin tu...hihi..)
  6. Kuala Terengganu (Gong Badak )
  7. Hulu Terengganu (terkini)
  8. Selising, Pasir Puteh, Kelantan (Rumah sendiri di tepi sawah, harap2 boleh pindah dlm masa terdekat nih!)
    Entah berapa kali pindah daa.... letih dok packing laa....

3. Siapakah 8 orang yg ingin anda ditemui ?

  1. My best friend Azacun
  2. Semua teman2 masa study dulu
  3. Teman bloggers gak (tapi malu laa)

4. Namakan 8 akaun bank yg pernah dibuka oleh kamu? (entah apa lak tujuan soalan ni, ekk? )

  1. BSN
  2. ASN
  3. ASB
  4. Bawah bantal
  5. Bawah tilam
  6. Kabinet dapur( harap2 tak de penyamun dok blogging nih!)


5. 8 kelab bolasepak terkemuka dunia pilihan kamu?
    Hu hu...tak minat bola!

6. 8 perkara yang tidak bisa kamu lakukan?

  1. Benci keterlaluan ( tak sampai ati laa...tahu sendiri pun ada kelemahan gak!)
  2. Menyanyi dan menari depan orang (rasa nak pitam !!)
  3. Berucap atau guna microphone tu.... (entah napa tiba2 jadi bisu...)
  4. Drive atau bawak motor atau basikal ...memang gayat laa...(beca belum cuba lagik!)
  5. Berenang....masa snorkeling dulu hubby jaga takut anyut...hi hi...
  6. Jungle tracking.... oooo....takut laa....benda merayap tu ikut...hu hu....
  7. Marah lama2..... cepat sejuk...terutama bila hubby bawak balik jajan..
  8. Bertandang ke rumah orang tanpa sebab...memang tak mahir nih...selalu dok peram dlm rumah.(mujur tak berkulat!)


7. Sebutkan 8 perkara akan dilakukan pada si hawa/adam ?(eh....tak paham soalan , laa........ Pada hubby ke??)
  1. Buat susu chocolate pepagi...(dia tak makan breakfast)
  2. Gosok baju dia (dan anak2 sekali laa...)
  3. Masak makanan kegemaran dia.....(tapi ikut citarasa sendiri..hi hi...)
  4. Layan je kehendak dia... (kalau lawan takut kena potong elaun...he he...)
  5. Kalau nak something, bodek dulu.....he he..

8. Apakah 8 perkara yg dilakukan semasa anda masih kanak-kanak?


  1. Panjat pokok rambutan jiran....dia tahu laa...
  2. Cubit budak pompuan yang jeling kat Tie..(mak dia tak nampak, hi hi..)
  3. Buat persembahan main organ di sekolah (kena paksa.....ketar satu badan!)

9. 8 perkara dilakukan semasa study di IPT

  1. Tetiba jadi ulat buku
  2. Pergi mana2 mesti ada escort (takut laaa)
  3. Menyorok dalam library.....dengan Azacun
  4. Marah kat seseorang...tapi tak lama...hi hi...

10. 8 perkara dilakukan semasa menganggur :-)

  1. Hari2 baca akhbar, tepon dan gi temuduga.
  2. Monyokkan diri

11. 8 perkara semasa di kota singapura

    1. Tak pernah pergi laaaa.......

12. 8 perkara kerje depan pc.

  1. Baca akhbar online
  2. Blogging
  3. Godek2 internet
  4. Cari resepi baru (tapi tak buat gak...)

13. 8 jenis makanan kegemaran?

  1. Laksa Johor
  2. Aiskerim
  3. Soto
  4. Lontong
  5. Murtabak
  6. Nasi Ayam
  7. Briyani Johor
  8. Goreng Pisang
  9. Kopok Lekor......eh...terlebih lak...


14. minuman pilihan?

  1. Ice lemon tea
  2. Fresh orange
  3. Susu chocolate

15. siapa cintamu sekarang ini?

  1. Hubby laa....

16. teman paling rapat ?

    1. Hubby jugak!

17. Sebutkan 8 orang member rapat kamu di IPT?

  1. Azacun
  2. Hamidah
  3. Nor Rizan
  4. Norma, Tie tak ramai kawan rapat....sebab suka sendirian...


18. 8 orang guru yg paling kamu suke?

  1. Puan Bashariah (darjah 5).............Tie tak happy kat sekolah so cikgu sorang ni je yang Tie suka.....(atau...cikgu sorang ni yang suka kat Tie...entahlah!)

