Saturday, November 29, 2008

Kasih Sayang 2

Sebenarnya ada sesuatu ingin Tie ceritakan tentang pentingnya nilai kasih sayang. Ramai antara kita telah pun begitu selesa dibesarkan dalam keluarga yang harmoni, tanpa banyak konflik yang mendukakan.

Kerana itu kita tidak faham bagaimana setengah2 gadis atau wanita boleh terpengaruh dan terjebak ke lembah hina. Pernahkah kita terfikir sebab2nya? Adakah hanya kerana kurangnya didikan agama?

Tie tinggal di sebuah pekan di Hulu Terengganu. Ketika bersembang dengan seorang jiran, yang merupakan seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah, barulah Tie faham, begitu mencabarnya hidup seorang gadis remaja yang kekurangan kasih sayang dan perhatian.

Peranan ketua keluarga amat penting dalam memastikan kesejahteraan anak2nya. Bukan setakat beri makan dan pendidikan sahaja. Bayangkan seorang gadis (form 3 ) terpaksa tinggal dalam sebuah rumah sempit, dengan ahli keluarganya yang ramai.

Ruang tamu itu bukan saja tempat beristirehat, malah tempat makan dan juga tempat tidur. Abang2nya bebas keluar masuk dlm bilik kecilnya. Tiada langsung ruang utk belajar atau utk diri sendiri. Dia telah 'rosak' dek abang kandung sendiri. Tak ada siapa yang mengambil peduli. Si bapa sibuk bekerja dan si ibu sibuk berniaga. Siapakah yang patut bertanggungjawab sebenarnya?

Remaja perempuan ini masih lagi meneruskan persekolahannya. Tak siapa pun yang menyangka penderitaan gadis lembut dan bertudung ini. Kini dia menyewa sebuah bilik bersama teman lelakinya. Mungkin kerana inginkan kasih atau ketagihan dek nafsu.

Kadang2 dia ke sekolah, kadang2 tidak. Yang sedihnya dia tidak tahu mandi wajib. Ibu apakah yang tergamak mensia-siakan anak gadisnya . Sudahlah tidak dapat mempertahankan kesuciannya tapi masih sanggup membiarkannya bersekedudukan begitu sahaja. Alangkah sedihnya. Rasa kesal sungguh.

Menurut jiran tie itu, kes2 sebegini sudah jadi satu perkara biasa. Ini di hulu ...tempat yang jauh dari maju. Bagaimana pula keadaan di bandar2 besar? Patutlah perkara2 hina ini berlaku tanpa rasa malu atau takut. Mereka ini sudah lali dan 'dididik ' dari rumah lagi. Mereka tidak tahu erti nilai kasih sayang yang sepatutnya mereka terima dari ibubapa mereka.

(Merokok ni seolah2 jadi kebanggaan bagi remaja2 ini...)

Kasih sayang yang dimaksudkan ialah perhatian, masa bersama , teguran dan nasihat (selain dari didikan agama). Ibubapa yang sayangkan anak2nya tentu sekali sentiasa memastikan keselamatan dan kebaikan untuk anak2 mereka .Kerana kehausan kasih sayanglah remaja2 ini mencarinya dari orang2 yang tak sepatutnya. Dan tentunya kesempatan diambil.

Ibubapa mereka lebih sayangkan kemewahan dunia dari kesejahteraan anak2. Mereka tidak kisah samada anak2 mereka keluar malam atau tak balik langsung. Kerana itu bila dah terlanjur, perut pun sudah nampak, maka ibubapa ini hanya tahu perasaan malu. Kesilapan mereka ini yang dari awalnya tak pernah difikirkan.

Dari itu renung2kan lah. Kita kena selalu beritahu anak2 kita yang kita amat menyayanginya. Anak2 harus tahu yang ibubapa mereka menghargai kehadiran mereka. Bila anak2 berbuat silap, terangkan apa akibatnya, nasihat dan tegur dengan cara tidak menyakitkan hati mereka. Anak2 remaja , jiwanya halus, mudah tertekan dan sensitive.

Banyaklah berinteraksi dengan anak2 sejak kecil lagi. Selalulah bertanya khabar dan bincang masalah mereka. Kehidupan di sekolah dan bersama kawan2 begitu penting bagi mereka. Kerana itu ibubapa yang rapat dengan anak2 dengan secara tidak langsung tahu keadaan sekolah anak2 mereka dan siapa kawan2 mereka.

Apabila anak2 remaja merasakan diri mereka penting dan disayangi, tentu mereka akan berhati2 untuk tidak berbuat sesuatu yang mungkin akan memberi kesan terhadap perhubungan mesra ibubapa mereka.

(Masalah apa , ekk? Girlfriend lari ke?)


Jangan biarkan anak2 kita berdiam dan menyendiri. Kenalilah anak2 kita, sekali2 peluklah mereka dan katakan sayang kepada mereka. Jangan sampai mereka mencari kasih sayang dan perhatian di luar. Dan kiranya kesilapan besar telah mereka lakukan, maafkanlah mereka.

Walau apa pun yang berlaku, kita ibubapa tetap bertanggungjawab terhadap mereka. Bimbinglah anak2 ini agar mereka tidak mengulangi kesilapan atau terus hanyut tanpa batasan.

Tie menulis hanya untuk memperingatkan diri sendiri. Ada masanya kita terlupa kerana sibuk dengan urusan harian. Tak kiralah samada anak kita masih kecil, sedang meningkat remaja maupun telah bekerja. Pastikan mereka tahu betapa pentingnya mereka bagi kita.
Ada sesiapa nak tambah lagi tak??


P/s: Adoi!!...Migrane datang lagi... Tie kena gi berbungkus dlm gebar. Nanti dah ok Tie akan reply, ekk! Sorry laa....hu hu....


Wednesday, November 26, 2008

Someone's Hubby

Hi hi..tajuknya macam kontroversi je kan....? Entry ini Tie nak tujukan pada NONO...hihi... Tujuannya hanya untuk berkongsi pengalaman dan mungkin kita dapat sedikit pengajaran melaluinya...

Tie pernah kerja di KL seketika dulu, lepas frust tak dapat sambung study. Kebetulan tinggal di rumah kakak angkat(merajuklah tu..). Kerja dengan kenalan rapatnya, kira tolong dia sementara dia cari pekerja baru. Boss Tie tu seorang lelaki yang dah berkeluarga, anaknya dlm 4-5 org, dan yg sulong hampir sebaya dengan Tie... rupa anak dia seiras je dgn Tie...hi hi.....

