Monday, March 30, 2009

suka suka lagi

Opocot...!! Macam mana nak turun ni...?? Tolong....tolong......!!


Hati2 ya sayang2 semua...... Jangan rebut2 tau ! Ikut cara abang jalan ni..........krik krok krik..!



Adoi mak ! Tak nampak ke achik ni ? Asyik bagi kat along je, hu hu..........



Kau nampak tak, nampak tak.. ??
Macam mana aku nak nampak....mata ni naik kelabu sebab kau cekik leher aku lah !


Hmm......handsome tak ? Cepat angguk, kalau tak aku patuk !! Hi hi............



Pokcik sakit kat mana...? Adik tak nampak apa2 pun....!
(agak2 buaya betul ke ni...?)


Sunday, March 29, 2009

Apa tu ?

Ha ha.....benda apa ni...? Jiran Tie bagi petang kelmarin.... terus makcik ni belek2 dan berangan....kih ..kih..... Pertama kali tengok, jadi rasa jakun pulak..... Inilah kacang panjang, warna purple.... cantik dan menarik je, sebab tak pernah jumpa.


Rasanya lebih kurang je....malah tak de beza pun, mungkin rangup kot, dan warna ungunya tetap menyerlah walaupun dimasak, he he......

Tengok tu...boleh nampak bezanya....


Kata omputeh, ia mengandungi lebih fiber dari kacang panjang hijau tu.... Mengandungi vitamin A dan C ; protein dan zat besi....




Ini la hasilnya. Tie goreng dengan ketiak jagung dan daging merah... Sedap tau... ratah je, hi hi.....

Friday, March 27, 2009

Jalan dan Makan


Cuti sekolah yang lepas, Tie balik Klate kejap. Bila dengar cerita ada pesta makanan di Kota Bahru, terus bodek hubby ramai2 (termasuk anak2 dan mentua....hi hi...)




Biasalah, bila dengar bab makan ni , mata dan kaki terus segar je....jalan pun laju setelah berpusing2 hubby cari tempat parking.


Sata ni dari Terengganu.... biasa makan, jadi tak beli laa.... Tengok je...



Ini first time tengok. Lemang Periuk Kera dari Pahang. Makan dengan rendang.... Tapi Tie tak beli. Belum sampai seru lagi, hi hi hi......


(Klik kat imej, boleh tengok jelas.....)


Yang ini paling pelik. Namanya colek kadok. Daun kadok pun boleh makan macam rojak. Ada kacang, nyior goreng, lada, kuah colek ( kuah rojak kot!) , Limau nipis, bawang dan lain2 lagi.

Bila tanya mek, dia kata tak elok makan, untuk orang tua2 je....... Eh.....mek kata Tie masih muda laa......kih kih ...



P/s : Gambar makan2 banyak, tapi susah nak upload, lambat sangat sampai jenuh menunggu. Lain kali aje laaa......hi hi.......



Wednesday, March 25, 2009

Toyol


Alamak....!

Betul ke ada toyol....?

Sejak kami pindah dok kat ulu ni, hubby Tie dah banyak kali hilang duit... Mula2 dia ingat tercicir, atau mungkin guna sendiri ........ Tapi, perkara ini semakin kerap berlaku.

Biasa, setiap kali dia dapat gaji, dia akan selitkan RM50 atau RM100 dalam wallet dia. Saja simpan di celah2 pocket wallet untuk emergency.

Namun setelah beberapa bulan, duit tu tak de... dah beratus lesap gitu saja.. Tapi, duit yang sengaja diletak di atas kabinet tak pun hilang. Heran betul. Napa pulak tuduh toyol , ya. Sebab bukan dia sorang yang hilang duit tanpa disedari. Ada beberapa orang penduduk quarters ni pun kena.

Yang anehnya, Tie tak pulak kehilangan duit. Tie pun suka selit duit dalam purse, dalam handbag, dan banyak tempat lagi. Macam mana ni......? Pelik bebenor......

Hmm....mungkin kena pakat buat sembahyang hajat ramai2 kat surau tu... Tapi, ada ke orang bela toyol ni...?

Tie macam susah nak percaya. Hubby pun bukan jenis orang yang percaya kat bomoh2 ni.

Hu hu....rasa tak selesa lak bila perkara ini berlarutan. Hmm....ada ke orang bela toyol ni ? Atau....betul ke toyol wujud...?



