Friday, February 27, 2009

Hentikan lah !



Aduh.......letih gak...!!

Pening pun ada, dan telinga ni macam nak berasap je. Sana sini orang kutuk mengutuk ! Tak kiralah orang politik, pihak media, artis mahupun orang biasa2 macam makcik ni....

Bukan nak kutuk sama.... oooh tidak !

Makcik ni masih waras....belum betul2 tingtong lagi... Cuma rasa malu......... rasa sedih dan kesal bila kita yang sepatutnya bersyukur atas nikmat ini (masih boleh bernafas dan bershopping lagik!),boleh ada masa untuk bertelagah dan mencari salah orang.

Aduhai........!! Sayang semua...............Rasa nak pergi ke puncak gunung ledang tu dan pekik pada semua yang suka berbalah ni......

"Hentikanlah....!! Makcik dan anak2 semua hendak hidup dengan aman !"

Sayu rasanya bila saudara2 kita di palestine tu merana tanpa tempat tinggal, kekurangan makanan dan tanpa orang2 yang disayangi. Kenapa pula kita di sini sibuk mencari salah sesama sendiri ??

Cuba lihatlah rupa kita di cermin tu...........(rupa Tie dah jadi macam kat atas tu )

Hebat sangatkah kita ni ?? Adoi...............!! Cukuplah sayang ooii! Makcik dah tak tahan bila tgk berita kat tv tu dan makcik dah cukup bosan baca akhbar2 .

Kepada semua , hentikanlah kutuk mengutuk ni...... Mengucaplah banyak2! Takut tak sempat nak mintak maaf ni......... Entah esok kita hidup lagi ke??

Insaflah sayang ooii !! Makcik ni takut sangat. Mana tau tiba2 Tuhan tarik balik nikmat yang Dia berikan kepada kita selama ini.

Udara yang membolehkan kita bernafas. Makanan enak yang kita makan. Kesihatan yang baik. Kerja , rumah serta harta ini. Dan tanah tempat kita berpijak ............Semua ini hanya pinjaman saja.

Tak ingat ke tsunami yang melanda dulu ? Banjir di Johor juga ? Adoi..........cukup laaaa...... Makcik letih ni..........Sama2lah kita insaf, ya.

Lihatlah apa yang kita ada. Berbaik2lah sesama insan. Usahlah berbalah lagi........hu hu.......


P/s: Maaflah.....makcik ni emo lagi....

Thursday, February 26, 2009

Warkah Cinta

Adoi mak !! Abang Long bagi Tie soalan ni. Katanya bukan tag. Hm......pandai betul dia, ekk !

Tie pernah terima beberapa warkah cinta dulu (dulu kala tau !) Tapi 'warkah' yang ini paling pelik sekali..... Nanti Tie tunjukkannya di akhir sekali...kah kah kah !!! (shh.......hubby tak tau nih !)


1 - Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ?
Masa study dulu....tahun 1986 kot....

2 - Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak ?
Ada

3 - Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ?
Hmm.....mungkin ada sebab bau wangi...hi hi...

4 - Masih disimpan semua WARKAH CINTA ?
Simpan yang satu nih je......he he..

5 - Ada disertakan gambar ?
Tak....gambar dia bagi asing.....

6 - Masih disimpan WARKAH CINTA itu didalam sampul asalnya ?
Warkah cinta ni bukan dlm sampul. Ia digulung macam orang terima diploma...ha ha......

7 - Pernah dibaca selepas itu ? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta ?
Baca lirik je laa....... Simpan bersama sijil2 lama Tie tu..... Kira sijil jugak kan.....

8 - Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ?
Ho ho .....Tak ingat pulak !

9 - Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ?
Bestfriend sorang. Hubby dan anak2 tak tahu pun sebab ianya cuma lirik lagu...

10-Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan ... antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms ?
Makcik ni kolot... tentunya fikir warkah cinta .


P/s : Surat cinta dari hubby, dia sendiri yang buang.... malu katanya....Jangan bimbang, hubby Tie takkan marah pasal 'warkah cinta' ni.... Paling teruk pun kena cubit manja.....adooiii !!

(Masa tu lagu ni tengah top !! klik laa.....)

Entah kenapa dia bahasakan dirinya big brother. Tie lupa nak tanya laa..... Tapi harap2 'big brother' takkan 'terbaca' blog ni........... takut pecah tembelang makcik misteri nih!!


Psst !! Abang Long.....ada ganjaran tak ?? Tie siap tepekkan bukti ni......hi hi..............

Wednesday, February 25, 2009

Masakan ringkas


Tie dah ketandusan idea utk memasak, jadinya seperti biasa Tie main bakar2 je...he he....Sapa2 yang tengah dok menung memikirkan menu hari ini tu bolehlah cuba, yek !

