Wednesday, December 31, 2008

Busy

Adoi!! Minggu ni Tie agak sibuk laa.......

Faham2 aje laa..... nak balik kpg tgk mentua balik dari mekah lagi, nak urus budak2 tu lagi....eh..byk lagi.

Nak mintak maaf laa, tak leh nak blogging, nak lompat2 kat blog teman2 .

Hutang tag dah bertimbun, kad pun ada tak tepek lagi....rasa2nya tentu dah basi nanti...hu hu.. pc ni lak makin mereng je....

So....Tie nak ngulor dari blogging ni kejap. Nanti bila semua dah settle boleh la start blogging sakan! Hi hi.... Hubby pun kena bagi layanan gak, kot2 nanti moncong pulak. Hi hi...pandai je nasihat orang, so kena praktik laa....he he...

Tie tetap akan online dari masa ke semasa, cuma nak balas komen tu tak kesempatan... rasa macam tak cukup kaki tangan lak...eh...tak laaa...... cukup nih!

Sapa yang senang2 boleh datang blog Tie, bagi nasihat kat makcik tingtong nih! Macam mana nak juggle masa yang semakin singkat! Tie akan rindu pada kalian nanti...hu hu..

Okey, Tie rehat tak lama........dah ketagih blogging nih! Rasanya tak sampai berminggu2 kot!...hihi... Bye semua! Terima kasih kerana sudi datang mengomen tuh! Semua pengunjung amat Tie hargai.

Tie ada siapkan beberapa post baru. So.......tunggu....................

Tuesday, December 30, 2008

Makcik Burger

Tiga tahun yang lalu, kami ke Agro Resort, di Setiu , Terengganu. Saja nak lepak kat situ. Kebetulan sepupu hubby, Kak Yah dan Abe Soh berniaga nasi berlauk di warung tu. Dah lama mereka berniaga .... nampaknya makin maju.

Tie lihat ada dapor burger.. Ada sorang budak dok tunggu kat situ...Baru nak minum air kelapa muda, hubby dah tegur," Pergilah tolong Kak Yah tu. Dia sibuk.."(memang masa tu tengah ramai pelanggan)

Hmm... pelanggan sorang je. So Tie pun pergilah dan buat macam rumah sendiri...hi hi... Baru nak start idup api dapor tu, tiba2 rasa lemas dan gelap ........... Rupa2nya pelanggan burger tiba2 jadi ramai! Heran....., entah dari mana budak2 tu timbul ekk? Budak2 tu dari PLKN sebenarnya . Memang kelihatan lapor je....dan berbau busuk pun ada!! hi hi.......

Tie jadi panik! Dan takut! Nak bubuh majerin kat roti tu pun tak tentu arah. Anak Kak Yah tu tolong hiris kobis dan timun. Tie makin ligat memasak. He he........

Sorang budak chinese tu kata, " Makcik! Saya nak burger ayam, kasi taruh sos tomato!
(kurang asam! kita comel2 ni dipangginya makcik!)

Makcik : Kat sini semua burger ayam laa. Nah! ambik sos ni, bubuh sendiri !

Budak chinese: Makcik ni..... kita kan customer, kena layan baik tau! (Oiit! Ngada2 pulak budak ni... rasa nak sudip je mulut dia!)

Makcik: Ooii! Makcik ni pun customer tau! Itu......minum air tak abis lagik! (sambil tunjuk kat air Tie tu...) Kesian kat kamu semua laaa, datang tolong masak ni...

Budak India : Oooo.... baiknya makcik ni.. Kalau makcik tak ada tentu kami dah mati kelaparan!!
(Pandai pulak budak ni nak bodek!)

Makcik : Kenapa pulak?? Kantin kan ada?? (Ish!! Rupa macam tak cukup makan je....)

Budak2 tu.. : Tak sedap laaa. Itu sayur ada ulat! ( Hmm...padan muka! Ulat pun ada protein gak!)

Budak : Makcik! (Ish!! makcik lagik!)
Saya nak 2 burger! Lapar laa...

Makcik : Kuatnya makan! Parents you all tentu suka bila dapat masuk PLKN ni, kan??

Budak : Ye laa... mereka memang happy betul.... (masing2 dok sorak!)

Ish!! Budak2 ni memang lucu! Berebut2 nak burger tu. Ada yang tak sabar2 dan bising2. Mereka semua ni dari Selangor. Ramai chinese dan indians.

Budak : Saya nak 'well done' ! (Huh!! Memang nak kena lesing ni! Bagi yang rentung baru tau!)

Makcik : Ye laa... Ada sapa2 nak yang 'rare' tak?? Senang je makcik nak tepek kat roti tuh!

Budak2 tu mula bising lagik! Suka pun ada tengok gelagat mereka. Teringat zaman Tie dulu. Hi hi.....

Budak : Makcik! Saya cakap jangan marah, ye.

Makcik : Apa dia?? (pelik betul budak ni....)

Budak : Makcik macam cina laa.... (memang nak kena penyepak betul!!)

Makcik: Hah!! Mak makcik orang jepun!!(saja nak buat budak2 tu sakit ati!)

Budak2 : Oooo.... pandai cakap jepun ke??

Makcik : Arigato gozaimas!! Dah! Pergi balik kat camp tu!

Akhirnya selesai juga burger2 tu. Nampak masing2 dah terbuntang kekenyangan. Bila dah tak de orang, cepat2 'tutup kedai' ! Rasa gerun bila teringatkan budak2 tu berkerumun .... Memang tak sanggup jadi makcik burger lagi...hu hu..

Kak Yah senyum je... Agaknya dia lega budak2 tu dah pergi. Banyaklah juga rezeki dia hari tu.... Tak sangka, kedatangan kami dapat menolong dia seketika..he he..


P/s: Rasa happy sangat hari ni.......... Anak Tie baru dapat result PMR.... 8A ....saja nak kongsi...kembang kempis idung nih (biarlah orang kata nak bangga diri...memang suka sangat... sanggup terima kritikan org...hi hi....)


Sunday, December 28, 2008

Finger Exercise

Okay....hari ini kengkawan kena buat exercise jari... ho ho...asyik dok dpn screen ni...sambil nguyah lak tuh...

Kalau nak tahu cerita selanjutnya...kisah sahabat lama Tie tu... marilah klik kat link ini....(SINI LAA) Kalau malas tak payah! Tak nak paksa pun....hi hi....


Sapa susah nak komen kat sana...boleh komen kat sini...tak kisah laaa....

Friday, December 26, 2008

Clumsy

Saje buat tajuk omputeh, untuk dapatkan perhatian...hehe...

Sebenarnya itu adalah antara sikap Tie masa kecik2 dulu...memang teruk betul makcik ni. Tapi kena ngaku laa...baru boleh perbaiki, kan.... Sekarang tak lagi, malah Tie amat benci sifat sedemikian, menyusahkan je.....

Dulu, masa kecik2 selalu tumpahkan sesuatu, baru nak pegang barang dah terlepas! Pergerakan pun tak cekap, ada je terlanggar sana sini (macam budak baru pandai jalan je...). Mak selalu marah. Lembap betul!! Dan Tie pun fikir, ada something wrong ke...?Short wire kat mana2 kot! So....setiap kerja kena bagi fokus, takut jadi haru.........

Masa kat lab sekolah lagilah bimbang. Terutama bila pegang bahan2 bahaya tu... Masa nak sukat, rasa terketar2, lebih2 lagi time tu cikgu garang tengok! (selalu berdoa agar jari2 kontot ni tak buat hal...Hu hu....napa selalu clumsy ni.....?)

Namun sifat ini terus mengurang bila meningkat dewasa. Tie tak perasan pun. Mungkin dah semakin mahir atau confidence level meningkat. Alhamdulillah, syukur sangat2. Malah Tie dah boleh dikatakan cekap (masa kerja dulu dan dlm urusan rumah kini...) Hi hi...terpaksa puji diri sendiri... sapa lagi, ekk?.

Dan setelah dapat anak, tak boleh lembik2 lagi. Budak2 aktif buat mama jadi aktif gak! Tidur pun macam tido ayam. Telinga boleh dengar kalau tetiba anak sedar (tak payah tunggu budak tu bersuara pun) , Bunyi kaki tangan baby terkais2 dah boleh menyedarkan Tie. Entah berapa jam je sehari Tie dapat rehat betul2. Bukan terpaksa tapi ia dah jadi kebiasaan.

Tapi, Tie perhatikan, sekarang ni ramai ibu2 yang cuai. Tak cekap dlm urusan rumah dan anak2. Penat bekerja bukan satu alasan yang baik. Kenapa mesti jadi begini?

