Tuesday, August 26, 2008

Jenjalan kat kampung

Sebelum bertolak balik ke ganu, tie sempat 'tangkap' beberapa ekor peliharaan mek ni..

Rasa berat hati nak meninggalkan kampung ni walaupun hanya tumpang kampung hubby. Tie suka sangat dok sini kerana rasa bebas dan aman sekali. Tie dibesarkan di bandar JB jadi memang kekok dan takut bila bertemu pertama kali dengan penghuni2 di bawah ini..he he..

Ini diperkenalkan sepasang kekasih yang kuat berjalan tu bersama seekor teman yang dipinjamkan untuk membiak oleh jiran mek..Malangnya sampai sekarang tak juga ada anak, entah2 mandul tak..ish pikir bukan2....

Ini kesayangan mek, lembu jantan ni pemalu lak gi sorok belakang pokok nyior....macamlah dia tu kecik sangat...he he....

Yang ni pulak beberapa ekor biri2...mek kata lebih senang bela biri2 dari kambing sebab ianya tahan lasak, kalau hujan pun tak rasa sejuk sebab bulunya tebal...Kalau kambing kena buat bangsal khas...ooo manja sangat... Rasa biri2 tak sehamis kambing...kira okeylah tu...Hmmm bila pulak mek nak sembelih biri2 ni...teringin nak makan lah...Masak gulai biri2 sedap tau....Tapi tak cukup kalau sembelih seekor.. Keluarga hubby besar...nanti ada yang kempunan lak.

Oh ya..lembu tu nampak aneh sebab ia tiba2 bangun bila diambil gambarnya..so tak sempat dia nak posing betul2..he he...


Biri2 ni tak nampak ayu macam di negara asal mereka..Agaknya disebabkan cuaca yang kurang nyaman. Takpelah..apa yang penting dagingnya. Hmmm.........

Kambing ni kepunyaan adik ipar, tu laa...kena buat bangsal untuknya...Kalau tidak sakitlah, selsema lah...manja sangat... Kambing ni sedap kalau dimasak briyani...Ooooo menjilat jari.....Kalau tau tuannya mesti marah... he he...Tuannya sayang sangat, bagi susu botol dgn puting macam baby lagi.. lain kali boleh ambil gambar. Kambing ni makan apa saja. Kalau nampak sesiapa makan atau pegang biskut mesti dia datang nak mengendeng. So kena hati2 takut tercekik benda2 yang tak sepatutnya dimakan. Tu laa memang leceh bela kambing. Tapi kambing ni comel dan manja terutama ketika masih kecil.


Dalam perjalanan balik ganu kami singgah di Agro Resort Setiu. Budak2 tu geram tengok ikan2 talapia. Konon2 hulur tangan pastu yang kecik tu terpekik2 kerana jarinya termasuk dlm mulut ikan yang ternganga luas tu... Tak jadi nak buat fish therapy... he he.. Ganas betul ikan2 tu, kuat makan . Entah dah berapa bungkus dedak dilemparkan, tak juga kenyang2 .

Begitulah ceritanya... hmmm...dah balik kampung banyak kali...bila lagi nak balik Johor , yek. Rasa rindu pada mak dan ayah tak boleh nak dikata. Kena tunggu budak2 tu habis exam..Yang abang tu ambil PMR tahun ni. Dulu study kat MRSM KotaPutra, Besut, tapi lari balik sebab rindu kat mama. Teruk betul. Yang kakak pulak baru form 1(sengaja tak antar asrama takut lari balik lak), tapi sibuk mengalahkan org kerja. Ingat hujung tahun baru boleh jumpa mak dan ayah....hu..hu....




******************************************************************************

AWARD DARI TIRANA , AKAK DAN SUZI


Terima kasih Tirana kerana bagi award yang comel ni...ingat dah habis musim award.. Tie belum fikir lagi nak bagi siap lagi award ni...nanti senang2 tie buat anouncement..he he.. Sebagai tanda terima kasih sudilah tirana ambil di bawah ni sebagai tanda ingatan dari tie.