Monday, March 23, 2009

Gam Belon


Masih ingat lagi tak, ketika kecik2 dulu main belon gam ni ? Memang seronok main dengan kawan2 tu, tapi tahukah bahayanya ?



Tie tak perasan ianya mendatangkan mudarat hinggalah setelah anak Tie (masa tu umor 8 tahun) tiba2 diserang asthma ketika bermain belon ni. (kawan dia bagi lak tu...) Baru teringat yang ianya sejenis gam ( baunya lebih kurang macam gam yang penagih hidu tu....).


Terus Tie jadi phobia. Siap bagi warning kat anak2, jangan sesekali hampiri belon gam ni. Baunya saja (wanginya lain macam, je...) boleh buat anak2 yang ada asthma semput !

Tie saja canang2 kan di sini... Tak tau la samada ianya masih lagi banyak dijual. Tapi kalau kat kampung tu , mungkin ada. Takut gak. Bila dah ramai, ada yang beli dan main. Mungkin kena beritahu ipar2 kat kampung supaya berhati2.

Gam ini sejenis bahan kimia. Bila wapnya dihidu, malah biasa guna lidah lagi, tentulah bahaya . Mungkin kesannya lambat tapi kita kena berhati2 sebelum terlewat. Benda2 ni akan effect kat saraf dan otak. Tie cuba godek dlm internet, tapi tak de hasil...

Hmm.....tak tahulah sejauh mana kesannya terhadap otak makcik ni. Harap2 tak lah teruk. Dulu Tie kuat gak main belon ni... nyesal pulak. Kerana itu, jaga-jaga lah , ya.......


P/s: Sebenarnya banyak lagi mainan beracun kat luar sana, tapi tak de siapa yang pantau....


Sunday, March 22, 2009

Belit lidah



Masa di sekolah, cikgu BI Tie pernah bagi tongue twisters ...memang seronok menyebut perkataan yang berbelit2 tu...contohnya :-

She sells sea shells by the sea shore. The shells she sells are surely seashells. So if she sells shells on the seashore, I'm sure she sells seashore shells.

dan

How much wood would a woodchuck chuck If a woodchuck could chuck wood? He would chuck, he would, as much as he could, And chuck as much wood as a woodchuck would If a woodchuck could chuck wood.

Sebenarnya banyak lagi, berlambak2 di internet ni... Tapi bila cuba cari dalam Bahasa Malaysia, payah pulak. Bahasa Indonesia ada laa........ itu pun sikit je. Ia disebut
pelincah lidah.

Di bawah ni ada satu yang menarik perhatian Tie.... Tapi tak tahu lah samada dari Indonesia atau kepunyaan Bahasa Malaysia.... hmmm....

Cuba sebut, ya.......dengan laju laa..........

Kakak ku kata, kuku kaki ku kotor. Ku kikis kuku kotor kaki ku.

dan yang ini :-

mina lari rina nari hari hari, rina lari mina lari nari nari, hari hari mina nari rina lari (makcik ni yg reka..kih kih kih..!!)

Haa.....macam mana ? Boleh tak ? Macam senang je, kan ? Ada tak sesiapa yang boleh bagi contoh2 yang lain....? Kalau ada yang lebih susah lagi seronok.....he he.......


Thursday, March 19, 2009

Jangan menangis lagi


Mata dah tak tahan lagi. Menangis tak kira tempat. Sorang2 pun rasa hiba. Depan mentua lagilah tak terkawal. Nak buat macam mana. Sedih gak !

Walaupun tangan ni terus bekerja. Esakkan makin kuat. Puas Mek pujuk. Hubby cuma ketawakan je......... sampai ati.......











Itulah.........salah satu masalah orang dapur ni. Setiap kali mengupas atau memotong bawang, mestilah rasa hiba tak terperi.

Kata omputeh...,"When you cut an onion, it releases a gas called Propanethiol S-oxide. When mixed with certain enzymes in the onion, it creates a sulfur gas. These gases then get to your eyes and create a mild acid which irritates the eyes." (malas nak terjemah...he he..)

