Friday, October 31, 2008

testing

Pulau Aneh


Dalam sibuk2 menggodek internet ni Tie stumbled across pulau aneh ni. Namanya Pulau Socotra (soqotra dlm Arabic) adalah kepunyaan Republic of Yemen. Mungkin ada yang tahu kisah pulau ini. Apakah sebenarnya yang menarik minat Tie, ye? Hmmm.....Cuba tengok pokok (Dracaena cinnabari) di bawah tu.


Dragon's blood tree (Dracaena cinnabari), yang kelihatan menyerupai payung atau iras2 flying saucer memang betul2 aneh, kan? Resin merahnya digunakan utk perubatan dan dye.



Dari pandangan atas pokok dracaena ni kelihatan seperti mushroom . Tengoklah dahan2 nya , sungguh cantik tersusun! Betapa indahnya ciptaan Tuhan!! Terpegun Tie melihatnya. Kalaulah dapat ke sana, tentu lemas pokok2 ni tie belek!




Satu lagi tumbuhan yang kelihatan menarik ialah Dorstenia gigas atau dikenali sebagai desert rose. Macam rupa tumbuhan2 dlm laut je.. Bunga2 nya menawan sekali.



Batang pokok tu nampak bengkak je . Bagaimanapun Dorstenia gigas ini tidak memerlukan sebarang tanah dan akarnya menembusi batu2 di situ. Tapi macam mana ia boleh membesar dengan begitu subur, ekk?



Penghuni2 di Pulau Socorta ini berasal dari Indian, Arabian dan Somali. Mereka ini adalah Muslim, berbahasa Sogotri dan biasanya hidup sebagai nelayan, menternak dan menanam pokok kurma. Hanya baru2 ini perlancongan membantu mereka dalam menambahkan pendapatan.


Biasanya kepulauan ini hanya boleh dihubungi dari June hingga Sept. kerana cuaca monsoon. Tetapi, sejak July 1999, dengan pembinaan sebuah airport , Pulau Socotra kini terbuka kepada pengunjung2nya sepanjang tahun.


Penduduk Socotra kebanyakannya menggunakan generator diesel. Di sini tiada public transport mahupun teksi, tapi kereta untuk disewa disediakan. Keadaan di sini sungguh aman, tetapi kiranya teman2 ingin ke sana, maaflah..sebab terpaksa lupakan hotel ataupun restaurants. Pulau ini menjalani eco-tourism dan mengekalkan cara hidup penduduk asal.

Ada tak sesiapa berminat untuk ke sana?? Tie rasa ingin sangat nak pergi, tapi tak mungkin laa..mesti hubby kata ,"Nak buat apa kat sana?? Takkan nak duduk bawah pokok dracaena tu!" Hu hu.... kena focus kuat2, untung2 dapat pergi dlm mimpi!!


Boleh baca selanjutnya pada Link ini.

Wednesday, October 29, 2008

Bragging??

Tempoh hari tie ada baca posting dari blog Amiene Rev tentang bragging(harap2 budak ni tak saman makcik nih!)..Suka pulak baca entry dia tu.(kena puji sket!) So tie nak cuba la bragging nih! (mungkin pernah 'terbrag' sebelum ni). Tapi nak brag pasal apa , yek?? Kalau pasal rupa tie ni rasa memang tak layak nak brag...hi hi.. Dan suara tie pun tak semerdu , sebab bila tie nyanyi budak2 tu ketawakan lah!

Siapa2 yang sensitive tu, maaf lah. Tie saja2 nak try bragging ni sebab tengah tension la (tension pun nak heboh!) Mungkin tie pernah brag tanpa sedari, tapi tak pernah lak saja2 nak cakap besar. Tie tahu hukumnya tapi gurau sikit boleh kan?? Tie tak boleh serius sangat, so hari ni tie nak buang tebiat sikit!!

Hmmm...susah pulak nak brag ni..nampak macam senang je budak Amiene tu buat. Perangai tie pulak, hmmm.....tak de pula orang dok hurung tie sebab minat ataupun suka, ....oh!! macam mana dengan masakan tie?? Hush!! Tak boleh jugak!! Sebab ramai yang jauh lebih pandai bersilat kat dapur tu! Tie pulak main campak2 je!....Hmmm tak boleh lah...tak jadi nak brag nih! Adoi!! Tetiba rasa pening lah. Nampaknya budak Amiene Rev memang betul2 handal bab2 bragging ni...Kak tie ngaku kalah!! Hu hu....

Kena tukar cerita lah!..............................
>
>
Hari tu tie ada kata nak buat percik. Sorry lah mak su...........Puas tie cari katak tu tapi dia menyorok lak..........So tie gantikan dengan kepak ayam ni, ye...Sila jamu mata lah mak su oooiii!! (ada 5 ketul, sorang satu termasuk mama dan ayah...budak2 tu kata mama kedekut lak!!)



Tie buat percik ni ikut cara yang diajar oleh mek (mentua). Mula2 rebus separuh masak ayam tu dengan sedikit halia , bawang putih , serbuk kunyit dan garam. Halia dan bawang putih tu diketuk je...nak hilangkan bau ayam dan menambahkan sedikit rasa.

Kuah percik lak ikut style tie sendiri. Tie tumis bawang2 dgn serai yang diketuk. (masih suka main ketuk2!) Tambah dengan paste lada kering (blender sendiri laa...toksah beli yang dah siap tu...tak bagus utk kesihatan!) dan sedikit kunyit (jenis serbuk je..tie malas nak guna kunyit hidup), kemudian tumis sampai wangi baunya. Tambahkan santan pekat dan masaklah ikut rasa...selain dari garam, bubuh sikit gula melaka(nisan, atau gula kabung) Biasa orang klate buat percik putih (guna lada hitam)tapi tie suka jenis merah ni...macam percik ganu. Oh! jangan lupa bubuh asam keping (sikit je...kalau tak masam lak nanti)

Panggangkan ayam tu sambil siram atau celupnya dlm kuah percik. Bila dah siap boleh lah makan dengan nasi panas2!!


Ini tomyam udang dan cendawan. Tie suka bubuh cendawan tiram ni . Buat seperiuk habis licin! Caranya mudah je. Beli sepaket dlm bentuk paste. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih yang diketuk. Masukkan air secukupnya, serai yang diketuk, paste tomyam tadi dan biarlah ia mendidih.