So.......setiap hari, dia dtg ambik Tie and ke tempat kerja (baik betul, kan!!) . Boss ni memang pendiam dan serius je, Tie pun naik takut. Dalam kereta tak cakap apa2 pun. Kat pejabat pun gitu. Dia hanya cakap bila perlu je... Tapi Tie tak kisah. Orang diam, Tie pun diam gak.

Hmm...rupa2nya diam2 berisi. Dia punya niat lain. Dia nak pasang lagi satu. Dan calonnya ialah....jeng..jeng...jeng... TIE!! Alasannya wife dia hidap penyakit kulit. Habis bersisik satu badan termasuk kepalanya (rambutnya dah gugur sikit2...kesian betul). Oleh kerana dia selalu ke function itu dan ini, dia perlukan seseorang...seorang isteri (kedua lah tu...) untuk menemani dia..(betul ke alasan dia tu....?)

Adoi!! Memang terkejut betul!! Napa pulak pilih Tie?? Rasa nak pengsan pun ada! Cepat2 Tie packing! Beritahu kakak angkat ada emergency kat rumah.. so kena balik JB! Eeee....macam mana kalau wife dia tahu?? Mau tak mati Tie dikerjakannya! Dah lah derita sakit, hubby dia lak ada hati nak cari lain....dan wife dia tu memang baik betul dengan Tie...malah pernah offer Tie tinggal saja dengan dia. Dasat...dasat...

Walau bagaimanapun... ini bukan bermakna Tie anti lelaki yang ingin berpoligami. (mana boleh bantah hukum tuhan!) Cuma Tie tak bersedia (dan tak mahu pun!!) jadi second wife!! Hu hu...takutnya... Memang masa tu fikiran hanya ingat nak cari kerja...nak hidup berdikari tapi berkahwin?? Huh! jauh sekali......inikan jadi madu!! Mujur tak pitam kat situ!!

Sekarang ni bila difikir2kan, simpati pulak pada exboss tu. Memang dia bertanggungjawab terhadap wifenya...., anak2nya... dan tentu dia perlukan seseorang untuk hiburkan hatinya.(boleh ke Tie hiburkan hatinya...kah kah!! Ish! Teruk betul makcik nih!))

Hmm........... Kalau dia boleh berlaku adil dan tak abaikan org2 di bawah tanggungannya, tentu lah tak de siapa boleh larang dia beristeri lagi. Tapi wife dia tentu rasa pilu kerana tak mampu membahagiakan hubby dia...... sedih..., kan...Bagaimana agaknya wife dia sekarang. Harap2 dia dah ok. Dan exboss tu...berjayakah dia dapat second wife, macam rupa anak gadisnya tu...hi hi....

At least, dia tak pun cuba main cinta dengan Tie. (tapi Tie tak mudah jatuh cinta laa...lebih2 lagi dia tu 25 years older lak tuh!) Mungkin dia rasa tertekan. Perlukan seseorang untuk menceriakan hidupnya.......Hmmm.....kesian juga, kan......

Eh!! Macam mana pulak entry ni jadi gini ?? Kang tak pasal2 kena pulas telinga oleh isteri2 yang tak puas hati bermadu!! Hu hu hu ...............



P/s: Nantikan kisah kedua (org lain pulak!!)......, entah kenapalah hubby orang suka kat Tie?? (comel sangat ke?? Hi hi...perasan makcik nih!!Kah Kah!! Mesti ada yang mula menyampah!! Padan muka!)


P/ss: Tie pernah tanya pada hubby tentang bermadu ni........Nak tau apa kata hubby Tie??
Katanya, " Nak jaga sorang ni pun hanya cukup makan (Tie memang minat makan!) dan cukup masa, inikan pulak nak tambah lagi satu. Alamat mati tengah jalan laa....... asyik berkejar sana sini. Kang baru nak terlelap, yang sorang lagi call, abang ..anak demam! Nanti orang lain sibuk bermain dengan cucu, kita pulak sibuk antar anak masuk tadika...bila pulak nak rehat... Huh!! Baik jaga yang satu nih!! (yg masih comel dan montel!!) Sampai masa..bila anak2 dah besar boleh tunai ibadah yang satu lagi tu, dan kalau ada rezeki lebih boleh gi honeymoon lagi sekali...wink! wink! " Betul tu!! Tie sokong!! Hi hi..........


p/sss: So, apa yang dapat kita belajar dari pengalaman Tie ini?? Hmm... setelah hidup berumahtangga, Tie mula faham tugas seorang isteri (dan juga suami). Kalau kita seorang isteri tak dapat membahagiakan suami kita, tentu suami kita berhak untuk mendapatkan second wife (terpaksalah berkorban perasaan...hu hu...) Sudah tentu ada hikmah disebalik dugaan ini.... Teman2? Apakah pendapat kalian?


Monday, November 17, 2008

Kawan

Hi hi....Tie sebenarnya dah tak de cerita. So kena bukak kitab dolu2. Ni cerita zaman lampau. Masa study kat ITM, 20 tahun lepas. Memang lama tu. Tapi rasa macam semalam je...hi hi.. masih perasan muda makcik nih!

[ITM, Shah Alam]


Masa Tie part 4, Tie dapat bilik utk 2 orang, di level 3 asrama chempaka. Bilik no 314. Room mate Tie org klate (org klate lagik!) . Tie panggil dia Kak Wae, tak ingat asal dari daerah mana.

Penampilan Kak Wae ni agak ayu, berjubah dan dia ada groupnya tersendiri. Setiap hari, tak kira siang atau malam, pasti ada gengnya dtg berkunjung. Tie sebenarnya rasa rendah diri, ye laa...kiranya Tie ni macam rock je walaupun bertudung dan berbaju kurung. (memang Tie sentiasa berbaju kurung, tak ada blouse dan long pants !)

Kak Wae ni jenis pemurah. Mungkin dia tahu Tie ni kurang berwang, tiap kali dia ke Kenanga Inn (gelaran warung2 kecil di asrama kenanga) , dia akan belikan Tie sebungkus mee ( atau apa2 saje) . Malu pun ada, tapi sifatnya keibuan. Tie rasa macam budak kecik je. Hi hi...rasa nak manja dengan dia.