Masa single boleh lah lemah gemalai , Tapi dalam bidang pekerjaan pun tak boleh lembik2, kena cekap juga kan...Sekarang ni semua nak cepat ........., dan tepat. Tak boleh cuai.

Kepada semua...maaflah jika terasa. Sikap cuai kenalah pantau mulai sekarang. Tak kira yang single maupun married atau tua macam makcik ni. Bahaya laa......

Bermula dlm alam rumahtangga, jadikan rumah kita tempat yang paling selesa, paling bersih dan paling selamat. Bagi ibu2 yang punya anak2 kecil, kena selalu alert. Anak2 jauh lebih cepat bertindak. Kecuaian kita boleh mengundang bahaya kepada orang2 yang kita sayang!!

Antara akibat kecuaian kita:

  • Sakit - kerana rumah tidak bersih, berselerak atau berhabuk atau malas masak! (mungkin kena buat entry pasal penyakit malas nih!)
  • Anak kecil lemas kerana selimut atau bantal - ibu/bapa tido macam kayu, (jauhi selimut, kain atau bantal kerana baby boleh tarik benda2 tu sendiri tanpa sedari )
  • Anak lemas dlm bilik air - pun kerana ibu/bapa cuai...bilik air sepatutnya dikunci dan tiada takungan air (dlm besen atau baldi) Juga kerana anak2 dibiar mandi sendirian. (dan sediakan tuala utknya. benci tgk budak2 keluar dari bilik air berbogel....air mandi tu boleh sebabkan dia tergelincir...napalah ibu2 ni tak leh fikir??)
  • Jangan dukung baby ke dapor. Tangannya cepat. Mungkin dia boleh capai benda2 panas atau tajam tanpa kita sedar. Bahaya tu. Jadikan dapor sebagai kawasan larangan bagi anak2 kecil..

Tie geram tengok ibu2 yang cuai ni. Kesian tengok baby mereka sakit atau cedera kerana sikap tidak bertanggungjawab ini. Kenakalan anak2 bukanlah satu alasan.

Tulis ni pun berdasarkan apa yang dilihat. Rasa nak marah tengok ibu/bapa lembik ni. Selalu tengok budak2 tu dibiar berkeliaran (tak nampak makbapak mereka) dlm hypermarket, di tepi jalan tanpa dipimpin dan tak berbaju dlm rumah (boleh dapat sakit laa...sekurang2 nya pakaikan singlet berlubang2 tu ...zaman dulu tak apa laa, udara bersih lagi...penyakit pun kurang...)

Pada sapa2 yang rasa malas dan cuai tu...elok fikirkan semula sebelum berumahtangga. Orang yang cuai tak layak jadi ibubapa. Tugas mendidik anak2 dan mengurus rumah memerlukan kecekapan. Janganlah fikir nak berhias sana sini, sedangkan rumah tak terurus (berhabuk macam rumah hantu......) anak2 pulak tak dipantau (dibiar je perangai manja yang terlampau) .

Adoi........kesianlah kat hubby tu, susah payah cari pendapatan lebih, balik rumah tgk anak2 masih tak mandi, rumah pulak macam tongkang pecah. Tak boleh lah gitu. Samada wife kerja atau tidak, rumah itu tempat kita hidup. Jangan jadikannya sarang penyakit. 

Masak pun kena rajin laa.. Jangan kerana hubby kita byk duit, kita pun selera tinggi, asyik nak beli je. Bagi alasan susah nak masak, anak nakal laa... Tie pun ada anak gak. Terlalu aktif hingga terpaksa kurung dlm playpen (bersama besen dan senduk!) atau ikat kat kerusi supaya senang nak masak. 

Lebih baik budak2 tu nangis dari dapat bencana kat dapor tu.. Dan lebih baik beri anak dan hubby makan masakan kita dari beli kat mana2. Esok2 kalau hubby gi mana2, mesti teringatkan masakan kita(walaupun kurang sedap..). Atau anak2 besar , tentu ingat kat ibunya...

Eh....napa pulak sampai lari dari topik, kan... Sebenarnya Tie ni geram. Geram kat seseorang yang buat hidup sedara Tie tak tentu arah. Kerana sifat pemalasnya, kurang perihatin dan cuai, sedara Tie tu selalu sakit,(selalu makan makanan beli je....),  tension dgn anak2 kecilnya (ibunya tak pandai nak kawal.....) dan lemas tengok rumah berserak! 

Entahlah, Tie dah kias2kan kat dia, suruh dia buat sekurang2nya secawan teh utk breakfast (itu pun nak ajar....lazy sgt laa...), suruh ajar anak2nya supaya tidak ganggu abah mereka bila tgk dia keletihan (itu pun nak ajar jugak!) dan bagi tips rumahtangga dan memasak (tapi tak nampak dia buat...) 

Hubby dia bagi segala kemewahan yang diidamkan setiap wanita. Rumah besar, accesories terkini dan dapor canggih! Dan selalu dibawa bercuti kat mana2. Apa lagi yang tak cukup?? Masih malas lagi, asyik baring je...mcm tak de tulang!! Kalau ada penyakit tu boleh faham laa, ini sihat walafiat... Sedih tgk sedara Tie tu. Tie tak suka tgk dia marah2.... tapi kenapa wife dia tak faham2!

Namun Tie  nak ucap syabas pada ibubapa yang berjaya. Berjaya menjadikan rumah mereka tempat yang paling selamat. Berjaya membesarkan anak2 mereka dengan baik.

Dan pada semua ibu2...(yang rajin mengemas dan memasak...walaupun tak pandai...) Tahniah!! Semua yang rajin mesti dihargai!! Kerana ibu2 inilah , hidup kita lebih teratur, bahagia dan selesa. Biarlah kulit berkedut dan tak bermaya (lepas tu boleh tepek bedak sekilo...) asal kita boleh buat hubby kita tersenyum dan anak2 bahagia...Pengorbanan kita akan buat kita rasa puas nanti...percaya laa.... (mcm siti pulak daa...........)


P/s: Entry ini sekadar untuk luahkan rasa hati. Bukan nak kutuk orang atau nak dabik diri. Sekali sekala nak juga lepaskan geram, bila segala yang cuba Tie lakukan tidak berjaya...hu hu...


Thursday, December 25, 2008

Someone's Hubby (Part 2)

Dulu Tie pernah cerita pengalaman dengan hubby orang kan... (Link) . Ni ada kisah kedua seperti yang dijanjikan..hihi...

Masa tu Tie kerja di JB, umur dlm 23 tahun kot... Sebagai orang baru dlm syarikat tu, Tie terpaksalah ramah2kan diri, layan je sapa2 yang nak kenal termasuklah orang2 yang berumor tu (lelaki, pompuan dan married). Lagipun senang nanti nak kerja...(senang nak mintak tolong kalau2 ada problem..hihi..)

Tie ni jenis mudah mesra (tak pernah buruk sangka pun..) dengan sapa2 yang buat Tie rasa selesa. Ada sorang pakcik tu, selalu dtg sembang kat lab, dan Tie pun layanlah (macam ayah sedara je...). Kadang2 terpaksa minta tolong, ambikkan sample di tempat tinggi tu.. Malas nak panjat.. gayat sebenarnya..hu hu...

Pak Usop tu selalu bagi Tie gula2...dan kuih2 (wife dia rajin bekalkan...). Tie anggap biasa je, ajak dia makan sama, dan ada gak 2-3 orang datang join .

Satu pagi, masa morning break, Usop datang bawak sebekas mee hoon goreng. Tak sempat nak kata apa2 , dia terus pergi tergesa2.

Lalu Tie bukak tupperware tu, "wah... sedap betul... ada udang lagik!"

Tetiba hati kecik berkata, " Amboi!! Takkan nak makan je..., Kan wife dia yang buat tu.."

Terus hilang selera! Jantung pun macam nak luruh. Takut sangat2! Kepala rasa terpukul (macam wife dia yang pelangkung!!) Hu hu..... Napa jadi gini?? Pak Usop ni dah mereng ke?? Berdebar2 rasanya......

Tie tutup bekas tu kemas2 lalu keluar cari Pak Usop. Tapi tak jumpa, entah mana dia menyorok! Pesan kat operator tu, suruh Pak Usop datang jumpa Tie kat Lab. (macam cikgu disiplin lak..he he..)

Habis morning break, tetiba Usop terpacak depan pintu. Muka dia nampak pucat (mungkin kerana tgk wajah serius Tie...he he..)

