Rasa berat hati nak meninggalkan kampung ni walaupun hanya tumpang kampung hubby. Tie suka sangat dok sini kerana rasa bebas dan aman sekali. Tie dibesarkan di bandar JB jadi memang kekok dan takut bila bertemu pertama kali dengan penghuni2 di bawah ini..he he..
Ini kesayangan mek, lembu jantan ni pemalu lak gi sorok belakang pokok nyior....macamlah dia tu kecik sangat...he he....
Yang ni pulak beberapa ekor biri2...mek kata lebih senang bela biri2 dari kambing sebab ianya tahan lasak, kalau hujan pun tak rasa sejuk sebab bulunya tebal...Kalau kambing kena buat bangsal khas...ooo manja sangat... Rasa biri2 tak sehamis kambing...kira okeylah tu...Hmmm bila pulak mek nak sembelih biri2 ni...teringin nak makan lah...Masak gulai biri2 sedap tau....Tapi tak cukup kalau sembelih seekor.. Keluarga hubby besar...nanti ada yang kempunan lak.
Oh ya..lembu tu nampak aneh sebab ia tiba2 bangun bila diambil gambarnya..so tak sempat dia nak posing betul2..he he...
Biri2 ni tak nampak ayu macam di negara asal mereka..Agaknya disebabkan cuaca yang kurang nyaman. Takpelah..apa yang penting dagingnya. Hmmm.........
Kambing ni kepunyaan adik ipar, tu laa...kena buat bangsal untuknya...Kalau tidak sakitlah, selsema lah...manja sangat... Kambing ni sedap kalau dimasak briyani...Ooooo menjilat jari.....Kalau tau tuannya mesti marah... he he...Tuannya sayang sangat, bagi susu botol dgn puting macam baby lagi.. lain kali boleh ambil gambar. Kambing ni makan apa saja. Kalau nampak sesiapa makan atau pegang biskut mesti dia datang nak mengendeng. So kena hati2 takut tercekik benda2 yang tak sepatutnya dimakan. Tu laa memang leceh bela kambing. Tapi kambing ni comel dan manja terutama ketika masih kecil.
Dalam perjalanan balik ganu kami singgah di Agro Resort Setiu. Budak2 tu geram tengok ikan2 talapia. Konon2 hulur tangan pastu yang kecik tu terpekik2 kerana jarinya termasuk dlm mulut ikan yang ternganga luas tu... Tak jadi nak buat fish therapy... he he.. Ganas betul ikan2 tu, kuat makan . Entah dah berapa bungkus dedak dilemparkan, tak juga kenyang2 .
Begitulah ceritanya... hmmm...dah balik kampung banyak kali...bila lagi nak balik Johor , yek. Rasa rindu pada mak dan ayah tak boleh nak dikata. Kena tunggu budak2 tu habis exam..Yang abang tu ambil PMR tahun ni. Dulu study kat MRSM KotaPutra, Besut, tapi lari balik sebab rindu kat mama. Teruk betul. Yang kakak pulak baru form 1(sengaja tak antar asrama takut lari balik lak), tapi sibuk mengalahkan org kerja. Ingat hujung tahun baru boleh jumpa mak dan ayah....hu..hu....
******************************************************************************
AWARD DARI TIRANA , AKAK DAN SUZI
Terima kasih Tirana kerana bagi award yang comel ni...ingat dah habis musim award.. Tie belum fikir lagi nak bagi siap lagi award ni...nanti senang2 tie buat anouncement..he he.. Sebagai tanda terima kasih sudilah tirana ambil di bawah ni sebagai tanda ingatan dari tie.
Tie juga baru terima award tu dari akak...he he..mewah betul rezeki tie pagi2 ni...Mekasihlah akak cayang...nak bodek lagi...tu kat bawah tu akak ambil ye sebagai tanda penghargaan yang tak ternilai..
Wow...dapat lagi award di atas tu dari suzi....Ooooo sukanya...thanks alot suzi...kalau ada lagi hulur2kan lah ke sini yek...hi hi.. Suzi..pastu ambil hadiah kat bawah ni yek..tak seberapa pun, boleh gantung kat rumah tu.. he he...