Dia selalu ke usrah kat mana2. Jadi dia jarang tidur di bilik kami. Tie pula akan keluar study dengan kawan baik di kelas atau di library setiap kali lepas maghrib. Pukul 10:30 malam baru sampai bilik. Kadang2 ada sebekas nasi goreng atau kuih di atas meja Tie. Rupa2nya Kak wae tinggalkan makanan untuk Tie. Rasa suka sangat dan terus makan. Macam tau je Tie tengah lapar..hihi..



Ada suatu yang Tie belajar dari Kak Wae ni. Oleh kerana dia org klate, dia sering bawa bekalan dr sana seperti dodol, gelembung boya (tak tahu napa namanya gitu ) budu dan keropok. Yang lucunya bila dia nak makan keropok dia akan masaknya dgn caranya tersendiri.

Macam mana ekk? First dia ambil kertas A4 2 keping. Pastu panaskan seterika. Dia akan bubuh beberapa keping keropok, lapikkan antara kertas tu dan gosok dengan seterika. Memang Tie terkejut bila tgk perbuatannya. Tapi keropok tu masak, gak. Cuma taklah mengembang mcm yang digoreng. Kami makan ramai2 sambil suka2. Kelakar betul! Pandai sungguh nak hidup, kan?

Trend memasak ni dah menular ke seluruh asrama. Dah jadi perkara biasa. Kadang2 bila bulan puasa, mereka2 ni siap buat onde2 lagik! Guna heater tu utk mendidihkan air. Onde2 di masak dlm bekas sementara heater direndam. Bersungguh betul mereka ni nak makan onde2 tuh. Pengat pun mereka boleh masak! Entah macam mana rupa heater tu, ekk. (mesti berkerak dek santan!) Siap bagi kat jiran2 bilik, ni......Tapi lepas tu heater jenis tu dah diharamkan. Kes hampir2 berlaku kebakaran kat bilik sapa entah!

Satu lagi Tie belajar dari Kak Wae dan member2 nya ni, hubungan mereka rapat bagai adik beradik. Suka pulak tengok. Sebelum Tie kenal Kak Wae, Tie sebenarnya takut. Sebab pada pandangan luar (bagi Tie lah) mereka ni nampak mengasingkan diri dan suka berada dlm kelompok yang serupa dengan mereka.

Tapi sebenarnya mereka ni mesra sekali. Rasa macam dah kenal lama. Rasa sangat keindahan persahabatan. Antara yang Tie suka, mereka ni selalu buat makan2....hi hi...selalu nak tumpang je... hi hi.. Tiba2 rasa rindu (rindu lagik!) pada Kak Wae, Rosnin, Shana dan Kak Kee. Harapan Tie agar teman2 ni kini bahagia di samping keluarga tersayang.


Thursday, November 13, 2008

Kasih Sayang

Okay! Mari kita lihat bagaimana haiwan2 di bawah ini mempamerkan kasih sesama sendiri.

Hmm....nampaknya rabbits tu begitu selesa dan manja sekali dibelai oleh pak2 belang tu , ekk. Tie pulak yang rasa seramnya. Bagaimana kalau pak2 belang tu lapar, dan tak dapat kawal bunyi perutnya. Ish!! Tapi, kan.... haiwan pun sama dengan manusia. Kita tak dapat mengagak apa yang terlintas di pemikiran mereka tu.

Mungkin pak2 belang ni benar2 kasihkan rabbits tu. Mungkin gak terkenangkan anak2 kesayangan yang hilang atau mereka berempatnya dah memang menjadi sahabat sejak kecil lagi..



Pasangan comel ini dah tentu merupakan sahabat karib. Tengok si burung tu memeluk si tikus dengan sayapnya, mungkin kerana temannya kesejukan. Suka sangat tengok telatah mereka . Macam pasangan kekasih pun ada..hihi.....

Mungkin dulu perasaan kasih sayang selalunya dikaitkan dengan manusia. Sedangkan sifat itu telah sedia ada pada setiap makhluk yang bernyawa, terutama antara ibu dan anak. Cuma pada manusia, dia diberi akal yang lebih supaya boleh menilai antara baik dan buruk.


[Hafid Al-Masri............antara ribuan kanak2 Palestine yang dibunuh Israel]


Namun, amat menyedihkan bila tak semua manusia memiliki sifat kasih sayang. Orang2 sebegini keras hatinya. Malah lebih keras dari batu. Sifatnya dingin dan kurang perasaan. Mereka tidak dapat merasa nikmat memberi dan menerima. Mereka ini tidak berperikemanusiaan. Maksudnya bukan sifat manusia, dan tak mungkin bersifat haiwan. Haiwan yang tidak diberi akal pun boleh merasa nikmat kasih sayang.

[Ini bukan hasil dari kekejaman Israel, tapi dari ibu bayi itu sendiri. Mungkin bayi itu telah meninggal dunia selepas dilahirkan tetapi seorang ibu yang waras takkan membuang bayinya di timbunan sampah begitu saja.]


Hanya orang2 yang tiada iman bersifat sebegini. Foto2 ini adalah hasilnya dari manusia2 yang keras hatinya. Kita patut dekati orang2 yang sebegini (tapi bukan yahudi ) kerana adalah menjadi tanggungjawab kita membantu saudara2 kita yang ketandusan kasih sayang.

Orang2 yang kurang kasih sayang tentunya tidak dapat mempamerkan kasih sayangnya walaupun kepada anak sendiri. Oleh itu, berilah perhatian kepada yang memerlukan. Jangan hanya fikirkan keluarga kita sendiri.

Semua Muslim adalah saudara kita. Seorang ibu yang mengandung anak yang tidak diingini tentu takkan sia-sia kan anaknya sekiranya ada orang sudi memberikannya bantuan dan perlindungan. Tapi , bagaimana kita dapat membantu mereka? Mungkin ada yang dapat memberi cadangan2 bernas supaya boleh kita kongsi bersama.

Moga2 kita dan saudara2 kita dilimpahi dengan hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi penuh dengan kemurahan, insyaalah.

Tuesday, November 11, 2008

Sesuatu

Di bawah ini ada sesuatu yang ingin Tie sampaikan. Layan saja, okay.....


Rumah ni memang memeningkan. Tapi itulah yang hendak disampaikan oleh seorang philanthropist dan designer, Daniel Czapiewski. Ketidakstabilan bangunan ini telah sengaja dibina sebagai satu sindiran terhadap era communist Poland yang lampau. Rasa2nya tak sanggup nak masuk ke rumah ni, takut gak!