Tie pun bagi balik bekas tu dan berkata,

"Kenapa bagi Nor mee ni?? Kan isteri Usop yang buat ! Susah payah dia bangun pagi2 siapkan bekal ni... Mana boleh bagi orang lain makan.... (entah macam mana boleh membebel kat dia.. )

Usop diam . Tak tahu samada dia marah, malu atau kesal. Tie jadi takut! Dia terus pergi bawa bekas tu . (Eh! Napa pulak nampak macam kesian je....)

Hari tu betul2 muram. Tie buat kerja pun entah apa2 laa.. Report tak siap, Chemist tu pulak asyik kacau je..(memang kerja chemist tu kacau org!) Semua orang tak tahu perkara ni berlaku. Tapi Tie tetap rasa malu . Menyesal kerana baik sangat dengan orang tua tu.........

Namun hari berikutnya benar2 buat Tie terkejut. Kat meja ada sepucuk surat .....dari Pak Usop!! Huh!! Dahsyat betul!! Surat cinta!!! Nak pengsan pun ada!! Terketar2 tangan ni pegang surat tu..(surat cinta dari hubby orang, tentulah panas!!!) Terus Tie bagi pada ofis mate di situ... Seramnya!!

Apa lagi, satu ofis tahu dan terharu! (macam baca berita kematian!!) Masing2 seolah2 tak percaya. Tapi kami taklah heboh satu syarikat. Masih kesian kat dia.(entah kenapa boleh kesian ni...mungkin kerana Tie yang rasa bersalah!) Cuma bila chemist tu tahu, terus dia buli Usop tu... Timbul rasa kesal lagi.

Eee................entah berapa puluh biji gula2 pemberiannya telah Tie telan... ingat dia ikhlas berkawan dengan Tie.. Tak sangka dia jadi begitu. Tak terfikir langsung.

Memang salah Tie juga. Terlalu mesra...... Dan mungkin juga Usop pun tak de niat nak 'jatuh ati' dengan Tie.......

Tie dah lupa prinsip Tie dulu, 'hati2 berkawan...jangan sampai jadi lawan' . Dah banyak kali kena tapi masih tak sedar2 jugak! (memang makcik ni bengong betul!!) Entah macam mana boleh ada skandal dengan hubby orang!! (mujur tak masuk TV3!! Kah! kah!!)

Lepas tu Tie serik. Tak nak rapat sangat dengan married men ni.. Bahaya betul!! Blogging tak apa, ekk! Ke.......kemesraan berblogging boleh tinggal kesan jugak??

Hmmm......mungkin boleh buat experiment nih!! hi hi...macam tak serik je...ha ha..

Ooo......takut hubby pulas telinga nanti...eh..tak nak laa...kang kena potong elaun!!

Sambung cerita......

Pak Usop pun dah berubah. Mungkin kerana Tie tak balas surat cintanya tu. Dia tak datang sembang2 dengan Tie lagi. Dah macam alien je... Tapi Tie perasan, (memang selalu perasan ni...) Usop selalu curi2 pandang kat Tie dari jauh. Itu yang buat Tie tambah takut. Dan Chemist tu pulak makin menjadi2. Teruk Usop tu kena marah..tak tahu lak pasal apa..

Pengajarannya....

  • Tie amat kesal sekali. Sebelum itu Tie senang berkawan dengan Usop , tapi kerana tak pandai mengawal situasi, tiba2 hubungan persahabatan putus begitu saja. (ingat orang tua ni takkan bagi masalah....hmmm..sama je..) Tie sepatutnya minta maaf kerana tak pasal2 buat dia rasa angau sendirian....
  • Jangan jadi macam Tie. Terlalu mesra dengan orang hingga tak sedar perasaan orang tu terusik. Tak sangka begitu mudah menggoda lelaki nih...he...he...betul ke?? Lelaki.......boleh jawab tak??
  • Jangan rapat dengan orang yang kita tak sedia untuk jalinkan hubungan... Cinta dan sayang tak kenal darjat atau usia.....(macam tajuk drama je...) hu...hu.......mujur tak jadi macam meymey.......eeee.......takutnya........

P/s: Harap2 tak ada yang marah atau kecik ati... ambil yang positif aje laa.....





Wednesday, December 24, 2008

Pengkalan Kubor

Masa Tie kat kelantan, hubby, tetiba 'terdrive' ke pengkalan kubor (kawasan bebas cukai) Tie dah lama tak ke sana. Kali terakhir, Tie beli set pinggan utk rumah atap biru tu...kira murah sikit laa.


Tak Bai tu kat Thailand. Kalau nak pergi kena naik perahu yang ada kipas tu..Tie pernah naik benda tu tapi takut laa. Kira curi2 'ke luar negara' , he he...



Sampai kat Pengkalan Kubor ni, macam biasa kami jenjalan dan tengok2. Banyak baju2 untuk anak2 hinggalah untuk orang dewasa. Tapi tak de satu pun Tie berkenan...hihi....


Bakul oh bakul!! Tengok bakul2 ni teringat masa Tie sibuk2 nak kahwin dulu. Masa tu musim bakul. Semua barang hantaran kalau boleh nak sumbat dalam bakul. Maklumlah hubby orang jauh, senang dia kendong bakul tu...hihi...



Tie mintak kebenaran nak ambil gambar akak ni.... (Tie rasa Tie lebih muda dari dia...hi hi...) Lupa nak tanya dia asal mana, ekk. Tapi kemungkinan besar dia orang Thailand (org klate panggil orang Siam)

Macam2 barang makanan tersusun ... Dari kekacang dan kerepek hingga ke manisan. Ikan bilis pun boleh disira, dan nenas boleh dibuat halwa... hebat betul orang 2 Thailand, kan??

Akhir sekali, kegemaran para house manager di luar sana... Sapa nak periuk, kuali dan entah apa2 lagi....semuanya ada.

Kali ini tak de satu pun Tie beli. Entah kenapa jadi tak minat lak. Mungkin barang2 kat rumah tu dah cukup, kot. Hmm.... Lagi pun harga dah mahal. Barang2 pun tak menarik macam dulu....

Elok gi shopping kat KL je... tapi bila, ekk?? Dah bertahun2 janji dengan adik, nak gi rumah dia kat sana..... Nak tunggu duit penuh satu guni, baru boleh pergi!! Hi hi...................(ada sapa2 nak sponsor tak??)




Tuesday, December 23, 2008

Makan makan

Tie dah lama mengidam tahu bakar ni. Kat ganu tak de sapa yang jual, jadi Tie pun buat sendiri laa...



Beli 3 keping tahu je , dulu 3 keping seringgit, tapi sekarang sekeping 40 sen...hu hu... Kat KL macam mana?? Sama harga ke?? Tie bakar atas dapur je, dapur arang dah export ke rumah di kg.

Hmmm..... janji boleh makan........




Yang ini udang masak gulai @ kari @ lemak. Lain tempat, lain namanya... Dah abis idea, jemu masak goreng2 ni, masak berkuah pulak.
>
>
>

Kemudian kawan hubby bagi siput yang diimport khas dari Johor!! Hi hi...suka betul!! Memang kengkawan hubby tahu yang wifenya orang Johor...



Ini rupa siputnya sebelum diproses. Hidup2 lagik! Tie rendam dlm sedikit air semalaman. Terpaksa kurung dlm tapis. Kalau tak esok paginya jenuh pulak Tie cari merata2 sebab siput2 ni kuat merayap!!


Dan inilah hasilnya....hehe..... Yum! Yum! Ada ke sapa2 tak biasa makan siput ni?? Cuba laa... Tapi kalau yang malu2 tak boleh makan laaa. Sebab nak makan kena sedut, chrot...chrot...hi hi...(lagi kuat bunyinya lagi best!! Kah ! Kah!!)

Sekolah

Masa di JB, Tie ajak hubby singgah sekolah IJ Convent. Rindunya. Dah lama tak ke sini. Mula melangkah ke sekolah ini pada 1973......sampailah form 5 di sekolah menengah bersebelahan.




Sekolah ni asalnya tempat mubaligh kristian. So, kerana itu ada patung Mary tu... dan lambang T. Yang bertanda '1 ' tu kelas pertama Tie masa darjah 1. Dan bila naik darjah dua , belajar di kelas yang bertanda '2' .

Padang ni lah tempat Tie dan classmates bermain masa PE. Masih dapat terbayang2 lagi Tie terlompat2 bermain bola racun dan gelung tu...hu hu ....sedih gak.

