Wednesday, November 30, 2011

Ollie the owl


Ollie the owl. Boleh berdiri dengan sendirinya. Warna bergantung kepada request. Harga rm22 termasuk postage (pos laju) dan packaging. Sesuai sebagai teman di meja study atau hadiah untuk yang disayangi. Hanya untuk kanak2 yang berumur 12 tahun ke atas.

Dee Dee, Marky and Joey the cockroaches

.
.
.
Marky
.
.
.
Dee Dee and Joey

Saturday, November 19, 2011

Felt Diary

Boorkmark di-order berasingan. Harga bookmark panda rm8 sementara felt diary saiz L ini ialah rm28 (tidak termasuk postage)



Sunday, November 13, 2011

Tutorial Shaun the sheep

Mulanya Tie buat Shaun ni kerana sibujang tu nak sangat.
Shaun the sheep


Tapi bila dah siap, tak jadi beri dia... Dia ngamuk nak kidnap Shaun ke Kolej dia... Aderk, jadi kena buat lagi sekor la pulak.


Alang2 buat ni Tie buat tutorial sekali, jadi adik2 yang berminat bolehlah buat sendiri. Mula2 kita perlukan felt, Shaun yang pertama Tie guna wool felt, tapi yang kedua ni Tie try guna felt arcrylic... okay jugak.


Kakinya guna felt polyester, bubuh wire dlmnya, felt tu dikapit dua agar lebih kukuh. Nanti Tie tunjuk gambar wire yang digunakan. Kepalanya guna wool felt atau felt poly yang lembut sikit. Ekor  dan badan Tie guna felt arcrylic, wool felt pun boleh..
.
.
Ini ekornya. Tie buat slit kat felt dan jahit sikit bahagian dalam. Kakinya tu Tie gam guna uhu.
.
.
.
Beginilah caranya nak sambung bahagian bawah Shaun. Jahit tepinya cara blanket stitch. Tie guna benang jahit biasa jer...
.
.
.
Oh, sebelum terlupa, inilah wire yg Tie guna dalam kaki shaun tu. Biasa org guna utk buat bunga hiasan kot.. entahlah.. kita tak pandai buat bunga2 ni...
.
.
.

Bila dah jahit hampir ke bahagian tengkuk tu, mulalah isi fiber ni. Isi padat2 supaya Shaun nampak tegap bila berdiri...
.
.
.
.
Beginilah rupanya bila dah siap jahit sepenuhnya. Ngeri lak tengok kepala shaun tu, hehehe... macam kena pancung!
.
.
.
.
Tie gam jer kepala dia. Kalau kalian rajin boleh jahit sorok2 kepala Shaun ni. Makcik dah tak larat daa...

ERr.... baru perasan, kaki dia terlalu panjang... So kena kerat (macam sadisnya bunyinya) kakinya dan bubuh kasut tu semula, hehehe... Sabor je laa...
.
.
.

Jeng jeng jeng.....!! Kawan baru Shaun dah siap! Kakinya boleh digerak2 sebab ada wire, boleh kangkangkan atau tegakkan...
.
.
.
.
Okay, kita bergambar ramai-ramai. Nanti abang Arif nak bawak kawan Shaun gi kolej.... Cheese!!
.
.

Errk! Nampak tua benor Shaun ni, ekk.
.
.
~ Lupa lak! Tie bubuh lubang hidung kat mereka berdua agar senang nak bernafas!!! Guna manik kecik
jer.... :)
.
.
.
Oh... ahli keluarga baru Shaun dah siap...
.
.
.

Cara nak buat Timmy senang sikit kot... Nanti laaa, bila ada masa Tie akan buat tutorial lagi.

Saturday, November 12, 2011

santai (shaun the sheep dan cik cencorot)

Shaun the sheep dengan kopiahnya.....
.
.
.
.Jeng jeng jeng.... Shaun dah ada awek... cik cencorot... hihi...
.
.
Rumah baru siap. Tapi belum ada furniture lagi...

.
.
.
.
Abang Shaun : Tanya sama pokok apa sebab goyang, Nanti jawab pokok , angin yang goncang....



Cik Cencorot: Tanya sama langit apa sebab hujan, Nanti jawab langit tanyalah awan......


Abang Shaun : Darling Cen, kita dah ada pokok, lepas ni rajin-rajinlah sapu daunnya, ya...


Cik Cencorot : Eh... bukan ke Abg Shaun makan daun ?

Abang Shaun: Abang hanya makan daun hidup jer.. yang dah jatuh bertaburan kat bawah ni tak sedap... mmmbekkk....!!

.
.
.
Abang Shaun : Darling Cen, buai pun dah siap. Untuk anak kita nanti... mmmbekkk...!! Darling Cen tak boleh duduk, kang roboh pulak!



Cik Cencorot: Sampai hati Abang Shaun... Malam ni Abang Shaun tido kat luar lagi!


Abang Shaun : Pulak daa..... Mmbekkk...!!!


.
.
Cik Cencorot :Abg Shaun... adik Cen nak makan apple.

Shaun the sheep: Ambil sendiri laa.. kan darling tinggi, Abg Shaun ketot jer.. mmbekk...!!

Cik Cencorot : Ish... nak manja sikit pun tak boleh!!

Thursday, November 10, 2011

Hp Case

Hp case untuk blackberry.... price - rm12.

.
.
.
.
.
Yang ini pula untuk Iphone... simple jer. Pricenya pun sama, rm12 tidak termasuk postage.

hp charm

Guna felt yang dibeli dari Daiso.. lembut dan tak berbulu.
.
.
.
Pusheen the cat, nak buat stripes tu yang leceh sket.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...