Senang je nak masak tandoori ni. Gaul rata ayam yang dikelar2 dengan garam, serbuk paprika, rempah kari @ rempah tandoori , susu dan perahan limau (boleh guna tairu). Nak bubuh gula sikit pun ok. Sepatutnya warnanya lebih merah. Tie kurangkan paprika tu sebab ada orang tak makan pedas.

Bila dah perap sejam, bolehlah bakar dlm oven. Tapi Tie suka bakar atas bara api... guna dapur arang. Lagi menggoda baunya, he he..

Kesimpulannya, tak semestinya masakan ringkas tu tak sedap ! Memang dah jadi habit nih!(Hubby juga yang ajar!) Bila datang angin malas, tak kira ikan, ayam atau daging........ Tie panggang je ...... Tapi eloklah buat side dishes berkuah seperti sup cendawan..... Takut tercekik pulak! He he.....

Tuesday, February 24, 2009

Jawapannya


Ho ho................... Ramai yang pandai sangat ni.......Jawapan yang paling tepat ialah bermula dari jeng...jeng.....jeng.......

NEEZA
LADY POT PET
KAK EZZA
AIN
SUZI
KAKCHIK
INTAN
NURDANIELLA
UJIE
DINA
FATRINA
NAHMY (satu2nya jejaka yang pandai meneka)
IZA
NEKCUN
IZAN


Macam2 nama buah ni ada. Buah kundang, buah setar@setaq, buah remia @ gemia !!

Rasa buah ni masa muda, memanglah masam. Bila dah masak , manis gak ! Yang ni dari Thailand @ Siam, manis betul, tak rasa masam sikit pun.

Warna bijinya, purple atau kundang. Agaknya sebab tu namanya buah kundang.

Oh ya, terima kasih KAK ELLE, kerana timbulkan nama buah loquat tu, first time dapat tahu. Buah loquat bijinya hitam, Tie tak pernah rasa. Google tadi, rupanya hampir sama........

Terima kasih juga kepada yang rajin meneka tu.....Malangnya buah tu dah abis ! Sedap betul makan sampai tak ingat pada teman2.....hi hi hi................(sorry kak pot pet !)


Ini apa ?


Ini apa ? Nampak kan tangkainya........? Jadi ianya sejenis buah. Seorang kawan dari Thailand beri kat makcik ni. Tie pernah makan dulu, tapi lupa namanya. Dah tanya hubby, hi hi.... tapi teman2 tahu tak nama buah ini?

Tie saja nak segarkan minda, dan nak tanya 3 soalan mengenai buah ini. Yang dah tahu tu pun boleh join sama. Rasa2nya ramai yang tahu ni............

Soalannya ialah :

1. Apakah nama buah ini ?

2. Kenapa namanya begitu ?

3. Bagaimanakah rasanya ?

Hi hi....kalau rajin, jawablah. Tak ada hadiah tau! Beritahu awal2 sebab takut ada yang nak tuntut pulak! He he....

Monday, February 23, 2009

Award

Dalam seminggu dua ni, Tie agak emosi sikit (biasa laa, makcik emo la kata kan.....) Jadinya Tie cuma jadi silent reader, je....hu hu.... maaf la, yek!

Sekarang dah ok sikit, tapi masih risau je..... Namun hidup perlu diteruskan, blogging pun penting utk terapi minda selain dari shopping! Hi hi... Ni, Tie nak pamirkan beberapa award yang Tie terima ketika sedikit 'senget' dulu....



Award gila gila ni Tie terima dari Kak Ezza dan suzi . Terima kasihlah ! Namun Tie ni malas nak panjangkannya kat orang lain.... Memang makcik ni tamak!! He he..... Terima kasih sekali lagi....




Award ini pula Tie terima dari Izzah...... Terima kasih, ya.... Semoga persahatan kite terus mesra, insyaallah........

Monday, February 16, 2009

Cerita makcik2


Suka tengok tak cerita Anak Betong yang dilakonkan oleh Sheila Rusly tu? Tie tengok sekali sekala je.... tak de la teruja sangat.

Cuma kisah pohon buluh ni mengingatkan Tie akan satu peristiwa semasa belajar dulu. Masa tu Tie temankan seorang kawan untuk ke koperasi asrama kenanga. Kat asrama chempaka, tempat Tie tinggal, tiada kemudahan itu.

Kawan Tie tu, Ida namanya sarankan kami ikut jalan pintas je. Hari dah malam, dia bimbang koperasi tu tutup. Malangnya jalan pintas itu terdapat rimbunan pohon buluh. Tie memang tak selesa dengan pokok buluh ni.

Sebabnya masa kecik2 selalu dengar cerita kisah hantu.....tak tahulah dari siapa. Perasaan takut tu timbul sebaik saja melaluinya. Dalam hati ini Tie baca surah2 yang Tie hafal.