Kemudian baru bubuh air limau nipis..., udang dan cendawan serta daun limau purut. Bila masak (jgn terlalu lama) terus angkat dan makan. Oh! lupa lak nak bubuh tomato. Dan tabur sikit daun ketumbar. Jemputlah makan!!

Ni resepi pulut sambal...sapa2 nak cuba, boleh lah, ekk!

  1. Masak pulut macam biasa (jgn lembik lak!).
  2. Bawang kecil, bawang putih, serai, lengkuas ,lada kering, kunyit dan sedikit udang kering, ditumbuk atau diblender.
  3. Tumis bahan di atas sampai harum baunya, dan masukkan kelapa parut.
  4. Kacau rata, masukkan garam dan gula. Kena pandai rasa. Goreng sampai sambal tu hampir2 kering. Jangan terlalu basah atau terlalu kering..sederhana laa.........
  5. Bila pulut dah masak, guna ice cream scoop, celup dlm air dulu (kalau tak pulut tu lekat laa), kemudian scoop pulut tu, masukkan dlm sambal kelapa dan gaul perlahan.
  6. Bila dah jadi macam dlm foto tu..dah boleh makan!
  7. Tie tak dapat bagi sukatan...main agak2 je..cuba buat sikit dulu, ye!!


Tuesday, October 28, 2008

Macam-macam

Hari tu sebelum pulang ke kampung, anak teruna tie bawa balik something (mcm ayahnya gak!) Tie kurang senang melihat ketam2 batu ni...Entah nak buat apa, takkan nak bela ? Nak bagi makan apa? Dulu dia bawa balik kura2. Dah pun kami hantar ke 'resort' berdekatan.



Jadi ketam2 ni pun kami bawa balik sekali ke kg, biar mereka bahagia di kolam ikan tu.



Memang dah sifat ketam, bila diletakkan atas lantai terus berjalan senget..laju lak tu. Susah nak snap photo.

Di belakang rumah tie (kat kg tu) ada beberapa batang kayu getah, lebih buat kayu api kenduri yang lalu. Dah naik kulat. Ini sebenarnya kulat sisir. Kulat sisir ni boleh dimakan (mentua yang ajar).

Mula2 ia keluar macam buih putih, kemudian warnanya bertukar keperangan.

Beginilah rupanya setelah dipetik. Kulat sisir boleh dimasak dengan telur (buat scramble egg), makan dengan nasi panas...sedap. Rasanya macam mushroom biasa..(very mild taste), dan kadang2 mek masak dengan sayur lemak. Tapi jangan pulak cuba kutip mana cendawan atau kulat kat rumah tu..Tie tak berani nak gerenti , tau!

Lastly, inilah antara makanan kesukaan tie masa kecik2 dulu.(promosi sket!) Selalu suruh mak buatkan. Namanya pulut sambal. Orang Johor mesti kenal kan? Masa tie buat kat klate ni, mek dan ipar serta biras tie makannya buat kali pertama. Dapat thumbs-up laa...Habis licin!!

ooooooooooooooOOOoooooooooooooo

Hadiah dari Kin Hashim



Tie baru terima sejambak bunga ni dari Kin Hashim. Terima kasih lah! Dah bertambah gak bunga kat blog ni..hi hi...cuma kat rumah lak tak ada bunga...malas nak buang sawang2 nya nanti..(memang makcik ni malas bab2 hias nih!) Okay!!..Thanks alot, ye Kin...kak tie tak pernah harapkan apa2 pun...saja suka2 sambil2 hiburkan diri sendiri...Moga ceria selalu semuanya.....

Monday, October 27, 2008

Tag dari Nrina (dahsyat tul!!)


Nrina, ini jawapan tag tu..Adoi sengal betul bahu ni . Siapa laa nak urut ni!

[01] Real name:
Nor_____ (masih lagi rahsia!)


[02] Nickname:
Tik- oleh mak dan ayah
Tie - masa di ITM (kes nama sama dgn classmate)
Adek- hubby panggil (anak2 hubby panggil nama je..hi hi..)
Nor- Masa di tempat kerja ...

[03] Status:
Berkahwin (dah 16 tahun laa)


[04] Zodiac Sign:
Libra....

[05] Gender:
Makcik


[06] Age:
24 tahun......eh!....rasa2nya ada yang dah tahu...so tak leh nak tipu.....42 tahun !


[07] High School:
Sekolah Menengah IJ Convent Johor Baru.

[08] College
ITM Shah Alam (jan 85-july87)

[09]Height:
152 cm


[10] Weight:
44 kg (20 tahun lepas!) Sekarang ni tak tahu laa....tak pernah gi timbang. Takut nak tengok!!


[11] Do you like yourself:
Hmmm .....mungkin hubby lebih suka pada tie.

[12] Piercings:
Telinga je lah! Kat tempat lain tu memang tak patut!


[13] Right or left:
Kedua2 belah lah...takkan sebelah je...


[14] Are you a freak :
Mungkin gak!...Kena tanya hubby dulu...hi hi....

[15] Hair:
Hitam agaknya. Tapi tak lama lagi jadi silver kot.


[16] Skin:
Bila bersama dengan mak atau adik2, tie kelihatan sedikit gelap, tapi bila dgn hubby, tie lebih cerah...hihi...


[17] Allergic:
Ada sedikit allergic tapi buat2 tak tahu je......Malas nak layan...semua yang sedap tie makan, pastu baru tergaru2...gatal! Juga tak boleh kena habuk...asyik bersin dan boleh dpt selsema. Kalau nak menyapu sawang2 kena pakai macam ninja!

[18] What are you doing now:
Jadi house manager laaa..

[19] What will you doing 1 hour later:
Oh! Belum fikir lagi...

THE FAMILY
[21] Live with mother/father/parents/family:
Hubby dan 3 orang anak


[22] Siblings(included you):
5 orang, 2 lelaki dan 3 perempuan

[23] Eldest:
Tie yang sulong, sebab itu tak leh nak manja2....


[24] Youngest:
Adik perempuan.

THE LOVE
[26] You found your another half:
Hubby laa...

[27] If yes, who is he/she:
Tuan ........bin Tuan.......... (rahsia utk keselamatan dia...mcm james bond gak!)