Jadi, untuk mengelakkan rasa sayu dan sedih tu, ini ada beberapa petua yang boleh mengurangkan pedih di mata... :-

  • Sejukkan bawang2 tu dlm peti ais 3o minit sebelum mengupasnya.
  • Bila memotongnya, jangan potong akarnya dulu. Akar bawang tu mengandungi sebahagian besar bahan kimia yang memedihkan mata.
  • Kalau ada cermin mata, bolehlah pakai....(toksah pakai sunglasses pulak, bahaya tu....)
  • Kunyahlah sedikit roti ketika memotong bawang...(Tie biasa kunyah kerepek....boleh ke..?)
  • Boleh guna food processor ....kalau banyak sangat bawang tu.
  • Guna pisau yang tajam.
  • Tie biasa rendam dalam besen berisi air bila banyak sangat bawang yang perlu dikupas (terutama ketika merewang kat kampung). Sambil kupas, sambil celup dlm air... Taklah sedih sangat...he he...
Kalau ada tips lagi, tambahlah .......jangan kedekut gak !

Jawapan Teka itu...

Mula2 Tie ingin mohon maaflah.........sepanjang minggu ini memang sedikit sibuk. Jadi tak dapat lompat2 ke blog2 teman seperti selalu....hihi...

Jawapan ni pun lambat juga Tie pamirkan...sibujang tu asyik melekap kat pc ni..........tunggu dia tido baru boleh mengarang ni............

Ok....rasa2nya orang pun dah naik jemu...tak pe laa................ Makcik ni tak kisah...

Jawapannya.... :

1. U dan G

2. 3 ekor burung yang terbang...

3. Nyamuk yang hinggap di batang idung... (kat pipi pun boleh laa.....)

4. Tukang gunting rambut

5. Api

Bila Tie scroll down.......... tak sorang pun tulis kesemuanya seperti di atas. Walaupun demikian, Tie amat hargai semuanya sudi, meluangkan masa di sini.... Terima kasih laa.... Tie tak de hadiah nak bagi (makcik ni dah berbelas tahun menganggur...).

Oh, ya......... rasa terharu pada DYG, MAYA, MAZA, IZZAH, SHAIS, IZA, ILYN dan PEARLS, kerana bersungguh benar tulis jawapannya... yang lain2 pun buat Tie rasa happy.

Malah NEKCUN dan IZAN dua kali bertandang.......

Terima kasih semua.... Agaknya kalau Tie bubuh hadiah EZORA tentu ramai lagi yang datang, yek ! He he............


Monday, March 16, 2009

Jom teka teka.......



Hmm.......sementara cuti2 sekolah ni, eloklah kita cuba main teka teki ni ekk. Ada 5 soalan....... jawablah kalau pandai.... hi hi... Tapi jangan intai jawapan dari teman2 lain tau ! Kena jujurlah pada diri sendiri....hi hi.....

Soalannya ialah :-

  1. Haiwan apa ada 2 huruf ?
  2. Haiwan apa yang ada 6 kaki dan boleh terbang ?
  3. Kenapa bila kita pukul dia, kita pulak yang sakit ?
  4. Siapakah yang setiap hari pergi gunting rambut, tapi tak pernah botak pun ?
  5. Bagi saya makanan, saya boleh hidup, tapi jangan beri saya air....nanti mati ooo..... hi hi........siapa saya tu...?
Senang je............Ingat !! Jangan tiru2 tau ! Kih kih kih ..........!!

Oooo........toksah fikir tentang hadiah tu.... Sapa dapat jawab kesemuanya dengan betul, Tie akan canang2kan kat blog ni...biar semua orang tahu ..kira promosi laa.....he he...


Awards dan Tag

Kad ini Tie terima dari WANIE. Maaflah dek. Kak tie lewat buat announcement. Terima kasih ya, kerana ingat kat makcik ni.....:)



ooooooooooooooooooooooo000oooooooooooooooooooooo


Tie terima award comel ni dari AIN........ Terima kasih, ya.... rasa terharu pulak.

AIN juga ada bagi tag....birthday wish... Sebenarnya Tie dah pencen dari menjawab tag ni... boleh tengok kat sidebar tu, dah banyak tag tie buat. Tapi memandangkan tag ni senang je, makcik ni tak kisah laa.....

1)Make a list of what u want on your birthday
2)The list should be 10 numbers
3)post the image of this award to your posting
4)give it to 10 frens of yours

Tie cuma ada beberapa wish je...walaupun birthday jauh lagi (1st october , boleh start fikir nak bagi apa kat makcik ni, ek !).