Entahlah macam mana, malam tu Ida diganggu oleh tangan berbulu. Tie tersedar dari tidur bila terdengar bunyi kecoh2. Bila tengok jam, tepat pukul 12 malam . Ida menangis ketakutan. Mujurlah kami satu dorm bersama2 menenangkannya. Itulah antara kebaikan tinggal di dorm ni.

Adakah peristiwa itu disebabkan oleh pohon buluh itu? Atau lebih tepat lagi setan yang dok kat situ sengaja menguji Ida? Kesihan Ida tu. Dia memang lemah semangat.

Sejak peristiwa itu, Ida berubah, mula2 berjubah, kemudian berpurdah.(masa tu memang pelik sikit tengok orang tetiba berpurdah ni..) Akhirnya dia terpaksa mendapat rawatan sakit jiwa kerana sering bercakap sendirian.

Segala yang berlaku adalah kehendak Allah. Dan berkat doa serta usaha ibubapanya, Ida kembali belajar setelah 6 bulan berehat. Dia kelihatan ceria sekali bila dapat sambung study. Alhamdulillah, Ida dapat tamatkan pengajiannya.

Masa dia sambung study, Tie telah pun tamat pengajian. Akan tetapi, kerana stress, dok melangok kat rumah (kerja susah nak cari, ooii!), Tie pun 'melawat' teman2 kat ITM tu. Maka jadilah setinggan kat bilik Ida tu satu malam.

Setelah Ida keluar , Tie ternampak beberapa botol ubat atas meja. Ida masih lagi ambil ubat2 penenang tu. Hmm...... makcik ni punyalah tongong, oleh kerana malam tu tak dapat tidur dek terlalu sedih, Tie telan sebijik,(tanpa pengetahuan Ida) konon2 dengan harapan dapat mimpi jumpa prince charming.......

Still tak boleh tidur, Tie pergilah kat balcony tu, menung sendirian sambil tengok bulan..... Tiba2 terdengar bunyi riuh..... dan terasa tubuh ni diheret oleh beberapa orang (girls kat level tu). Laaa.......rupa2nya Tie hampir pengsan!(atau tertidur, he he......)

Pil tu punya pasal laa.... Agaknya nak tidur kat balcony, kot! Mujurlah tak terjatuh dari situ...... hmmm.....Lupa pulak nak ucap terima kasih kepada yang menolong tu. Makcik ni masih lagi panjang umur...(tingkat 3 tu....).

Tak sorang pun tahu sebab2 Tie pengsan. Inilah pengakuan Tie yang pertama......... di sini........ Teruk kan? (Aza.....janganlah terkejut!!)

Kali terakhir Tie dapat khabar dari Ida ialah ketika terima kad undangan perkahwinannya....Dia berkahwin lebih awal dari Tie...Tentu anak2nya dah besar sekarang...Harap2 dia bahagia....

P/s : Entry ni tiada niat nak menakutkan sesiapa dengan pokok buluh tu. Tentunya segala yang berlaku, secara kebetulan je. Setan tu ada di mana2....bukan di pokok buluh je.......he he.....

Oh ya, jangan ambil ubat sebarangan. Jangan tiru perangai makcik ni. Tie dah serik laaa......... Kalau rasa tertekan, carilah teman supaya dapat luahkan sesuatu... Atau tulis je dlm blog.....kena kutuk pun tak pe....hi hi........Ada orang nak kutuk ke??



Saturday, February 14, 2009

Urut



Tie mula mengenali urut ni ketika mengandungkan anak sulong, di kelantan. Selepas beberapa hari bersalin, Tie dikerjakan oleh seorang bidan. Adoi!! macam nak pitam dibuatnya. Mak Mah tu saja nak dera agaknya!!

Pada mulanya Tie ingatkan urut ni hanya untuk memperbetulkan urat2 yang tegang atau lari dari kedudukan asalnya. Rupa-rupanya urut mengurut ini juga adalah salah satu proses terapi, iaitu melalui sentuhan.

Tie pernah buat experiment terhadap budak2 tu. Si bujang tu ada asthma. Bila sakit, susah betul nak sembuh. Dah boring bagi dia ubat. Tie pun mula menjadi tukang urutnya...... Guna minyak gamat atau minyak unta lalu sapu belakangnya, dan perlahan2 urut mengikut urat2nya. Sambil mengurut tu, Tie baca selawat .......

Haa......yang 2 orang lagi tu terus jealous! Budak2 tu serta merta meniarap, sabar menunggu giliran masing2. Naik lenguh jari jemari ni. Yang sakit tu jelas sekali cepat sembuh. Tak sangka urutan pun boleh membantu dia sihat kembali.