[28]Who you want he/she to be:
Tie terima dia seadanya sebagaimana dia menerima diri tie...


[29] Time(s) you in relationship:
He he ....tak kira laa...


[30] Ever woo boy/girl:
Tak pernah laa...kita ni sapa, ekk!

[31] Anyone woo you before:
Ada laa....tak leh cerita byk, kot2 orang kata bragging lak!


[32] Did anything wrong to your other half:
Rasa2nya tak.


[33] What was/were the wrong you had done:
Tak taulah.


[34] Ever argue with your other half:
Hmmm...kalau tak puas hati...bagi silent treatment je...hi hi...


[35] You with your other half since:
1992(tunang 6 bulan je..)

[36] Are you straight/lesbo:
laaa....merepek betul soalan nih!


[37] Reasons you love your other half:
Hubby hero tie, kalau tak mungkin terpaksa kahwin dgn monster tu!

[38] You and your other half in which stage:
Kami dah masuk senja...tapi semakin hangat laa....kah! kah!!

[39] You woo he/she or he/she woo you:
Mestilah hubby. Tie kan pemalu....

[40] Ever think of marry he/she:
Dah kahwin laa

THE FRIENDS
[41] Your first best friend:

Irene Wong, sejak darjah 3. Dia selalu temankan tie makan masa recess. Dia setia dengan tie walaupun dia ramai kawan sebangsanya. Ingin lak nak jumpa dia...

[42] Your first enemy:
Tie rasa tie tak de musuh, sebab tie ni bukannya popular. Org tak kenal pun.

[43] The friends you love the most:
Aisyah (jiran di gong badak) dan Azacun(studymate di ITM)

[44] The enemy you hate the most(1only):
Tie tak ada musuh laa...

[45] Your most beautiful girl friend:
Azacun, wajahnya ala ala hidustan...hi hi..

[46] Your most handsome boy friend:
Boyfriend?? he he ....kawan lelaki tu ramai gak...termasuk classmates, kan? So yang handsome pun ramai laa...he he..

[47] The kind of girl you hate the most:
Tie tak tahulah...tie sendiri yang teruk agaknya...

[48] The kind of boy you hate the most:
Sama macam jawapan kat atas.

[49] You fall in love with your close friend before:
Tak lah...tie sentiasa sedar akan diri tie.

[50] Your best friend is your ex-lover:
Best friend tie girl laaa...

[51] If your friend backstabbing you:
Pernah kena...tapi tie diam je...menyendiri dan sedih lah.

[52] If your friend betray you:
Pun pernah kena dan sedih juga.

[53] If your friend woo your lover:
Lover?? He he ...kelakar bunyinya...

[54] If your friends fall in love with you:
Tang ni memang selalu kena...kenapa gak?? Classmates sendiri pun buat gitu...rasa macam tak percaya, mungkin mereka ni gurau kot!

[55] If you fall in love with your best friend:
Best friend tie kan perempuan!

THE STUDIES
[56] Are you a good student:

Masa kat sekolah memang pemalas. Tapi bila masuk ITM terus jadi ulat buku.

[57] You always done your homeworks/assignments:
Semestinya.

[58] The teacher/tutor you love the most:
Adalah beberapa orang.

[59] Always late to school/college:
Tak pernah. Tie memang suka tepati masa

[60] Your class:

Napa pulak dgn class??

[61] You love your seniors:
Tak de lah


[62] Senior who you love the most:
Pun tak ade lah

[63] Your classmates good/bad:
Classmates (itm) memang best...kecuali yang jiwang tu...rimas laa

[64] Excellent result classmate:
Cuba teka?? Tapi tak ada faedahnya...tak dapat sambung study!! Hu hu...

[65] Laziest classmate:
Adalah 3,4 orang boys, suka sangat nak xerox notes tie!


THE PEOPLE
[66] Smart people:
[67] Stupid people:

[68] Good looking people:
[69] Ugly people:
[70] Funny people:
[71] Cute people:

[72] Bad people:
[73] Honest people:

[74] Acting people:
Tie rasa tak layak nak jawab soalan2 kat atas tu...tie sendiri teruk laa...

[75] You are what kind of people:
Ada unsur2 melankolik (etomyam yang kata!) Kah! Kah! Mungkin sedikit emo pada satu2 masa...

THE PREFER
[76] Lip or eyes:

Tak minat renung muka orang laa...gerun lak!

[77] Hugs or kisses:
Juga tak minat nih! Kecuali pada baby.


[78] Shorter or taller:
hubby lebih tinggi.

[79] Hesitant or spontaneous:
Tak tahu lah

[80] Nice stomach or nice arms:
Eh! ni soalan pasal apa lak, main perut2 nih!

[81] Listener or talker:
Kalau hubby, dia tu listener. Tie pulak disuruh cakap banyak2!!

[82] Romantic or rich:
Hubby romantic gak, tgklah masa2 tertentu..he he..

[83] Good husband or Good Father:
Hubby lebih kepada good husband

THE FUTURE
[84] Age to get marry:
Kahwin umur 26

[85] Numbers of kid(s):
Anak 3 orang

[86] Career:
Kena jadi house manager sebab ikut hubby berpindah randah (macam org nomad lak!)


[87] Salary:
Tak kerja, mana ada gaji...elaun tu memang ada...rahsia.

[88] Retirement age:
Bila dah tutup mata kot!

[89] Properties value:
Harta ke?? Rumah ada 2 buah, motor ada 3, kereta 1, lori dan heli belum ada lagi....

[90] Wishes: Agar hubby panjang umor, sihat , sama2 meniti hari tua, anak2 dan keturunan sentiasa dilindungiNya dan segala yang baik2 laa....



Ok! Dah siap!! Yang lain2 tu tie tak larat nak buat. Mungkin kalau rajin nanti, ekk! (nak jadi org johor gak!) Tie takkan tag sesiapa...masih baik lagi...hihi... Ni lah tag yang paling panjang tie siapkan. Napa laa...asyik kena tag je bulan ni..




Sunday, October 26, 2008

Smile utk Kin Hashim

Lagu ni memang salah satu lagu kegemaran Tie. Tie suka nyanyikannya (perlahan2 laa...) bila Tie dlm kesedihan ....Tie ingin tujukannya khas buat Kin Hashim dan semua yang sedang berjiwa sentimental....hihi.... Hayatilah lyrics nya ...ok.





