Saje buat tajuk omputeh, untuk dapatkan perhatian...hehe...
Sebenarnya itu adalah antara sikap Tie masa kecik2 dulu...memang teruk betul makcik ni. Tapi kena ngaku laa...baru boleh perbaiki, kan.... Sekarang tak lagi, malah Tie amat benci sifat sedemikian, menyusahkan je.....
Dulu, masa kecik2 selalu tumpahkan sesuatu, baru nak pegang barang dah terlepas! Pergerakan pun tak cekap, ada je terlanggar sana sini (macam budak baru pandai jalan je...). Mak selalu marah. Lembap betul!! Dan Tie pun fikir, ada something wrong ke...?Short wire kat mana2 kot! So....setiap kerja kena bagi fokus, takut jadi haru.........
Masa kat lab sekolah lagilah bimbang. Terutama bila pegang bahan2 bahaya tu... Masa nak sukat, rasa terketar2, lebih2 lagi time tu cikgu garang tengok! (selalu berdoa agar jari2 kontot ni tak buat hal...Hu hu....napa selalu clumsy ni.....?)
Namun sifat ini terus mengurang bila meningkat dewasa. Tie tak perasan pun. Mungkin dah semakin mahir atau confidence level meningkat. Alhamdulillah, syukur sangat2. Malah Tie dah boleh dikatakan cekap (masa kerja dulu dan dlm urusan rumah kini...) Hi hi...terpaksa puji diri sendiri... sapa lagi, ekk?.
Dan setelah dapat anak, tak boleh lembik2 lagi. Budak2 aktif buat mama jadi aktif gak! Tidur pun macam tido ayam. Telinga boleh dengar kalau tetiba anak sedar (tak payah tunggu budak tu bersuara pun) , Bunyi kaki tangan baby terkais2 dah boleh menyedarkan Tie. Entah berapa jam je sehari Tie dapat rehat betul2. Bukan terpaksa tapi ia dah jadi kebiasaan.
Tapi, Tie perhatikan, sekarang ni ramai ibu2 yang cuai. Tak cekap dlm urusan rumah dan anak2. Penat bekerja bukan satu alasan yang baik. Kenapa mesti jadi begini?
Masa single boleh lah lemah gemalai , Tapi dalam bidang pekerjaan pun tak boleh lembik2, kena cekap juga kan...Sekarang ni semua nak cepat ........., dan tepat. Tak boleh cuai.
Kepada semua...maaflah jika terasa. Sikap cuai kenalah pantau mulai sekarang. Tak kira yang single maupun married atau tua macam makcik ni. Bahaya laa......
Bermula dlm alam rumahtangga, jadikan rumah kita tempat yang paling selesa, paling bersih dan paling selamat. Bagi ibu2 yang punya anak2 kecil, kena selalu alert. Anak2 jauh lebih cepat bertindak. Kecuaian kita boleh mengundang bahaya kepada orang2 yang kita sayang!!
Antara akibat kecuaian kita:
- Sakit - kerana rumah tidak bersih, berselerak atau berhabuk atau malas masak! (mungkin kena buat entry pasal penyakit malas nih!)
- Anak kecil lemas kerana selimut atau bantal - ibu/bapa tido macam kayu, (jauhi selimut, kain atau bantal kerana baby boleh tarik benda2 tu sendiri tanpa sedari )
- Anak lemas dlm bilik air - pun kerana ibu/bapa cuai...bilik air sepatutnya dikunci dan tiada takungan air (dlm besen atau baldi) Juga kerana anak2 dibiar mandi sendirian. (dan sediakan tuala utknya. benci tgk budak2 keluar dari bilik air berbogel....air mandi tu boleh sebabkan dia tergelincir...napalah ibu2 ni tak leh fikir??)
- Jangan dukung baby ke dapor. Tangannya cepat. Mungkin dia boleh capai benda2 panas atau tajam tanpa kita sedar. Bahaya tu. Jadikan dapor sebagai kawasan larangan bagi anak2 kecil..
Tie geram tengok ibu2 yang cuai ni. Kesian tengok baby mereka sakit atau cedera kerana sikap tidak bertanggungjawab ini. Kenakalan anak2 bukanlah satu alasan.
