Entri ini ditujukan khas buat adik-adik yang belum pernah ada pengalaman menghantar parcel samada kepada customer atau sesiapa pun.
1. Mula2 kita pilih cara penghantaran samada guna perkhidmatan pos laju atau pos daftar.
2 Pastikan kita bungkus parcel itu dengan teliti, Kalau barang yang nak dihantar itu mudah rosak atau patah, balutlah dengan kertas tebal atau bubble plastik.
3. Seeloknya gunalah plastik pos laju yang boleh didapati secara percuma di pejabat pos (kat tempat kak tie tak ada), atau sampul surat yang sesuai, atau plastik seperti yang Tie tunjukkan di bawah ini. Kalau kita bungkus bentuk kotak, harganya lebih mahal sebab ikut kadar volumetrik.. jadi sumbat jer dalam sampul surat atau plastik, ya... melainkan tiada pilihan.
4. Pastikan ada nama pengirim di sudut kiri , nama , alamat lengkap dan no tel. Tulis dengan jelas nama penerima, alamat lengkap dan no tel, walaupun kita guna pos laju. Tie guna permanent marker untuk nama dan alamat penerima (dan taip nama pengirim dan alamat atas kertas sticker, sebab malas nak tulis alamat sendiri berkali2)
5. Ambillah langkah berjaga2 ini.. Kenapa ? Sebab kita tak tahu, malang tak berbau, pihak kerani mungkin tertukar slip @ resit pos laju itu dan tepek pada parcel lain.. terutama bila kita nak hantar lebih dari satu parcel yang semuanya bogel tiada apa-apa maklumat.
6. Kalau boleh elakkan tulis nama pengirim di belakang parcel, kerana ada kemungkinan pihak yang mengurus parcel ini akan keliru (terutama bila guna pos daftar seperti apa yang berlaku pada Tie ... sampai ambil masa lebih 2 minggu baru Tie dapat parcel tu...)
7. Untuk pos daftar, kalau parcel tu kecil, tak muat nak tulis nama pengirim di depan, tulis dalam tulisan lebih kecil di belakang parcel berbanding dengan nama dan alamat penerima di depan.. supaya pihak pengurusan pos dapat bezakan penerima dan pengirim... (ada yang tak tahu bezakan KEPADA dan DARIPADA.... , bangla kot)
8. Dan satu lagi, kalau kita kehabisan sampul surat besar, atau plastik pos laju, gunalah plastik sampah ke, brown paper atau kertas mahjung (putih) tu... janganlah guna beg plastik yang kita dapat ketika beli sesuatu dari kedai.. maksudnya plastik yang ada chop kedai tersebut... Penerima mungkin rasa tersinggung bila menerima parcel tersebut, ya laa.. dah bayar harga postage, takkanlah tak boleh cari sesuatu yang sopan untuk membungkus.
9. Akhir sekali Tie ingin mohon maaflah kiranya ada yang terasa hati. Mungkin ada yang tak ambil serius dalam bab parcel ni, tapi sebagai pelanggan @ penerima parcel, dia berhak untuk menerimanya dalam bungkusan yang sedap mata memandang.



March 20, 2012 12:22 PM
Assalamualaikum......pertama kali masuk blog ni.....tima kasih tak terhingga bagi tip ni...
saya budak baru belaja....dan sgt² memerlukan ilmu utk pengeposan
TIMA KASIH !!!
March 23, 2012 11:38 PM
Sama-sama :)
April 9, 2012 1:29 PM
nk taw beza poslaju ngan posdaftar nie??
April 18, 2012 11:49 PM
salam kak, kalau guna pos daftar berapa hari agak2 boleh sampai..
dan kalau barang yg saya nak hantar tu berat dalam 50gm, berapa charge yg dikenakan utk pos daftar??
saya still tak clear lagi cara nk guna pos daftar ni..HELP me kak !!!
tq
April 18, 2012 11:59 PM
Poslaju biasa utk parcel lebih besar, chargenya bermula dari bawah 500g - rm6 bergantung kepada zon pos.. biasa kalau dlm semenanjung rm6,.. boleh tgk websitenya Pos Malaysia..
Ziiqq, kak tie tak pernah pos guna pos daftar. Tapi biasa terima parcel guna pos daftar. Biasa barang kecil, dan ambil masa dari 4-6 hari utk sampai. Kalau guna pos laju ambil masa dari 1-3 hari bergantung kepada alamat.
Pos daftar biasa utk berat minima (tak ingat lak) bermula dari rm2.50, kalau lebih berat kena tambah stem... tak pernah guna pos daftarlah... sebenarnya rasa macam susah jer sebab kena tampai sticker sendiri.. kak tie pun tak reti...
Post a Comment