Smile...... though your heart is aching
Smile...... even though it's breaking
When there are clouds in the sky, you'll get by
If you smile...... through your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You'll see the sun come shining through..... for you

Light up your face with gladness
Hide..... every trace of sadness
Although a tear may be ever so near
That's the time... you must keep on trying
Smile, what's the use of crying?
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile.......

That's the time you must keep on trying
Smile, what's the use of crying?
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile.....

Okaylah....senyum2 lah selalu...dan kepada teman2 yang sudi datang dan meninggalkan komen tu..terima kasih berbanyak. Tie baru balik ni..nanti boleh cerita lagi, ye...


P/s: Sorry laa, suara dia kemek sikit!! At least lebih merdu dari suara Tie!...Hi hi....Ada yang tak sama senikata asalnya...mungkin dia main bantai je....Lagu ni di compose oleh Charlie Chaplin....

Thursday, October 23, 2008

Tag dari Adila

Adila....ini jawapan tag tu!

What were you doing 5 years ago?
Masa tu kak tie dok kat gong badak., rumah sendiri (teres- tapi sekarang dah disewa), seronok gak dok sana, kawasan perumahan. Kedai dekat , depan rumah je..kalau merangkak pun sampai..hi hi....

What were the 5 things on your to do list today?
Macam biasa laa kerja house manager ni...tapi sibuk lagi sebab blogging laa..
  • Pagi2 buat breakfast, sumbat baju dlm mesin basuh, bila siap gi jemur (jemur masa gelap2 lagi sebab takut kena panas matahari lak nanti!)
  • Bila budak2 tu dah gi sekolah, mula operasi mengemas, sambil on kan pc semput nih...(ambil masa utk running sebab dah masuk virus laa...malas format semula..tgklah kalau rajin nanti)
  • Sambil2 tu lipat kain, gosok baju dan mula godek2 fridge tu utk menu hari ini.
  • Bila pc dah ok, mula blogging, sambil masak2 utk lunch. (2nd child sekolah petang, so kena masak awal sikit)
  • Dan kalau rajin, buat something utk minum petang. Kak tie jarang tgk tv kecuali ada rancangan best.(csi,cerita omputeh,cerita antu,cerita kelakar dan cerita adventure)
What are 5 snacks that you enjoy?
  • Prawn Crackers (jenis double decker )
  • Keropok Lekor (kat batu rakit dan losong tuh- rasanya lembut je...)
  • Goreng Pisang (memang byk kolestrol ni..)
  • Kerepek ubi, terutama yang pedas tu. (ni yg buat gemuk!)
  • Karipap dan popiah (nanti nak buat lah)
What are 5 things that you would do if you had USD 5 Billion?
  • Nak tunaikan haji satu family termasuk mak dan ayah.(mentua on the way tahun ni..kalau ada rezeki....)
  • Selesaikan hutang2 hubby kat bank tuh!(kes kena tipu dek 'kwn' masa nak buat rumah dulu)
  • tambah duit kat semua akaun anak2 termasuk mama dan ayah mereka...hehe..(mesti ingat tau!)
  • bagi hubby kebebasan nak beli apa2 kereta atau motor kegemaran dia...sayang sangat kat hubby nih!!
  • beli beberapa buah rumah, tanah, dan sedekahkan sebahagiannya untuk anak2 yatim, ibu2 tunggal, utk bina masjid dan surau....he he..kuat betul berangan kan??
What are the 5 jobs you’ve had?
  • Orang gaji (janganlah ketawa...hu hu....nanti baca kat link tu
  • Kerja kat kedai dobi (ni pun jangan ketawa tau! )
  • guru tuisyen (paling tension)
  • kerani personnel(boleh bergaya sket)
  • assistant chemist(paling best boleh buat formula sendiri....hihi)
Ok..dah selesai pun...tapi kak tie tak sampai hati nak tag sesiapa. (memang kak tie ni baik laa..hi hi)

**********************************************

Award dari Cendawanintim

Terima kasih cendawanintim...eh tie lupa nak ucap happy birthday kat dia laa.....Happy Birthday Cendawanintim!! Sorry lambat sikit... Thanks sekali lagi kerana bagi award ni...tak sempat lak nak tempah baju glamour utk naik pentas ambik award..pakai je baju raya..hi hi..

Ok laa... Tie akan pulang ke kg mlm ni. So tak dapat nak gi lawat blog kengkawan untuk 2 atau 3 hari ni. Balik nanti kalau ada cerita2 yang menarik bolehlah kita berkongsi sama. (macam reporter lak!). Bye!!

Wednesday, October 22, 2008

Asal


Rasa2nya ramai yang tahu Tie berasal dari Johor (mcm famous je..) manakala hubby pula orang Klate. Oleh kerana over excited untuk menarik perhatian hubby, percubaan pertama ialah dengan memasak masakan kegemaran dia.


Hubby sukakan masakan singgang (ikan atau singgang tulang), gulai (kari bagi org Johor), lemak kuning, kerabu dan banyak lagi. Tie tidak hadapi masalah tentang itu kerana suka sangat mencuba benda2 yang baru.(memang minat buat experiment, nih!) Lagipun hubby rajin komen dan dapatlah perbaikinya hinggalah dia puas hati.


Akan tetapi dalam sibuk2 melayani selera dia, Tie langsung lupa makanan kegemaran sendiri(kecuali rendang), masakan yang mak ajar, termasuk budaya orang Johor..(teruk betul laa.....) Kami tinggal di Johor ketika mula2 berkahwin, kira2 8 tahun . Masa tu bahasa Johor masih lagi lekat pada Tie tapi anak2 sudah mula berbahasa campur sikit2 Klate (dari ayah mereka tu...)


Tapi kini Tie rasa kesal kerana tidak mempraktikkan beberapa perkara yang mak telah tekankan pada Tie dulu.(mungkin ada persamaan dengan negeri lain) Antaranya...ungkapan 'buang air' (biasa cakap direct je....), 'kurang periksa' (tidak tahu), perkataan2 seperti camca (sudu- anak Tie terpinga2 bila toknya suruh ambil camca!), gebar (selimut) dan sepatu (kasut) ..Mak Tie ni orang dulu2....banyak lagi bahasa dan perkataan antik, tapi Tie dah tak ingat...nanti balik nak tanya.


