Monday, December 24, 2012
Thursday, December 13, 2012
Wednesday, November 21, 2012
Tempahan Dibuka....
Seperti biasa, Tie hanya terima tempahan yang bukan urgent, kerana Tie tak boleh buat dalam keadaan stress, nanti jadi buruk lak.. Paling cepat, 3 minggu selepas bayaran diterima. Bayaran boleh dibuat melalui acc Maybank sahaja.
Wednesday, October 17, 2012
Tutup kedai buat sementara
Tie terpaksa tutup kedai buat sementara waktu kerana nak berpindah. InsyaAllah, Tie akan menerima tempahan/ jual barang keperluan kraft semula bila semuanya dah beres.
Saturday, October 13, 2012
Thursday, October 4, 2012
Tuesday, September 25, 2012
Monday, September 24, 2012
Bantal Oggy and the cockcroaches
Bantal Oggy and the cockcroaches |
Ini lah rupanya. Saiz pillow ni lebih kurang 12inx13in.
Material asas macam biasa velboa yang gebu tu. Bahan applique merupakan poly felt, tali dan butang.
Insyaallah kita akan perbaiki lagi jika diberi peluang.. rasa kena tukar semua sesungut lipas2 tu ke tali jer, macam Marky. Susah nak menyulam kalau guna potongan felt yang halus tu.
Kali ni kita guna zip sebab design penuh, susah nak terbalikkan bila nak isi fiber nanti. Jadi fiber tu diisi dlm sarung nipis dulu.
Ok, harga pengenalan rm50 tidak termasuk courier.. Mungkin bulan seterusnya terpaksa naikkan harga sebab kos fabric ni 3 kali lebih tinggi dari fabric flannel yang biasa orang buat bantal. Kos courier termasuk pembungkusan rm10 (utk SM) atau rm15( utk Sabah/Sarawak). Sekarang ni kerani pos kira ikut volumetrik pulak..
Kiranya ada sesiapa yang berminat sila pm Tie tapi untuk order bulan depan (Oktober). Bulan ni nak rest dulu dari buat Oggy dan kaum kerabatnya.
Wednesday, September 12, 2012
Tuesday, September 11, 2012
Saturday, September 8, 2012
Wednesday, September 5, 2012
Thursday, August 30, 2012
Decor Pillow
Oggy pillow. Material : Felt arcrylic/poly, buttons, brads, loose fiber, velboa fabric. Price rm34 , Not including postage. size ~27cm x 28cm |
Sunday, August 12, 2012
Friday, August 10, 2012
Sunday, August 5, 2012
Tuesday, July 31, 2012
Wednesday, July 11, 2012
Tuesday, July 3, 2012
Tuesday, June 26, 2012
Thursday, June 21, 2012
chenille stems
Friday, June 15, 2012
Sunday, June 10, 2012
Tutorial Mata utk doll/plushies
Assalam /Hi adik-adik semua. Hari ini kak tie terasa separuh rajin, jadi nak kongsi idea untuk buat mata dari buttons, brads dan manik.
Oggy |
Oh, mula2 nak bagi clue buat Oggy dulu. Body parts Oggy sebelum ia dijahit ... Pandai-pandailah buat template sendiri, ya.. (jika berminat). Kak tie malas nak ambil gambar satu persatu sebab ia memakan masa.
Brads dan buttons 2 lubang |
Berbalik kepada mata, kak tie nak tunjukkan cara mata Oggy terhasil. Button tu kak tie guna saiz 9mm dan brads saiz 5mm. Sebenarnya kak tie malas nak gunting bulat untuk mata, lagipun hasilnya kurang menarik.
Cucuk kaki brads ke dalam kedua lubang tu. Terus boleh jadikan mata.. :) |
Kalau nak button tu boleh dapatkan di link ini (http://kaytieze.blogspot.com/2012/05/mini-round-buttons.html ).
Brads pula boleh cari di link ini (http://kaytieze.blogspot.com/2012/05/brads.html)
Kalian boleh pelbagaikan idea ini dengan mengguna buttons bentuk lain, asal saiznya sesuai untuk disatukan dengan brads.
Cantik tak? Tak perlu beli button mata lagi, haha.. |
Mata guna gabungan button dan manik |
Selain dari gabungan buttons dan brads, mata juga dapat dihasilkan dengan buttons dan manik, atau buttons besar dan kecil. Semuanya bergantung kepada saiz doll .
Ok, selamat mencuba :) Jika kalian sudi boleh linkkan post ini kiranya adik-adik menggunakan teknik ini dalam menghasilkan craft .
Wednesday, May 30, 2012
Tuesday, May 29, 2012
Red felt pillow
Hand stitched red love pillow Pillow size 5cm 10 pcs - rm5 50 pcs - rm23 Pillow size 3.5cm 10pcs - rm3.50 50pcs - rm17 Material dari felt dan fiber. Boleh buat hiasa bunga telor (cucuk je punggungnya dgn lidi), hp charm @ keychain (caranya di link ini...http://www.facebook.com/ |
Saturday, May 12, 2012
Saturday, April 28, 2012
Tiny books again...
Tiny books |
Tiny books, boleh dijadikan keychain atau hp charm, atau digantung pada bag/tote bags. Nak gantung kat purse pun ok, asal jangan gantung di telinga, hehe....
Harga bermula dari rm4 - rm5 bergantung kepada design. Nak request design atau nama pun ok, cuma kena tengok space dulu sebab buku ni kecik jer.. Nanti kita update ukurannya..