Harapan Tie agar dapat cukupkan amal ini, dapat melihat kejayaan anak2 dan dapat terus hidup bahagia dan tenang hingga akhir hayat tanpa menyusahkan sesiapa..... Begitulah kiranya..............

Tie malas nak tag sesiapa.....maaflah Ain, yek. Makcik ni dah letih main tag2 ni....tak larat nak berambat...kih kih!!

P/s: Hmm......nampak gayanya idea dah kering.........budak2 tu bila dah berkumpul di rumah ni, langsung tak bagi peluang mama mereka blogging lama2...hu hu....

Wednesday, March 11, 2009

MIMPI



Mimpi hanyalah mainan tidur. Selalu dengar orang kata begitu. Tapi bagaimana kalau apa yang kita mimpi itu menjadi kenyataan ? Adakah ia satu kebetulan ? Hmm.......

Selalunya (malah setiap kali ) kalau Tie bermimpikan air (tak kiralah mandi kat laut ke atau banjir....), maknanya rezeki akan bertambah, rezeki Tie laa.....(dapat duit , he he ....)

Kalau Tie mimpi api, tentu ada sesuatu perbalahan....dalam keluarga. Serta merta mohon perlindungan dari tuhan.... Walaupun tidak ingin percayakannya, namun mimpi2 Tie selalunya menjadi kenyataan. Ini yang buat Tie rasa bimbang. Adakah ini satu ujian atau kelebihan dariNya ?

Tie pernah mimpi tercabut gigi. Orang kata , saudara terdekat mungkin meninggal dunia.......betul pun. Bapa saudara Tie meninggal pagi tu....

Makcik ni dah masak benar dengan mimpi. Tie boleh 'tapis' mimpi kesan dari aktiviti harian atau yang sememangnya satu petanda. Boleh ke fikir begitu ?

Tie yakin, ramai di antara kita mengalami mimpi2 yang bermakna ni. Apakah Tie ini silap dalam hal ini ? Tie bukannya taksub akan mimpi, cuma kekadang rasa rimas pulak bila mimpi yang bawa petanda itu muncul........

Hmm.......ada siapa2 tahu makna mimpi dari sudut pandangan Islam ? Beritahu laa.....jangan diam je.........Kita kongsi, yek !

Monday, March 9, 2009

6th Sense ?

Isnin 9Mac 2009


Dalam ramai2 ni, siapakah di antara kita yang mempunyai 6th sense ? Angkat tangan laa.....


Hah ! Benda apa tu ? Ia adalah INTUITION ...meaning "ability to sense or know immediately without reasoning" Gerak hati laa.....bukan ramalan tau !


Gerak hati atau naluri adalah satu bonus selain dari akal dan perasaan yang dianugerahkan kepada kita. Setengah2 orang mempunyai gerak hati yang kuat, terutama ibu2 dan isteri...bergantung kepada rapatnya hubungannya dengan yang tersayang.


Macam mana tu, ya......Contohnya : Ada kalanya seorang ibu akan merasa resah sepanjang hari, tanpa tahu sebabnya.....hmmm....ada something wrong laa....Jadi, cepat2 dia beristighfar dan berdoa untuk keselamatan orang2 yang dia sayangi....


Naluri bukannya sesuatu yang boleh kita pelajari. Ia adalah satu kebolehan istimewa. Dan ianya timbul pada masa2 tertentu saja. Setengah orang boleh membuat keputusan yang tepat kerana mempunyai naluri yang kuat. Betul ke ?


Naluri atau gerak hati ni berbeza2 tahapnya. Manusia biasa seperti makcik ni hanya boleh 'merasa' (berdebar2) kiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada suami, anak atau ibubapa.... Yang lain2 tu tak ada laa.....


Namun kita kena berhati2 agar kelebihan naluri dan gerak hati ini tidak di salah guna menjadi ramalan Pak Belang pulak, eh......Pak Belalang laa....mujur kakchik tegur, hi hi..................


Jadi, kepada sesiapa2 yang mempunyai keistimewaan ini, hargainya.......dan manfaatkannya sebaik mungkin. Jangan pulak bukak booth telek, tau !



http://www.rileks.info/coollist/

Sunday, March 8, 2009

Abang sayang

Sabtu 7 Mac 2009


Kita sebagai insan biasa memang tidak akan terlepas dari berbuat silap. Kerana itu, sekali sekala, lihatlah diri sendiri dan perbaikilah mana2 yang kurang.