Walaupun Tie tak punya ramai teman, dan tak happy di sekolah (kerana pemalu dan pendiam), sekolah ini banyak memberi kenangan .

Tie bawa bekal roti disapu mentega dan ditabur gula serta sebotol air oren. Setiap hari. Sampai naik muak laa... Selalu perhatikan budak2 lain makan mee kat kantin tu.



Yang ini bangunan sekolah menengah. Dekat je. Dan di luar pagar ni la tempat menunggu ayah datang menjemput Tie pulang. Biasa Tie akan meniti di tepi longkang untuk menghilangkan rasa bosan. Sekarang tak boleh buat gitu....takut hilang balance terus masuk dalam tuh!

Ye.........Tie selalu keseorangan. Kawan Tie yang sorang tu biasanya pulang dulu. Tie akan jadi pemerhati je, melihat gelagat budak2 lain. Ada yang makan aiskerim (nampak sedap je...Tie tak de duit lebih... ayah bagi 20 sen je setiap hari), ada yang rancak bersembang dgn kengkawan dan ada juga macam Tie, keseorangan jugak!

Teringat kat Irene Wong. Dialah teman karib Tie. Tak tahu kenapa dia suka berkawan dengan Tie .

Hu hu ....napa tetiba rasa sebak ni...... tak boleh nak tulis lagi.....


P/s: Makcik tua ni dah mula emo..........

P/ss: Tie baru je terima berita yang mak sedara di Kluang telah meninggal dunia malam tadi. Arwah Mak Ngah akan dikebumikan pagi ni. Malangnya Tie tak dapat hadirkan diri. Patutlah malam tadi Tie rasa risau sangat, mata kiri asyik bergerak2. Tie masih ingat lagi arwah mak ngah adalah antara orang yang bertungkus lumus menolong mak untuk menyempurnakan majlis pernikahan Tie dulu. Al- Fatihah buat beliau. Moga2 rohnya aman di sana.


Sunday, December 21, 2008

Tag dari Ei_da dan Award dari Tirana

TAG DARI EI_DA

1. 7 Ciri Wanita/Lelaki Idaman Anda :

  1. Hmm...seorang yang Tie percayai, tanpa rasa ragu2 atau curiga. (Dia pun gitu jugak laa....)
  2. Ada sense of humour...macam Tie... (sama2 tingtong....hihi...)
  3. Murah hati.....(selalu bagi Tie bonus...dan elaun, kah! kah!!) Tie tak payah susah2 nak mintak ...
  4. Bertanggungjawab terhadap Tie, anak2 dan orang tuanya (esok2 jadi tua jugak....)
  5. Buat Tie rasa dihargai dan disayangi.
  6. Berupaya menjadi pemimpin sebuah keluarga (dan Tie jadi timbalannya...ha ha..)
  7. Sentiasa setia dan sedia menjadi personal driver Tie...(Tie memang tak leh drive!)
    (semua yang diatas adalah sifat hubby Tie.....so , jangan jeles tau ! )

2. 7 lelaki/wanita yang tak pernah anda minati sepanjang hidup.

  1. Sombong dan berlagak bagus
  2. Kedekut (macam haji bakhil dlm citer P.Ramlee tu....)
  3. Terlalu handsome...(susah hati pulak...takut kena kebas..hu hu...)
  4. Pengotor dan busuk. (Eee...geli laa....)
  5. Pentingkan diri sendiri ..(elok dok sorang2 je....)
  6. Yang miang (takut tangan spidernya....pernah jumpa nih!!)
  7. Yang bodoh...(dan tak sedar diri...kesian dia...)

3. 7 Perasaan anda sekiranya keluar dengan orang yang diminati

  1. Suka laa...
  2. Rasa nak terbang pun ada
  3. Kekadang macam ada butterfly dlm tummy
  4. Sekali sekala rasa berdebar ......
  5. Hmm....ada masa buat2 jual mahal...he he...taklah boring nanti...
  6. Sentiasa kontrol emosi tu...haha...
  7. Dan yang penting maintain innocent, gitu!!

4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda

  1. Ingin nak ke disneyland...tapi entah boleh ke??
  2. Satu hari nanti bila tiba masanya akan ke Mekah, insyaallah.....

(sorry ei_da...2 tempat ni aje yang kak tie boleh fikirkan.......)


5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia

  • Hmm...susah laaa . Hubby tak kisah pun...

  • yang kak tie tahu, satu je yang dia suka dari Kak Tie ni...hihi... iaitu kasih sayang dan perhatian yang tak berbelah bagi. (Faham2 je laa....hi hi....)

6. Tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.

Hubby suka lagu gurindam jiwa dan wonderpets!!


7. Rakan yang anda tag dan mahu mereka buat 7 perihal ini...

Yang ni memang Tie tak suka buat...sorry sekali lagi ei_da. Terpulanglah pada sesiapa yang rajin nak buat ekk!


P/s: Maaf...font jadi tingtong semula..hu hu....

Apa yang Tie tulis ni bukan nak menunjuk2 atau bangga diri. Sekadar hiburan je... Setiap orang ada kelemahan diri. Jadi Tie hanya tulis yang baik2 . Yang tak elok Tie simpan utk diri sendiri, ekk.

oooooooooooooooooooooooooOOOoooooooooooooooooooooooooo


AWARD DARI TIRANA



Terima kasih diucapkan kepada Tirana. Entah berapa kali Tie terima award darinya...hihi.. malu pun ada....... Award Blogger Paling Harmoni.....tak pasti sesuai ke dgn Tie ni? Terima aje laa...Nanti senang Tie akan tepek pada slide tu, ekk. Terima kasih sekali lagi..



Friday, December 19, 2008

Jenjalan di JB (Part 2)


Masa kat Danga Bay, Tie singgah di rumah2 tradisional ni........... Memang cantik laa.... Dulu berangan nak buat rumah macam ni, tapi hubby kata, " Kayu mahal la dek ooiii!!" hu hu... Terpaksalah buat dengan batu.... jadi senget pulak daa........(kena tunggu kaya nanti..hi hi..)




Ini Rumah Tradisional orang Muor. Ada sapa2 orang Muor ke?? Ehem......... angkat tangan laa....

Rumahnya besar..... Tie tak masuk dalam... ada orang pulak.. Rasa takut tetiba!! He he...



Yang ini Rumah Kota Tinggi.... Cantik jugak. Bukan main tinggi lagi...bimbang kena banjir kot...hihi...




Hah!! Yang ini Rumah Kluang. Maza ooii!! Tak teringin ke nak buat rumah macam ni?? Asyik nak main motor je.... Belajarlah dok rumah lama2 sket!! Hi hi....

Tie suka main pintu cowboy tu... Krok, krek krok krek, bunyinya.......... Macam kedai gunting rambut zaman dulu ....



Bahagian sisi Rumah Kluang....... luas jugak, kan.. Tingkap dapurnya pakai sendal dengan kayu... Silap2 tersepit tangan..he he........



Dataran Bandaran JB ni kat padang sri gelam... Tu hotel apa entah...tak ingat pulak. Tengok jam tu...pagi2 kami dah meronda, kan?? Masa ni hubby drive laju lagik. Kereta tak putus2.




Hi hi...kat sini la Tie dan hubby ambik kursus kahwin. Ingat lagi kata2 ustat tu... Katanya, sebelum kahwin, bakal suami tu pandai2 la mula berkenalan dengan bawang, lada kering dan lain2 barang dapur. Supaya bila isteri suruh gi pasar tak lah terkebil2 nanti...hi hi..."

Tapi hubby paling ingat....kata2 ustat yang ni....," Kalau hari ujan...eloklah pergi tido...." Sambil mengenyitkan mata!! Ustat tu nakal jugak! Tapi Tie tak ingat namanya...hi hi...


Sambung lagik next entry.....................tunggu..........

Thursday, December 18, 2008

Jenjalan di Jb (Part 1)


Okay,

Mula2 Tie pujuk dulu hubby untuk ronda2 kat bandar JB tu... Bukan senang ooii!! Hubby tak suka traffic jam..., bandar JB tu memang sibuk laa....

Setelah berjaya, dengan pelbagai alasan (bodek manja sikit...hi hi...) hubby pun start kereta dan mula drive turun dari kota tinggi...he he...

Jalan memang tak pernah lengang, tak boleh bawak slow, nak snap gambor pun susah! So,...sapa2 yang suka lenggang kangkong tu ...memang sah2 kena hon atau kena sondol dari belakang...hu hu.... (dah biasa dok ganu ni, hubby drive slow dulu..)