Bila kami pindah ke Terengganu, baru lah Tie sedar, anak2 pula mula tukar dialek (macam ada suis je....) dan Tie mula teringin (bukan mengidam tau!) nak makan makanan johor(padan muka sendiri). Mula lah calling2 kat mak...tanya resepi...ha ha ....bil tel pun melompat lah.


Sejak dari itu Tie mula masak apa yang mak ajar dulu, hubby pulak dah pandai rasa.....bila dah dok jauh dari Johor, baru tahu masakan Johor tu sedap (memang pun, hi hi...). Dah ketagih asam pedas ni (mentua pun sama), sampai hirup lagi, dia lak langsung lupa tentang singgang ikan dia tu. Dan kini kalau Tie masak singgang ikan, dia perli....lauk ni je ke?? Sedangkan masa dulu lauk itulah yang famous bagi dia!! Kah! Kah! Dia dah mula pandai makan lontong, soto (dan begedil tu), laksa Johor, tahu sumbat dan lain2.


Okeylah...bab makanan tu dah settled tapi bab bahasa dan budaya tu susahlah....Anak2 dah terbiasa ( Tie bukan anti budaya klate nih!, tapi tentu tak salah kalau tambah sikit lagi), susah gak nak suruh mereka gunakan perkataan 'buang air' bila perlu. Tapi setelah disoal selidik (memang suka buat gitu kat mereka nih!), rupanya bila di sekolah atau depan org lain, mereka pandai pulak tukar 'channel'..., guna perkataan tandas (bukan b-r-k, atau k-nc-ng). Lega rasanya

.

Sekarang, bila kami balik Johor, Tie pesan kat mereka tu... Belajarlah sesuatu yang baru di sana, hormatilah tok ayah dan tok mak tu ... dan jangan ketawa bila terdengar perkataan yang bunyinya aneh! Memang budak2 tu jenis tak kisah, tok mereka dibuat macam kawan. Kadang2 hairan kat mak dan ayah. Ayah dengan secara rasminya menjadikan anak lelaki Tie tu, kroni dia. Dan mak pula manjakan cucu2nya. Kenapa la masa Tie dulu tak macam ni. Mak dan ayah garang semacam , tak aci sungguh!!


Jadi...apa yang dapat kita belajar dari entry ni??

Walau di mana kita berada, dengan siapa dan sampai bila2 pun... janganlah kita lupa akan asal usul kita....he he...jangan jadi macam tie!! Malu laa....nasib baik mak tak kutuk. Tie tahu, dia perasan yang tuturkata dan gaya tie telah berubah tapi dalam diri Tie ini, Tie tetap Tie yang dulu........., anak mak yang penakut, pemalu dan comel....hi hi hi.........


Tuesday, October 21, 2008

Persahabatan

Hari tu jiran di depan rumah buat 'open house'. Jangan terkejut inilah kali pertama raya ni tie terima jemputan open house ! Maklum laa...tie kan house manager...hubby tu toksah cakap la...tau2 balik kenyang dan cerita apa yang dia makan kat openhouse mana2 tuh!

Berbalik kepada cerita tadi, walaupun rumah dekat2, kami penghuni quarters (blok tie cuma 7 family) ni takkan keluar 'bermesyuarat' sekiranya tiada sebab. Jadi bila lama tak jumpa, rasa seronok pulak, bercerita (bukan gossip tau!) kisah diri dan keluarga masing2 kerana dah lama tak dengar khabar (macamlah duduk dalam gua). Sambil makan (banyak menu lak tu!) sambil bersembang. (langsung hilang sifat pendiam tie!)

Lepas makan (bila dah tak de tetamu lagi) kami pun ramai2 tolong kemas mana2 yg patut, basuh pinggan dan........makan lagi...hihi....Balik rumah sekejap sembahyang asar dan datang pula sambung kemas....dan makan lagi.....(Tie makan sikit je laa...malu) Bila dah maghrib, masing2 nak mengundurkan diri (kesian tuan rumah tak dapat rehat), tapi sebelum tu ada lagi makanan yang tak habis..Bermulalah operasi 'isi jabey' (maksudnya tapau lah!) Kiri kanan tangan penuh dengan bungkusan (lontong dan kuih2) , nak salam pun susah. Tuan rumah nampaknya senang hati sebab makanan habis dan tak membazir (baik betul kami nih!)

Sampai rumah(setelah berjalan terkedek2), hubby dan anak2 sambut tie dengan lagu nih!:-


Apa yang penting? Jabey dulu!

Apa yang penting? Jabey dulu!......macam perli je!


P/s: Jabey (atau supik-bahasa klate dan ganu) maksudnya plastik.


ooooooooooooooOOOoooooooooooooo



Cuba teka benda apakah ini?? Hubby suka bawa balik sesuatu yang baru untuk tie buat kajian (dan makan). Orang klate panggilnya pulut dakap Tapi tie tak pasti apa orang terengganu panggil. Memang susah nak dapatkan pulut ni. Org2 tertentu je yang pandai dan rajin buat(kerana minat dan permintaan)

Rasanya lemak dan sedikit manis...tak ada inti...pulut saja. Tie agak ia dikukus dulu baru dibungkus dan direbus pulak (main agak2 je). Ada sesiapa yang tahu tak pasal pulut nih?? Ia sedap dimakan dgn sambal daging, rendang dan gulai.

Rasanya tentu macam ketupat daun palas je..tapi lebih wangi sebab guna daun pisang. Tie rasa pernah makan masa di keluang, johor tapi ia dibungkus dengan daun palas .Cara bungkusnya pun lebih kurang sama je..namanya kalau tak salah ..lepat, dan adakalanya dibubuh kacang. Tie cuba google nak cari gambarnya tapi tak serupa yang tie pernah makan dulu... Sekarang ni susah nak jumpa, laa.


Sunday, October 19, 2008

My first kuzi!!


Hari ni buat pertama kali Tie masak lauk kuzi (saja nak kecoh2). Sebenarnya memang dah lama nak cuba, sebab dengar dari orang , kuzi tu sedap. Tapi oleh kerana tak pernah merasa , tie tak berani nak cuba. Sebenarnya Adila cadangkan tie buat kuih. Tapi tie malas nak buat kuih, leceh lah nak sukat2 ni . Kalau masakan, tie main agak2 je...nak cepat je.... Tapi...nanti lah...kalau datang angin rajin kak tie akan buat deserts, okey??

