Thursday, April 2, 2009

Siapa Boss ?


Ha ha...........siapa suka jadi boss ? Isteri yang comel tu atau suami yang handsome ? Hmm.......walaupun suami ketua dalam rumahtangga, tidak semua suami bersifat dominan tau !

He he....tak percaya ke ? Segelintir lelaki amat suka diri mereka diurus oleh isterinya (ala2 manager kot !) Namun dia masih lagi anggap dirinya sebagai ketua keluarga. Cuma segala urusan dirinya (pilihan pakaian dll) , urusan rumah (bil2 tu....) dan apa-apa saja keputusan semuanya isteri comelnya yang buat (letih gak !).

Kenapa, ya. Mungkin dia jenis orang yang malas nak memikirkan perkara remeh temeh. Atau dia hanya ingin tumpukan kepada kerjayanya sahaja....entahlah, yek !

Kerana ini mungkin pada pandangan orang , isterinya seorang queen control, tetapi sebenarnya tidak! Lelaki jenis ini suka segala2nya tersedia beres.... biasanya poketnya buncit ! Kerana itu dia mampu buat demikian, hi hi hi..............

Namun, kena berjaga2....mana tahu si isteri menjadi terlalu selesa hingga peranan suaminya terus hilang......... hmm....tak boleh nak salahkan isteri pulak tau...!

Bagi Tie, lebih suka hubby yang sedikit dominan. Kalau segala2nya terletak atas bahu ni, rasa2nya tak seronok laa....

Jadi, macam mana ? Siapa suka jadi boss ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...