Tie juga baru terima award tu dari akak...he he..mewah betul rezeki tie pagi2 ni...Mekasihlah akak cayang...nak bodek lagi...tu kat bawah tu akak ambil ye sebagai tanda penghargaan yang tak ternilai..

Wow...dapat lagi award di atas tu dari suzi....Ooooo sukanya...thanks alot suzi...kalau ada lagi hulur2kan lah ke sini yek...hi hi.. Suzi..pastu ambil hadiah kat bawah ni yek..tak seberapa pun, boleh gantung kat rumah tu.. he he...



Sunday, August 24, 2008

Kembali

Tie baru balik dari kampung klate kelmarin..Aduh letihnya, rasa nak tercabut kepala lutut ni tapi seronok lak bila sama2 menjayakan kenduri naik rumah adik ipar tu.. Malangnya tie tak ada masa nak ambil gambar...sibuk sangat...lagi pun malu lak orang tgk makcik ni terhegeh2 nak ambil gambar..

Jadi, bila dah selesai, tie ada sedikit masa selongkar dapur mek tu.. he he...bertuah sungguh menantu ni...Jadi di bawah tu adalah beberapa barang yang boleh dikatakan antik kerana sudah jarang digunakan kecuali di kampung2 aje..



Tempurung yang besar (sekarang ni susah nak cari buah kelapa sebesar itu ) tu dipanggil cupak, guna untuk sukat beras. Yang kecil sikit tu dipanggil leng juga untuk sukat beras. Dua leng sama dengan satu cupak, empat cupak dapatlah satu gantang. Eh.. belajar ilmu kira-kira lak, yek...Saje nak mengingatkan , manalah tau kita ni dah moden..tentu tak guna lagi benda2 macam ni kan....



Tempayan di atas tu (dipanggil genok) pulak diguna untuk simpan beras..atau apa2 lah, Kalau simpan air tentu air akan rasa sejuk...





Yang ini pula badang. Mek guna untuk tampi beras, atau untuk jemur ikan kering, lada atau apa2 saja..Badang ni banyak dijual sekarang..


Ini pula Korae atau kukur, guna untuk parut kelapa...dah lama tak guna tu..Umur pun dah lebih 30 tahun..Sorrylah gambar tak berapa jelas...guna camera antik gak...




Sekarang ni mudah aje...guna mesin parut kelapa ni... Pokok kelapa keliling rumah so tak payah nak beli kelapa, mesin ni lah ganti kukur kelapa tu....

Begitulah beberapa barang lama...., ada lagi nanti tie update yek, sibuk sikit sebab budak2 tu naik sekolah hari ni.. Dok pantai timur naik sekolah hari ahad..

Oh ya, tie ingin ucapkan terima kasih pada semua para bloggers yang sudi hadir dlm blog ni dan memberi komen ketika tie kat kampung tu.. Tentang gambar tu...dulu memang lah comel...(eh..puji diri sendiri lak...) Tapi sekarang lagi 'comel' tau... he he...Kalau terpandang mesti tak tidur punya.. he he...

##################################################################


AWARD DARI SITI KHUZAIMAH


Award ni baru tie terima dari Siti Khuzaimah...terima kasih daun keladi...kalau ada lagi janganlah segan2 bagi lagi... he he...

Wednesday, August 20, 2008

Oop!!



Salam semua....Tie nak rehat 2-3 hari ni...Esok pagi nak balik kampung..nak tgk rumah tu...Lagi pun adik ipar nak buat kenduri sikit, naik rumah baru gak..Nanti kalau ada peluang tie ambil gambar kat sana..Mesti kecoh punya..biasalah orang perempuan kalau dah ramai2 kat dapur macam2 hal boleh jadi..

Cuti sekolah pun dah nak abis...Baru boleh cuti (macamlah kita ni kerja). Budak2 tu sibuk dgn kelas tambahan dan kem..baru ada peluang balik ni.. So...moga2 tie ada cerita yang menarik untuk semua...Selamat bercuti yek!!

Oh ya..gambar tu masa tie kecik lagi...itulah satu2nya 'kenderaan' yang tie mampu bawa..