Urutan mesra tentunya dapat mewujudkan perasaan kasih, antara ibu dan anak, suami isteri atau ahli keluarga yang lain. Tanpa kata2, kesan sentuhan boleh meredakan rasa sakit, runsing atau sedih.

Cubalah sentuh mesra seseorang yang memerlukan perhatian. Tentu dia merasakan dirinya disayangi. Seseorang yang pernah berkasar dengan Tie dulu, menangis sebaik saja Tie sentuh dan urut belakangnya (dia jatuh sakit ketika itu bukan nak bodek , tau!). Sejak itu, dia berubah , tidak lagi curiga malah kini hubungan kami menjadi rapat . Agaknya takut kena urut lagi tak? Kah kah!

Hmm.....kalau hubby tu kelihatan monyok je balik dari kerja, cubalah terapi mengurut ni. Mesti dia kembali ceria.......silap2 nak lagi!! He he...........

Ada sesiapa pandai mengurut tak??




Thursday, February 12, 2009

Rashid....Rashidah

Masa bekerja di sebuah kilang dulu....., berbagai jenis kerenah manusia Tie temui. Maklumlah, di situ terdapat golongan production, 'scientists' dan executives, he he......

Langsung teringatkan seorang budak, umurnya 19 tahun bernama Rashid. Dia kerja di bahagian production.

Setiap hari dia akan hantar sample kat Tie. Rashid ni seorang yang rajin dan peramah. Kadang2 kesian tengok dia berpeluh mengangkat barang berat tu. Mulutnya yang becok selalu buat Tie ketawa dengan cerita2nya yang bersahaja.

Oleh kerana hampir setiap hari berjumpa, Tie dapat rasakan ada sedikit perubahan pada dirinya. Mula2 keningnya dicukur halus, kemudian ternampak cara dia berjalan. Bukan main bergolek lagi punggungnya..... kelakar betul gayanya!

Namun Tie tak tergamak nak tanya perubahan diri Rashid tu. Walaupun begitu hati ini selalu tertanya2, malah ada juga mendengar cerita2 tentangnya.

Suatu hari, Rashid datang dan bertanya,
" Akak pakai cream muka jenis apa? Kulit akak licin laa..." (ini bukan iklan tau! Hi hi....)

"Olay, laaa... kenapa? Nak cuba ke? (saja nak usik...)

"Akak nak tengok tak gambar pengantin saya?"

"Hah? Bila masa pulak Rashid kahwin??" (memang bengong betul tika itu!)

" Kahwin olok2 laa.....tunggu, ek. Nanti Rashid pergi ambik!

Rashid terus pergi meninggalkan Tie terpinga2 sendirian..... Biar betul budak Rashid ni!

Tiba2 dia berlari datang membawa sekeping gambar. Tie terbeliak tengok gambarnya. Betul laa...!! Dia pakai baju pengantin! Gaun pengantin warna putih lak tu! Rasa loya pulak lepas tu.......

Rashid tersengih2 kat Tie. Tie cuma mampu tersenyum. Masa tu Tie sendiri masih muda. Tak tahu nak nasihatkan dia. Tak terfikir pun.

Rashid bercerita pelbagai kisah golongan maknyah ni. Pelik betul corak kehidupan mereka.Ada yang sanggup keluar duit beribu2 RM untuk buat operation di Thailand.

Ada juga yang makan pil hormon supaya dapat bentuk tubuh seperti wanita. Tie cuma ternganga je tatkala mendengar celotehnya.

Tak tahulah kisah Rashid ni sekarang. Dia sebenarnya seorang budak yang baik. Tak sangka pulak boleh jadi gitu. Sebelum itu dia nampak seperti lelaki normal. Nakal dan gemar usik Tie dan kerani2 tu.

Tapi, sejak jadi 'pengantin' tu, dia bertukar kepada Rashidah sedikit demi sedikit, dan sensitif pulak tu! Mengalahkan orang perempuan.

Mungkin kerana pengaruh kawan? Tak tahu laaa..... Kesian lak.... Rasa kesal kerana tidak berupaya menasihatkan dia. Harap2 dia kini sedar dan insaf.


P/s: Ada golongan yang dilahirkan lembut, berjaya kerana pandai guna kemahiran dan minatnya, dengan cara yang halal. Itu buat Tie kagum. Mereka juga boleh hidup bahagia dan berkeluarga.

Tetapi ada juga yang tidak dapat kawal kehendak dan nafsu termasuk dipengaruhi kawan, lalu terus melakukan perkara2 larangan tu. Golongan ini perlukan bimbingan. Tapi siapakah sudi menolong mereka tu, ya?