Nama lembu handsome ni ialah Chilli. Ia adalah lembu tertinggi (besar kemungkinan!) dengan ketinggian 6 kaki 6 inchi. Besar betul, kan.... Agak2 berapa ribu nilainya, ekk?




Wah! Tengok tu.... Gambar hero ni diambil di Borneo. Terkejut gak mat salleh's bila melihat kerenah mereka ni. Buat pertama kali naturalists melihat orang utan mengguna kayu untuk menangkap ikan.

Mereka ni dah pandai belajar berenang pulak tu. Sebelum ini wildlife experts ingat orang utan ni tidak tahu berenang. Malah mereka ni turut terkejut melihat orang utan2 ni mengambil dahan pokok dan menggunakannya sebagai lembing utk mendapatkan ikan. Sebenarnya orangutan's ni belajar setelah memerhati aktiviti nelayan2 tempatan di situ. Kira belajar dari pemerhatian, gitu.





Mereka berdua merupakan pasangan aneh yang paling menyayangi. Anak monyet dan burung merpati ini tidak dapat dipisahkan setelah bertemu di sebuah sanctuary di China.

Anak monyet macaque yang berumur 12 minggu ini , telah ditinggalkan ibunya hampir2 mati ketika diselamatkan di Pulau Neilingding,Goangdong Province. Walaupun kesihatannya semakin baik setelah dibawa ke hospital haiwan, dia kelihatan amat berduka sehinggalah dipertemukan dengan seekor merpati putih.

Perhubungan persahabatan yang murni telah membantu macaque ini memulakan kehidupan yang lebih bermakna. Terharu sungguh, kan.


Hmmm....ini sudah kira mengubah ciptaan tuhan. Atau...tak apa ke?? Apa pulak tujuan petani2 tembikai ini , ekk? Mungkin hendakkan sedikit kelainan atau untuk memudahkan peminat2 tembikai memotongnya... Entahlah.

Tapi Tie tahu macam mana mereka buat gitu. Haa...masa buah tu kecil mereka memasukkannya kedalam bekas 4 segi yang boleh laras. Ia akan membesar dalam bekas tu laa. Betul ke? Main agak2 je.....


Ini Robert the Rabbit. Geram lak tengok bulunya yang tebal. Malangnya Robert dah tiada lagi. Lelaki tu Karl Szmolinsky, seorang pembiak rabbit di timur Germany. Entah berapa kilo sayur sehari dia boleh makan, ekk?




Lastly, memperkenalkan seekor kucing istimewa. Memang kucing ni tak lah secomel bangsanya. Rasa kasihan pula. Kenapa Tie kata begitu, ekk? Kerana Tie ada pengalaman itu, rasa tersisih, dan sering diperkatakan oleh 'teman2'. Tapi ianya dah berlalu, dah belajar menerima hakikat ini.

Tie tak tahu jenis apakah kucing ini, samada ia species lain atau kucing biasa yang tidak sihat. Namun, seperti juga diri kita, kucing istimewa itu juga makhluk tuhan. Ia juga ada perasaan, ingin disayangi dan diberi perhatian. Kerana itu, walau apa pun pandangan kita terhadap sesuatu atau seseorang, kita tidak boleh menilainya sehinggalah kita menilai diri kita sendiri.


Monday, November 10, 2008

Hantu ke?



Wah! Sekarang ni heboh pulak cerita hantu, ekk. Sayangnya Tie terlepas dari menonton cerita hantu terbaru di TV3 tu. Tie pernah mengalaminya tapi taklah sehebat dan menakutkan seperti teman kita MAZA nih!. Kalau nak tahu kisah dia berperang dengan hantu, boleh lah baca di SINI.

Oh ya, Tie dah pun baca e-novel terawal seorang teman bernama SUARA. Seronok pulak..kisah yang berkaitan dengan kelip2 atau kunang2. Sesiapa berminat boleh baca di link INI. Saja nak promosi kengkawan. Bukan nak bodek tau! Kalau tak kita sesama kita, siapa lagi, ekk??

Ada satu peristiwa yang memberi kesan kepada Tie sekeluarga ialah ketika tinggal di sebuah quarters kerajaan di JB. Masa tu anak2 masih kecil, iaitu 4 1/2 tahun dan 3 tahun. Dan Tie sedang sarat mengandung anak ketiga.

Rumah berkembar tu, dibina pada zaman jepun lagi. Pembinaannya nampak kukuh. Masih ada lagi tertulis no tel kontraktor pada kotak kayu meter letrik di atas pintu. Hanya ada 3 digit je...

Masa mula2 masuk, Tie nampak ada bekas lubang paku atas setiap pintu rumah. Hubby kata ada orang telah memaku secara bersilang, lalu dia buangnya. Hubby tak ceritakan sebabnya, Tie pun tak tanya. Tapi Tie hairan kenapa hubby sibuk2 panggil sahabatnya, seorang bilal datang bertandang di rumah. Dia kelihatan baca sesuatu dan menabur garam kasar di setiap pintu . (boleh ke buat gitu??)

Selang beberapa bulan, Tie bermimpi. (bukan mimpi hantu laa) Tie mimpi lantai dapur merekah dan kelihatan cahaya kuning terang menyinari seluruh rumah. Tie tak cerita pada hubby, mungkin kerana lupa. Kemudian anak perempuan tie demam panas . Malam tu mula lah satu kejadian yang tak dapat Tie lupakan.

Wani bangun tepat pukul 1 pagi. (Kami 4 beranak tidur dlm satu bilik sebab bilik tu cukup luas, dan juga untuk keselamatan. ) Dia terus menangis dan tangannya menunjuk2 ke sekeliling bilik . Katanya," Ma.....takut ma....mata besar!!" Keadaan jadi riuh sebab dia tak henti2 berkata ,"mata besar!" Dia peluk Tie kuat2 tapi tetap tengok sekeliling dan menangis. Mujurlah hubby ada, dan Tie tak tahulah surah apa yang Tie baca. Memang huru hara dibuatnya. Lepas beberapa minit, keadaan Wani, reda dan dia terus tidur.

Tapi sejam kemudian , dia bangun lagi dan menangis . Perkara yang sama berulang lagi. Abang Wani pulak terus memujuk adiknya, dan berkata, " Dek....tembak dia dek!! " Begitu bersemangat si abang tuh! Si adek terus tembak berkali2 dengan bunyi ," Beng! Beng Beng!! " Dalam suasana takut, Tie tak tahan nak ketawa!!