Saturday, August 16, 2008

Kebun

Hari Jumaat lepas kami ke kebun kepunyaan seorang kenalan hubby, namanya PuMat. Kebun ini luasnya seekar, tengok tu ada pokok keledek dan anak2 jagung.


Isterinya, lupa nak tanya nama ,..rajin mengerjakan tanah. Tapi mulutnya bising 'marah2' kat kami kerana tak datang tika musim menuai jagung.. Kebun pisangnya entah kat mana yek.. Kat sini tanah kebun dibahagi2 kepada beberapa orang...


Sekarang ni cuma ada anak2 jagung yg baru ditanam.. Jagung dan keledek ni dapat dituai hasilnya selepas 3 bulan.


Eh..geram pulak tengok pisang tu... hak orang tu... he he..


Haa...tu dia PuMat...bawa pisang untuk kami.. Umurnya 74 tahun, tapi nampak gagah lagi.. Senang2 kami tengok dia lompat pagar papan tu... kalau tie tentu dah tersangkut kat situ.. he he...

Katanya (sempat kami interview) dah 58 tahun dia mengerjakan tanah ni.. Hasil nya tak seberapa, kena ada usaha sampingan seperti menoreh getah dll..Dia mula bertani tika masih bujang... Tapi mokcik kata PuMat ni kuat berjalan.. kerjanya paling lama 2 jam aje... Pastu hilang entah ke mana... Kelakar lak komplen mokcik ni.....


Siap dia sisirkan untuk kami.... Rasa bersalah pula mengganggu kerja dia hari itu...



Mokcik ni sibuk cari keledek untuk kami... Walaupun kami cuba melarang tapi dia tetap menggali sambil mulutnya tak henti membebel...Tie dan anak2 tak faham bahasa hulu ni..kami tersengih aje....kadang2 kami terkejut kerana seolah2 dia betul2 marah..tapi bila tengok dia tersenyum... kami pun senyum gak...Mungkin itu cara dia berkomunikasi..

Keledek ni dah beberapa kali dikutip hasilnya.. so tak banyak yang dapat... Tu yang buat dia bising ni..

Inilah rupanya pokok keledek....kata orang pucuknya boleh dibuat sayur, masak lemak ke...tapi agak sedikit berlendir jika direbus terlalu lama... Tie tak pernah rasa lak...



Dapatlah beberapa biji untuk dibawa pulang... Terima kasih PuMat dan Mokcik...Kerana kegigihan mereka, kita dapat merasa hasilnya... He he.....Tak sangka pulak boleh 'pungut hasil' hari tu.. Malunya...


Tie suka keledek goreng, nak buat kuih pun tak berbaloi.....Keledek goreng....cepat dimasak....cepat dimakan... yum..yum....

Thursday, August 14, 2008

Cuba Teka


Masa tie kecil, ayah selalu suruh cabut uban dia setiap kali lepas lunch...gatal katanya...Sambil buat 'kerja' tu , ayah akan bagi teka-teki untuk menghilangkan rasa bosan.
Antaranya yang tie masih ingat ialah:-

1. Mak terbaring, anak tergolek..

2. Kakinya satu, jalannya laju, tapi dok situ je..tak ke mana pun...

3. Maknya diam aje, manakala anak2nya main api...

Jawapannya masih ada kat rumah mak tie.. kalau bijak mesti tahu jawabnya..cubalah teka yek !....(nie betul2 habis idea... he he...)



*************************************************************************

TAG DARI KAMAR




1. When you buy greeting cards, are the words or the picture more important to you?
Hmm dua2 sama penting tu...

2. What's your favorite kind of cake?
Chocolate and cheese cake..yum yum...

3. Do you ever make gifts for people, if so what, or do you buy them?
Hmm ...tengok keadaan lah...

4. What's your favorite holiday?
I never did have any holiday with the kids around..

5.Are you going on holiday this year? If so, where?
Rasa2nya tidak..mungkin balik kota tinggi..gi shopping je kat jb tu..

6. What was the best party you've ever been to?
Eh!..masa kecik2 ada birthday party cousin..tapi tak best pun...tak dapat hadiah..hu..hu..