Kelmarin

Ooo.....dah lama tak buat entri masak2 ni. So , kebetulan hubby tengah mengidam nak makan ikan percik. Pergi check dalam freezer, cuma ada ikan selar ni je....

Hmm.......bantai je laaaa... biasa orang klate buat dengan ikan kembung. Bila dah masak, rasa nya lebih kurang sama je..........hihi.....



Oooppss! Entah macam mana boleh hangus sikit! Hi hi......ni mesti sebab sibuk blogging la tu....he he..........sorry la darling........

Hmm......, darling tak perasan agaknya ikan tu rentung sikit. Nampak dia makan laju je. Seekor tu dia sorang boleh habiskan. Lapar betul agaknya...... Kesian gak! Kerja ke hulu dan ke hilir, mujur ada wife comel ni....kah kah!! (terpaksa puji diri sendiri!)

Kalau nak tengok lebih jelas boleh klik kat photo ni..... Bagi tengok je laa.....tak boleh makan, hi hi.....

Resepinya?? Tie rasa dah berlambak dalam blog kengkawan tu..... malas nak tulis laa....bukannya kedekut tau!!


Wednesday, February 11, 2009

Ingin Berkenalan?


Ha ha......

Tie biasa terima email2 tentang tawaran hadiah, wang berjuta2 (Tie tolak sebab dah terlalu kaya, he he....) atau sesuatu yang memberi info yang bermanfaat.

Akan tetapi, baru2 ini, ada seorang hantar email kerana ingin berkenalan. Kah kah kah!! Apa? Tak tahu ke makcik ni dah nak masuk senja?? Katanya dia pernah baca blog Tie. Hmmm........betul ke??

Tapi, kenapa tak komen je kat blog ni, ekk? Boleh tulis berjela2, tak siapa pun akan marah. Kenapa pulak nak private tu?

Ada juga Tie terima email dari bloggers yang ada sedikit kemusykilan . Tie tak kisah laa. Makcik ni sedia membantu. Tapi kalau setakat nak melayan angau tu, isshhh.......... Tak payah laa..... Walaupun makcik ni ada sikit jiwangnya, tapi belum nyanyuk lagi.......

Mungkin pengirim email tu saja2 nak test line. Tak tahu la apa niat sebenar dia. He he............ Ingat orang pompuan ni desperate ke? Kita ada akal laa......... Walaupun belajar separuh jalan, pengalaman tu jauh lebih berharga.

Kepada pengirim email tu, sorry yek! Makcik ni lebih suka melayan komen2 kat blog ni je. Itupun kena ada batasnya. Kita orang timur, harap benar dapat kekalkan budaya sopan santun ni.......



Monday, February 9, 2009

Buah Tin

Hari ini kita belajar mengenai buah pulak, ya..... Buah Tin. Kenapa pulak makcik ni tetiba timbulkan soal buah tin, ni?? Kerana nak tambah sedikit pengetahuan sahaja... sama2 lah kita beroleh kebaikan darinya....

(Yang ini muda lagi......kelat tau!!)

Seperti yang sedia maklum buah tin ini disebut2 dalam surah At-Tin di mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun. Apakah keistimewaannya?

Ada riwayat yang mengatakan, iaitu dari Abu Zar r.a. :-

Bahawa Nabi Muhammad SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi Muhammad SAW pun mengajak sahabat2 nya makan bersama. Kemudian baginda pun bersabda," Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturun dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah2an syurga tiada biji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya ia menghentikan penyakit buasir dan bermanfaat untuk sakit2 badan."

Setengah2 ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana daun buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di syurga ketika Allah singkap aurat kedua2nya selepas memakan buah larangan dari syurga.

(Tak terliur ke?)

Buah Tin (ficus carica L.) adalah sejenis buah yang berasal dari Asia Barat. Ia juga dikenal dengan nama 'Ara' dan dalam bahasa Inggeris disebut Fig. Buah Tin terdiri dari pelbagai jenis species....mungkin yang kat malaysia ni lainlah sikit dari yang Nabi kita makan.

Dulu masa tinggal di rumah Tok Bah, Tie selalu main2 di bawah pokok ara dan makan buahnya.... Boleh tengok Tie naik basikal kat pokok tu....hi hi....
Ini gambar Tie dengan adik tu.....nampak tak daunnya yang besar tu? Masa ni pokok tu baru nak berbuah.....Seronok betul main2 kat bawah pokok ni, walaupun selalu digigit semut, hi hi....


Ooo.........rindu pulak masa kecik2 tu. Bergayut2 kat pokok ara tu bersama2 adik sambil mengunyah buah tu.... Manis betul! Buah ara dan kenangan itu........

Buah Tin manis dan lazat serta harum baunya dan ia juga mengandungi sedikit air. Ia mengandungi antioksidan, Omega 3 dan Omega 6 iaitu sejenis lemak yang berperanan dalam pencegahan penyakit jantung. Juga sangat sesuai untuk penderita kencing manis.

