Tuesday, March 26, 2013

Mini love pillow

Mini pillow
size 10 in ++
Material - faux hair, poly felt, loose fiber, buttons.
Harga bermula dari rm25 mengikut saiz dan design.

Tips berniaga online


[Peringatan utk diri sendiri yang selalu cuai juga sebagai panduan pada adik2 yg ingin mulakan online biz] .Yang otai2 tu tak perlulah baca, ya... ^_^


  • Selalu check stock dan update di page/blog , supaya customer  taklah susah payah tanya dan kita taklah susah payah nak kira samada brg tu cukup utk dijual. (yg ni makcik selalu malas buat, adeh..)
  • Cara terima bayaran - Melalui transaction ke acc bank [yg paling popular Maybank dan CIMB]. Boleh juga guna perkhidmatan wang pos. Tapi jangan sesekali terima cek...  Terima dulu bayaran baru boleh pos barang. Untuk transaction melalui bank, boleh minta bukti pembayaran dari customer dengan details transaction [print screen / copy paste], kemudian log in acc sendiri dan check amount yang dibayar. Kalau tak ada lagi, tunggulah 1-3 hari, kerana transaction dari bank lain memakan masa juga.
  • Jujur. Kalau brg tak cukup (contohnya kain lebih pendek dari  yg di iklankan) beritahu customer sebelum dia buat bayaran. Sebelum customer rasa tertipu. Kalau tak sengaja, cepat2 beritahu, minta maaf dan tanya samada mahu teruskan urusan jual beli, tawarkan sesuatu sebagai ganti/bagi gift/pulangkan wang yg lebih.
  • Kalau customer bayar lebih, jgn lupa tulis note balancenya, nanti boleh poskan sekali dgn parcel/transfer balik (jika ada no acc, tapi beritahu dulu)
  • Kira 2-3 kali benda2 kecil tu (butang/bells/split rings dll) sebelum dibungkus.. kalau rasa was-was, lebihkan 2-3 ketul.
  • Untuk menghargai regular customer, bagi gift sambil promote brg baru.
  • Untuk promote barang kita, boleh post/share di wall page/profile. Tapi elakkan dari melebihi 3 post sekali gus.. nanti penuh iklan kita dalam feed friends. Bersederhana, ya makcik (Makcik ni laa....) .... jangan sampai orang unsubscribe kita.. kang sendiri yang rugi.
  • Tag hanya pada mereka yang berminat.
  • ‘Like’ atau komen post rakan2 niaga kita kerana dengan secara langsung akan masuk dlm feed friends kita.. In sya Allah, berbuat baik akan dapat balasan baik juga. 
  • Jangan kedekut atau iri hati (yg negatif), Iri hati positif tak per.... boleh majukan diri sendiri.
  • Jangan sesekali menipu.. nanti tak diberkati.
  • Quality barang – sangat penting. Samada barang itu untuk dijual atau diberi sebagai gift.
  • Untuk tempahan handmade, siapkan order seperti untuk kegunaan diri sendiri. Tentu kita nakkan terbaik... samalah dengan customer. (selalu rasa berdebar bila siapkan tempahan. Sebab segelintir orang harapkan handmade ni sempurna )
  • Untuk urusniaga jual beli, biasa customer diminta bayar dahulu disertakan dengan bukti bayaran, address dan phone no. Kita takkan pos dulu brgnya sebelum bayaran diterima.
  • Cuba jalinkan hubungan baik dengan customer. (kekadang hilang sabar, istighfar byk2...) Kalau tiada stok atau tak mampu buat, sarankan rakan niaga kita yang lain, insyaallah rezeki ada di mana-mana. Rezeki dan pahala sama penting.. ingat tu makcik ooi...
  • Catit nama,address dan phone no customer setelah bayaran diterima (tulis dlm buku/sticky note/bukak doc utk customer), takut tak dpt online kang susah la pulak.
  • Pembungkusan itu penting. Tak kiralah samada guna sampul surat atau plastik courier, bungkus dulu brg tu dgn plastik, sebelum dimasukkan dalam sampul surat atau plastik courier. Tulis info item dengan nama umum, contohnya barang kraft/makanan kering. Elakkan tulis kain/cokelat takut ada pulak yang terliur...
  • Beri no tracking pada customer, itu hak dia. Jangan sampai dia minta. (yg ni pun kekadang makcik terlupa..)
  • Simpan salinan consignment note , sebagai bukti kiranya berlaku kesulitan di kemudian hari.
  • [Akan tambah lagi jika dirasakan perlu.]
    • Note : Kita  manusia biasa. Adakala silap di mana-mana. Dan kita bukannya cerewet sangat, sangat2 sederhana, ala mak-mak gitu... tapi jika berurusan dengan customer yang memeningkan dan jenis berkira, kita akan cuba elakkan dari berurusniaga dengannya.. Bukan sombong, tapi takut...  dan utk elakkan sebarang masalah yang diluar jangkaan.

Sunday, March 10, 2013

Football theme pillow

Size 9inx18in
Harga mula dari rm50
untuk pertanyaan sila pm Tie di page(fb) kaytieze craft

Mini pillow/car charm

Size dari 15-17cm
Harga dari rm18
Untuk info sila pm di page kaytieze craft

Oggy pillow lagi

Untuk birthday girl Alisya
Sebarang pertanyaan boleh ke page kaytieze craft. ada link di sidebar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...