Friday, April 30, 2010

Panas

Musa Hassan Pertahankan Anggotanya

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini sambil menempelak pihak-pihak yang mengkritik polis ekoran kes tertembak Aminulrasyid Amzah, 15, menegaskan, sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi menguatkuasakan undang-undang jika itu yang dimahukan orang ramai.
"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja.
"Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah di Pusat Daraf Negara sempena Sambutan Hari Polis ke-23 di sini.
Beliau mengulas kritikan pelbagai pihak berkaitan kematian Aminulrasyid akibat terkena tembakan polis setelah dia yang memandu sebuah kereta secara berbahaya dikejar oleh kereta peronda polis di Seksyen 11, Shah Alam.
Menurut saksi, Aminulrasyid memecut dan melanggar beberapa lampu merah sebelum ditahan kereta peronda polis selepas kereta yang dipandunya telah tergesel sebuah kereta lain.
Musa berkata, beliau enggan membuat spekulasi apa yang sebenarnya berlaku pada masa kejadian.
"Kejadian pukul 2 pagi dan kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan. Anggota saya takkan tahu sama ada pemandu itu dewasa atau bukan sebab keadaan gelap.
"Jika anda enggan berhenti dan terus meluru semasa polis mengarahkan supaya berhenti, maka kenderaan itu dianggap sebagai senjata sebab ia bahaya kepada nyawa pegawai penguat kuasa.
"Melarikan diri daripada polis menyebabkan syak dan sebagai pegawai penguat kuasa undang-undang kita mesti memastikan kenapa individu ini melarikan diri daripada kami," tambahnya.
 link dari
http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/4/29/mstar_jenayah/20100429212247&sec=mstar_jenayah
~ Simpati kepada keluarga remaja dan juga anggota polis yang terlibat. Bukannya mudah untuk mendidik remaja kini, dan bukannya mudah untuk menjalankan tugas yang melibatkan orang ramai. Hanya orang yang berada dalam situasi berkenaan sahaja yang memahami.

Saturday, February 27, 2010

Damia



Dapat email bergambar dari adik..... anak bongsunya Damia. Rindu pada Damia. Geram tengok pipinya....

Tuesday, February 16, 2010

Main layang-layang


Isha dah penat lari2 nak naikkan layang-layang tu. Akhir sekali duduk je guna joran. Cuaca lak panas menyengit. 

Tengok rumput panjang tu, geram pulak. Balik 3 hari pun tak sempat nak menyabit. Mesin rumput tak de laa.... Susah nak cari orang mesin rumput kat sini..

Wednesday, February 10, 2010

Bertemu dan berpisah

Bertemu dan berpisah. Orang kata itu adat kehidupan.

Namun, manakah yang lebih mudah ?

Membina sebuah persahabatan dan kepercayaan yang memakan masa atau mengucapkan selamat tinggal dalam sekelip mata ?

Tuesday, February 9, 2010

Melancholic again

Hu hu hu..... kenapalah rasa rindu menerpa kembali.

Terutama bila terserempak dengan teman yang pernah study  bersama dulu.. di Facebook.  Dengan tiba-tiba luka lama  berdarah semula. Persahabatan itu  mengenangkan kembali pada seseorang yang pernah hadir dalam hidup ini. 

Adoi......... pedihnya rasa hati. 

Susahnya nak padamkan memori itu. 

Kesalnya.

Kerana tinggalkan dia tanpa memohon maaf.
.
.
.
.
.
Teman,

Seribu maaf Tie memohon...
.
.
.

Padamu, teman..... yang pernah menyerikan hari-hari Tie dahulu.




Friday, February 5, 2010

Teman hiburan

Bila terlalu berharap, kita jadi kecewa, kan ?

Memang Tie rasa amat hampa. Ingatkan orang-orang yang dianggap sahabat dan teman baik boleh membantu, rupa-rupanya tidak. 

Di saat kita memerlukan mereka, ketika itulah mereka menjauhkan diri.

Hmm..... silap rupanya Tie ini. Tak mengapalah. Dari sini barulah kenal.... teman-teman hanyalah untuk hiburan semata-mata.

Monday, February 1, 2010

Lepat Ubi

Ubi ni abang kutip kat rumah atap biru di Kelantan... setongkol besar pulak tu. Jenuh kita blender!

 

Teringat dulu, bila mak nak buat je, dia kait daun pisang di belakang rumah. Tapi, Tie pulak suruh abang gi carikan, hehe....

Friday, January 29, 2010

Lauk tengahari

Tengahari tadi masak lauk sotong.....

 

Burrp.... ! Alhamdulillah... dah abis pun, hi hi hi..

Monday, January 25, 2010

Budget terhad

Masa kecik kecik dulu, mak selalu masak lauk gulai asam pedas. Kekadang letak nenas. Sedap bila makan dengan nasi panas-panas.

Hari ni Tie masak ikan selar gulai asam pedas nenas. Masakan simple dan sesuai la dengan budget yang terhad sekarang ni. Tak boleh nak makan mewah seperti selalu.... Sekarang ni ekonomi dah merudum. Barang dapur dah cekik darah. Layan je la lauk pauk yang tak seberapa ni....


