Tuesday, January 25, 2011

Betul ke ada UFO

Dulu, masa kecil kita amat percaya kewujudan UFO. Selalu intai-intai kat langit terutama waktu malam, mengharapkan ada alien turun dan bawa kita terbang, hehe.... Punyalah kuat berangan.


Hari ini akhbar Kosmo menyiarkan artikel mengenainya. Ia berlaku di Yogyakarta, Indonesia. Klik imej untuk  baca sepenuhnya .

Err.......
Pernah tak kalian ternampak UFO tu ? Rasanya dulu pernah heboh orang nampak objek terbang ni... Tapi tak pernah lak mereka jumpa makhluk asing, kan....


Saturday, January 22, 2011

Eeee......... Malunya




Mereka ni dah tak tahu malu dan dah tak ada harga diri. Curi wang dalam terang-terang, walaupun dirayu oleh tuannya (drebar hilux tu). Polis larang pun tak makan saman. 

Adoi.... tengok dari pakaian dan fizikal masing-masing bukannya papa pun. Semuanya mampu cari duit cara halal!

Insaflah duhai kalian yang mencuri. Duit tersebut adalah haram bagimu!



Wednesday, January 19, 2011

Timun Tua

Pernah tengok atau makan timun tua tak ? Kita baru first time tengok dan masak.


 Inilah rupanya. Abang yang suruh beli masa ternampak di Giant kelmarin. Selama ini tak perasan lak.



Timun tua yang dibelah. Serupa je dengan timun biasa. Cuma ia berasal dari pokok timun tua (bukan timun biasa yang tua.)

Abang suruh bubuh timun tua ni dalam gulai tempoyak ikan temoleh hari tu. Kita main potong je.... sebab tak pernah lak tengok orang buat.


Beginilah hasilnya. Abang kata,"Besarnya." , kah kah .... Tak pe. Janji boleh makan!




Bawang Putih

Siapa suka bawang putih ? Tie suka... hehe...

Tie suka tambah bawang putih dan bawang besar dalam masakan. Tu yang susah hati bila harga bawang naik.




Bawang putih ada pelbagai khasiat (semua jenis makanan tentunya ada). Antaranya mencairkan lemak. Haha.. itulah yang membuatkan Tie bubuh extra terutama dalam tumisan...

Bukan hanya kerana untuk mengikis lemak tu tapi kerana tekak ni rasa sedap lak. Agaknya sebab tu anak-anak sendiri kurus semacam. Tukang masaknya aje yang tak kecut-kecut. Peliklah jugak!

Baunya ? Oh... bagi kita amatlah harum, ekekeke....... Nasiblah bagi sesiapa yang berjiran dengan Tie.

~ Dah buat Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh 2011 tadi, tapi anak Tie tak dapat tawaran  pun.. tak ada rezeki la tu. Malas nak buat rayuan. Tengoklah keputusan tawaran dari MRSM pulak.

Tuesday, January 18, 2011

Jangan percaya pada promoter

Hah!

Tie dah termakan juga desakan promoter-promoter kecil ni. Siapa ? Anak-anak Tie tu laa....

Tiap kali ke hypermarket, dengan otomatiknya mereka menjadi sales promoter tak bergaji. Ada je hulur itu dan ini sambil menunjukkan muka kesian. Keadaan menjadi lebih rancak bila sampai je ke tempat frozen food.

Oleh kerana kita mengejar masa, kita hanya tengok dan angguk tanpa membelek terlebih dahulu. Bila nak masak, baru perasan apa yang telah kita beli. Uwaaaa............... sangat-sangat tak suka!





Baru tahu ada juga hash brown yang diperbuat dari ubi kayu (cassava) . Ingat hanya kentang je. 


Kita lebih suka kerepek ubi, bingka atau lepat ubi. Tapi bila jadi hash brown, rasanya macam terlebih ajinomoto lak, huhu.....

~ Budak-budak tu....... hmmm..... memang nak kena potong elaun!



Monday, January 17, 2011

Bicara sepasang ayam belanda



Err.......Abang, adik berkenan lak dengan  kereta ni. Bila abang nak belikan untuk ayang ?





Alaa... adik ni. Cuba belek betul-betul rupa kita ni. Kita kan ayam!  Lagipun abang tak de lesen laa........


