Sunday, June 29, 2008

Balik Kampung


Tie balik kampung kelate jumaat lepas. Dah lama tak tengok rumah tu, dah naik hutan lak. Entah bila dapat duduk sana, bukan senang darling Tie dapat posting kat sana... Puas cari kabel besar, tak berjaya juga. Bukan apa, kat sana tanah luas gak, dah berangan nak bela ayam, itik dan kambing. Nak tanam pokok pisang, ubi, pokok buah dll. Kalau nak tunggu darling pencen, rasa2nya tak kuat 'nak pikul cok'! He.. He.. dah boleh kecek kelate sikit2.


Sempat juga makan gulai itik serati, dgn moombear nyior. Sedap gak. Kebetulan ada jiran buat kenduri sambut menantu.. Pagi tu pergi tolong2 sikit, maklumlah org dapur.. Sampai pijar tangan ni buat solok lada..


Kami pun ingat nak buat kenduri ...,'naik rumah baru'. Tapi tak tahu bila, budak2 tu sibuk dgn sekolah. Ayahnya lak sibuk dgn kerja. Mek kat kampung dah susah hati sebab lembu dah kurus. Nampak gak tulangnya timbul je, macam badan Arif...Bagi vitamin pun tak naik badannya. Ha.. lembu pun makan vitamin tau.. Mek nak bagi lembunya 2 ekor kat kami untuk buat kenduri. Kat sana tak leh buat kecik2 kendurinya. Kaum kerabat ramai. Takut terjilat2 lak nanti.


Rumah Tie kecil je.. Budget tak banyak. Itu pun kena tipu dek saing sekolah . Dahlah buat rumah 3/4 siap, senget sana sini , bentuk rumah pun hodoh, malu gak pada kawan2 nanti . Sampai sekarang tak jumpa2 lagi. Kata orang dia ambil 2nd wife, keluarga dia huru hara, duit kami dibuat honeymoon agaknya..Dah nasib kami. Harap husband Tie tak terserempak dgn nya , takut terjadi perkara tak diingini.. Hati dia panas lagi, tu.....
P/S : Azza, gambar lama kita tu dah buruk lah, Kalau Azza ada, post kat Tie, boleh gak promote sikit mana tau kot2 ada yg berkenan.. He he.....
Kepada Bangmir dan Asharul tu, akak tak pandai menulis sgt, main hentam je. Subject BM dan Eng paling benci. Tapi, thanks pada cikgu2 dulu, boleh gak karang cerita sikit2. Agaknya mereka mesti sakit kepala bila baca karangan ni. He he.....

Thursday, June 26, 2008

Ayah

Dah lama Tie tak bersembang dgn ayah . Biasanya bila talipon , mak yang angkat. Ayah walaupun dah pencen sentiasa sibuk aje.. Dia memang minat membaca dan menulis. Tapi tak pernah publish pun.

Dulu ayah banyak hobi. Antaranya bermain piano, bertukang (tapi meja yg dibuatnya bergoyang lak), photography, mengail, dan memburu..(yang paling bahaya tu..) Alat bertukangnya lebih dari cukup, begitu juga alatan memancing. Gambar pun pandai cuci sendiri. Masa tu mana ada camera digital. Cuma 'air rifle' nya aje dah dijual. Sebab bimbang benda tu senjata. Dia pun dah tak berburu lagi.

Cite pasal berburu ni, ayah telah lalui macam2 pengalaman pelik. Sekurang-kurangnya seingat Tie, dia dah 2 kali terjumpa dengan hantu.. He.. Cite hantu lak ni...

Masa tu hujan, dlm hutan , rasanya kat mawai, Johor. Dia dan kawannya cari tempat teduh. Kebetulan jumpa bangsal buruk, jadi mereka pun menuju ke situ. Tapi, sampai situ kelihatan seorang perempuan duduk dgn wajahnya berpaling ke arah lain. Ayah ni, jenis suka ambil tahu, jadi dia pun pergilah bertanya kerana dirasakan pelik , seorang perempuan berada dlm hutan, malam hari lak tu...

