Saturday, April 4, 2009

Entry terakhir ?




Salam semua ,

Tie nak rehat dari menulis sekejap. Bukannya sibuk atau merajuk. Cuma banyak sangat perkara perlu difikirkan.

Namun Tie tetap lompat dan mengintai ke blog2 yang Tie minati. Mungkin juga akan meninggalkan komen... atau jejak atau bayang2. Tapi, jangan kecik ati pulak kiranya Tie tak komen. Bukan tak sudi, tapi kekadang jejari kontot ni (bukan boncit tau!) rasa kelu nak menaip.

Banyak entry2 yang bernas, memberi kesedaran dan info yang berguna. Sebagai contoh, blog Tirana dan Ibnurashidi....tapi Tie jarang sekali komen sebab tak cukup ilmu , dan segan pulak.

Tie mohon maaf, kiranya pernah menyinggung kalian semua, mana tau entry2 yang Tie pernah postkan dulu telah mengguris perasaan pembaca. Maafkan Tie, ya.

Dan Tie mohon agar teman2, sudi memberi tunjuk ajar , nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki diri Tie. Tie sedar, diri ini banyak sangat kekurangan. Tie tak mahu pujian. Hanya teguran.

Sekian, salam mesra dari Tie.


P/s: Sapa2 yang sudi komen tu, harap dapat tulis apa2 yang perlu Tie perbaiki. Kutuk pun tak pe... Tie boleh terima.

Thursday, April 2, 2009

Siapa Boss ?


Ha ha...........siapa suka jadi boss ? Isteri yang comel tu atau suami yang handsome ? Hmm.......walaupun suami ketua dalam rumahtangga, tidak semua suami bersifat dominan tau !

He he....tak percaya ke ? Segelintir lelaki amat suka diri mereka diurus oleh isterinya (ala2 manager kot !) Namun dia masih lagi anggap dirinya sebagai ketua keluarga. Cuma segala urusan dirinya (pilihan pakaian dll) , urusan rumah (bil2 tu....) dan apa-apa saja keputusan semuanya isteri comelnya yang buat (letih gak !).

Kenapa, ya. Mungkin dia jenis orang yang malas nak memikirkan perkara remeh temeh. Atau dia hanya ingin tumpukan kepada kerjayanya sahaja....entahlah, yek !

Kerana ini mungkin pada pandangan orang , isterinya seorang queen control, tetapi sebenarnya tidak! Lelaki jenis ini suka segala2nya tersedia beres.... biasanya poketnya buncit ! Kerana itu dia mampu buat demikian, hi hi hi..............

Namun, kena berjaga2....mana tahu si isteri menjadi terlalu selesa hingga peranan suaminya terus hilang......... hmm....tak boleh nak salahkan isteri pulak tau...!

Bagi Tie, lebih suka hubby yang sedikit dominan. Kalau segala2nya terletak atas bahu ni, rasa2nya tak seronok laa....

Jadi, macam mana ? Siapa suka jadi boss ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...