Eh!!...tu., gambor apa pulak?? Itulah bekas tapak rumah (quarters kerajaan) yang pernah Tie tinggal bersama family di bukit chagar... Dah kosong!! Pokok nangka pun tak ada. Kat situlah tempat yang selalu Tie posing dengan adik dulu...hu hu...






Inilah bangunan Sultan Iskandar yang diheboh2kan tu... Memang besar . Hubby drive laju betul (sebab turun bukit kot...dan kereta memang banyak laa ). Mujur Tie sempat snap! Agaknya macam gini kerja paparazi, ekk!! Hi hi....

Ini bahagian depannya........ Macam mana pulak stesen minyak ni dok sini?? Memang dah ada sebelum kompleks tu dibina. Tak boleh dialihkan atas sebab2 tertentu... Tie tak berani nak tulis sebabnya...takut kena buang negeri pulak..hu hu....


Pemandangan dari tambak johor........ Cuaca muram, sebab tu gambar kelabu je.... Tie tak pernah gi singapore. Ajak hubby pun tak boleh. Hubby kata kerja dia leceh sikit. Kena mintak kebenaran dari kementerian dulu....tak best laa.....



Haa....inilah JB Waterfront City.... Buruk betul nampaknya.... Tak tahu la kenapa jadi gini... Masa buat tu bukan main heboh mencanang, tapi bila dah siap tak de pantauan... Hi hi ....membebel lak makcik ni... Ye laa....sebagai warga johor (masih ngaku lagik!) rasa malu lak...hu hu... tak nampak pun ada apa2 aktiviti dlm nya.... Sewa mahal kot!!



Ini Muzium diRaja Johor....... Dulu masa kecik2 pernah main2 kat depan istana ni... Ayah selalu bawak jenjalan di sini... Kenangan manis........


Dan ini, ialah Hospital Sultanah Aminah ....... tempat Tie dilahirkan 42 tahun yang lampau! Hu hu...macam lama benor!! Dah tambah sana sini........ Dulu pada pandangan atas ianya seperti bentuk kapalterbang.


Tie singgah kat Danga Bay kejap. Tengok feri tu........ teringin gak nak naik. Teringat masa first time naik feri di Penang bersama teman karib Azacun... Bayar 40sen je, pergi dan balik (saja buat trick... kami sorok bila penumpang2 sibuk keluar ) Kah! Kah!



Train ni lengang. Tak de drebar pulak! Sebenarnya Danga Bay ni selalu macam ni, lengang je melainkan bila ada pesta yang dianjurkan oleh pihak2 tertentu. Memang rugi betul.

Nanti sambung cerita lain pulak, ekk!! Tie tulis ni pun gopoh2 sebab tetiba boleh sign in kat blogger.......... Sehari suntuk Tie ilang mood sebab pc ni buat hal! hu hu... Nak komen teman2 pun tak boleh!! Harap2 tak ada yang kecik ati, ekk!!

Tuesday, December 16, 2008

Perjalanan yang lepas

Pada hari Jumaat 5 Dec lepas Tie dan family bertolak dari rumah jam 6:15pagi, macam biasa bila nak balik Kota Tinggi. Masa ni udara nyaman....sejuk2 manja...he he...

Sebelum tu , Tie masak nasi berlauk sambal tumis udang dan ayam masak kicap. Ingat nak piknik kat mana2 di sepanjang pantai pahang tu.....




Ni sampai kat Pekan, singgah betul urat kejap sambil melawat watecraft galeri yang separuh siap. Tu entah apa, kapal ke, tongkang ke....nak tanya malu lak. Budak2 tu asyik tengok makcik cute ni dok snap sana sini.........hihi hi............



Perahu comel ni siap lukis gambor ikan lagik! Rasa nak cuba naik, tapi takut lak penyokongnya patah!! Hi hi....




Yang ni antara kapal terbang terawal TUDM.....agaknya laa.... He he... main agak2 je......

Niat di hati nak piknik tak sampai. Hubby nampak bersemangat drive jadi, tak nak ganggu dia. Berhenti kat Rompin, Hubby nak tido kejap.

Dan seperti biasa Tie dan budak2 tu keluar jenjalan kat deretan kedai tu, terjumpa dengan Tok Uban tu terus order cheesy potato wedges 3 set!! Kah kah.... Nasib laa dapat mama yang kedekut! Alasannya dah jemu makan ayam goreng.....hihi.... Budak2 tu tak bantah pulak, mungkin masih kenyang sebab jamu roti canai kat mana entah.

Sampai kota tinggi kul 2 petang. Hubby ambik tikar, bentang kat dapor terus piknik kat situ!! Hu hu.... dia kata, dapat piknik juga kan......... teruk betul!! Mak dan ayah punyalah suka!! Lain kali nak buat sandwich je......... baru dia tau!!


P/s: Nanti cerita pasal ronda2 di JB pulak!!

Monday, December 15, 2008

Tag lagi

He he............sebelum Tie nak cerita kisah cuti2 malaysia tu, Tie nak selesaikan utang tag ni...dah lama betul!!

Takut ada yang kecik ati jadi Tie publish yang ni dulu, ekk.
>
>
>
>


Ni hadiah dari Azlin.... Memang dengan susah payahnya dia mengedit foto comel Tie nih!! Hi hi....

Terima kasih lah Lin. Tie amat terharu. Ada gak orang yang ingat kat makcik emo ni...



[Tie tak bubuh dlm slide tu...sibuk laa..nanti ada masa Tie tepek, ok??]


Dia belum antar surat jemputan pun Tie dengan muka selambanya pergi ambik......he he...(kebetulan lalu kat rumah dia...) Memang suka sangat lompat dari blog ke blog! Toing! Toing! Toing!
>
>
>
>
>
>
>

Ooiitt..............!!! Kena tag lagi............dari Nrina . Memang budak ni...eh! Mak budak laa...suka sangat tag Tie. So dengan malunya (memang kita ni pemalu laa...) Tie pun tepeklah gambar masa innocent dulu..(sekarang pun innocent lagik! )


[Masa ni umur 22 tahun laa......tapi mcm sweet 17 kan?? Ha ha....perasan!]



Haa........jangan nak bising2! Tu mata Tie silau kena cahaya matahari! Sebab tu nampak kecik je......hi hi...(tak nak ngaku mata sepet!) Eh! Nampak ke hidung Tie tu?? Tak pe laa...janji ada lubang nak napas!! Hu hu.........

Dengan tudung sexy tu, dan beg kulit entah mana datangnya....hi hi....lucu pulak bila dikenang kembali. Kah! Kah! Entah macam mana hubby boleh suka kat Tie ni...(suka ke?? Nanti nak gi tanya....)

Mungkin ada orang yang kecewa bila tengok rupa Tie nih! Hi hi...ye laa...ada yang dok puji2 konon2 Tie ni lawa........tapi memang hampa, kan...kah kah!! (eh! ke Tie yang perasan lagi nih??)

Macam ni laa rupa Tie dulu . So...lepas ni tentu tak de nak komen betapa comelnya Tie...hu hu...(tak dapat nak berangan lagik! Bunga citra lestari konon!! kah kah!!)

Gambar ni masa nak gi shopping laa.......dengan adik lelaki., jangan dok pikir yang bukan2! Hubby entah kat mana, ekk. Tak ingat lak! Mungkin dia kerja kat stesen minyak di Pahang. Masa tu Tie dan hubby main calling2 je..........tunang pun belum .

Hmm....memang zaman tu susah nak cari kerja. Tie pun mujur dapat kerja di Larkin.........jadi assistant chemist...(selepas berjaya menarik perhatian chemist tuh! Hi hi...) Seronok betul dok kerja kat lab , walaupun harapan utk buat mini bomb tak menjadi!

Ha ha.........nasib baik chemist tu chinese. Kalau tak tentu hubby kena tinggal! He he .............memang teruk betul makcik nih! (Adek gurau aje laa, abang....hu hu....abang....jangan merajuk laa....)

Harap2 tak kena tag bergambar lagik! Tie dah tak de gambar ni...... Sekarang ni pipi dah montel dan mata pun sikit besar (kes selalu terbeliak dek perangai budak2 tuh!) Foto terbaru tak boleh tepek kat sini. Kot2 ada yang mengigau atau pengsan nanti... tak boleh nak tolong la mak oooiii!!


P/s: Tie ni biasa2 je......tapi kalau orang kata luarbiasa pun Tie terima..........hihi...............
Apa yang ada pada Tie , itulah terbaik buat Tie. Mungkin kalau Tie ni lawa tentu dah besar kepala.........tak larat nak pikul kot!! Hu hu.....walaupun ramai yang lawa2 dan cun kat luar sana jauh lebih murni hatinya.