19. Butirkan 8 perkara hobi dan minat kamu?

  1. godek internet
  2. blogging
  3. berkebun
  4. masak2
  5. baca buku cerita antu atau misteri
  6. makan dan makan bila hati ceria
  7. ambik gambar dan edit2
  8. bagi ceramah pada budak2 tu bila ada peluang....(terutama dlm kereta...mereka tak boleh nak lari...he he...)

20. Apakah 8 perkara yg ingin dilakukan ?

  1. Perbaiki kelemahan diri
  2. ingin tinggal di rumah tepi sawah tu...(rumah sendiri laa..)
  3. berangan nak ronda2 dengan basikal tapi takut!
  4. nak kemas bilik stor tu tapi belum sampai seru lagik
  5. nak buat birthday party anak tapi sekarang fikiran tengah tingtong sikit.
  6. nak buat surprise utk hubby tapi ilang idea...
  7. nak susun atur perabut dlm rumah nih
  8. nak pergi berehat kat mana2 pulau....only me ..alone...

Okay.....tag dah abis....letih tak baca?? Tie letih menaip nih!! Macam makin kontot jari2 ni pulak!

Cenderamata dari Tirana

Sahabat itu penting dalam hidup kita, walaupun di alam maya. Tie tak pernah temui atau kenal Tirana ni, tapi entah berapa kali Tie terima something darinya..... rasa malu lak.





Terima kasih Tirana, kerana ingat pada makcik ni..... yang selalu tulis entah apa2 dalam blog emo dia.... Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat Tie dan terima kasih kerana beri perhatian begitu....

Wednesday, January 14, 2009

Nama?

Setiap orang yang dilahirkan diberi nama, oleh ibu/bapa atau sesiapa yang ada kepentingan. Namun oleh kerana masa dilahirkan, seseorang tiada pilihan (tak boleh bantah laa...) nama yang diberikan mungkin tidak sesuai atau tidak digemari tuan empunya diri...

Dalam Islam, nama adalah penting dan mencerminkan peribadi seorang insan. Ia juga akan mempengaruhi sifatnya secara tidak langsung. Kini, alhamdulillah, (mungkin kerana sudah berilmu....) ramai anak2 diberi nama2 Islam yang indah .

Dahulu, masyarakat Melayu suka menamakan anak2 mereka mengikut situasi yang dihadapi, umpamanya Pungut (jumpa kat mana2) nama2 bunga (utk bayi perempuan), wira atau johan (supaya anaknya besar nanti akan hebat...) dan banyak lagi.

Tapi, ada juga menamakan zuriat mereka dengan nama yang menjelikkan, mungkin kerana benci atau tidak dapat menerima kehadiran bayi itu. Dan ada juga menamakan anak mereka dengan nama2 aneh yang mungkin ada maksud yang tersirat....

Tie pernah terdengar di radio, tentang nama seseorang, harap2 dia tak kecik ati... namanya Tukul Bin Besi........ Sekali dengar rasa janggal, tapi setelah difikirkan...hmmm... mesti bapanya seorang yang gagah...dan berani (namanya Besi), dan dia juga mahu anaknya kuat lalu menamakannya Tukul....

Agaknya apakah corak kehidupan saudara Tukul tu, ekk?? Ada sapa2 kenal dia tak??

Tie menamakan anak lelaki sulong (satu2nya laa...) Tuan Muhammad Arif. Nak tau apa akibatnya?? Rasa2nya semua orang tahu!! Dia tahu dan arif hampir serba serbi.......... Maybe boleh rasa bangga tapi kekadang rasa macam mama dia ni kolot je.....

Bukan senang nak beri tunjuk ajar pada orang yang serba tahu ni...dia rasa dirinya pandai, ooiii!!

Nama awal Tie bermula dengan Nor...bermaksud cahaya... Dan Tie harap kehadiran Tie ini bagai cahaya juga...dapat menceriakan hidup seseorang terutama sekali hubby...hihi...

So....apa yang menarik tentang nama kengkawan?? Tahu maksudnya ke?? Marilah kongsi bersama, ekk.

Tuesday, January 13, 2009

Rahsia Makanan


Ramai yang minat makan (termasuk makcik ni....) tapi adakah kita tahu rahsianya?? Mungkin ramai dah tahu, ekk. Tak pe laa.... kita buat ulangkaji sama2....