7. If you are married, describe your wedding. If not, what would your ideal
wedding be like?
Weddingnya sederhana je..buat kat dewan Mawar JB..

8. What's the most romantic thing that's ever happened to you?
Shhh....tak leh cakap... he he..

9. What's your favorite girl's name?
Entahlah...

10. What's your favorite boy's name?
Tak de kot...

11. Which celebrity would you like a dream date with?
Tak leh cakap...malu...hi hi....

12. Which female celebrity do you find beautiful?
Ramai gak...

13. Which male celebrity do you think is attractive?
Pierce Bronsnan....suka kat dia sejak sek men lagi..senyuman dan matanya..hu hu..

14. What is your best character trait?
Tak tahulah..

15. What is your worst habit
Rahsia.. he he..


So, Kamar...dah langsai hutang ni...he he...



______________________________________________________






Bear ni tie terima dari Siti Khuzaimah...terima kasih byk2....kalau ada apa2 lagi jangan segan hulurkan ke sini...He he..jenis muka tak malu..(sorok muka dlm bantal)


*****************************************************************************

Tie baru terima award ni dari Diyana.. Terima kasih yek...Wah ..sibuk betul tie minggu ni..baju blink2 tu entah berapa kali tie pakai tika terima award2 ni..Kasut tumit 4 inci ni pun dah haus dibuatnya.. he he..

Wednesday, August 13, 2008

Award dari Cendawanintim, Suzi dan Tulip77


Award ni tie terima dari cendawanintim.dan suzi..terima kasih lah..tapi cendawanintim bagi rules pulak..ni kat bawah...

“ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN
It has been done according to the following rules:
1. The winner may put the logo on her blog
2. Put a link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put links to the blogs.
5. Leave a message for your nominees

Eh! Tak tau lak nak buat ucapan berangan ni... nanti tie cuba yek..

Your Majesties, Your Royal Highnesses, Your Excellencies, Ladies and Gentlemen.

I, Professor Tieng Tong would like to thank the Nobel Assembly at Cendawanintim Institutet and the Nobel Foundation for honoring me today(konon2 dah menanglah ni). And I thank my students and collaborators, whose help was indispensable in my research. After years of study I have finally solve the mysteries of Dengki and fitna diseases.

Now , everything will be as easy as ABC. Everybody, including newborn will have a dose specially formulated. And the world will be a much better place to live. Each dose will last a whole life, and only cost RM1 only..(hmm ..skrg ni penduduk dunia lebih kurang 7 billion..tak termasuk yang dlm perut tu..kaya lah aku...)

Lastly..Welcome to the new world... (ewah...menjadi tak?)


Okay lah ni nak nominate 5 bloggers..hm..siapa yek...


1. Dr Hannan (tak kerja lagi kan..boleh lah buat)
2. Ustat Hafizan (cuti sekolah ni boleh karang ucapan berangan tu)
3. Suara (kalau pernah dpt award ni pun tak apa)
4. AhMoi (jgn dok layan org gila tu.. )
5. Kamar (dah happy ni boleh berangan sikit)


Pada teman2 di atas..kalau ada masa bolehlah buat, tie tak paksa tau..Kalau malas pun tak apa...

_____________________________________________________

Award ni tie terima dari Tulip77

Terima kasih lah dik.. Macam brilliant je kita ni.. he he.. Tie lak nak bagi award ni ke

1. Akak

2. KakTiny

3. Lady Pot Pet

4. Cendawanintim

5. Maklang

Harap kalian semua sudi terima award ini dan sangkut kat rumah tu...

Bear dari Zue dan Ahmoi

Ini hadiah dari Zue dan Ahmoi
Thank you very much.. Seronok sangat dapat peluk bear ni..(konon2 lah...) Hmm siapa nak ambil lah..Tie bagi ikhlas ni...

Tag dari Siti Khuzaimah

Nama timang-timangan orang tersayang?