Begitu juga dalam alam rumahtangga. Perangai dan tabiat kita seharian dirasakan biasa sahaja, sehinggalah berlakuya perkara yang tidak diingini.


Apabila hidup bersama barulah sedar pasangan kita mempunyai sedikit kekurangan, seperti kita juga. Akan tetapi janganlah jadikan ia antara sebab setengah2 isteri suka sangat membebel dan memarahi suami tanpa rasa hormat. Marah depan anak, depan tetamu , malah depan mentua lagi! Melopong orang tua tu!


Janganlah begitu dek ooii ! Seburuk2 suami kita tu, dia lah pintu syurga kita. Berdosa tau! Memanglah rasa marah bila suami suka berbuat selerak, pintu dibuat tempat sidai tuala (sampai naik berkulat pintu tuh!), stokin dicampak merata, kunci kereta pun gitu! Bila nak guna, si isteri juga kena carikan.


Berbanyaklah sabar! Kita boleh tegur dengan baik. Tak perlulah menengking macam singa tu. Hilang pulak keayuan seorang wanita...... Tapi kalau dia tu tak berubah, nak buat macam mana....Itu kelemahan dia. Kalau kita tiada, tentu dia huru hara. Kita ni begitu penting baginya. Memanglah letih, mengutip barang2nya. Terbongkok2, mencari dan menyimpan.... sama seperti menjaga anak2 kecil.


Anggaplah ia salah satu rancangan explore race!! Satu item dapat satu pahala.... kalau 10 item sehari....hmmm banyaklah pahala. Itupun tak termasuk kopinya secawan, cucian bajunya dan layanan 'mesra' kita, kan??


Tie saja timbulkan soal ini kerana ia pernah berlaku di depan mata ini. Suaminya selalu dimarah2 dan diperkecilkan. Lembaplah, lambatlah, macam2 lagi. Memang betul pun. Tie akui, tapi....tak bolehlah marah depan orang dan depan anak2. Kasihan suami dia tu. Sampai anaknya pun dah pandai merungut. Tak baik laa.....


Bila mentuanya tahu, tentulah dia sakit hati. Lalu dia cuba perkenakan si isteri tu (dengan cara yang salah), tapi yang terkena anaknya sendiri, iaitu si suami. Tak pasal2 suaminya jadi bodoh.


Tie tak sampai hati tengok suaminya menung sana sini. Tak ceria dan peramah seperti dulu. Sedih gak. Namun , syukurlah......sekarang nampak ok sikit. Tu pun selepas beberapa tahun. Harap benar si isteri itu sedar. Tie pun rasa insaf ni.


Tuhan jadikan pasangan kita saling lengkap melengkapi. Kalau kita sorang yang rajin, mungkin suami kita sedikit pemalas. Kalau kita kuat berbelanja, mungkin suami kita seorang yang cermat. Dan kalau kita ni becok tak menentu, mungkin juga suami kita seorang yang pendiam.


Walaupun begitu , ada juga pasangan yang sehati sejiwa....itu pun tentu ada hikmahnya. Terimalah pasangan kita seadanya.

Hmm......pada adik2 yang masih single lagi tu, belajarlah dari pengalaman ini. Hidup berumahtangga ni ibarat mencari harta karun. Ada masanya jumpa emas.....ada masanya jumpa tulang ikan je...hi hi.........


P/s : Kepada para suami tu.....jangan ambil kesempatan pulak! Hargailah penat lelahnya. Kalau tak boleh membantu, jangan pula menganiayanya. Takkan tak sayang kat isteri tu......? Kesian gak!


P/ss: Maaflah jika entry ini menyinggung sesiapa. Tujuannya hanya untuk menginsafi diri sendiri dan mungkin sebagai ingatan buat yang lain. Tie tahu, tak semua orang berpeluang hidup berpasangan atau kekal berumahtangga. Tuhan itu maha adil . Insyaalah, rezeki tu ada . Kalau tiada di dunia ni, semestinya dia sedang menunggu di pintu syurga.......


Friday, March 6, 2009

Jiwang sekejap !



Ada orang sedang merindu ke ?? Hi hi.... Tie ingin tujukan lagu ini kepada semua pengunjung blog Memori..... semoga semuanya terhibur..........!