(Wani ketika berusia 3 tahun. Becok betul mulutnya!)


Tiga kali Wani diganggu. Tie pun rasa pelik. Rumah tu seperti ada sesuatu. Ayah Tie pernah bermimpi diserang sekumpulan jin ketika tidur di sana. Setelah ayah baca surah ayat kursi, ketua jin itu menyerah kalah. (dalam mimpi dia lah) Kawan Tie pernah nampak sesuatu keluar masuk bilik ketika dia datang menziarah. Dan dia sempat pesan, jaga solat dan suruh baca surah2 tertentu.

Seorang sahabat hubby dari klate (seorang yang amat dihormati dan berilmu) pernah berkunjung ke rumah. (hairan sebab dia datang secara tiba2) Dia berkata, penghuni rumah tu kurang senang dengan hubby. Katanya (jin tu mengadu kat dia laa ) hubby selalu pergi ke tempat2 yang tidak bersih (sedangkan itulah tugas hubby yakni memantaunya)



Tapi kesemuanya mereka ni berkata, penghuni rumah tu merupakan seekor jin islam. Dan semuanya pesan agar jangan cuai solat. Kata sahabat hubby, jin itu menjaga harta peninggalan kerajaan belanda iaitu emas. Ia hendak memberi emas tu (dah malas nak jaga kot!!) tapi hanya kepada yang betul2 beriman (yang sempurna ibadahnya!) . Emas tu tertanam di bawah rumah tu... Ia akan timbul sedikit demi sedikit bila tiba masanya...Ha!!.. baru teringat, mimpi tie tu sebenarnya ada erti........hi hi..

Selepas tu, keadaan rumah itu menjadi lebih tenang. Tapi Tie tertanya2, pada siapakah Jin itu akan hadiahkan emasnya..........(kesian kat dia penat jaga beribu2 tahun...mungkin tak larat dah!!) hi hi..........berangan pulak nih! Kalau Tie dapat (memang tak layak pun!) tentu dah kaya raya sekarang......

Hmmm..... ada tak sesiapa pernah melalui pengalaman aneh atau menakutkan ? Jom kita sembang2 pasal antu lak!! Heeeee ....heeeee.............eeeeeeeeeee..........


P/s: Buat pengetahuan semua, hubby dah buat sembahyang hajat, sebelum kami pindah masuk. Rumah tu masih ada lagi...tak tahu siapa pulak yang duduk ketika ini. Tapi , kalau diberi peluang, memang tie takkan duduk situ lagi. Bukan takut, tetapi kerana tak selesa....rumah tu sejuk dan muram je.

Wednesday, November 5, 2008

Elephantitis (kaki gajah)

Memang sudah lama Tie nak tahu apakah sebenarnya penyakit untut ni. Setelah kisah Puan Shaliza Shahzulkarib terpapar di akhbar, barulah Tie teringat dan cuba google untuk mendapatkan maklumat sebenar. Tetapi sebelum itu Tie ingin menyatakan rasa simpati kepada Puan Shaliza kerana terpaksa menanggungnya begitu lama dan menghadapi cabaran sebagai ibu dan isteri manakala menguruskan rumah dalam kepayahan. Tie kagum dengan pengorbanannya. Moga2 Puan Shaliza dan orang2 yang senasib dengannya dapat sembuh dan kembali sihat seperti biasa.

[Photo]Shaliza Shahzulkarib, 33, yang menghidap penyakit 'lmphaedema praecox' atau untut sejak 14 tahun lalu ketika ditemui Kosmo! Ahad di rumahnya di Taman Cheras Idaman]

Kaki Gajah atau Untut adalah disebabkan oleh parasit dan virus bawaan nyamuk Mansonia yang hidup di kawasan berpaya dan air bertakung, sama seperti nyamuk Aedes. Mereka yang mengidap penyakit ini akan mengalami keadaan di mana salah satu, atau kedua-dua kaki akan ´membesar´ akibat lapisan kulit yang tumbuh berlapis-lapis.Jangkitan penyakit ini, yang lebih kerap menyerang lelaki berbanding wanita bermula apabila mangsa digigit nyamuk Mansonia betina, menyebabkan jangkitan cacing mikrofilaria yang menjadi punca penyakit ini.

PUNCA DAN JANGKITAN

Nama saintifik bagi penyakit ini ialah ‘Filariasis Limpatik’. Walaupun jarang berlaku, kerajaan mengkategorikannya sebagai masalah besar untuk negara ini. Kira-kira 6% penduduk negara ini dijangkiti penyakit ini dengan majoritinya adalah mereka yang tinggal di luar bandar. (ramai jugalah tuh!) Keadaan ini terutamanya berlaku di kawasan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.


Kitaran hidup cacing parasit ini bermula apabila ia memasuki badan manusia, bertelur dan menghasilkan larva.Selain manusia, haiwan seperti monyet dan beberapa jenis primat juga antara perumah yang dikenal pasti boleh menjadi tempat pembiakan cacing ini. Cacing-cacing yang kelihatan seperti benang jahit ini tidak membawa kesan buruk kepada manusia semasa ia hidup kerana jangkitannya bersifat Asimptomatik, justeru ia tidak berjangkit.


Namun begitu, kesan buruknya mula timbul apabila cacing ini mati dan sisa badannya terkumpul di badan perumahnya.Larva mikrofilaria mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk menjadi cacing matang. Selepas setahun, cacing dewasa boleh membiak dan menghasilkan beribu-ribu mikrofilaria lagi. Dalam tempoh ini, mikrofilaria akan tersebar jika individu itu digigit nyamuk.Dalam badan nyamuk, mikrofilaria mengambil masa antara tujuh hingga 21 hari untuk membesar ke peringkat paling berjangkit sebelum dipindahkan ke perumah baru apabila nyamuk menghisap darah mangsa lain.


Apabila sampai ke badan perumah baru, mikrofilaria ini akan masuk ke dalam sistem limfa untuk membiak di sana. Haiwan ini boleh hidup antara enam hingga 10 tahun dalam badan manusia, justeru, kesan jangkitan hanya dirasai apabila cacing dewasa mati.(peliknya...)