Antara khasiat buah tin ini ialah,
  • Dapat menyembuhkan penyakit buasir (insyaallah)
  • Menghilangkan sakit2 dan bengkak2 di badan.
  • Mengurangkan batuk yang berpanjangan.
  • Melawaskan kencing.

(Buah Tin kering)

Hmm........eloklah kita ramai2 gi cari buah tin ni, ek. Kalau susah nak cari yang segar, cari je kat kedai atau supermarket (jenis kering)...... Tapi Tie teringin lak nak makan buah tin yang segar, teringat masa kecik2 dulu. Belum cukup masak pun dah telan, hi hi hi.......

Saturday, February 7, 2009

Cermin Diri

Kadang2, ketika sibuk membicarakan soal kehidupan secara tidak sengaja ianya terkait dengan sesama insan. Jejari kontot ini memang seronok menaip, menegur kesilapan orang.........

Tapi, adakah mata ini sendiri melihat kejahatannya? Atau tangan ini berusaha menghalangnya?

Adoi......... hebatkah makcik ini? Memperkatakan hal orang , langsung lupa bahawa kita hanyalah manusia yang lemah. Atau mungkin segala yang berlaku ada hikmah?

Amalan masih jauh dari cukup. Ilmu yang diperturunkan kepada anak2 pun cuma sejemput.....Hmm..........tak ingat bila kali terakhir memohon ampun dan maaf dari hubby, ibu dan ayah.

Bagaimana pula dengan adik2 tu, mentua dan ipar duai? Ini tak termasuk teman2, jiran tetangga dan orang2 famous kat luar tu......

Memang sedap sangat menyesali perbuatan orang! Lebih2 lagi menambah dan menyampuk kata2 orang, walaupun makcik ini harap bukannya seorang kaki mengumpat! Tak pernah terfikir macam mana nak mohon maaf dari mereka2 tu........hu hu....takutnya.......

Tuhanku,

Makcik ni ingin pulang ke pangkal jalan........................Ada sapa2 nak ikut tak??





Award Blog paling gila


Ooo....dasat bunyinya..............

Award ini Tie terima dari KAKCHIK. Harap tidak betul2 gila. Kang tak siapa pun akan singgah kat sini pulak!. Terima kasih KAKCHIK. Blog ni biasa2 je. Yang menjadinya agak gila2 mungkin penulisnya dan teman2 yang datang mengomel...hi hi....

KAKCHIK seorang yang betul2 kaki blogger, he he........ Seorang yang amat rajin update blognya sampai tak tersinggah Tie ni. Almaklum pc ni macam ciput jadi terpaksa ambil nombor untuk melawat semua blog2 teman2 ni.... (adakah ini alasan yang baik?) Hmmmm..... Tie takkan panjangkan award ni memandangkan Tie telahpun beri award setahun sekali tu...hi hi..... Terima kasih sekali lagi, KAKCHIK!



Thursday, February 5, 2009

Apa Sudah Jadi?

(Shy girl from Swat, originally uploaded by KamiSyed.)

Bukankah gadis2 seharusnya sentiasa kelihatan comel, menawan dan pemalu?? Ke , cuma makcik kolot ni je yang fikir begitu?

Entahlah, ekk. Tie lihat, girls sekarang semakin berani. Di bangku sekolah lagi dah mula antar surat cinta.... antara mangsanya anak teruna Tie tu laa... Oleh kerana boys lambat matang, Tie tak de la bimbang sangat.

Tapi bila naik sekolah menengah, keadaan jadi lebih teruk. Yang senior tu dah pandai ngaku kakak angkat ! Risau sebenarnya, sebab selalu calling2 kat rumah ni. Bila Tie yang jawab, caller tu bisu . Tapi bila dapat bercakap dengan anak Tie tu, amboi...berjam2 lamanya. Masa tu dah dekat PMR. Tentulah rasa bimbang, kan....

Bukan apa, seorang cikgu displin pernah warning kat Tie, ada girls yang tak dapat kawal nafsu (kerana sejarah hitam), cuba pikat boys ni ........ Adooii!! Macam mana ni??

So, terpaksa slow talk dengan anak , "Kalau nak cari girlfriend pun, tunggulah masuk U nanti. Ramai yang comel2 dan cerdik lagik! Perjalanan hidup kan masih panjang.... " (harap tak ada yang kecik ati, ekk. Tapi itulah yang diharap oleh setiap ibu, kan?)