-Mak , ayah, adik2 dan saudara-mara panggil Tik(tak tahulah kenapa, mak kata panggilan manjalah tu...)
-Kawan2 kat itm panggil Tie ( sbb ada seorang lagi classmate nama serupa)
-Kawan2 dan bos kat tempat kerja (masa kerja dulu) panggil Nor (Chemist tu yg mula dulu )
-Hubby panggil Adek..pada hari2 biasa, Sayang (tika romantik), he he...dan ' Adek Ooi..'.tika tak dengar...
-Anak2 panggil mama.., mami (kalau nak sesuatulah tu), maaa...(kalau mengada2)

Anda seorang yang ?(Personaliti anda...)

-Pemalu ...bila mula2 kenal
-Pendiam... bila org lain pun diam, atau hati disakiti
-Peramah...bila jumpa dgn org peramah
-Rajin dan suka tolong orang lebih2 lagi buat kerja dapur (perasan pulak)
-Tak suka tangguh kerja..
-Suka tepati masa.. Biasanya tie yang tunggu masa..
-Seorang yang teliti tapi bukan cerewet...
-Pemaaf tapi kalau dah kena banyak kali...barulah serik
-Pemalas bila dtg angin malas...
-Mudah menangis...mudah lak ketawa..
-Sederhana...dari segi pakaian.. biasa aje, pakai tudung pun tak tau nak hias2 atau belit @ tonjet sana sini.. Macam makcik je..
-Mudah lupa atau susah nak cam wajah seseorang..so kdg2 org tanya..tak kenal ke....eee malunya..

Insan Teristimewa?

Hubby (namanya rahsia...jeng jeng jeng..), Mak, ayah, anak2, adik2, seluruh ahli keluarga .

Makanan dan minuman kegemaran

Semuanya suka (memang minat makan).tapi paling suka tentunya ais krim...eh macam budak2 lah.....minuman lak - limau nipis, barli suam, dan fresh orange.

Warna kegemaran

Warna2 lembut (pastel)

Lagu kegemaran

Banyak sangat..

1. Gurindam Jiwa (favourite hubby gak)
2. Lagu2 dlm drama korea (semuanya best)
3. Lagu2 Sudirman (mengulit kenangan masa muda2 dulu)
4. Doa taubat dan selimut putih (rasa insaf sekali)
5. Smile (charlie Chaplin)... dan banyak lagi..

Siapa yang selalu buat anda gelak?

Kerenah anak2 dan hubby....

Sikap yang selalu buat anda tertekan

-Bila anak2 tak ikut arahan atau tak disiplin..
-Bila janji tak ditepati...
-Bila org mengumpat kita atau orang lain
-Bila lihat anak2 menangis...tak kira anak siapa pun

Tiga perkara yang selalu ada dlm handbag

Eh susah lah .. ada banyak ni...kunci rumah kat kpg tu, purse, panadol, vicks, mopiko, tuala kecil, buku nota, pen, handphone, handyplast, Kunci kereta spare(mcmlah kita drive), duit emergency (sorok dlm handbag takut terbelanja),dan kalau boleh nak sumbat lampu picit dgn lighter sekali..(manalah tau tetiba sesat mlm2 )

Kali terakhir anda beriya-iya menangis

Bulan lepas...

Perkara yang paling lucu atau paling memalukan dalam hidup anda

Bila 'pampers' yang disorok dlm lipatan kain tercicir dpn adik ipar (lelaki lak tu )...masa tu nak gi mandi ..malu gak.. dan semua orang ketawa...(sampai hati mereka suka kat tie). Lepas tu kena pastikan sorok betul2 bila nak gi bilik air..Peristiwa lama tu masa anak sorang lagi...tapi tak boleh lupa hingga kini. Sekarang ni baru boleh ketawa...he he..

Monday, August 11, 2008

Telur

Haa... anak2..... hari ini kita belajar mengenai telur......

3 hari lepas hubby balik kampung hantar ikan2 tu.. so mek kirim telur angsa kat menantu dia ni.. he he...ingat pulak dia.. Haa...siapa2 yang tak kenal telur angsa ni.. meh tie tunjuk..Yang dah kenal tu diam2 aje yek.