Tulis ni pun berdasarkan apa yang dilihat. Rasa nak marah tengok ibu/bapa lembik ni. Selalu tengok budak2 tu dibiar berkeliaran (tak nampak makbapak mereka) dlm hypermarket, di tepi jalan tanpa dipimpin dan tak berbaju dlm rumah (boleh dapat sakit laa...sekurang2 nya pakaikan singlet berlubang2 tu ...zaman dulu tak apa laa, udara bersih lagi...penyakit pun kurang...)
Pada sapa2 yang rasa malas dan cuai tu...elok fikirkan semula sebelum berumahtangga. Orang yang cuai tak layak jadi ibubapa. Tugas mendidik anak2 dan mengurus rumah memerlukan kecekapan. Janganlah fikir nak berhias sana sini, sedangkan rumah tak terurus (berhabuk macam rumah hantu......) anak2 pulak tak dipantau (dibiar je perangai manja yang terlampau) .
Adoi........kesianlah kat hubby tu, susah payah cari pendapatan lebih, balik rumah tgk anak2 masih tak mandi, rumah pulak macam tongkang pecah. Tak boleh lah gitu. Samada wife kerja atau tidak, rumah itu tempat kita hidup. Jangan jadikannya sarang penyakit.
Masak pun kena rajin laa.. Jangan kerana hubby kita byk duit, kita pun selera tinggi, asyik nak beli je. Bagi alasan susah nak masak, anak nakal laa... Tie pun ada anak gak. Terlalu aktif hingga terpaksa kurung dlm playpen (bersama besen dan senduk!) atau ikat kat kerusi supaya senang nak masak.
Lebih baik budak2 tu nangis dari dapat bencana kat dapor tu.. Dan lebih baik beri anak dan hubby makan masakan kita dari beli kat mana2. Esok2 kalau hubby gi mana2, mesti teringatkan masakan kita(walaupun kurang sedap..). Atau anak2 besar , tentu ingat kat ibunya...
Eh....napa pulak sampai lari dari topik, kan... Sebenarnya Tie ni geram. Geram kat seseorang yang buat hidup sedara Tie tak tentu arah. Kerana sifat pemalasnya, kurang perihatin dan cuai, sedara Tie tu selalu sakit,(selalu makan makanan beli je....), tension dgn anak2 kecilnya (ibunya tak pandai nak kawal.....) dan lemas tengok rumah berserak!
Entahlah, Tie dah kias2kan kat dia, suruh dia buat sekurang2nya secawan teh utk breakfast (itu pun nak ajar....lazy sgt laa...), suruh ajar anak2nya supaya tidak ganggu abah mereka bila tgk dia keletihan (itu pun nak ajar jugak!) dan bagi tips rumahtangga dan memasak (tapi tak nampak dia buat...)
Hubby dia bagi segala kemewahan yang diidamkan setiap wanita. Rumah besar, accesories terkini dan dapor canggih! Dan selalu dibawa bercuti kat mana2. Apa lagi yang tak cukup?? Masih malas lagi, asyik baring je...mcm tak de tulang!! Kalau ada penyakit tu boleh faham laa, ini sihat walafiat... Sedih tgk sedara Tie tu. Tie tak suka tgk dia marah2.... tapi kenapa wife dia tak faham2!
Namun Tie nak ucap syabas pada ibubapa yang berjaya. Berjaya menjadikan rumah mereka tempat yang paling selamat. Berjaya membesarkan anak2 mereka dengan baik.
Dan pada semua ibu2...(yang rajin mengemas dan memasak...walaupun tak pandai...) Tahniah!! Semua yang rajin mesti dihargai!! Kerana ibu2 inilah , hidup kita lebih teratur, bahagia dan selesa. Biarlah kulit berkedut dan tak bermaya (lepas tu boleh tepek bedak sekilo...) asal kita boleh buat hubby kita tersenyum dan anak2 bahagia...Pengorbanan kita akan buat kita rasa puas nanti...percaya laa.... (mcm siti pulak daa...........)
P/s: Entry ini sekadar untuk luahkan rasa hati. Bukan nak kutuk orang atau nak dabik diri. Sekali sekala nak juga lepaskan geram, bila segala yang cuba Tie lakukan tidak berjaya...hu hu...