Tapi masalahnya, girls sekarang yang terhegeh2 menonjolkan diri. Baru petang tu Tie dapat terjah (konon nak tiru gaya Nas Ahmad dlm Melodi tu) 3 girls umor 12 tahun, cuba mengurat anak Tie kat bilik atas ... Mereka dok belakang dapur Tie. Tak sempat nak tanya, mereka lari sambil ketawa.... Geram betul!

Ni yang tak best dok kat quarters . Tak ada pagar, jadi budak2 tu bebas berkeliaran . Nampaknya jaga anak lelaki sama susah dengan anak perempuan.

Tie tak kisah, kalau setakat berkawan tu tak menjadi hal... Tapi biarlah setakat kawan sekolah.... Kalau ada perasaan pun, takkanlah tak boleh kawal dan simpan.. jadi secret admirer pun ok...

Tapi tak seronok la bila tengok girls duduk bertenggek kat luar tu, usik2 mana2 boys yang menarik minat mereka.

Rasa kesal, sebab tak tahu nak buat apa. Nak tegur, anak orang.... sedangkan ibu2 mereka tu sama2 tinggal dlm quarters ni. Parents mereka memang tak boleh terima teguran orang yang perihatin. Pernah seorang ibu marah2 bila anaknya diberitahu kuat merokok.

Mungkin orang fikir, alaaa....girls tu saja nak suka2. Atau hormon mereka sedang kucar kacir....Walau macam mana pun makcik kolot ni memang tak boleh terima sikap mereka.

Girls tetap girls. Harus ada sifat malu, lemah lembut dan harga diri. Selalu update tu kat anak sendiri ....... Tie kurang selesa lihat girls yang 'ganas'. Bimbang ianya permulaan kepada yang lebih teruk!

Dan anak teruna Tie? Tie akui, dia sama je dengan boys yang sebaya dengannya. Sedang kemaruk dengan handphone dan software tu.......walaupun dia belum lagi teruja dengan girls, Tie bimbang.....

Sapa2 yang dah punya anak tu, eloklah pantau dari sekarang. Biarpun masih kecil lagi, kita kena ingat, kawan2 mereka adalah antara yang berpengaruh . Kena selalu ingatkan (makcik ni pun sama!) , " Anak, jagalah diri dan jagalah maruah kerana ia adalah yang paling berharga."


P/s: Juga kepada girls (yang masih study atau sudah bekerja) kat luar sana..... Jagalah tingkahlaku sayang ooii! Kalau pun minat kat seseorang, jangan sampai keterlaluan. Usahlah terkejar2.Tak manis laa, Tie pulak yang malu, hu hu....... Kalau dah jodoh (tgk makcik ni), ianya takkan ke mana...hi hi...

Dalam perhubungan, biarlah lelaki yang mulakan dulu. Biarlah lelaki yang lebih sayang kat kita ... ia penting kerana dialah yang akan jadi ketua dalam keluarga nanti.

Monday, February 2, 2009

Adab makan dan sunnah nabi


Hmm....kita semua memang minat makan, kan?? Ke ....ada yang kurang gemar bab2 makan ni?? Okaylah...... hari ini kita bicara sedikit tentang adab makan mengikut sunnah junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Moga2 apa yang kita lakukan (termasuk makan) akan beroleh keberkatan....

Adab Makan :

1. Baca Bismillah.... memang dari kecil kita diajar begitu..... Dan setiap apa yang kita lakukan pun dimulai dgn Bismillah terutama sekali ketika hendak makan supaya dapat menghalang setan2 tu daripada turut menikmati makanan itu... Jangan lupa pula mengakhirinya dengan alhamdulillah!!

2. Guna tangan kanan. Kecuali ada sebab2 tertentu.... oh ya, cuci la dulu sebelum dan selepas makan. Islam utamakan kebersihan.....

3. Makan buah dulu, sebelum makan roti atau nasi. Ini sunnah nabi. Hikmahnya, ia memudahkan penghadaman perut. Lagipun, tentu kita akan cepat kenyang (dapat kurangkan nafsu makan....)

4. Jangan minum air semasa makan. Tunggulah selepas 15 minit. Untuk tegukan pertama, biar air 10s dlm mulut, barulah telan. Enzim dalam air liur tu boleh membunuh kuman dalam perut .

5. Makan malam sebelum maghrib (kecuali bulan ramadhan) . Hikmahnya, kita takkan terlalu kekenyangan ketika hendak tidor nanti. Juga anak2 lebih mudah nak study.

6. Ambil makanan yang terdekat. Ha..... jangan pulak ambil yang nampak sedap di hujung meja tu...hi hi... Tak nak nampak gelojoh kan??

7. Mula makan dari pinggir piring hinggalah ke tengah. Makan bukan hanya untuk kenyang tetapi juga untuk mendapatkan berkat. Ini juga sunnah Nabi.