.
.
.

Kangkung ni beli secekak 50 sen, jadi Tie beli 2 cekak, RM1.... carrot tu ada sedikit dalam peti sejuk.
.
.
Jemputlah.... jangan nak memilih pulak ! Hehe.....

Sunday, January 17, 2010

Cek mek molek

Alaahai....... sejak jadi isteri orang Kelantan ni, tekak pun dah pandai mengidam makanan kelantan pulak. Hari tu mek ada beri beberapa tongkol keledek yang ditanamnya. Dah lama memerap dalam besen tu. Jadi bila rajin, Tie buatlah kuih Cek Mek ni.

Senang je. Rebus keledek tu, tambah sedikit garam. Kemudian lecek je sampai halus. Air rebusan tu buanglah... Lepas tu tambahkan sedikit tepung gandum supaya senang menguli dan membentuk. Bubuh sesudu kecil gula dan kepalkan seperti dibawah dan digoreng.
.
.




.
.












Inilah hasilnya. Kena tunggu sejuk sikit baru boleh makan. Gula di dalamnya akan mencair dan kuih ni akan rasa manis laa.... Sedap tau. Cuma, jangan bubuh tepung gandum banyak sangat. Nanti keras pula.





Thursday, January 14, 2010

She's gone



Sedih gak. Our little Mochi died this evening................ :(
.
.



I think she died because of malnutrition after giving birth.  I'll miss her ................................
.

Tuesday, January 12, 2010

Let it go

Sometimes you have to let go your dreams......................

and  face reality.

Monday, January 11, 2010

Cemburu

Tetiba je rasa cemburu.......

Bukan pada kemewahan orang,
Bukan pada kecantikan orang,
Bukan pada kebahagiaan orang,

Tapi pada orang-orang yang lebih berilmu, yang lebih mulia hatinya dan lebih insaf dan redha dengan dugaannya.

Sunday, January 10, 2010

Overdose

Alamak !

Hari ni Tie terlebih makan..!

Setakat ni dah makan nasi 3 kali. Bubur kacang semangkuk, pisang satu ikat, eh... satu biji je, hi hi. Pastu telan muffin cokelat sebiji jugak. Tu la padahnya bila susah hati. Rasa nak ngunyah lagi. Nanti nak godek-godek petisejuk tu. Adoi laa.............
.

.

Tadi masak nasi bukhari....... patut pun makan banyak, ekekeke........
.
.

Surau pula yang kena

Surau Taman Menara Maju dibaling batu


SHAH ALAM: Pintu cermin surau di Taman Menara Maju, Kampung Jawa, Klang dekat sini pecah dibaling batu kira-kira jam 6 pagi tadi setelah dibaling dengan batu.

Selain batu, terdapat tompokan air yang dibuang ke dalam surau berusia 13 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Klang, ACP Mohamad Mat Yusop, ketika dihubungi di sini mengesahkan kejadian itu tetapi menyangkal insiden itu ada kaitan dengan isu pembakaran gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, semalam.~ Berita Harian 11 Jan 2010

Kan dah kata...... mesti ada yang sakit hati dan balas dendam. Walaupun polis menyangkalnya, mengatakan angkara orang mabuk, perkara sebegini akan berlanjutan dan bertambah buruk. Siapalah punya tongong sangat memulakan perbuatan keji ini, ya.... Tak ada akal langsung.

Seharusnya PM kena buat satu ucapan, disiarkan seperti ucapan tahun baru dulu... Suruh seluruh rakyat bertenang, nasihat dengan rasa rendah diri..... supaya semua insaf termasuk PM sendiri, yang gagal menangani  kes kalimah Allah dari awal lagi.
.
.

Friday, January 8, 2010

Semoga Malaysia tetap aman


KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat tiga kejadian membakar gereja dengan sengaja di Lembah Klang pada awal pagi ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Tiga buah gereja terbabit ialah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja The Assumption di Jalan Templer serta Gereja Life Tabernacle, kedua-duanya di Petaling Jaya.
"Kereta-kereta peronda polis dan anggota-anggota polis telah ditempatkan di semua gereja di seluruh negara, terutamanya di Lembah Klang untuk mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini," katanya kepada The Star di sini hari ini. ~ mStar online Jan 8, 2010


Insiden pembakaran gereja menakutkan. Bimbang sangat jika ini berlarutan. Harap kerajaan Malaysia dapat selesaikan masalah penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja itu secepat mungkin. Takut peristiwa 13 May itu berulang semula. Mujur Tie tinggal di Ulu Ganu ni. Keadaan di sini tenang sekali.

Thursday, January 7, 2010

Feeling Down

Rasa down sangat. Masalah ni tak selesai lagi.

Tak tahu la sampai bila. Tak berdaya rasanya.

Sangat kecewa dan hampa.

Kadang-kadang rasa nak pergi jauh-jauh, nak tenangkan diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...