Kalau dibandingkan dgn telur ayam, telur angsa ni besarlah sikit.. Telur yang mengandungi omega 3 dapat membantu mengurangkan serangan sakit jantung dan meningkatkan perkembangan otak. Tak tahu pulak kandungan khasiat telur angsa ni.. Sama je kot..Telur perlu disimpan dlm peti sejuk supaya tahan lama. Simpan dalam tempat khasnya dan cara yang betul ialah dengan hujung tajam ke bawah.

Sebenarnya telur angsa ni kepunyaan sepasang kekasih yang hobinya berjalan2. Pagi2 lagi mereka dah keluar ..entah ke mana lak.. ptg baru balik... tahu pulak jalan pulang....Kadang2 bawa balik plastik terlekat kat kaki.. Anak tie kata "pergi shopping ke..."

Tapi, tiap kali si tina tu bertelur.. dan menetas... dia buat tak kisah je.. Tak pandai jaga anak...(Mek yg kata). Asyik berjalan ke hulu ke hilir dgn kekasih dia... Sampai anak dia terbiar dan mati gitu saja...(Eh! jangan pulak jadi macam mereka tu...). Jadi, bila dia bertelur... mek rembat aje.. Haa tu lah cerita dia ... Nanti tie cuba ambil gambar mereka ni... besar gak... takut juga....takut kena sudu....

Kuningnya lebih pekat dan warnanya pun terang dari telur ayam. Rasanya lebih lemak...Mesti banyak kolestrol... ni nak tambah tembamlah... tak apa hubby tak kisah isteri tembam asal rajin ... he he..

Hmm.. dah siap pun... goreng dadar aje... nampak benar pemalas kan...He he.. tak apelah.. Layan aje...telur dadar ni makan dengan nasi panas memang sedap...

Maaflah tak tahu nak cerita apa lagi.. nak cari idea lah ni..

Friday, August 8, 2008

Ikhlas

Ikhlas adalah perasaan yang lahir dari hati..dapat dirasai walaupun tak semuanya kerana ikhlas sebenarnya hanya diketahui oleh empunya diri dan Allah tentunya...

Adakalanya pemberian, pertolongan atau perlakuan seseorang diragui keikhlasannya, walaupun bukan sengaja untuk merasa curiga ...atau mungkin syaitan yang menganggu hati..

Bagaimanapun tie telah melalui beberapa peristiwa...yang mungkin boleh diambil ikhtibar semua...Bukan niat untuk memburukkan sesama manusia tetapi sebagai pengajaran ...

Hidup berjiran memang ada pahit manisnya...Jiran A suka sangat hantar juadah...Tak kiralah lauk ikan kering masak lemak kuning, goreng pisang, kerabu, gulai, dan macam2 lagi.. Niatnya mungkin baik , untuk eratkan silaturahim...Tapi tie tak larat nak balas...Dlm masa 1 minggu pinggannya bersusun menanti untuk dibalas.. Maklumlah masa tu budget kurang...tie pulak tak sampai hati nak masak lebih kurang utk balasannya..

Jadinya, setiap minggu kena fikir menu , utk pulangkan pinggannya..Jadi tak ikhlas kan.. Hubby pun bising, dia pernah sakit perut dek masakannya...Jadi hubby takkan sentuh juadahnya...

Jiran B pulak (Tempat lain) orangnya cermat, hidup mewah, baik orang nya.. Tapi pernah bagi tie sayur yg dah kecut...Katanya sayang nak buang... Rasa terhina lak tapi tie terima aje..Bila hubby nampak, dia tegur..suruh buang je...

Jiran C juga baik orangnya (semua jiran tie baik2 belaka). Masa dia nak pindah dia bagi tie pokok buluh yg separuh mati...Dia cabut dari pasunya... Tie terus tanam kat sini...Hidup subur dan cantik lak... Tapi tie tersinggung bila dia bagi beberapa pasu pokok bunga pada jiran sebelah (Pangkatnya lebih tinggi dr hubby). Bukan tie nak pokok tu... tapi kalau dia tak bagi pokok buluh tu tie taklah rasa terhina...Rasa sangat kita ni 2nd grade...So keikhlasannya tak dihargai..Tie pulak rasa berdosa..