Rahsia pemakanan telah lama diketahui oleh cerdikpandai Islam dari masa silam lagi. Formula2 ini telah ditulis dalam kitab2 rahsia dlm bahasa Arab... Ia terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

Berikut ini adalah antara makanan yang terbaik untuk kesihatan. So, sapa2 nak anak2 mereka jadi lebih cerdik tu...terutama yang ambil exam tahun ini, please take note, ekk!

  1. MADU (Penyembuh Penyakit) sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiat. Tie biasa bagi anak2 masa kecil (campur dgn air suam supaya tidak tersedak! bagi sikit je setiap pagi) Ia dapat mengurangkan selsema, batuk dan lendir serta kahak akan keluar dengan mudah. Anak2 Tie tu memang selalu je sakit masa kecik. Sekarang semua dah ok. Tapi ada pantangnya...jangan makan durian atau tembikai . Kalau still nak makan, elok buat surat wasiat dulu, ekk. Tie tak berani nak gerenti.........hi hi.
  2. KISMIS. Sapa2 yang mudah lupa macam makcik ni, eloklah makan kismis, makan satu persatu sambil berselawat laa.... Budak2 tu memang selalu makan kismis ni, dan terutama masa sibuk nak exam , cikgu kat sekolah siap bagi sorang sebekas! Ini adalah antara rahsia kejayaan pelajar2 di Terengganu...hi hi...(harap2 tak kena saman nanti) Satu ni je.....yang lain2 Tie tak berani beritahu.......
  3. SUSU SEGAR. Lagi segar lagi baik. Elok lah bela kambing atau lembu kat belakang rumah tu... pagi2 boleh la gi perah, ekk.
  4. TELUR. Telur ayam kampung yang terbaik. Sebabnya, ibu2nya sihat, tak trauma dok dlm kilang tu.... pepagi boleh gi shopping keliling rumah....hi hi...sorry...makcik ni dah mula merapu......
  5. HALIA. Juga baik untuk orang yang mudah lupa. Jangan makan byk sangat. Kang macam2 bunyi kat belakang tuh! He he.......
  6. BUAH DELIMA. Ia menerangkan hati........ Boleh cari ni.....
  7. BURUNG MERPATI. Hmmm....orang Melayu dulu biasa makan ni. Ia meningkatkan kecerdasan anak2. Sapa2 yang punya anak yang belum boleh bercakap tu, elok lah gi rembat telur merpati kat mana2, ekk. Tapi ambil satu je laa...kesianlah ibunya tercari2 nanti. Hmm.....kat mana nak cari merpati ni.... Puyuh tu ada laa kat pasar tani... sama ke khasiat puyuh dengan merpati ni??

Okay, tadi dah beritahu khasiat dan rahsia makanan. Sekarang nak beritahu makanan yang perlu dielakkan atau dikurangkan. Makanan2 yang tersenarai di bawah ni boleh penyebabkan penyakit lupa.......

  • MAKANAN YANG MASAM (terlalu banyak) termasuk jeruk, epal masam dan asam kecut tu.... Ish... Tie suka makan tomyam ni... Hmmm...tak boleh kerap sangat laa....
  • REMPAH DAN KETUMBAR KERING... eh..tak tahu lak kenapa, ekk. Kat info ni tak tulis lak sebabnya.....
  • KEPALA IKAN. Masa kecik2 memang mak larang makan kepala ikan. Ingat ianya satu alasan supaya orang tua dpt makan kepala ikan tu... Tapi Tie memang tak minat pun. Dan sebabnya tak tahu pulak. Mungkin kerana ikan tu tak cerdik agaknya....
  • MAKANAN YANG TERCAMPUR DENGAN SEMUT. Yang ini memang sedia maklum. Semut ada sejenis bahan kimia yang boleh melemahkan ingatan.
  • MAKANAN YANG KOTOR, BUSUK, BASI ATAU DICEMARI TIKUS. Memang bengonglah kalau sesiapa yang makan makanan seperti ni... Tapi kalau dah terpaksa, tak tahu laa... tawakal aje kan....(terpaksa dlm ertikata darurat...kesian gak)

Hmm....dah abis idea.... okeylah.... nak pergi makan dulu..........

LINK

Sunday, January 11, 2009

Aura

Apa itu aura?

Aura sebenarnya adalah suatu medan tenaga. Setiap orang mempunyai auranya tersendiri. Ia dalam bentuk gelombang cahaya, yang berubah2 mengikut keadaan spritual dan kesihatan seseorang itu...