8. Makan dengan 3 jari. Hmm....bab ini memang selalu jadi bahan cerita... Jika makan roti tu boleh la.... tapi kalau makan nasi, tentu leceh sikit. Hi hi.... Tak ada masalah. Ini adalah sunnah, bukan wajib. Buatlah yang terbaik, ekk.....

9. Dilarang bersandar semasa makan. Semua jenis sandar....adalah makruh. Posisi duduk yang dianjurkan ialah dengan bertimpuh. Tapi jangan pulak buat atas kerusi, kang terus terlungkup!

10. Dilarang meniarap semasa makan. Memang nak kena pelangkung nih!

11. Segera makan ketika makanan siap. Makanlah dengan tenang. Rezeki kita tetap ada.

12. Menjilat jari dan sisa makanan. Setiap makanan yang kita makan ada berkatnya. Tapi kita tidak tahu yang mana satu. Jadi, pastikan semuanya habis supaya kita tidak kehilangan keberkatannya.

13. Mengambil makanan yang jatuh. Mungkin kita rasa jijik tentang ini. Akan tetapi, setan sentiasa menunggu peluang untuk makan makanan kita. Kiranya makanan kita jatuh, cepat2lah ambil, bersihkannya dan makan. Kena tengok juga jenis makanan tu. Kalau aiskerim yang jatuh , tentu dah tak ada rezekilah tu....hu hu.....

14. Tidak mengambil makanan lebih dari satu. Haa....bab ini memang selalu Tie perhatikan. Ramai orang2 kita tamak betul. Bila ada majlis, berebut2 ambil sampai bertimbun dalam pinggan. Lepas tu bila tak habis, buang aje dalam tong sampah.... Kalau Nabi kita masih ada tentulah dia merasa sedih.....

15. Jangan mencela makanan. Bila menikmati makanan yang disajikan, janganlah kata ia masin, pahit, masam, lembik atau mentah. Tak baik tu. Itu adalah rezeki kita pada masa itu. Bersyukurilah!

16. Makan sesudah sejuk. Janganlah makan ketika makanan itu panas2 lagi. Bersabarlah. Tunggulah ia sejuk. Makanan panas sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.

17. Dilarang meniup makanan. Haa..... kita biasa tiup air supaya cepat sejuk, kan? Tak boleh tu...(makcik ni selalu terbuat!) Lagipun, meniup makanan juga tidak baik untuk kesihatan.

18. Makan sambil bercakap. Mungkin adab bukan muslim melarang kita bercakap semasa bercakap. Akan tetapi berbeza dengan sunnah nabi. Kita digalakkan bercakap ketika makan. Bercakap tentang hal2 yang baik saje laa... Memuji dan bersyukur nikmat dan rezeki kita.....

19. Makan dalam satu piring/talam. Tentu kita tak biasa dengan cara ini. Tapi masa Tie tinggal di Kluang dulu, biasa makan dalam talam ketika ada majlis2 tertentu. Memang rasa kekok, dan ada juga rasa kurang berselera. Sebenarnya, lagi ramai orang yang makan dalam satu bekas yang sama, semakin banyak berkatnya.... Cubalah dengan anak2 dulu....hi hi...

20. Ambil sedikit makanan sahaja. Ambillah sebahagian kecil makanan (jangan sambil 3-4 senduk nasi atau 4-5 ekor udang tu!), kalau terlalu kenyang, susah pulak nak buat ibadah... lagipun tentu penyakit malas datang bersama setan2 ...hihi...

Hmm......harap2 kita beroleh manfaat dari di atas.


Terima kasih kepada Syahadat.com




Sunday, February 1, 2009

Award Istimewa untuk semua


Award ni Tie nak bagi kat MAZA yang selalu mengomel dan berkampung kat blog ni....... Memang pakcik ni selalu je timbul kat sini, memberikan komen2 yang bernas disamping juga yang tingtong (macam tuan blog ni ). Terima kasih la MAZA......... Kerana selalu buat Tie ketawa sorang2 (adakalanya geram jugak!). Harap2 pokcik MAZA terus berkarya di blognya........

>
>
>
>
>






Frienship Award ni Tie hadiahkan kepada semua yang mengikuti blog ni....yang rajin komen dan juga silent reader tu.... semuanya amat Tie hargai....

Tie cuma bagi award setahun sekali je..... tapi Tie takkan kecil hati jika ada yang malas nak terima ni.... Tie pun jenis malas jugak..hi hi...

Sesiapa yang sudi tu ambil laa.... Tie akan cuba jemput personally......entah terlarat ke ni...hi hi.... Sapa2 yang tak dijemput tu jangan marah pulak....pc ni lembap betul, lenguh menunggunya loading laa.....

Tok sah malu2 ekk. Hi hi..........(Harap2 tak ada yang tercicir dari senarai ni...)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...