Itu yang buat Tie tabik! Bukan mudah nak kawal emosi dan elakkan dari rasa bangga tentang kecantikan yang tuhan anugerahkan buat kita. Syukur alhamdulilah..... Tie masih boleh melihat dan mendengar, berjalan dan menikmati keindahan dunia dan tak lupa boleh mengerjakan ibadah seharian.... syukur sangat2!!!

Sunday, December 14, 2008

Kisah kurang enak didengar

Baru2 ni Tie singgah kat rumah di Gong Badak tu....... Tie sewakan rumah tu tapi masa tu penyewa tu entah gi mana, tak dapat call dia lak. Saja datang ziarah sebab kawasan tu mengalami banjir beberapa minggu yang lepas.

Masa datang, penduduk taman tu baru lepas gotong royong bersih kawasan. Rumah Tie masih berselut lagi. Tie singgah di rumah jiran favourite dan bersembang sakan...hi hi..

Tie tanya dia , pengalaman tinggal di sekolah berdekatan tu masa banjir. Katanya, tak selesa sungguh, bukan kerana tiada kemudahan seperti di rumah.....tapi tak tahan dengan sikap certain mangsa banjir yang keterlaluan.........

Macam mana pulak, ekk?? Tie heran. Rupanya , ada yang jenis mulut lembik, suka komplen tentang makanan yang kurang menyelerakan... (tiada daging atau ayam)..... Dan ada yang bergaduh entah berebut apa pulak!!

Wah....... teruknya!! Sampai ada yang komplen lauk sardin tak sempurna dengan hirisan bawang laa.... Heee........Napa pulak jadi gitu?? Kalau Tie jadi tukang masak tentu Tie dah hempuk mulut2 tu dengan senduk!!

Hai........sungguh tak sangka , masih ada lagi golongan yang tak tahu bersyukur!! Kesal sungguh!! Petugas2 tu sanggup tolong masakkan untuk perut2 yang lapar, sampai ati kena kutuk pulak!

Kata jiran tie tu, mula2 petugas2 dari bulan sabit, bila mereka merajuk,(atau keletihan, kot) petugas2 dari tentera pulak dtg menolong. Tapi tak tahan dengan suara2 sumbang tu, mereka juga merajuk(betul ke??). Lalu, pandai2 lah mereka2 yang ada masak sendiri!!

Bila dah pindah, banjir dah surut, mereka memasak di Surau. Malangnya masakan yang ada disimpan utk golongan tertentu. Hubby dia sempat ambil sepinggan utk dia dan anaknya. Lalu datang sorang makcik bawa lari lauk tu........ Macam mana pulak dengan orang lain....Hmmmmmm.....

Tak tahu laa....nak kata apa. Cuma seharusnya kita bersyukur dengan nikmat yang ada. Ada orang yang sanggup menolong kita menyediakan makanan (walaupun tak seberapa) tapi memang tak patut la komplen itu ini. Dan ini bukan pertama kali dengar cerita perangai mangsa2 banjir (bukan semuanya, tau!!)

Harap2 lepas ni empunya mulut2 lembik tu sedar la sikit. Eee......Tie memang kesal....kasihan pada mangsa2 banjir yang lain dan petugas2 yang datang menolong tu......


Saturday, November 29, 2008

Kasih Sayang 2

Sebenarnya ada sesuatu ingin Tie ceritakan tentang pentingnya nilai kasih sayang. Ramai antara kita telah pun begitu selesa dibesarkan dalam keluarga yang harmoni, tanpa banyak konflik yang mendukakan.

Kerana itu kita tidak faham bagaimana setengah2 gadis atau wanita boleh terpengaruh dan terjebak ke lembah hina. Pernahkah kita terfikir sebab2nya? Adakah hanya kerana kurangnya didikan agama?

Tie tinggal di sebuah pekan di Hulu Terengganu. Ketika bersembang dengan seorang jiran, yang merupakan seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah, barulah Tie faham, begitu mencabarnya hidup seorang gadis remaja yang kekurangan kasih sayang dan perhatian.

Peranan ketua keluarga amat penting dalam memastikan kesejahteraan anak2nya. Bukan setakat beri makan dan pendidikan sahaja. Bayangkan seorang gadis (form 3 ) terpaksa tinggal dalam sebuah rumah sempit, dengan ahli keluarganya yang ramai.

Ruang tamu itu bukan saja tempat beristirehat, malah tempat makan dan juga tempat tidur. Abang2nya bebas keluar masuk dlm bilik kecilnya. Tiada langsung ruang utk belajar atau utk diri sendiri. Dia telah 'rosak' dek abang kandung sendiri. Tak ada siapa yang mengambil peduli. Si bapa sibuk bekerja dan si ibu sibuk berniaga. Siapakah yang patut bertanggungjawab sebenarnya?

Remaja perempuan ini masih lagi meneruskan persekolahannya. Tak siapa pun yang menyangka penderitaan gadis lembut dan bertudung ini. Kini dia menyewa sebuah bilik bersama teman lelakinya. Mungkin kerana inginkan kasih atau ketagihan dek nafsu.

Kadang2 dia ke sekolah, kadang2 tidak. Yang sedihnya dia tidak tahu mandi wajib. Ibu apakah yang tergamak mensia-siakan anak gadisnya . Sudahlah tidak dapat mempertahankan kesuciannya tapi masih sanggup membiarkannya bersekedudukan begitu sahaja. Alangkah sedihnya. Rasa kesal sungguh.

Menurut jiran tie itu, kes2 sebegini sudah jadi satu perkara biasa. Ini di hulu ...tempat yang jauh dari maju. Bagaimana pula keadaan di bandar2 besar? Patutlah perkara2 hina ini berlaku tanpa rasa malu atau takut. Mereka ini sudah lali dan 'dididik ' dari rumah lagi. Mereka tidak tahu erti nilai kasih sayang yang sepatutnya mereka terima dari ibubapa mereka.

(Merokok ni seolah2 jadi kebanggaan bagi remaja2 ini...)

Kasih sayang yang dimaksudkan ialah perhatian, masa bersama , teguran dan nasihat (selain dari didikan agama). Ibubapa yang sayangkan anak2nya tentu sekali sentiasa memastikan keselamatan dan kebaikan untuk anak2 mereka .Kerana kehausan kasih sayanglah remaja2 ini mencarinya dari orang2 yang tak sepatutnya. Dan tentunya kesempatan diambil.

Ibubapa mereka lebih sayangkan kemewahan dunia dari kesejahteraan anak2. Mereka tidak kisah samada anak2 mereka keluar malam atau tak balik langsung. Kerana itu bila dah terlanjur, perut pun sudah nampak, maka ibubapa ini hanya tahu perasaan malu. Kesilapan mereka ini yang dari awalnya tak pernah difikirkan.

Dari itu renung2kan lah. Kita kena selalu beritahu anak2 kita yang kita amat menyayanginya. Anak2 harus tahu yang ibubapa mereka menghargai kehadiran mereka. Bila anak2 berbuat silap, terangkan apa akibatnya, nasihat dan tegur dengan cara tidak menyakitkan hati mereka. Anak2 remaja , jiwanya halus, mudah tertekan dan sensitive.

Banyaklah berinteraksi dengan anak2 sejak kecil lagi. Selalulah bertanya khabar dan bincang masalah mereka. Kehidupan di sekolah dan bersama kawan2 begitu penting bagi mereka. Kerana itu ibubapa yang rapat dengan anak2 dengan secara tidak langsung tahu keadaan sekolah anak2 mereka dan siapa kawan2 mereka.

Apabila anak2 remaja merasakan diri mereka penting dan disayangi, tentu mereka akan berhati2 untuk tidak berbuat sesuatu yang mungkin akan memberi kesan terhadap perhubungan mesra ibubapa mereka.

(Masalah apa , ekk? Girlfriend lari ke?)


Jangan biarkan anak2 kita berdiam dan menyendiri. Kenalilah anak2 kita, sekali2 peluklah mereka dan katakan sayang kepada mereka. Jangan sampai mereka mencari kasih sayang dan perhatian di luar. Dan kiranya kesilapan besar telah mereka lakukan, maafkanlah mereka.

Walau apa pun yang berlaku, kita ibubapa tetap bertanggungjawab terhadap mereka. Bimbinglah anak2 ini agar mereka tidak mengulangi kesilapan atau terus hanyut tanpa batasan.