Hari itu (bulan puasa) ada kawan jemput berbuka puasa di .... Kat situ Tie nampak label kuzi kambing....Jadi Tie pun cedok lah 2 ketul dlm pinggan (kecik aje tau!). Bila dah rasa baru puas hati. Fikiran pun dah melayang ....nak cari mana lak rempah kuzi tu....Tapi bulan puasa ni tak boleh masak masakan yang kita tak pernah buat...Nanti haru jadinya.

Beberapa hari yang lepas, tie ajak hubby tersayang ke hypermarket kat ganu tu...Terus cari kat tempat rempah. Haa....jumpa dan campak dlm troli! Pastu gi cari kambing tapi tak ada, jumpa beef je...jadi laa....janji daging.


Jadi ini lah hasilnya. Nampak ok tak?? Rasanya lebih kurang sama dengan kuzi yang tie makan dulu. Resepinya ada di belakang packet rempah kuzi tu. Siapa2 nak cuba masak ni kena rasa dulu kat mana2(pandai2 lah bodek hubby tuh!). Itulah cara tie belajar masak sendiri. Kalau tak pernah rasa macam mana nak pastikan masakan kita tu menjadi? Siapa dah pandai tu diam2 aje lah...ni untuk orang2 yang belum mahir macam tie nih! Hi hi hi..........

Kemudian niat tie nak buat acar tapi lupa lak nak beli timun (memang pelupa betul makcik nih!). Tie teringat kobis dan carrot dlm fridge tu, hmmm....buat acar klate je lah!




Acar klate ni mula2 tie rasa masa bertandang ke rumah mentua sebagai menantu baru...rasa sedap lak...macam coleslaw pun ada cuma tak bubuh cream...(org2 klate tu dok senyap2, yek!)

Caranya kobis dihiris halus, carrot pun sama, bawang besar dan sedikit lada merah (sebarang lada pun boleh) Tambahkan cuka, gula dan garam. Kalau ada timun, boleh bubuh juga dgn di potong halus seperti kobis dan carrot tu. Kemudian pandai2 lah rasa cukup masam, masin dan manis. Begitulah ceritanya..............boring tak??




Kepercayaan

Semasa tie tinggal di Gong Badak,Tie telah lalui satu peristiwa yang telah menyebabkan Tie resah seketika. Ianyanya bermula begini.....

Jiran Tie seorang yang peramah, anak2nya 3 orang dan semuanya sebaya dgn anak tie (satu kebetulan), kecuali semuanya lelaki. Dia memang baik dengan tie, setiap petang datang ke porch sambil sembang2, kadang2 bawa sesuatu supaya anak2nya bermain dgn anak2 tie. Tie ni memang tak biasa sebab tie perlu ambil masa untuk mesra sebegitu rupa. Bagaimanapun tie terima kehadirannya walaupun tak begitu selesa. (kesian dia,kan...)

Dia pula senang tgk anak2nya berbaik dgn anak2 tie, malah dia cuba pujuk anak bongsu tie supaya ke rumahnya (dia mungkin sangat inginkan anak perempuan). Tie sebenarnya bimbang terjadinya perkara2 yg tak diingini (takut2 isha pecahkan sesuatu dlm rumahnya). So , tie bagi alasan yang isha tu belum mahir mengawal diri utk ke toilet!!(umur isha dan anak bongsunya 2 tahun...)

Anak sulong tie ada penyakit asma. Dia nak tolong tie kerana anak bongsunya pulih dari asma setelah berubat dengan mak angkatnya. Tie beritahu hubby. Hubby kata terpulanglah....

So..satu petang dia dtg rumah, sambil mengajak tie ke rumah mak angkatnya. Kebetulan dia pun nak bawa anaknya untuk diurut (tie tak ingat kenapa). Tie pun ikutlah dengan hati yang berdebar2, membawa ketiga2 budak2 tu. Dalam kereta, hati memang tidak tenang (duk dak duk dak.....)

Sampai sana, tie tunggu di anjung sementara dia masuk bawa anak2nya. Setelah beberapa lama dia panggil tie masuk. Sebaik saja tie duduk, terus mak angkatnya komen. Katanya kesian kat tie kerana selalu ditinggalkan, suruh belajar driving dan komen tentang hubby. Tie terkedu, tak tahu nak kata apa. Dalam hati....bomoh kah dia nih! (ish! tak baik buruk sangka!) Sambil dia urut anak tie dia komen lagi...Tie rasa nak lari balik. Takut pun ada sebab tak sedia hadapi situasi begini. Niat tie nak berubat jadi lain. Memang rasa bersalah pada hubby.

Lepas tu kami pun balik, (tak ingat samada tie bayar 'perkhidmatannya'). Fikiran tie bercelaru, rasa kesal kerana pergi (bukan nak salahkan jiran tu!), rasa kesal kerana mendengar komen mak angkatnya (walaupun tie tahu tak benar, ia masih tergiang2 dalam memori nih!). Tie rasa marah kerana tak boleh lupa kata2nya. Dan tie tak boleh lelapkan mata malam itu!

Akhirnya tie beritahu hubby kerana selagi tie tak beritahunya rasa bersalah tu tetap ada. Hubby ketawa (sampai hati laa), dan katanya "takkan tak kenal abe nih! " Hah!! lega rasanya, tak murung lagi dan boleh terus sibuk2 urus rumah, anak2 dan dapur tu macam biasa!

Jadi tujuan tie tulis ni bukan nak buruk2kan org2 yang 'pandai' menelek tapi kalau tahu sekalipun pasal hubby tie atau sesiapa pun, (yang buruk2) tak perlulah beritahu kecuali tuannya sendiri yang minta. Tie kesal perbuatannya. Tie juga kesal kerana bertemu dengannya dan tak dapat pertahankan nama hubby(kerana terlalu terkejut) Bagaimanapun Tie rasa bersyukur, hubby tak seperti yang dikatakan (memang tie tahu pun...)