Tapi, jangan sampai terlentok pulak !

Thursday, March 5, 2009

Pencuri! Pencuri !


Subahanallah..!!

Rumah Tie kat kampung dimasuki pencuri ! (adik ipar tepon ) Sekurang2nya 2 orang mat gian memecah masuk pintu dapur. Entah apa yang mereka guna, pintu grill dicokehnya. Dan pintu dapur rosak teruk !

Hu hu.............. Pintu bilik Tie pun rosak sikit tapi mereka tak boleh masuk kerana Tie telah kunci dan jampi2 sket, he he....

Walaupun redha dengan apa yang terjadi, tapi Tie tak dapat menahankan perasaan geram kerana dia rosakkan pintu2 tu............. Nak tahu tak kenapa dgn pintu tu ?

Masih ingat lagi, Tie dan hubby berpusing2 sekeliling Pasir Puteh, Melor dan Kota Bahru dengan Hilux pinjam dari kawannya. Semata2 untuk mencari pintu ! Hu hu............. sedih gak !

Tie dah tak de mood nak balik kpg. Terutama bila terbayangkan barang2 yang rosak tu. Kalaulah Tie dapat jumpa dengan mat2 gian tu, memang Tie nak siat2 kulitnya !

Oh ya........nak tahu tak apa yang hilang ?

Sebuah tong gas je...... ! Agaknya mereka tak sempat nak punggah tv dan lain2........hi hi hi.......alhamdulillah.............

Wednesday, March 4, 2009

Kad, Award dan Mom of the year

Kad ini Tie terima khas dari SITI KHUZAIMAH nun jauh di Perth. Thanks alot ! Kak Tie amat menghargainya. Walaupun kita tak pernah berjumpa, Kak Tie rasa amat bertuah berkenalan dengan Siti. Moga2 kita terus kekal bersahabat biarpun jarang2 berhubung...Bounce



Anugerah Teman Sejati ini pula adalah dari IZZAH di Selangor. Jauh juga kalau naik bas ke Ganu ni...Hmm....Bila la nak ke Selangor tu....rindu kat Shah Alam, hi hi....

Terima kasih IZZAH. Kak Tie rasa terharu pula Valentine kiss. Ada gak orang ingat kat makcik ni.....he he...

>
>
>
>
>


Sebenarnya Tie malu kerana tak layak terima award ni. Tapi untuk tidak menghampakan KAK EZZA, Tie ambik je laaaa, hi hi hi..........Terima kasih, ya Kak !

Makcik ni berkahwin pada 1 Sept 1992, ketika berumur 26 tahun. Kira tua jugak . (mujurlah tak berjanggut, ekk!) Tahun berikutnya melahirkan anak sulong (satu2nya lelaki). Selang satu setengah tahun, dapat baby perempuan. Dan yang bongsu (perempuan juga) muncul selepas 3 tahun setengah.

Sekarang, masing2 berumur 16, 14 dan 11 tahun. Dah besar pun. Hmm.....tapi mamanya belum boleh goyang kaki lagi, he he.....

Anak2 tak ramai tapi macam jaga 10 orang. Rumah ni sentiasa riuh kerana ada saja yang menyakat, meraung dan mengadu.

Asalnya Tie seorang yang senyap sunyi. Tapi sebaik sahaja yang sulung tu boleh merangkak, secara sepontan suara Tie jadi nyaring. Macam orang tertelan speaker! Sampai hubby pun naik heran....



The rules are:

1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!

Tie kesal kerana terlalu garang terhadap yang sulong tu. Dia terlalu aktif. Tie pernah bantai dia, lepas tu menangis hiba ketika melihat lebam2 pada tubuh kecil dia. Walaupun dia yang paling sukar dikawal dan selalu buat Tie susah hati, si bujang tu amat manja dengan Tie.

Suka paksa Tie cium dia sebelum tido (sampai dah besar panjang ni. Eee.......geli pulak) Dia selalu ingin berkongsi sesuatu dengan Tie. Kalau dia ada duit pun (dari business baiki tepon tu ), dengan senang hati dia offer nak bagi Tie (pinjam je...he he..kedekut macam mama dia!)


2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.