Tie menulis hanya untuk memperingatkan diri sendiri. Ada masanya kita terlupa kerana sibuk dengan urusan harian. Tak kiralah samada anak kita masih kecil, sedang meningkat remaja maupun telah bekerja. Pastikan mereka tahu betapa pentingnya mereka bagi kita.
Ada sesiapa nak tambah lagi tak??


P/s: Adoi!!...Migrane datang lagi... Tie kena gi berbungkus dlm gebar. Nanti dah ok Tie akan reply, ekk! Sorry laa....hu hu....


Wednesday, November 26, 2008

Someone's Hubby

Hi hi..tajuknya macam kontroversi je kan....? Entry ini Tie nak tujukan pada NONO...hihi... Tujuannya hanya untuk berkongsi pengalaman dan mungkin kita dapat sedikit pengajaran melaluinya...

Tie pernah kerja di KL seketika dulu, lepas frust tak dapat sambung study. Kebetulan tinggal di rumah kakak angkat(merajuklah tu..). Kerja dengan kenalan rapatnya, kira tolong dia sementara dia cari pekerja baru. Boss Tie tu seorang lelaki yang dah berkeluarga, anaknya dlm 4-5 org, dan yg sulong hampir sebaya dengan Tie... rupa anak dia seiras je dgn Tie...hi hi.....

So.......setiap hari, dia dtg ambik Tie and ke tempat kerja (baik betul, kan!!) . Boss ni memang pendiam dan serius je, Tie pun naik takut. Dalam kereta tak cakap apa2 pun. Kat pejabat pun gitu. Dia hanya cakap bila perlu je... Tapi Tie tak kisah. Orang diam, Tie pun diam gak.

Hmm...rupa2nya diam2 berisi. Dia punya niat lain. Dia nak pasang lagi satu. Dan calonnya ialah....jeng..jeng...jeng... TIE!! Alasannya wife dia hidap penyakit kulit. Habis bersisik satu badan termasuk kepalanya (rambutnya dah gugur sikit2...kesian betul). Oleh kerana dia selalu ke function itu dan ini, dia perlukan seseorang...seorang isteri (kedua lah tu...) untuk menemani dia..(betul ke alasan dia tu....?)

Adoi!! Memang terkejut betul!! Napa pulak pilih Tie?? Rasa nak pengsan pun ada! Cepat2 Tie packing! Beritahu kakak angkat ada emergency kat rumah.. so kena balik JB! Eeee....macam mana kalau wife dia tahu?? Mau tak mati Tie dikerjakannya! Dah lah derita sakit, hubby dia lak ada hati nak cari lain....dan wife dia tu memang baik betul dengan Tie...malah pernah offer Tie tinggal saja dengan dia. Dasat...dasat...

Walau bagaimanapun... ini bukan bermakna Tie anti lelaki yang ingin berpoligami. (mana boleh bantah hukum tuhan!) Cuma Tie tak bersedia (dan tak mahu pun!!) jadi second wife!! Hu hu...takutnya... Memang masa tu fikiran hanya ingat nak cari kerja...nak hidup berdikari tapi berkahwin?? Huh! jauh sekali......inikan jadi madu!! Mujur tak pitam kat situ!!

Sekarang ni bila difikir2kan, simpati pulak pada exboss tu. Memang dia bertanggungjawab terhadap wifenya...., anak2nya... dan tentu dia perlukan seseorang untuk hiburkan hatinya.(boleh ke Tie hiburkan hatinya...kah kah!! Ish! Teruk betul makcik nih!))

Hmm........... Kalau dia boleh berlaku adil dan tak abaikan org2 di bawah tanggungannya, tentu lah tak de siapa boleh larang dia beristeri lagi. Tapi wife dia tentu rasa pilu kerana tak mampu membahagiakan hubby dia...... sedih..., kan...Bagaimana agaknya wife dia sekarang. Harap2 dia dah ok. Dan exboss tu...berjayakah dia dapat second wife, macam rupa anak gadisnya tu...hi hi....

At least, dia tak pun cuba main cinta dengan Tie. (tapi Tie tak mudah jatuh cinta laa...lebih2 lagi dia tu 25 years older lak tuh!) Mungkin dia rasa tertekan. Perlukan seseorang untuk menceriakan hidupnya.......Hmmm.....kesian juga, kan......

Eh!! Macam mana pulak entry ni jadi gini ?? Kang tak pasal2 kena pulas telinga oleh isteri2 yang tak puas hati bermadu!! Hu hu hu ...............



P/s: Nantikan kisah kedua (org lain pulak!!)......, entah kenapalah hubby orang suka kat Tie?? (comel sangat ke?? Hi hi...perasan makcik nih!!Kah Kah!! Mesti ada yang mula menyampah!! Padan muka!)


P/ss: Tie pernah tanya pada hubby tentang bermadu ni........Nak tau apa kata hubby Tie??
Katanya, " Nak jaga sorang ni pun hanya cukup makan (Tie memang minat makan!) dan cukup masa, inikan pulak nak tambah lagi satu. Alamat mati tengah jalan laa....... asyik berkejar sana sini. Kang baru nak terlelap, yang sorang lagi call, abang ..anak demam! Nanti orang lain sibuk bermain dengan cucu, kita pulak sibuk antar anak masuk tadika...bila pulak nak rehat... Huh!! Baik jaga yang satu nih!! (yg masih comel dan montel!!) Sampai masa..bila anak2 dah besar boleh tunai ibadah yang satu lagi tu, dan kalau ada rezeki lebih boleh gi honeymoon lagi sekali...wink! wink! " Betul tu!! Tie sokong!! Hi hi..........


p/sss: So, apa yang dapat kita belajar dari pengalaman Tie ini?? Hmm... setelah hidup berumahtangga, Tie mula faham tugas seorang isteri (dan juga suami). Kalau kita seorang isteri tak dapat membahagiakan suami kita, tentu suami kita berhak untuk mendapatkan second wife (terpaksalah berkorban perasaan...hu hu...) Sudah tentu ada hikmah disebalik dugaan ini.... Teman2? Apakah pendapat kalian?


Monday, November 17, 2008

Kawan

Hi hi....Tie sebenarnya dah tak de cerita. So kena bukak kitab dolu2. Ni cerita zaman lampau. Masa study kat ITM, 20 tahun lepas. Memang lama tu. Tapi rasa macam semalam je...hi hi.. masih perasan muda makcik nih!

[ITM, Shah Alam]


Masa Tie part 4, Tie dapat bilik utk 2 orang, di level 3 asrama chempaka. Bilik no 314. Room mate Tie org klate (org klate lagik!) . Tie panggil dia Kak Wae, tak ingat asal dari daerah mana.

Penampilan Kak Wae ni agak ayu, berjubah dan dia ada groupnya tersendiri. Setiap hari, tak kira siang atau malam, pasti ada gengnya dtg berkunjung. Tie sebenarnya rasa rendah diri, ye laa...kiranya Tie ni macam rock je walaupun bertudung dan berbaju kurung. (memang Tie sentiasa berbaju kurung, tak ada blouse dan long pants !)

Kak Wae ni jenis pemurah. Mungkin dia tahu Tie ni kurang berwang, tiap kali dia ke Kenanga Inn (gelaran warung2 kecil di asrama kenanga) , dia akan belikan Tie sebungkus mee ( atau apa2 saje) . Malu pun ada, tapi sifatnya keibuan. Tie rasa macam budak kecik je. Hi hi...rasa nak manja dengan dia.

Dia selalu ke usrah kat mana2. Jadi dia jarang tidur di bilik kami. Tie pula akan keluar study dengan kawan baik di kelas atau di library setiap kali lepas maghrib. Pukul 10:30 malam baru sampai bilik. Kadang2 ada sebekas nasi goreng atau kuih di atas meja Tie. Rupa2nya Kak wae tinggalkan makanan untuk Tie. Rasa suka sangat dan terus makan. Macam tau je Tie tengah lapar..hihi..



Ada suatu yang Tie belajar dari Kak Wae ni. Oleh kerana dia org klate, dia sering bawa bekalan dr sana seperti dodol, gelembung boya (tak tahu napa namanya gitu ) budu dan keropok. Yang lucunya bila dia nak makan keropok dia akan masaknya dgn caranya tersendiri.

Macam mana ekk? First dia ambil kertas A4 2 keping. Pastu panaskan seterika. Dia akan bubuh beberapa keping keropok, lapikkan antara kertas tu dan gosok dengan seterika. Memang Tie terkejut bila tgk perbuatannya. Tapi keropok tu masak, gak. Cuma taklah mengembang mcm yang digoreng. Kami makan ramai2 sambil suka2. Kelakar betul! Pandai sungguh nak hidup, kan?