~ Gambar ni adalah dari Muhammad (adik Tie). Tu kereta dia.... Katanya mereka berdua ni terlalu asyik melihat wajah masing-masing walaupun engine kereta dah dihidupkan, ha ha ha.....





Oh ya....... semalam kita dapat award dari CT. Terima kasih, ya CT. Kak tie memang dah lama tak dapat award. Maklumlah , kita ni blogger makcik-makcik, hihihi......

Saturday, January 15, 2011

Jom Masuk U

Kami ke Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 pagi tadi. Karnival yang ke 7 ini diadakan di TTC (Terengganu Trade Center) dengan meriahnya. Selain dari pameran pendidikan, terdapat khidmat bimbingan kaunseling IPT, TEVT (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional) & ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam), Agensi Kerajaan, Tajaan, Pembiayaan Bank dan lain-lain.

Ish....... Jadi rambang mata lak tengok betapa banyaknya universiti-universiti dan kolej-kolej di Malaysia kini. Dan kami bawa pulang pelbagai jenis brochure, flyers dan cenderamata. Antaranya ialah di bawah ni.


Sukakan keychain yang comel tu.. haha....

Oleh kerana Terengganu adalah  destinasi yang pertama , maka di sini Tie tepek jadual karnival tersebut di negeri-negeri lain. 



(Klik gambar untuk dapatkan pandangan yang lebih jelas)

Ini jadualnya. Bolehlah merancang untuk pergi nanti, ya....  Jangan lupa tau !!




Friday, January 14, 2011

Siapa nak slim ?

Atas saranan seorang sahabat, Tie cari benda ni di farmasi semalam.

Ada banyak jenama, tapi kita pilih yang ni sebab yakin akan produknya. Tak pe.. nanti kita tengok hasilnya kan... hehe....

Maaflah ya, gambar tak cantik. Kamera ni hanya sesuai di waktu siang je.....

Baunya agak kuat, tapi jika sesiapa yang dah biasa bau minyak angin mungkin tak kisah. Tie start guna semalam lagi, sebelum tidur... Okay, nanti bila ada perkembangan, kita akan beritahu.



Thursday, January 13, 2011

Alhamdulillah


Syukur alhamdulillah, itulah kami sekeluarga rasa. Bukan sahaja anak-anak memperoleh keputusan cemerlang dalam exam yang lepas, malah ayah mereka pun turut menerima tempiasnya. 




Baru-baru ini suami Tie menerima anugerah perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2009. Dah dua tahun yang lepas, kita dah lupa apa puncanya, hehe.. Mungkin berkat kesabaran dan kerja keras abang, segalanya berakhir dengan baik. 

Ye laa.. bukan senang tugasnya yang mencabar, difitnah, naik turun pejabat orang besor.. adoi.. kalau kita boleh kecut satu badan! Harap-harap yang buat fitnah tu dapatlah balasannya. Kita tak mampu nak membalas, serah pada tuhan je laa....

Kepada abang, Tie sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga kita. Walaupun dalam keadaan takut, bimbang dan kekadang kita nangis sorang-sorang, Tie tetap akan bersama abang, menyokong dan terus menjadi teman abang selama hayat yang ada..

Wednesday, January 12, 2011

Misteri

Perkara misteri berulang lagi. Hari ni Tie rasa berdebar-debar. Pc ni yang sebelumnya dalam keadaan standby tetiba je on dengan sendirinya. Terkejut den!!

 Dan entah berapa kali kedengaran sesuatu yang jatuh di tingkat atas. Bila Tie naik dan check , tiada apa-apa pun yang pelik. Tapi bila dah selesa duduk mengadap pc ni, bunyi tu kedengaran lagi. Aderk! Malas nak layan laa.... letih kita naik turun tangga ni... huhu...

Dah lama  tak update blog ni. Rasa rindu pula bila mengenangkan blog inilah permulaan Tie mencatat kisah-kisah suka duka.

Hari ini tersangatlah malas untuk memasak. Jadi Tie gaul je apa-apa ramuan yang ada dan sumbat ayam ni dalam oven. Maka terhasillah Ayam Panggang ala percik plus keledek hihihi.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...