Aura itu penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita, contohnya ketika ditemuduga, dalam menguruskan perniagaan atau pekerjaan (contohnya guru atau pengacara atau salesman....hi hi..)

Hah! Mengikut satu kajian (entah dari mana sumbernya..) orang yang taat mengerjakan ibadah solat dan ibadah lain, mempunyai nilai aura yang tinggi. Napa, ekk? Sebab pergerakan dalam solat memerangkap cahaya dari gelombang yang bergerak dan memancar dalam satu garis lurus terus ke tulang belakang. Itulah antara hikmah solat......

Kerana itu bila kita melihat orang2 sebegini, hati rasa sejuk dan tenang...betul tak? Dan pada wajahnya kelihatan seperti cahaya bersinar yang buat kita kagum! Pernah tengok tak? Tie pernah jumpa dengan seorang Syed kat Johor dulu... Rasa terpegun betul.

Sebenarnya makcik ni memang tak ada kebolehan nak tengok aura seseorang. Tapi boleh 'rasa' bila ada sesuatu yang tak kena...he he......

Seseorang yang mempunyai aura yang mengetarkan (cantik), mempunyai perwatakan yang menarik, ceria, kesihatan yang baik dan emosi yang stabil.

Aura dilahirkan secara fizikalnya sebagai tingkahlaku atau watak seseorang. Tentu kita pernah tengok seseorang dalam keadaan marah, kan..... bagaimanakah auranya ketika itu? Rasa tak best, laa.... So, jangan selalu marah2 atau sedih(macam makcik ni). Nanti aura kita terpancar dalam bentuk negatif dan secara tidak langsung akan mempengaruhi orang2 di sekeliling kita.

Tie ni bukannya tahu sangat mengenai aura ni, saja nak kepoh2kan di sini. Mungkin ada yang mahir dan boleh jelaskan .

Cuma Tie rasa musykil, bolehkan aura ni dibuat2(tipu2), atau dipamirkan dalam bentuk penulisan seperti berblogging ni?? Ye laa, Tie perhatikan (buat sikit kajian, laa....) ada setengah2 blog menerima ramai tetamu dan peminat meskipun penulis tu jarang sekali komen atau isi postnya biasa2 je... (bukan jeles , tau! cuma curious je....)

Hmm....sapa2 yang begitu pentingkan auranya, cuba amalkan sikap positif seperti tenangkan diri, sentiasa bersyukur, banyak bersabar , sentiasa dalam keadaan wudhu (latihkan diri sekarang supaya senang nak ke Mekah nanti...insyaallah!) di samping itu jangan tinggalkan solat. Tie gerenti.... aura yang wujud nanti, tentulah yang kuat, terbaik dan semulajadi....hi hi....




Link



Friday, January 9, 2009

Godek lagi


Dah mula menggodek2 dan terjumpa ni................. Ingat pokok antu....hihi...rupa2nya buatan orang!


http://www.offbeathomes.com/okinawas-treehouse-restaurant/



Masa mula2 Tie tengok foto ni dlm ternet, ingat pokok tu asli.....rupa2nya diperbuat dari concrete laa....Memang orang Jepun ni bijak sungguh. Tak sangka pulak makcik ni ditipu idup2!

Tu bukan rumah tapi sebenarnya sebuah restaurant. Ia terletak tidak jauh dari airport di Nana, Okinawa, Jepun.

Di batang 'pokok' tu ada elevator, senanglah customer naik atas...tak payah panjat, hihi.... Tapi Tie nampak macam ada tangga spiral kat situ... Kalau Tie naik mesti mabuk. Pening, pusing2 cam tu....

Penulis tu kata makanan kat situ mahal laa....Memang patut pun. Sapa suruh buat restaurant atas pokok? Kan susah nak angkut tu....Hi hi.....




Ni benda apa pulak? Ianya sebuah rumah laa....Tentu pemiliknya minat sangat kat UFO. Kelakar pulak!



Tapi halaman rumahnya nampak kemas dan cantik. Siap ada lampu taman lagi...Dan tak payah susah2 buat garage kereta...parking je kat bawah dan terus naik atas rumah...

Rasa2nya tak de masalah banjir. Nak menyapu pun senang... Pusing keliling rumah je...hihi... Ada ke sapa2 nak buat rumah macam ni?