KESAN JANGKITAN

Antara tanda jangkitan cacing ini ialah demam dan bengkak kelenjar yang berulang. Bagi kaum wanita pula, mereka mungkin mengalami masalah Anemia, sementara jangkitan pada kanak-kanak juga boleh menyebabkan mereka terencat. Tanda jangkitan yang akut pula ialah keradangan pada kulit, limfa dan salur limfa sebelum berakhir dengan kaki gajah yang kronik.

Bagaimanapun, bukan semua individu yang dijangkiti akan mengalami masalah Untut; ada yang hanya dilanda demam Filariasis. Sama ada seseorang itu akan dijangkiti Untut atau hanya sekadar demam Filariasis sahaja, bergantung kepada daya tahan terhadap penyakit seseorang individu itu.Ia juga bergantung kepada berapa banyak cacing yang mati di dalm badan perumahnya, jika kaki bengkak dan besar, menandakan cacing dewasa yang mati adalah banyak.

Bahagian kaki yang membesar itu sebenarnya disebabkan reaksi sel terhadap sisa badan cacing yang membuatkan ia membahagi dengan cepat dan akhirnya membentuk lapisan sel berlebihan.Akibatnya, kaki kulit akan menjadi berlapis-lapis, tebal dan berlipat sehingga kaki akan kelihatan hodoh. Untut juga bukan penyakit keturunan kerana ia tidak akan menjangkiti anak-anak jika ibu bapa mereka terbukti ada menghidapnya.


ADAKAH ANDA BERISIKO?

Mereka yang berpotensi dijangkiti penyakit ini ialah penduduk kawasan pedalaman yang tinggal berhampiran sungai atau kolam yang kotor, kawasan di mana terdapat banyak tumbuhan keladi bunting serta kawasan aliran airnya adalah perlahan.Turut berisiko ialah kawasan yang tidak mempunyai sistem pembentungan yang sempurna sepeerti kawasan setinggan. Oleh kerana ia sering menyerang penduduk kawasan yang kurang membangun, maka terdapat dakwaan tidak bertanggungjawab yang mengaitkannya sebagai penyakit orang miskin.(tak baik laa..)

RAWATAN

Dahulu, proses diagnosis penyakit ini adalah sukar kerana cacing parasit ini mempunyai sifat yang hanya boleh dikesan pada waktu malam. Bagaimanapun, kini melalui teknologi terkini, kehadiran larva boleh dikesan melalui ujian darah ke atas antigen cacing parasit.Bagi mereka yang sudah dijangkiti penyakit ini, antara ubat-ubat yang biasanya digunakan ialah Diethylcarbamazine (DEC) yang merencatkan perkembangan larva cacing di dalam badan perumah, manakala Albendazole pula khas untuk membunuh cacing dewasa.Melalui rawatan sempurna, ia boleh mengatasi masalah kulit disebabkan reaksi sel terhadap sisa badan cacing, mengurangkan beban jangkitan. (Jadi..masih ada peluang untuk sembuh lah ,ya..)Mencegah adalah lebih baik dari merawat.


Justeru, langkah terbaik adalah untuk menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal kita. Eloklah hapuskan tempat pembiakan nyamuk seperti tayar lama, botol, pasu, perangkap semut dan sebagainya. Ramai antara kita yang kini mempunyai landskap berkolam di laman rumah(tie pun nak buat ni) , tapi mesti berhati2 lah , ya. Sekiranya kolam-kolam ini tidak dipantau kebersihannya, kelak ia akan memerangkap pemiliknya apabila menjadi tempat pembiakan nyamuk.


Di kawasan-kawasan kampung pula, kolam-kolam tinggal juga hendaklah kembali diusahakan dengan menternak ikan (Tie dah buat tuh!)daripada dibiarkan sahaja menjadi tempat pembiakan pelbagai nyamuk. (takut gak!)


Harap2 pembaca sekelian dapat sedikit manfaat dari info ini. Tie cedok dari Yayasan Dakwah Islamiah. Boleh baca selanjutnya...tie potong sana sini laa...


ooooooooooooooooOOOoooooooooooooooooo

Dari KAKCHIK


Bingkisan ini tie terima dari KAKCHIK. Terima kasih kerana ingat pada tie. Tie telahpun tepek kat slide tu (lama dah). Tiada apa yang boleh tie balas selain dari ucapan terima kasih banyak2, ekk. (skrg ni internet slow...leceh lah)
p/s: Sorry lah...font ni teruk betul. Sekejap rapat, sekejap jarang...susah betul nak baiki..Nampak gaya nak kena pindah rumah nih!!

Sunday, November 2, 2008

Sifat Tersembunyi




Video ni tie nak tujukan khas buat Tirana dan teman2 yang rajin dtg ke sini.... Kami suka tengok haiwan2 yang cantik dan menarik. Biasalah orang perempuan ni...Tengoklah betapa comelnya dan sweet je orchid praying mantis tu tapi rupa2 sedikit ganas. Mantis (mentadak) ialah serangga pemangsa (kat sekolah kan ada belajar tu!).


Walaupun kelihatan lebih comel dari kaum kerabatnya (yg macam ranting atau daun tu!), sifat semulajadinya tetap tak berubah. Bila diberi peluang, ia akan makan dengan lahapnya.(lapar agaknya) Ada suatu yang menarik tentang mantis ni. Setelah mantis memadu kasih, mantis betina akan makan kepala pasangannya (romantik tak??)


Tak tahu lah kenapa tapi mungkin protein dari mantis jantan dapat membantu pembentukan telur. Ganas kan?? Nasib baik manusia tak gitu. Praying mantis mempunyai daya penglihatan yang tajam. Mereka2 ni boleh melihat sehingga sejauh 18 meter! Jeles lak! So....ada siapa2 nak jadi mantis tak??


Hmmm....macam itu lah jika dibandingkan dengan sifat seseorang. Contohnya, macam Tie la ni. Sifat luaran Tie bukanlah kecoh seperti berblogging ni. Mungkin Tie ni membosankan . Memang tak siapa pun sangka makcik ni very open minded (kisah rindu dan cinta pun nak heboh2, kan??).


Kenapa tie begitu terbuka, ye...saja2 nak rasa sedikit kelainan. Orang pun tak kenal tie ni...(ada tak yang kenal ni??) so tak payah nak control ...nak bebaskan minda kejap. Tak larat wei.., nak protocol 24 jam ni.., sebab bila keluar rumah je terpaksa buat gitu..(bukan pura2, memang terpaksa! dan jangan tanya kenapa lak!) , nak ketawa pun tak leh terover...kena control cun...mcm bunyi kih! kih!...gitu.. (mcm plastik je.....)