Ini adalah satu pengajaran bagi diri tie. Lepas tu memang tie takkan ke mana2 tanpa hubby(kecuali dgn adik tuh!) Bukan tie pandang serong pada orang tapi tie sendiri tak yakin akan diri tie sendiri. Tie sendiri yang bagi peluang .(kot2 muka tie sedih hari tu.) Tapi anehnya selepas peristiwa itu, perhubungan jiran dan tie menjadi renggang. Tie tak tahu kenapa. Dia tak tegur tie dan tak panggil tie keluar setiap petang seperti dulu . (mula rindu pulak !)

Selepas dia pindah (dia nak pindah pun tak beritahu tie), selang beberapa bulan....secara tiba2 dia datang jumpa tie, melalui pintu dapur ...Memang tie terkejut betul (selalu benar terkejut nih!). Dia datang untuk minta maaf (tak cakap kenapa pun...), Tie rasa suka pulak ..kerana selama ini tie rasa tie telah buat salah padanya.(bukan suka kerana dia minta maaf tapi kehadirannya mengubat rindu tie) Sejak dari itu tie tak jumpa dia lagi.

Tie harap dia dan family ok saja..., tie ingat akan persahabatannya....., tika sama2 sibuk tanam bunga kat garden kecik kami......, tika sama2 mengadu (tak baik tuh!)tentang kerenah anak2 masing2 dan tika sama2 buat coloring di porch (kononnya tolong anak) .......

Tie kesal (berapa banyak kesal laa...)kerana meragui nilai persahabatannya dan harap dia faham akan diri tie (yang melankolik ni........)

Saturday, October 18, 2008

Any idea??


Sebenarnya Tie sudah ketandusan idea. Setelah menyiapkan tag angau tu, rasa letih, dan tak nak emo lagi... Teruk lah bila feeling ni. Memang memenatkan. (tie juga yang mulakan dulu......memang padan muka sendiri....)

I really need something to think about, (dah jadi habit laa)...kena buat sesuatu dan berfikir...kalau tidak terpaksa lah Tie selongkar bilik stor tu lagi.......dan reflect barang2 dlm tu..(kesian hubby dapat wife psycho ni) memang dari kecik tie suka selongkar bilik stor..mak pun marah2 sebab bilik tu akan berselerak semula. Tapi sekarang bilik stor ni tie yang punya....kalau dah berselerak, suruh budak2 tu kemas!! he he ....teruk kan mama mereka ni...

Hm....tie dah mula merapu laa....ok laa....buat sementara ni tie nak pergi lompat blog ke blog...nak komen apa2 yang patut, nak kepoh2 sikit...sebab kalau realitinya tie tak mungkin buat begitu...walaupun anak dah pun besar, 3 orang pun kira ramai tuh!, Tie masih lagi macam kera sumbang bila berdepan dengan orang ramai...Nasib baik lah ada blog ni...boleh lah tie kecoh2 sikit.

Moga-moga ceria selalu..................

Friday, October 17, 2008

Pandangan

27 penduduk ditahan polis - Roboh rumah di Kampung Baru Plentong Tengah kecoh
Oleh NASRI JAMALUDINmohdnasri.jamaludin@kosmo.my

SEBAHAGIAN penduduk kampung membuat benteng bagi menghalang pihak pemaju merobohkan rumah mereka di Kampung Plentong Tengah, Johor Bahru semalam.

Apakah sebenarnya yang ingin tie utarakan di sini? Okay lah. Tujuan Tie ini adalah untuk mendapatkan pandangan dari pengunjung blog ini, mungkin ada yang mempunyai pengetahuan serba sedikit tentang masaalah ayah tie ini.

Masa dulu, tika tie masih kecil lagi ayah ada membeli 2 lot tanah, di kawasan tersebut di atas. Syarikat yang bertanggungjawab ialah dikenali sebagai Mosbert (tak tahu la ejaan tu betul ke..) Bertahun ayah bayar, setiap bulan kot...resitnya ada tersimpan. Tapi tiba2 syarikat Mosbert tu bangkrap, lalu kerajaan mengambil alih. Ayah dan ramai lagi pembeli lot itu merasa tertipu kerana bila cuba menuntut hak mereka , tiada tindakan diambil.

Mula lah timbul pihak2 yang membina kediaman di situ termasuk rumah2 banglo (tie pernah pergi laa), siap buka business (kedai dan warung), termasuk membina rumah sewa. Penduduk pun ada yang dari seberang. Itu semua kami tak kisah sebenarnya. Masaalahnya ayah dan pembeli lain tidak dapat menuntuk hak mereka selagi penduduk tidak mengosongkan tanah itu. Peguam ayah yang kata begitu. Betul ke? Jadi , bila penduduk2 keluar.....adakah ayah masih berpeluang untuk mendapatkan gantiruginya itu? (ada sesiapa pakar undang2 tak??)

Namun tie tak tahu mengenai perkara2 lain tentang tanah itu. Yang tie tahu ayah punya hak untuk mendapatkan wangnya kembali, kesian dia tau. Ada juga di kalangan pembeli telah pun meninggal dunia.

Perkara ini dah lama berlaku (seingat tie tika anak2 tie kecil lagi...mungkin lebih lama dari itu)tapi penduduk2 tu masih berdegil sehinggalah kisah mereka keluar di TV3 semalam. Nilai lot tanah tu mahal la juga kerana mengikut harga semasa. Mungkinkah ayah ada rezeki ? (tie pun nak tumpang sama, hi hi )

Friday, October 10, 2008

Lagi cerita kampung


Masa Tie balik hari tu, mek nak buat gulai itik. Adiknya beri dia seekor itik serati, so dia tambah lagi seekor untuk dimasak gulai. Entah kenapa tiba2 tie pulak jadi tukang masaknya. Rasa nak semput masak sorang2 nih!

Mujurlah adik2 ipar dah tolong bersihkan, bakar dan siap potong lagi. Masa ni Tie masih boleh snap foto . Bila dah start sibuk masak, langsung lupa lak sampai lah gulai tu habis dimakan...Tapi masa masak tu seorang biras datang tolong . Kalau tak tentu tie sedih dek asap kayu api tu...


Inilah rupanya itik yang siap dibakar, kena buang la bulu2nya, sorry...foto gulai lupa nak ambil.

