Tuesday, February 28, 2012

Hp charms dan purse

Order dari Syahida... terima kasih. Harga rm5 each , postage not included.
.
.
.
Purse with pouch, boleh selitkan shopping list :)
Harga rm16 excluding postage. Boleh request design sendiri.. :)


.

Saturday, February 25, 2012

Friday, February 24, 2012

Anak Kambing

Di mana dia... anak tambing saya..
Anak tambing saya
Duduk di bawah pokok....

Dulu, masa kecik, anak kita suka nyanyi lagu anak tambing, hihihi...

Harga cuma rm6 seekor, boleh request untuk dibuat keychain, hp charm, bookmark, fridgemagnet... dan byk lagi..
.
.
 
Purse anak tambing.. ekekeke...

Yang simple begini cuma rm15 tak termasuk postage. Kalau nak bubuh nama, kena tambah rm1 jer.. tapi janganlah panjang sangat.
.
.

Wednesday, February 22, 2012

Bila customer minat bendera...

Inilah yang Tie buat dalam seminggu ni... punyalah lama nak siap. Asyik batuk-batuk, makan dan tidor... macam manalah nak selesai...

Akhirnya... dapatlah buat ini..

Walaupun tak berapa gemar buat benda ni, tapi tak sampai hati nak tolak permintaan customer ni... Mungkin dia berniat nak lanjutkan studies ke Amerika atau Britain kot...
.
.
.
Kesian lak tengok dia penat-penat lukis dan color... buat jer la makcik ooii.... buat sampai mata asyik nampak merah biru je...


Sunday, February 19, 2012

Descipable me...


.
.
Custom made for someone... kiranya berminat boleh bagi idea, design atau link gambar... mungkin kak tie dapat hasilkannya  :)

Saturday, February 18, 2012

Tips menyediakan parcel (pos laju atau pos daftar)


Entri ini ditujukan khas buat adik-adik yang belum pernah ada pengalaman menghantar parcel samada kepada customer atau sesiapa pun. 

Ni page poslaju - http://www.facebook.com/OfficialPosLajuNationalCourier?fref=ts
[tapi ia hanya dibuka waktu 9 pagi - 6 ptg ]

1. Mula2 kita pilih cara penghantaran samada guna perkhidmatan pos laju atau pos daftar.

2  Pastikan kita bungkus parcel itu dengan teliti, Kalau barang yang nak dihantar itu mudah rosak atau patah, balutlah dengan kertas tebal atau bubble plastik. PIHAK POS TAKKAN BALUTKAN BUNGKUSAN ANDA.

3. Plastik pos laju  hanya diberi kepada orang yang register utk yg melanggan pos laju , di pejabat pos (kat tempat kak tie tak ada), atau sampul surat yang sesuai, atau plastik seperti yang Tie tunjukkan di bawah ini atau boleh beli plastik courier on9. Kalau kita bungkus bentuk kotak, harganya lebih mahal sebab ikut kadar volumetrik.. jadi sumbat jer dalam sampul surat atau plastik, ya... melainkan tiada pilihan.


4. Pastikan ada nama pengirim di sudut kiri , nama , alamat lengkap dan no tel. Tulis dengan jelas nama penerima, alamat lengkap dan no tel, walaupun kita guna pos laju. Tie guna permanent marker untuk nama dan alamat penerima (dan taip nama pengirim dan alamat  atas kertas sticker, sebab malas nak tulis alamat sendiri berkali2)

 5. Ambillah langkah berjaga2 ini.. Kenapa ? Sebab kita tak tahu, malang tak berbau, pihak kerani mungkin tertukar slip @ resit pos laju itu dan tepek pada parcel lain.. terutama bila kita nak hantar lebih dari satu parcel yang semuanya bogel tiada apa-apa maklumat.

6. Kalau boleh elakkan tulis nama pengirim di belakang parcel, kerana ada kemungkinan pihak yang mengurus parcel ini akan keliru (terutama bila guna pos daftar seperti apa yang berlaku pada Tie ... sampai ambil masa lebih 2 minggu baru Tie dapat parcel tu...)

7. Untuk pos daftar, kalau parcel tu kecil, tak muat nak tulis nama pengirim di depan, tulis dalam tulisan lebih kecil di belakang parcel berbanding dengan nama dan alamat penerima di depan.. supaya pihak pengurusan pos dapat bezakan penerima dan pengirim... (ada yang tak tahu bezakan KEPADA dan DARIPADA.... , bangla kot)

Beritahu kat kerani, kita nak guna pos daftar, dia akan beri borang kecik ni, isi info penerima, seperti di bawah ni....

Kerani akan timbang dan tambah nilai guna stamp kiranya beratnya melebihi berat 20gm. Kita bayar kat situ juga.

.
.