  • Anak2 Tie pandai berlakun, sejak kecik lagi. Kalau kat rumah riuh macam pasar, bila ke rumah orang, serta merta jadi pendiam, control cun, makan biskut siap bertadah dengan tangan . Semua orang puji betapa baiknya mereka, kah kah kah...!!
  • Alhamdulilah, ketiga2nya cemerlang di sekolah dan harap akan terus begitu.
  • Ketiga2nya tu amat perihatin terhadap mama mereka, yang bongsu akan runsing kalau mama dia tidak sihat. Yang tengah akan mulakan sesi mengurut (dia urut sakit , ooi!!!), dan yang sulong akan offer belikan ubat atau apa2.....
  • Budak2 tu selalu bercerita kisah mereka , kawan2 dan cikgu. Setiap kali balik dari sekolah atau dari mana2 pun, masing2 berebut2 nak bagi report! Tie tak payah tanya, he he...
  • Anak2 Tie tak pandai nak berbohong. Kalau mereka cuba, Tie akan tahu... sampai mereka merungut, " mama ni....tak aci laa.....bagilah can sikit!!"
  • Mereka paling takut dengan ugutan, "kalau tak buat apa yang mama suruh, kena makan lauk recycle....." Biasanya mereka akan jawab, "OH TIDAK !!" Hi hi......
  • Anak2 Tie pelik sikit. Sejak kecik, kalau nampak sesuatu dalam unit 3 , tak kiralah benda atau binatang, mereka akan kaitkan dengan diri mereka. Umpamanya kalau nampak 3 ekor kambing atau lembu, mereka akan bersuara... yang hitam tu Wani, yang putih dan nakal tu Arif, dan yang kecik tu sibongsu Isha.....Dan kalau ada 5 ekor, yang gemuk tu mama dan yang besar dan itam tu ayah ! Keadaan akan jadi riuh rendah jika ada yang tak puas hati ! Hi hi hi......
3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.

Hmm..... Tie nak bagi award Mom of the year ni kat
  1. Nekcun
  2. Chekdenoor
Tie hanya bagi award kat 2 orang ni saja memandangkan anak2 mereka dah besar. Tie tak berapa pasti tentang teman2 yang lain. Mungkin pengalaman mereka dapat membantu ibu2 muda .....he he...........insyaallah.

Sunday, March 1, 2009

Tidak KUPINTA

(kena ingat nama KAMSIAH ABU tu...)

Ho ho ho...........

Tie baru sahaja selesai membaca sebuah novel hasil karya dari seorang blogger yang sering bertandang ke sini iaitu NEKCUN. Ha ha.......... memang dah lama tak baca novel ni, terutama novel jiwang.

Sungguh tidak kusangka, seorang nenek dapat hasilkan sebuah novel berjiwa muda (steadylah Nek !) Sesuai benar dengan makcik yang 'young at heart' ni.

Hmm...... Tie memang tak pandai nak kritik, jadi apa yang dapat Tie simpulkan setelah habis membaca .............jeng jeng jeng!!


Reaksi pertama :
  • Adoi Nek !! Dalam banyak2 nama, kenapalah bubuh nama2 yang begitu sensitip dalam kehidupan Tie yang lampau......... Karektor pun tak banyak beza pulak tu ! Boleh pitam nih!
Reaksi kedua :
  • Ada masa Tie tersenyum sendirian (mungkin perasan kot!), ada ketika sedih gak. Namun sesekali Tie tergelak, keh keh keh !! (mujur hubby tak nampak).
Seterusnya :
  • Jalan cerita yang bersahaja, mudahlah orang seperti makcik ni 'mentelaah'.
  • Tidak terlalu jiwang, tidak meleret2 dan tidak menjemukan. Just nice ....
  • Ada beberapa 'surprise' di sebalik tabir atau pokok.......he he......
  • Akhirnya, Tie puas hati dengan kesudahannya.... (napalah tak jumpa dato' dulu.....kalau tak tentu dah jadi datin sekarang....hi hi..... gurau je laa.....)
Jadi, kepada teman2 yang belum lagi baca novel ni, tunggu apa lagi ? Cepat2lah berkejar ke kedai buku yang berdekatan...........

Rugilah kalau tak baca...... ada gak terselit sebahagian kecil kisah hidup Tie....(memang tak abis2 perasan nih!)

Akhir sekali, BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA !


Psstt!! Nekcun..... ada peluang dapat komisyen tak ??
Hi hi .............


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...