Jiran D surirumah mcm tie gak tapi hubbynya ada motor je...Tapi dia tak lokek dgn senyuman dan ramah sekali... Dia suka bagi tie pokok bunga utk ditanam.. siap bagi nasihat lagi..Tie dapat rasai keikhlasan dia...

Beberapa minggu yg lalu anak bongsu tie bawa balik cupcake yang dibelinya kat sekolah.. katanya untuk mama...sambil dihulurkan 2 bungkus cupcake yang penyek dek buku sekolah..Tie tak dapat menahan ketawa... Haa ingat juga kat mamanya yg hobinya makan ni.. Mama dia pun makan ..takut kecik hati lak.. penyek pun tak ape... Mungkin dia tak sangka cupcake tu boleh jadi pancake lak...

Pengajarannya....

1. Jika kita hendak beri sesuatu pada seseorang, berilah yang terbaik, yang kita sayang, bukan yang dah buruk... supaya pemberian kita dihargai...,

2. Jika kita hendak beri juadah pada jiran (tak lama lagi bulan ramadhan), gunakan bekas polisterin ke atau bekas microwave yg murah tu, supaya dia tak merasa terpaksa nak balas dan ini takkan menyusahkan dia..dan kita pun tak mengharapkan balasan..Mesti ikhlas baru dapat pahala...

3. Jika kita menolong atau berbuat baik pada seseorang, jangan pulak mengungkit2 nanti tak ikhlas lak..

Tu sebabnya bila tie nak beri sesuatu pada seseorang, siap belek lagi takut tak sempurna atau ada yang tak kena... Maklumlah mata ni rabun sikit.. Tapi barang nya tak semestinya mahal atau berharga...

Tie hanya mengingati diri sendiri dan sesiapa yang sudi menerimanya. Tie ni pelupa dan kena tulis baru masuk dlm memori... Macam masa study dulu.. nota berjela-jela... Tapi kalau ada sesiapa yang terasa maafkanlah.. tie tak berniat pun.. Dan kalau nak tambah lagi pengajarannya pun bagus gak... Dah habis idea ni.. he he..

Peringatan
========

Entry ini bukan untuk mempertikaikan keikhlasan jiran2 tie atau sesiapa pun tapi hanya untuk menguji dan menyedarkan keikhlasan diri sendiri..

Tuesday, August 5, 2008

Tok Bah

Dulu masa kecil tie tinggal di rumah tok bah..selain dari mak dan ayah.., ada 2 org mak sedara tinggal bersama..Masa tu arwah tok bah masih sihat malah tak pernah lak tgk dia sakit..

Oleh kerana mak tinggal dengan ipar2 nya.. tugas rumah dibahagi..Kerja mak basuh baju..masa tu mana ada mesin basuh.. Mak sedara tie jadi tukang masak.. Tie (masa tu umur 5-6 tahun) kerjanya menyibuk je bersama adik lelaki yang bezanya setahun .

Arwah tok bah rajin tulis journal. Dia tulis dlm jawi...tie selalu intai celah langsir ..dia tiada bilik tidur..kesian gak.. so katilnya ada tabir macam kat hospital tu... Dan di dinding atas kepala katilnya memang sentiasa ada sesikat pisang disangkutkan pada paku.. Pisang tu buat umpan adik tie kiranya dia menangis.. Arwah tok bah amat sayang pada adik tie..Kadang2 lucu lak tgk dia hulur pisang pada adik di sebalik tabir. Tie pun dpt juga.. he he..Sampai sekarang adik suka pisang .. Apa2 jenis pun takpe tak kiralah dibuat kerepek atau salai....

Bilik mak sempit jadi tie dan adik tidur di katil double decker kat bilik mak sedara.. Tapi ada beberapa mlm, tie sering dengar suara orang mengilai dan mencakar2 kat dapur.. Masa tu dinding dapur hanyalah zink. So bunyinya tentu menakutkan.. Tie kejutkan mak sedara tapi dia suruh tie tidor je dan terus tarik selimut.. Agaknya dia takut gak.