Last sekali, rumah kasut! Memang nampak aneh betul! Macam2 omputeh ni....

Ia dibina pada 1948 oleh Colonel Mahlon M. Haines. Dia suruh sorang architect buat sebuah rumah utknya sambil tunjukkan sebuah kasut but lama.... Haines ni memang kaya raya...saja nak promote la tuh. Dia ada lebih kurang 40 kedai kasut.

Rumah ni macam muzium je...ramai tourist datang. Tu kat tumit ada snack bar jual aiskerim..... Dulu ada disediakan bilik utk pasangan berbulan madu, siap ada maid lagik.

Ni bahagian belakang... Ada tempat fire escape . Rumah ni kat Hellam, Pennsylvania.

Hmm....rasa semacam je tengok kasut ni... tak berbau ke? Hi hi...dalam tu memang banyak kasut. Sapa bercuti kat sana boleh dapat bawak balik kasut sepasang.. Tak tahu la sekarang ada promosi lagi tak.... Tuannya dah lama mati laa....he he......


Tuesday, January 6, 2009

Tag dan kad dari Tera dan Ei_da serta kad dari Suzi

Oklah....taknak monyok lagi. Nanti kengkawan boring lak. So ni nak bayar utang tag.

Tag dari ....dari TERA dan EI_DA. Mujurlah tak panjang berjela, ekk.



Berikut ini adalah 10 fakta tentang makcik nih! Tapi......rasa2nya ramai dah tahu mengenai Tie ni... Dah byk kali kena tag laa...hihi.. Tapi untuk tidak menghampakan Tera dan Ei_da, Tie akan buat juga laa.....
  1. Seorang makcik, yang hidupnya dah 42 tahun dan telah mengalami banyak peristiwa suka duka (macam lah orang lain tak pernah, ekk.)
  2. Dulu masa muda (baru2 dpt anak) agak garang, selalu guna hanger tu nak train mereka...tapi sekarang dah insaf, hu hu.... tak nak jadi ibu pendera....nak jadi ibu baik ati....
  3. Masa kecik pernah rasa nak runaway from home...sebab kecik ati kat mak...(dimarah tanpa usul periksa...) tapi balik rumah semula bila fikir takut jalan sorang2...hu hu...
  4. Pernah buat sorang guy jadi sakit(demam...seminggu tak ke kuliah) sebab antar 'surat sedarkan diri' bila dia asyik stalking je....pastu rasa nyesal....(memang teruk betul makcik nih....so jgn ingat makcik baik sangat tau!)
  5. Pernah menangis byk kali.... sampai bengkak2 mata kerana terlalu duka tapi lepas tu boleh happy semula sebab rasa lega.....(kesian pulak kat hubby dapat wife camni, ekk!)
  6. Pernah jadi orang gaji utk sebuah keluarga Ceylon....boleh baca dlm entry yang lepas...(dapat belajar buat capati, tau!)
  7. Dari kecik sampai tua ni....selalu ditegur samada keturunan cina atau jepun...last sekali minggu lepas....memang boring betul...budak2 tu pulak ketawakan mama dia..hu hu..
  8. Suka memasak tapi tak suka mengemas....hi hi...(tapi kena buat jugak laa...kalau tak tentu rumah ni jadi pasar pulak!)
  9. Tak tahu menahu pasal IT atau computer ni....belajar sendiri je (nasib baik tahu english sikit2) . Masa minta kerja dulu tipu boss tu konon2 tau komputer, pastu masa lunch terkial2 belajar sendiri...hi hi....(dulu guna wordstar je....kacang!)
  10. Dulu sorang yang pendiam, pemalu dan kurang yakin. Tapi sekarang dah ok sikit. Masih malu2 tapi bila dah kenal rapat mudah mesra (harap2 gitu laa...)
Hmmm....seperti biasa, Tie sanggup jawab mana2 tag (asalkan tak melampau.....) tapi Tie tak sanggup nak tag kat sesiapa... Takut ada yang tak suka laa... Maaf lah Tera, tak pe kan??
Oh ye... Tera ada bagi kad tapi entah kenapa tak boleh nak tepek kat entry ni...pc dah mereng. Terima kasih la Tera......harap2 tak kecik ati, ekk.
ooooooooooOOOoooooooooo

Kad dari Suzi



Tie dah lama terima kad ni......maaflah SUZI. Terima kasih Tie ucapkan. Salam Maal Hijra buat Suzi dan semua teman2.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...