Haa... bila ditanya, tak dijawab, tapi kali ketiga perempuan tu pun memalingkan mukanya ke arah ayah. Ayah dgn segera pergi duduk dekat kawannya. Kawannya pun tanyalah , apa hal.
Ayah jawab perempuan tu malu nak jawab sebab tak de wajah.... Hee... Kalau Tie terus pengsan gak! Tapi ayah boleh relax je..

Masa kat tepi pantai dia terserempak dengan 2 org gadis sedang mengheret kotak kayu. Kedua2 nya berwajah serupa, berpakaian putih tapi ayah tak serik2 lalu pergi bertanya. "Tangkap ketam.." kata salah seorang dari mereka. Lepas beberapa langkah berlalu, ayah toleh ke belakang. Tapi keadaan lengang je, kesan jejak mereka pun tak nampak.. Agaknya saja syaitan2 tu nak main2kan mereka..He he...


Monday, June 23, 2008

Pak Lah Ooiii

Macam mana ni,...dah lama pendam perasaan marah , ini tak boleh jadi , budget dapur tak cukup. Harga brg kat supermarket semua dah naik. Kepala dah pening, Kenapalah Pak Lah tak fikir panjang2. Dia dah nyanyuk ke? Dah naikkan harga bahanapi pastu nak bagi subsidilah, bagi rebate, nak tukar itu dan ini. Kenapa ni, menyusahkan kita, malah menambahkan kos tu adalah...

Pak Lah Oi!!.. Kan lebih baik turunkan semula harga minyak tu.. Tak yah susah2 lagi. Bagaimana org kampung yg tak ada gaji tu.. Harga makanan dah melambung. Siapa nak tanggung? Rebate tu tak bermakna..lah. Hentikan saja majlis perasmian itu ini.., jamuan.., seminar kat tempat mewah tu..., kat pejabat bukan tak leh buat, takyah bagi cenderamata yg entah apa-apa, beg2 kulit tu pun tak yah sediakan, masing2 dah ada berlambak kat rumah....

Kami dah lama berjimat, tapi nilai duit kat bank tu nampaknya makin turun... Hai... janganlah jadi macam Rupiah sudahlah...Tak sanggup nak heret Ringgit dalam guni semata2 nak pergi kedai..

Wah , kakitangan kerajaan dah boleh buka bisness ke? Siapa nak membeli tu... Semua orang terpaksa berjimat. Nak jual kuih? Tepung dah mahal, takkan tak tahu.. Pak Lah Ooiii.... Semuanya kena buat sendiri, kuih, roti, roti canai pun dah pandai buat.., tak pandai tebar pun tak apa, penyek je.. janji anak2 kata sedap....

Nak jual apa lagi? Barangan kesihatan, dah berlambak...., pakaian,...perkhidmatan? Hmm ..Ingat nak start jaga anak org lak. Bukak nurseri kecil2an. Entah boleh ke... Dah lama tak pegang budak kecik. Takut terlepas lak....

Pak Lah OOiiiii Tolonglah kami. Rasa macam sesak nafas ni.. Sejak dah kahwin ni semakin hanyut Pak Lah ooii., dah lupa ke tanggungjawab terhadap kami ni?

Pak Lah Oii, sebelum Pak Lah berundur, cepat2lah betulkan kesilapan tu...Takkan tak sedar lagi. Baik cepat mengaku salah daripada dikutuk orang hari2.

Pak Lah Ooii, dulu masa jadi PM semua orang (hampir semualah) suka, senang hati, dan harapan kami tinggi menggunung. Tapi sebaliknya terjadi.. Macam mana boleh jadi begini.

Tak tahulah Pak Lah oii, tak tahu nak cakap apa lagi.......

Maaflah Pak Lah oii... Tie tak sengaja nak berkasar...., Tie bukan jenis orang begitu.. tapi dah tak tahan lagi..., ni ...siapa2 nak babysitter, bolehlah dtg rumah. Tie boleh jaga ikut office hour je....