Kat belakang borang tadi ada sticker, label dan resit pengeposan. Tulis info penerima di situ juga. Hanya address sahaja, yang lain (ic/tandatangan) akan ditulis oleh penerima bila dia terima parcel ni. Tanggalkan label tu.. dan lekatkan ke parcel/sampul surat sebelah kiri. Biasa kerani yang buat ni. Kalau rasa was2 , beritahulah tak pernah guna perkhidmatan pos daftar...

Yang tertulis RD065XXXXXXMY tu adalah tracking no. Kita boleh check di website POS MALAYSIA. Biasa pos daftar ambil masa 3,4-7 hari untuk sampai. Berbanding dgn poslaju  yang ambil masa 1-2 hari, selewat2nya 3 hari, bergantung kepada tempat dan cuti umum.

Untuk info selanjutnya sila ke link ini :
http://www.pos.com.my/pos_bm/personal/special_mail/pos_daftar.aspx


8. Untuk parcel lebih besar/berat gunalah poslaju... kalau kita kehabisan sampul surat besar, atau plastik pos laju, gunalah plastik baru, brown paper atau kertas mahjung (putih) tu... janganlah ga una beg plastik yang kita dapat ketika beli sesuatu dari kedai.. maksudnya plastik yang ada chop kedai tersebut...  Penerima mungkin rasa tersinggung bila menerima parcel tersebut, ya laa.. dah bayar harga postage, takkanlah tak boleh cari sesuatu yang sopan untuk membungkus.

9. Akhir sekali Tie ingin mohon maaflah kiranya ada yang terasa hati. Mungkin ada yang tak ambil serius dalam bab parcel ni, tapi sebagai pelanggan @ penerima parcel, dia berhak untuk menerimanya dalam bungkusan yang sedap mata memandang.

20 September 2012

Kak Tie nak tambah sedikit info.. tentang cara nak isi consignment note tu (minta dari kerani pos dulu, atau ambil jer kat kaunter pejabat pos yang diletak bersama borang2 lain.... ada punya, kalau nak byk kena minta dari kerani, kalau nak isi kat rumah pun boleh ambil sikit, senang juga, biasa kak tie buat gitu jer..) dan cara nak track parcel yang kita pos/ atau akan terima...

Mula2 meh tgk consigment note ni..


Nampak tak ? Ni kak tie saja isi ikut suka, sebagai contoh. Jangan pula salah tulis, ya.. kang parcel tu balik kepada kita pulak.. pernah terjadi tau.. haha..  Ruang yang kosong tu biar kerani yang isi. Nanti dia beri kita satu salinan supaya kita boleh check track no dan juga sebagai bukti yang kita dah pos. Kekadang customer nak track no.. supaya senang dia nak standby tunggu posman.

.
.
.

Yang ni no tracking. Boleh check kedudukan parcel kita nanti. Biasanya kita pos pagi.. lewat petang baru pihak pos update. Jangan lak dah pos terus track.. manalah nak jumpa, haha..

.
.
.http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_poslaju.asp


Tulis kat dlm petak tu no track.. dan klik .
.
.
.

Ini contoh parcel yang kak tie kirim pada seorang customer.. dia dah terima pon. Biasa ambil masa 1-3 hari bergantung kepada zon address.. Ok.. Harap semuanya clear, ya. Cuma kekadang website ni ada problem, atau tak dapat updates pon... biasalah ni kerja manusia. Ada ketika berlaku kesilapan teknikal dan lain2... Sabor je laa..

Ada 3 cara utk pos parcel poslaju.
1. Guna sampul surat/bungkus parcel sendiri guna plastik/kertas minyak atau guna plastik courier lain (kosong) yg kita beli on9.

2. Guna sampul prabayar harga rm6 utk berat bawah 500g (saiz kecik ), yg harga rm9 utk berat bawah 1kg.. saiz besar sket..  sampul prabayar ni ada tersedia bubble wrapper.

3. Poslaju ada juga jual plastik poslaju biasa (tiada bubble wrapper), saiz besar dari A4 (mungkin sama besar dgn sampul prabayar rm9), harga dlm rm11 ke lebih.. 50pcs. Yg ni bukan prabayar, jadi kena bayar proses utk parcel poslaju seperti kita guna plastik biasa.. cuma plastik ni ada lambang poslaju. Biasa ada dijual di pejabat poslaju.

Juga ambil masa untuk buat lesen niaga.. daftar di pejabat SSM.. mudah jer, kita jadi lebih yakin berniaga walaupun kecil-kecilan kerana sudah berdaftar.

Ruang komen ditutup. Sebarang pertanyaan diajukan ke page poslaju di fb.. link ada di atas, Page tersebut hanya dibuka waktu pejabat.

Wednesday, February 15, 2012

Order dari Rose

Alhamdulillah... dia suka dengan hp charms ni... :)

Yang bawah ni dari students sbp....

Dapat feedback positive dari mereka.. :)

Wednesday, February 8, 2012

Purse lagi.

Kali ini purse 1 zip.. harga cuma rm15 satu. Yang utk Natasha tu adalah kali kedua. Yang mula2 tu dah dicuri orang.. Memang nak kena pulas kepala orang tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...