Memang zaman tu banyak hantu..Selalu gak ganggu org ..Mungkin kerana ada org buang benda kotor tak jauh dari situ .Tu sebab syaitan suka sangat2....Tapi skrg tak de lagi kot..

Arwah tok bah memang org yg berilmu..tapi bukannya bomoh.. Dia selalu mengaji setiap kali lepas maghrib. Dia juga boleh bantu beri 'air tawar' jika ada anak kecil menangis atau tak dpt tidur waktu malam..Mungkin kerana ilmunya 'benda'tu tak dpt masuk rumah..

Arwah tok bah ada buat pelindung rumah.. Haa siapa2 niat tak baik , pencuri misalnya akan terpaksa berenang2 kat atas rumput halaman rumah kerana perasaannya dok dlm laut..

Arwah tok bah sebenarnya tak banyak bercakap.. Dia sentiasa memegang tasbih dan berzikir..Makanannya setiap pagi ialah telur separuh masak dan roti bakar sekeping..Minum petang mesti ada pengat , paling kerap bubur kacang..Ayah tie pun dah jadi macam dia sekarang.. he.. jelak juga makan bubur kacang.. macam filem P.Ramlee...

Ayah memang sayang pada tok bah. Bila kami pindah.. masa tu umur tie 10 tahun...ayah akan jemput tok bah ke rumah setiap jumaat. Lepas sembayang jumaat kami akan makan ramai2... Mak pulak sibuk masak nasi minyak ke, soto ke.., menu berubah setiap minggu..

Tie tak ingat lepas 1-2 tahun.. pada pagi jumaat rasanya, ayah sedara dtg rumah.. Katanya tok bah dah tak ada lagi . Dia meninggal lepas ambil air sembahyang subuh.. tak sempat nak sembahyang pun...

Mudah sangat pemergiannya.. Kami terasa kehilangannya terutama sekali bila tiba hari jumaat..Tie pernah baca journalnya.. merangkak2 kerana tak mahir jawi.. Tapi tie ingat lagi.. dia tulis segala2 yg berlaku dlm hidupnya..bila ayah datang jemputnya, atau bila anak2 lain yg melawatnya..Dia juga tulis tentang perasaannya .. Sayu rasanya.. Tak sangka dia begitu teliti..

Tu lah.. ayah sempat berbakti pada ayahnya.. Kita ni macam mana yek..Tie jauh dari mak dan ayah... Kadang2 rasa nak terbang saja.. untuk jumpa mereka..(macamlah ada sayap)
Setiap kali balik tie bawa (hubby yg drive) mereka shopping(mereka paling suka gi pasar) dan masak2 ...Kalau kat rumah tu asyik sembang je.. dan bergurau dengan cucu2 mereka...

Hargailah orang tua kita selagi ada hayatnya..Jangan sekali buat mereka tersinggung.....

Saturday, August 2, 2008

Rezeki dari laut


Ikan yang besar tu beratnya 3 kilo seekor, ikan jemudok namanya. Tengoklah.. dulang besar pun nampak kecil je..Isinya lemak, kepalanya sedap dibuat kari.. Ingat nak eksport ke kpg kelate.. kena simpan dlm freezer.. Dah penuh tu .. sumbat2 je lah..


Sotong tu ingat nak goreng celup tepung je.. Budak 2 suka kalau masak gitu...


Hubby tie berkawan baik dengan beberapa orang nelayan dari pulau redang.. So.. kalau ada rezeki lebih, mereka akan kirimkan khazanah laut ni kat kami.. Walaupun hidup mereka tak sesenang kita,.. tapi mereka amat murah hati.. Kadang2 hubby saja ambil cuti gi melawat mereka.. bawa sedikit buah tangan.. Orang berbudi kita berbahasa...Mereka paling suka kopi uncang.. senang nak dibawa ke laut..


Ha... ni dah siap kari mamaknya... tak pandai nak hias2 ni...tie masak yang kecil tu.. kepalanya saja penuh sepinggan.. Hmm.. siapa nak rasa mai hulur pinggan... he he ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...