Memang setengah orang tak makan itik kerana baunya yang hamis.. Tapi ia bergantung kepada orang yang menyembelih dan membersihkannya. Mujurlah adik ipar Tie mahir, so rasanya ok aje, malah lebih sedap dari ayam kampung. Tie pernah terbau gulai itik yang disembelih oleh org kurang mahir..Memang kuat baunya, Tie langsung tak sentuh pun. So, sesiapa nak cuba makan itik kena pastikan ia disembelih oleh yg betul2 tahu je..Kalau tak membazir saja laa.....


Sambil terjengkit2 Tie ke belakang rumah konon2 nak tengok padi..pertama kali tengok dari dekat sebab selama ni memang tak pernah pun. Bukan apa, takut gak dengan Mr Pacat dan kaum kerabatnya...Hari tu dah kena sekali, tak sedar pun, bila dok dapor terpandang Mr Pacat tergolek kekenyangan. Eeeee gelinya...nasib baik hubby ada , bubuh abu rokok dia langsung Mr. Pacat tu innalillah....amin...

Padi ni di belakang rumah Tie. Masa ni baru nak menguning. Tak jadi beras lagi. Adik ipar tie yang sorang tu ada usahakan padi tapi tahun ni tak berapa menjadi kerana siput gondang. Kesian juga, tak ada rezeki la tu.

Ini bunga apa?? Bunga kacang boto laa...Sorry foto ni blur sikit. Terpaksa berjaga2 sebab banyak kerengga lak..Sakit tau kena ketip kerengga!!

Ini lah buahnya. Mek tanam pokok ni kat pagar rumah atap biru tu. Masa ni memang sedap dimakan sebab rangup lagi.

Ini hasilnya, Tie jadi tukang kutip aje. Tie suka buat ulam, suka kerangupannya. Ooo...sedapnya makan dengan sambal belacan..Tak sedar tambah nasi lagi sepinggan...he he..

Sunday, October 5, 2008

Kembali lagi

Ni baru balik..Adoi..jalan lak jam dari pasir puteh nak sampai ganu ni macam merangkak je..dashyat betul...selalu tak pulak kena gini...dari perjalanan biasa 2jam setengah jadi tambah lagi sejam...Ramai betul org beraya, yek...

Raya dah lepas, so malas lak nak cerita pasal raya...Ni tie intai pokok dokong mek...tengok macam anggur lak..banyak buahnya tak termakan.


Sebenarnya tie tak boleh makan duku ni banyak sangat...nanti batuk..so tengok aje la...Mek bagi tie ambil. Takut kecik hati lak orang tua tu...Nak suruh budak2 tu bawa ke sekolah tapi mereka tak mau..Tunggu je la...mana tau kot2 ada yang dtg beraya boleh hidangkan duku nih..


Hmmm...tengok la...entah berapa besen dapat hasilnya...ada dua batang pokok..boleh la sedekah kat tetamu dan jiran2 tu..



Hubby lak punya la suka boleh berkubang dalam baruh(sawah) tu..gi cari ikan untuk dibiak dalam kolam depan rumah ni..Ni ikan haruan..campak dalam kolam berasingan...kalau tak habis di makannya anak2 ikan puyu tu..



Ni ikan puyu...banyak juga..kira beratus laa...dia dapat...semuanya dicampak dalam kolam tu...Siapa2 tak kenal ikan puyu tengok la ni...Biasa orang kampung goreng dengan kunyit hidup...sedap makan tika garing lagi...hmmm macam keropok lak..Tapi bab menyiangnya yang siksa...sirip dan sisiknya tajam betul..suruh hubby yang tersayang siangkan..he he...

Ni kolam ikan nya....Anak lelaki tu siap mengail lak...Dah kena marah cepat2 dicampakkan semula tangkapannya.. Kami saja bela ikan ni...sapa2 nak makan boleh ambil..tugas menjaga kolam ni diserahkan pada abang sulung hubby (yg paling rajin).

Kolam ikan ni depan rumah je...sebenarnya rezab taliair... dari dok penuh dengan semak, hubby buat kolam dan tanam pokok2 rambutan dan lain2...Nanti bila besar pokok2 buah tu teduh la sikit rumah ni..Buah2nya pun kami hajat nak sedekah aje kat sesiapa yang lalu ni..hi hi ..berangan besar lak..


Last sekali..ini la hidangan raya tie...gambar kuih2 tak sempat nak ambil...letih sangat la...rasa nak tercabut lutut ni...Masak simple je...tak cukup tangan...itu pun hubby tolong kacau rendang tu..hi hi..

Kad raya

Kad raya ni dari Nurhuda Cahaya...Mekasih dek...Masih raya lagi ke?? He he..

Ni kad raya dari intan rosnitta...terima kasih...tentu dah kenyang makan tupat dan kuih raya tu..hi hi..


Ni pula dari nrina...terima kasih ...banyak ke kutip duit raya tu??(anak2 punya laa...)

Selamat hari raya.....

Wednesday, October 1, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Hari ini 1st oktober...so selamat hari raya...entry ni tie dah sediakan dulu sebelum balik klate...sebab kat sana tak de pc maupun internet...Selain drp sambut hari raya....tie juga nak sambut birthday yang ke......eee malunya...dah tua laa..tapi rasa macam bebudak lagi...hi hi..


Tie rasa tie tgh sibuk kat rumah atap biru ni...melayan para tetamu..hi hi...ada ke nak datang ?? Harap2 gitu laa...bila lagi nak sibuk macam ni...Tie ada sediakan sedikit hidangan hari raya...nanti kalau sempat tie snap beberapa gambar, yek.. okey laa...rasa2nya semua orang sibuk...agaknya ada ke nak buka blog ni...hi hi...




Rumah atap biru ni (gelaran org kampung kat sini) terletak di tepi tali air, alor hijau , selising...alamat pun tak ada..Sesiapa yang kebetulan lalu kat gertak selising (rumah di sebelah kanan tali air), sebelum ke kok lanas tu boleh laa dtg ke rumah tie ni...

Janganlah segan2..Cakap je key word 'Bloggers' !! Hi hi...macam james bond, lak..Teringin gak nak jumpa bloggers di hari raya...Tapi raya pertama je...hari2 lain tie pulak gi beraya sakan...Lagipun raya pertama boleh laa rasa rendang dan lain2 tu..(shh...rahsia)

SELAMAT HARI RAYA!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...