Rendah diri dan tertekan. Itulah perasaan segelintir pelajar 2nd intake di sekolah berasrama yang Wanie pergi. Pelajar-pelajar senior (beza sebulan jer), menyindir rakan-rakan sebayanya yang baru (bukan semua). Memandang rendah terhadap pelajar-pelajar 2nd intake dengan kata-kata" nak cukupkan kuota.".
Wanie yang keras hati tidak ambil kisah pun. Alhamdulillah. Malah dia berjaya memujuk rakan-rakannya yang nak balik semula ke sekolah lama. Ish.. geram pulak kita dengar kisah ni. Bertambah panas lagi hati kita bila ada seorang guru tu kata 'susahlah sekolah ni untuk cemerlang' bila dapat tahu ada seorang pelajar yang dapat 7A dalam pmr di kelasnya. Bukannya nak bagi semangat!
Kepada guru terbabit, tolong betulkan minda anda. Apakah perasaan anda jika anak anda dapat 7A dalam Pmr dan dia dikutuk begitu didepan rakan2 kelasnya ? Rasa nak pulas-pulas telinga guru yang tak berhati perut ni. Tak sangka ada guru berfikiran begini.
Memang kita perasan, masa daftar hari tu ada guru yang mesra, tapi ada juga yang sebaliknya. Kita sedar, anak kita dapat masuk ke sekolah begini kerana nak cukupkan kuota. Tapi keputusannya PMR @ UPSR sama je dengan pelajar-pelajar 1st intake.
Bezanya anak kita tak dapat 1st intake kerana faktor sosio ekonomi . Jadi janganlah menyombong, ya. Kita bukan nak bangga, tapi peluang itu adalah rezeki anak-anak kami. Cemerlangnya sekolah ini juga bergantung kepada semua pelajar-pelajar di sini. Bukannya kerana dari pelajar-pelajar yang result PMR @ UPSR straight As sahaja.
Kepada semua pelajar-pelajar 2nd intake dan 3rd intake (bakal), tabahkah hati dan tetapkan niat anda. Kita nak berjaya jadi kenalah usaha lebih. Pedulikan kata-kata yang negatif tu. Belajarlah bersungguh-sungguh dan buktikan kepada semua.