Sunday, June 22, 2008

Kisah swimmer

Tie baru gi ziarah blog Hashim. Bila tengok anak2 penyu tu teringat lak pada swimmer, si kura2 Arif beli dari JB. Masa tu kecil je, besar duit 50 sen. Lepas setahun besarnya sebesar tapak tangan. Kuat makan dan nakal gak. Bila balik Johor, bawa balik tunjuk toknya. Toknya lak pandai melayan.
Sekarang ni, swimmer dah tak ada. Tie suruh Arif lepaskan di Sekayu, kesian kat dia sebab tak de siapa nak layan kerana masing2 dah sibuk dgn sekolah. Nampak Arif tu sedih je, tapi Tie pujuk dia yg Swimmer tu bahagia di 'resort" nya. Sekarang ni dia tak sebut2 lagi. Dah lupa agaknya. Harap2 Swimmer tu sihat dan ceria di sekayu tu...

Thursday, June 19, 2008

Budak-budak tu nampak baik je... Masa posing mesti pandai berlakun. Sebenarnya mereka tu tak leh duduk diam, sejak kecil sampailah besar ni.. Yang kecil sekali tu Dira, anak saudara dari Shah Alam. Nakalnya sama je.. keturunan agaknya..

Wednesday, June 18, 2008




Mereka ni dah besar sekarang, Arif tu ada penyakit Asma, sebab tu nampak kurus semacam.


Tuesday, June 17, 2008


Harapan Tie ketiga-tiga yang tersayang ini dapat melanjutkan pelajaran dengan lebih jauh lagi dan menjadi insan yang berguna.



Monday, June 16, 2008

Anak Ketiga

Anak ketiga namanya Nur Farisha, dilahirkan di JB. Masa kecil dulu tembam, sekarang dah kurus.

Friday, June 13, 2008

Anak Kedua


Nur Hazwani dilahirkan di Keluang , Johor. Selalu kena tengok-tengokkannya kerana takut Arif cepuk mukanya. Masa ni lagi ligat Tie di rumah. Dah macam wonderwoman.

Thursday, June 12, 2008

Muhammad Arif


Arif ni memang nakal. Kalau nak suruh duduk memang susah. Tie serta merta jadi Tarzan sejak kelahirannya. Asyik terpekik kerana terkejut dek kerenahnya.

Perkahwinan

Kami bertunang pada 29 Feb 1992. Pada hari itulah Tie dengar berita kematian allahyarham Sudirman di radio. Rasa sedih lak. Pada 1sept, tahun itu kami melangsungkan perkahwinan. Oleh kerana husband Tie berasal dari kampung, Tie dapatlah merasa suasana di sana. Pertama kali Tie melihat lembu dan kambing dari jarak dekat, takut pulak. Lebih-lebih lagi ada angsa berkeliaran. Tie takut kena kejar, jadi Tie duduk kat tangga aje.
Masa tu, tak ada mesin pam air, mak mertua tie tolong cedukkan air untuk mandi. Haaa, manja sungguh kan...
Mula-mula memang susah nak menyesuaikan diri, tapi, sekarang dah ok. Kecek Kelate pun dah pandai sikit-sikit. Masa dulu, hanya terlopong je bila dengan puak-puak mereka bersembang. Sekarang dah boleh interframe... He..He...
Agaknya kalau Zul tahu yang Tie berkahwin dengan org Kelate, tentu dia rasa seronok. Coursemate kita kan ramai juga dari sana. Tapi di mana agaknya dia sekarang...

Wednesday, June 11, 2008

Tie berhenti dari Seamaster kerana gara-gara boss baru yang berlagak tu. Tie memang tak suka konflik, lebih baik Tie pergi sebelum apa-apa terjadi.
Tie kerja di Seiko Instruments sbg personnel clerk. Ada kawan baik namanya Miss Lim. Tak pernah lokek dengan cokelatnya. Ha.. Tie memang suka cokelat. Tapi tak lama kerja di situ, kerana tak tahan tekanan. Kat situ banyak department. Dan masing-masing seolah-olah tak sebulu. Susahlah nak berkerjasama. Jadi, Tie kerja di JB lak di Pang Hock, Merlin Tower.
Seronok gak di situ. Ramai Chinese, kerja nak cepat je... Masa temuduga dulu, kononnya mengaku pandai komputer. Jadi masa lunch, terkial-kial belajar sendiri tika tak ada orang. Kelakar lak.
Ketika ini Tie masih berutus surat dengan husband Tie. Kami tak berjumpa pun, berkawan biasa, tak tak sangka hingga ke jinjang pelamin. Tie berhenti kerja bila berkahwin kerana husband kena posting kat Pontian. Kalau nak tau dia orang Kelate. Tie sebenarnya tak senang dengan orang Kelate, tapi dah jodoh lak.