Tapi kalau ada yang nak kritik pun tie terima, mungkin dapat ubah cara pemikiran tie kepada yang lebih baik. Berbeza dengan perangai tie dulu, tak boleh tegur sikit, mudah benar kecik ati dan merajuk . Sejak bergelar makcik ni , walaupun hati semakin sensitive, pemikiran dah semakin matang. Boleh lah terima kritikan org.. walaupun ada hadnya, ekk.


Orang lain pun begitulah agaknya. Kadang2 nampak je garang dan menakutkan, tetapi sebenarnya seorang yang penyayang dan murah hati. Tie pernah jumpa orang sebegitu. Siapa, ekk?? Hi hi...Shhh...rahsia!! Tapi pada sesiapa yang sedia comel atau pun hensem (ehem!!), jangan pulak ambik ati. Ada ramai yang memang cantik di luar dan di dalam (memang jeles tuh!)


Jadi , sebelum kita mengambil keputusan untuk menaruh kepercayaan kepada seseorang itu, samada sebagai seorang sahabat karib ataupun pasangan hidup, kenalilah dirinya dan diri sendiri (boleh ngam tak??). Berhati2lah memilih kawan (tie dah kena laa...) dan harap2 jangan pilih yang macam mantis di atas tu, ye....(kang hilang kepala lak!) bukan nak buruk sangka tapi berhati2 sebelum kena! (kena hurai lak, kot2 ada org salah faham)


Kelip kelip



Masa kecil, tie minat pada kelip2. Pernah ayah tangkap seekor dan bubuh dlm balang. Tie tengok cahaya yang cantik dengan kagum. Hati tertanya2. Macam mana punggungnya boleh menyala?

Jadi tie pun cari dlm encyclopedia di rumah dan puas hati dengan jawapannya. Sejak jadi makcik pun tie masih lagi kagum dgn kelip2 ni. Sekarang jarang sekali dapat jumpa walaupun seekor. Bagaimanakah kelip2 dapat cahaya tu??

Kelip2 sebenarnya mengandungi luciferin. Bila ia bergabung dengan oksigen, ia hasilkan cahaya. Process ni dinamakan bioluminescence (terbelit lak lidah!!). Ia bercahaya untuk memikat pasangannya ...(boleh guna idea nih!!) Agaknya sebab itu setengah org sukakan candlelight dinner!

Kelip2 (firefly) ialah sejenis kumbang. Biasanya dalam kebanyakan species kedua2 jantina boleh menghasilkan cahaya.(adil lah tuh!) Ia berbentuk leper dan warnanya biasanya hitam atau perang. Kelip2 hanyalah kumbang biasa kecuali ia boleh bercahaya. Cahaya yang dihasilkan tidak mengeluarkan haba .(Mujurlah..kalau tak tentu berasap punggung!)


Terdapat 3 lapisan dlm abdomennya yang mengeluarkan cahaya. Lapisan paling dalam bertindak sebagai reflector. Lapisan tengah mengandungi sel2 cahaya. Dan lapisan luarnya lutsinar (baru boleh nampak cahaya yg dikeluarkannya)


Kelip2 boleh kawal cahayanya. Mereka mengeluarkan cahaya dlm pattern tertentu. (dengan berkelip2 lah) Kelip2 jantan mengelipkan cahayanya untuk memikat kekasihnya......Bila malam, ia akan terbang dan berkelip seperti signal. Setiap jenis kelip2 ada signalnya tersendiri. (macam morse code, kot!)

Akan tetapi kelip2 betina tak boleh terbang, sayapnya pendek (kesian dia) . Ia akan hinggap di atas batu atau pokok dan menunggu dan menunggu (boringnya). Bila kelip2 jantan (yg hensem) bagi signal dan kelip2 betina(yang cantik) faham, ia akan balas balik signal yg sama. (kira sukalah tuh!)

Si hensem akan mendarat (mcm kapalterbang lak!) dan menyentuh antennae si cantik. Itulah caranya mereka cium bau antara satu sama lain. (dan berkenalan, hi hi..) Jika si cantik suka (dan tak reject), kedua2nya akan berkahwin........ Begitulah cerita sang kelip2...........hi hi..tak sangka lak jadi cerita cinta, ekk?? (Boleh guna ke idea ni??)




Ni nak jawab tag dari NRINA lak. Entah bila boleh habis hutang ni , tak tau laa. NRINA.....mari baca nih!


[1] Bekas kekasih saya adalah

Alamak! Kekasih tu tak ada laa...cuma kawan2 istimewa je ramai. (special tu tak bermakna kekasih tau!!)



[2] Saya sedang mendengar :

Bunyi burung berkicau kat luar tu...


[3]Mungkin saya patut :

Kena fikir lebih jauh lagi sebelum tot-tet2 kat keyboard nih!!


[4]Saya suka :

Godek2 internet, window shopping dan beristirehat di rumah atap biru di kg tu sambil berkebun......


[5]Sahabat-sahabat baik saya :

Ialah org2 yang ikhlas berkawan dgn saya.


[6]Saya tak paham :

Memang tie selalu blur laa


[7] Saya kehilangan :

Suatu rahsia peribadi.......cian tie....


[8] Ramai yang berkata :

Sama macam Nrina, org suka tanya ,"ngajar kat mana??"


[9] Makna nama saya :

Cahaya .............(rahsia lagik!)


[10] Cinta itu adalah:

Rasa malas la nak hurai pasal cinta nih! Rasa dah tua sangat laa.....


[11] Di suatu tempat, seseorang sedang :
Seorang makcik sedang menjawab tag!


[12] Saya akan cuba :

Jawap tag ni sejujur2nya.


[13] Ayat SELAMANYA membawa maksud :

Sampai bila2 kot.


[14] Telefon bimbit saya :

Ni yg leceh, berat mcm bata, kot2 koyak lak handbag tie nih! Ada sapa nak sponsor satu??


[15] Bila saya terjaga dari tidur :

Terus angkut baju kotor, sumbat mesin basuh, pastu siapkan breakfast utk anak2 dan hubby.


[16] Saya paling meluat apabila :

Bila dengar slogan " Hidup ______!"


[17] Pesta/Parti adalah :

Tak berapa suka pesta atau parti...rasa janggal je......