Trend memasak ni dah menular ke seluruh asrama. Dah jadi perkara biasa. Kadang2 bila bulan puasa, mereka2 ni siap buat onde2 lagik! Guna heater tu utk mendidihkan air. Onde2 di masak dlm bekas sementara heater direndam. Bersungguh betul mereka ni nak makan onde2 tuh. Pengat pun mereka boleh masak! Entah macam mana rupa heater tu, ekk. (mesti berkerak dek santan!) Siap bagi kat jiran2 bilik, ni......Tapi lepas tu heater jenis tu dah diharamkan. Kes hampir2 berlaku kebakaran kat bilik sapa entah!

Satu lagi Tie belajar dari Kak Wae dan member2 nya ni, hubungan mereka rapat bagai adik beradik. Suka pulak tengok. Sebelum Tie kenal Kak Wae, Tie sebenarnya takut. Sebab pada pandangan luar (bagi Tie lah) mereka ni nampak mengasingkan diri dan suka berada dlm kelompok yang serupa dengan mereka.

Tapi sebenarnya mereka ni mesra sekali. Rasa macam dah kenal lama. Rasa sangat keindahan persahabatan. Antara yang Tie suka, mereka ni selalu buat makan2....hi hi...selalu nak tumpang je... hi hi.. Tiba2 rasa rindu (rindu lagik!) pada Kak Wae, Rosnin, Shana dan Kak Kee. Harapan Tie agar teman2 ni kini bahagia di samping keluarga tersayang.


Thursday, November 13, 2008

Kasih Sayang

Okay! Mari kita lihat bagaimana haiwan2 di bawah ini mempamerkan kasih sesama sendiri.

Hmm....nampaknya rabbits tu begitu selesa dan manja sekali dibelai oleh pak2 belang tu , ekk. Tie pulak yang rasa seramnya. Bagaimana kalau pak2 belang tu lapar, dan tak dapat kawal bunyi perutnya. Ish!! Tapi, kan.... haiwan pun sama dengan manusia. Kita tak dapat mengagak apa yang terlintas di pemikiran mereka tu.

Mungkin pak2 belang ni benar2 kasihkan rabbits tu. Mungkin gak terkenangkan anak2 kesayangan yang hilang atau mereka berempatnya dah memang menjadi sahabat sejak kecil lagi..



Pasangan comel ini dah tentu merupakan sahabat karib. Tengok si burung tu memeluk si tikus dengan sayapnya, mungkin kerana temannya kesejukan. Suka sangat tengok telatah mereka . Macam pasangan kekasih pun ada..hihi.....

Mungkin dulu perasaan kasih sayang selalunya dikaitkan dengan manusia. Sedangkan sifat itu telah sedia ada pada setiap makhluk yang bernyawa, terutama antara ibu dan anak. Cuma pada manusia, dia diberi akal yang lebih supaya boleh menilai antara baik dan buruk.


[Hafid Al-Masri............antara ribuan kanak2 Palestine yang dibunuh Israel]


Namun, amat menyedihkan bila tak semua manusia memiliki sifat kasih sayang. Orang2 sebegini keras hatinya. Malah lebih keras dari batu. Sifatnya dingin dan kurang perasaan. Mereka tidak dapat merasa nikmat memberi dan menerima. Mereka ini tidak berperikemanusiaan. Maksudnya bukan sifat manusia, dan tak mungkin bersifat haiwan. Haiwan yang tidak diberi akal pun boleh merasa nikmat kasih sayang.

[Ini bukan hasil dari kekejaman Israel, tapi dari ibu bayi itu sendiri. Mungkin bayi itu telah meninggal dunia selepas dilahirkan tetapi seorang ibu yang waras takkan membuang bayinya di timbunan sampah begitu saja.]


Hanya orang2 yang tiada iman bersifat sebegini. Foto2 ini adalah hasilnya dari manusia2 yang keras hatinya. Kita patut dekati orang2 yang sebegini (tapi bukan yahudi ) kerana adalah menjadi tanggungjawab kita membantu saudara2 kita yang ketandusan kasih sayang.

Orang2 yang kurang kasih sayang tentunya tidak dapat mempamerkan kasih sayangnya walaupun kepada anak sendiri. Oleh itu, berilah perhatian kepada yang memerlukan. Jangan hanya fikirkan keluarga kita sendiri.

Semua Muslim adalah saudara kita. Seorang ibu yang mengandung anak yang tidak diingini tentu takkan sia-sia kan anaknya sekiranya ada orang sudi memberikannya bantuan dan perlindungan. Tapi , bagaimana kita dapat membantu mereka? Mungkin ada yang dapat memberi cadangan2 bernas supaya boleh kita kongsi bersama.

Moga2 kita dan saudara2 kita dilimpahi dengan hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi penuh dengan kemurahan, insyaalah.

Tuesday, November 11, 2008

Sesuatu

Di bawah ini ada sesuatu yang ingin Tie sampaikan. Layan saja, okay.....


Rumah ni memang memeningkan. Tapi itulah yang hendak disampaikan oleh seorang philanthropist dan designer, Daniel Czapiewski. Ketidakstabilan bangunan ini telah sengaja dibina sebagai satu sindiran terhadap era communist Poland yang lampau. Rasa2nya tak sanggup nak masuk ke rumah ni, takut gak!



Nama lembu handsome ni ialah Chilli. Ia adalah lembu tertinggi (besar kemungkinan!) dengan ketinggian 6 kaki 6 inchi. Besar betul, kan.... Agak2 berapa ribu nilainya, ekk?




Wah! Tengok tu.... Gambar hero ni diambil di Borneo. Terkejut gak mat salleh's bila melihat kerenah mereka ni. Buat pertama kali naturalists melihat orang utan mengguna kayu untuk menangkap ikan.

Mereka ni dah pandai belajar berenang pulak tu. Sebelum ini wildlife experts ingat orang utan ni tidak tahu berenang. Malah mereka ni turut terkejut melihat orang utan2 ni mengambil dahan pokok dan menggunakannya sebagai lembing utk mendapatkan ikan. Sebenarnya orangutan's ni belajar setelah memerhati aktiviti nelayan2 tempatan di situ. Kira belajar dari pemerhatian, gitu.





Mereka berdua merupakan pasangan aneh yang paling menyayangi. Anak monyet dan burung merpati ini tidak dapat dipisahkan setelah bertemu di sebuah sanctuary di China.

Anak monyet macaque yang berumur 12 minggu ini , telah ditinggalkan ibunya hampir2 mati ketika diselamatkan di Pulau Neilingding,Goangdong Province. Walaupun kesihatannya semakin baik setelah dibawa ke hospital haiwan, dia kelihatan amat berduka sehinggalah dipertemukan dengan seekor merpati putih.

Perhubungan persahabatan yang murni telah membantu macaque ini memulakan kehidupan yang lebih bermakna. Terharu sungguh, kan.


Hmmm....ini sudah kira mengubah ciptaan tuhan. Atau...tak apa ke?? Apa pulak tujuan petani2 tembikai ini , ekk? Mungkin hendakkan sedikit kelainan atau untuk memudahkan peminat2 tembikai memotongnya... Entahlah.

Tapi Tie tahu macam mana mereka buat gitu. Haa...masa buah tu kecil mereka memasukkannya kedalam bekas 4 segi yang boleh laras. Ia akan membesar dalam bekas tu laa. Betul ke? Main agak2 je.....


Ini Robert the Rabbit. Geram lak tengok bulunya yang tebal. Malangnya Robert dah tiada lagi. Lelaki tu Karl Szmolinsky, seorang pembiak rabbit di timur Germany. Entah berapa kilo sayur sehari dia boleh makan, ekk?




Lastly, memperkenalkan seekor kucing istimewa. Memang kucing ni tak lah secomel bangsanya. Rasa kasihan pula. Kenapa Tie kata begitu, ekk? Kerana Tie ada pengalaman itu, rasa tersisih, dan sering diperkatakan oleh 'teman2'. Tapi ianya dah berlalu, dah belajar menerima hakikat ini.

Tie tak tahu jenis apakah kucing ini, samada ia species lain atau kucing biasa yang tidak sihat. Namun, seperti juga diri kita, kucing istimewa itu juga makhluk tuhan. Ia juga ada perasaan, ingin disayangi dan diberi perhatian. Kerana itu, walau apa pun pandangan kita terhadap sesuatu atau seseorang, kita tidak boleh menilainya sehinggalah kita menilai diri kita sendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...