[18]Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

Banyaklah...antaranya butterfly dlm blog TIRANA


[19]Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :

Semasa study di ITM dan mula bekerja.


[20]Hari ini :

Hari Jumaat




[21]Malam ini saya akan :

Tak fikir lagi nak buat apa


[22]Esok pula saya akan :

Buat kerja macam biasa.


[23]Saya betul2 inginkan :

Kesemua anak2 berjaya, dunia dan akhirat.


[24]Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :

Hmmm .....tak sempat nak tengok cermin pun. Nak urus kain baju dulu!


[25]Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Semua hypermarket tie suka...sebab boleh jenjalan dan tgk2 lama sikit!!


26]Makanan Barat atau Jepun :

Suka juga makanan jepun.


[27]Bilik yang terang atau gelap :

Suka sederhana...terang sangat rasa panas, gelap pulak rasa lemas! (memang mengada2!!)


[28]Makanan segera adalah :

Keropok lekor, burger....byk lagi lah.


[29]Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

Eh! Tak perasan laa..


[30] Adakah anda ingin panjangkan TAG ini??
Tak! Tie kan baik hati...hi hi...







Ini gambar menara condong...dari Liyana...Terima kasih lah. Ada juga ingat kat kita, ekk. Dahlah menara tu condong...yg tukang tepek gambar pun turut condong! He he...banyak complain lak makcik nih! Ok..terima kasih sekali lagi. Kak tie dah lama tepek kat slide tu.. :)



Saturday, November 1, 2008

Kali Pertama

Ha..ha...you all tengah fikir apa ye??Saja buat tajuk suspen nih!! hi hi...Sebenarnya Tie hanya menyahut cabaran dari seorang teman iaitu SUARA. Due to her past post, setelah tie telah baca dengan seronoknya, dan dia sarankan agar tie pula menceritakan kali pertama tie 'masuk dapor'. Apa?? Tak menarik ke?? Ish! Janganlah gitu. Tie belum start cerita lagi......


Okay lah. Macam girls yang lain, tie memang suka dok dapur, tika mak sibuk memasak. Mak tak payah jemput pun tie dah mengundang diri sendiri dan kepoh2 di dapor. Masa tu dlm umur 9 tahun agaknya. Tolong kacau2 periuk atau kuali, dan paling best bila mak suruh rasa dan komen!Tapi kali pertama tie mula2 jadi boss kat dapor ialah masa bulan Jan tika form 3. Masa tu cuti Tahun Baru Cina.


Macam mana pulak jadi gitu, ekk?? Hmmm....masa tu mak baru saja melahirkan adik bongsu tie. Dia tak sihat, jadi ayah bawa balik baby sister tu . Dengan sekelip mata tie jadi ibu kepada adik tie tu. Ayah lak tiba2 pergi pasar, beli ayam dan suruh tie masak sup. Sup ayam....masakan pertama tie. Tie tak pernah buat sebelum itu, hanya tengok mak, dan rasa je. Jadi, dgn terketar2 ayam tu tie kerjakan dan ting !! Jadi lah 'Sup Ayam Tie' !Ayah siap puji lagi...katanya, "hmmm....sama je rasanya dgn masakan mak!!"


He he...senyum simpul dibuatnya. Sejak dari itu lah tie mula memasak, sikit2 sampai mahir. Tapi memang rasa setiap masakan tie hampir sama dgn masakan mak. Sampaikan tika tie bawa balik rendang masakan tie ke rumah mak pun , adik tie komplen," Huh! Sama je...." Mungkin dia kecewa sebab teringin nak rasa sedikit kelainan! Ha ha.....


Okay..cerita lain lak. Pasal tie jadi ibu instant tu....Tie tak tahu la macam mana boleh jaga baby yang baru lahir tu. Masa tu pampers tak de lagi. Tie guna lampin biasa tu. Lipat pun main tibai je. Tie ingat lagi , tie tidur bersama baby sister, dlm kelambu. Mungkin kerana terlalu penat, tie hanya sedar pada pagi keesokkan harinya.


Sedar2 tie basah kuyup dibuatnya. Lampin dia lencun. Boleh diperah. Hairan lak dia tak nangis. Memang dia tak meragam pun. Cepat2 tie bersihkan dia, tapi main lap2 je..takut nak mandikannya sebab tie kan kecik lagi. Walaupun mak dah balik dari hospital, tie masih jaga adik tie sebab dah timbul rasa kasih, lebih dari seorang kakak. Masa tie naik sekolah, (lepas 1 minggu ponteng,) cikgu dan classmates sibuk tanya, " wah! Lama cuti?? Kahwin ke?" he he mereka tak tahu yang tie 'dapat baby lagik!'


Okaylah...tie nak buat tag dari NRINA . Tie nak buat sikit 2 dulu...kira ansuranlah ni ekk!Tak larat nak buat semua. Mula dengan..........

1) When is the first time you meet him/her?Hubby ke??
Hmm...first time dia dtg kacau tie study di level applied science, itm , shah alam.

2)How do you feel?
Memang lah rasa tak selesa, lebih2 lagi dia org klate...(pening dan tak faham pun)

3)How do you feel right now?
Bila diri kita disayangi, tentu kita pun akan menyayangi. Automatic laa...

4)if your enemy do anything that you hate, what you will do first?
Sedih je...tie bukannya aggresif tau!

5)give 5 characters that you have.....
sederhana
Pendiam
tepati masa dan janji
sukakan perfect
tak suka bising

6) if he/her have broke your heart, what your action?
Bagi silent treatment je.. dan menyendiri.(mudah sangat kecik ati nih!)

7) what character you like toward him/her?
Sayang tie tanpa berbelah bagi
Percaya pada tie
Bertanggungjawab
Menghormati org tua dan org yang serba kekurangan
Tak kedekut pun

8) who is the name of no.1?
Abang lah

9) if your lover become your enemies, is it you will hate him/her?
Ish!! Tak pernah fikir gitu. Tak suka tau!

10) the most memorable thing /her had done to you ?
Rahsia.....

11)the most thing that he/her have said to you?
Adek sayang.....................

12)no.7 boy or girl?
Makcik ni lah!

13)who is no.9?
Hubby makcik lah!

14)to the person that always support to you?
Always love you!

15) Tag?
Tie takkan tag sesiapa. Tie masih baik hati!

Hi hi...Hutang yang lain nanti tie akan langsaikan sikit2 tau! Jangan bagi surat saman lak!! Saborlah ekk!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...