Tuesday, June 10, 2008

Mula Bekerja


Lepas grad, ayah suruh cari kerja. Ingat nak sambung study. Ramai yang sambung study di UPM. Rasa sedih terutama bila Zainal telefon bertanya khabar. Katanya puas dia cari Tie di UPM. Nak buat macamana, walaupun result membanggakan, rezeki tak ada. Tie merana kerana masa tu susah nak dapat kerja.

Setelah hampir setahun, barulah dapat kerja di Seamaster sebagai assistant chemist. Mr. Yong yang menemuduga, terus terima kehadiran Tie di makmalnya. Dia, seorang chemist yang aneh . Kadangkala lucu tapi ada masanya menyakitkan hati. Walaupun begitu, Tie amat terhutang budi kepadanya.

Tie ada ramai kawan di sana, selain dari bahagian pentadbiran (Rahimah, Yeo Chow dan Asma), Asokan (Lab Assistant), dan production (Ah Boon dll). Tie tak ingat nama merekalah.

Mr. Yong tu pelik , ada sekali dia ajak Tie pergi honeymoon kat Genting. Tie buat-buat tak dengar je. Dan ada sekali Tie bertelagah dgnnya kerana dia tak mengaku kesilapannya . Esoknya Tie dengar cerita dia mabuk di pub. Hai... macam-macam hal.

Namun, Tie tetap menghargai persahabatannya. Selain dari dia, ada seorang trainee chemist , namanya Lau. Dia bagai seorang abang yang penyayang. Dia selalu tolong Tie. Katanya, kalau Tie ni Chinese, dah tentu kita boleh jadi abang adik! He..He... Tie tak berani bertanya maksudnya. Bila Tie berhenti dari Seamaster, dia dan seorang lagi abang chinese yang Tie dah tak ingat namanya menghadiahkan Tie seutas jamtangan emas, hingga kini Tie ada menyimpannya.

Sunday, June 8, 2008

Alam kampus 3


Coursemate Tie semuanya baik dan tak pernah mendatangkan masaalah. Zainal, Zul , Zamri tu bolehlah dibuat teman bersembang. Hemmm, kadang -kadang mereka tu malas nak buat notes , pinjam lak dari kami girls... Biasalah tu...... Tentunya mereka-mereka tu dah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Macammana agaknya rupa mereka sekarang.... Anak-anak tentunya dah besar kan........ Kalau rasa-rasanya nak contact Tie , hantarlah mesej atau email..... Tie akan balas punya.......He...he....

Saturday, June 7, 2008

Alam kampus 2


Tie suka study di library. Tie dan beberapa orang coursemate akan sama-sama ke library bila ada masa terluang. Tapi kerana sering diusik kerana kehadiran Azlan, Tie mula memberanikan diri study sendirian.
Dari situ juga Tie sering terserempak dengan Azizah yang juga study sendirian. Kami mengikuti kursus yang sama cuma berlainan kelas. Azizah atau panggilan manjanya Aza seorang yang cute, ala-ala hindustan dan menggoda (sorrylah Aza!) He He......
Aza mempunyai ramai peminat dan ini membuatkan Tie rasa rimas kerana selalu dijadikan sasaran atau 'orang ketiga' .
Kami dah macam belangkas. Kalau ada Tie mesti ada Aza, begitulah sebaliknya. Mula-mula kami study di library, di tempat yang paling strategik iaitu di level Engine, dapat lihat kedai buku, pintu masuk library dll.
Meja tu dah jadi milik kami, dan di situlah kami berbalas surat dengan Acan dan Jambang.
Acan nampaknya minat kat Aza tapi malang Jambang pula minat kat Tie. Bukannya apa , Tie ni takut betul padanya .......kerana jambangnya . Sorrylah Jambang.

Asrama Cempaka


Hamidah ialah salah seorang dorm mate Tie. Dia juga classmate Tie. Hamidah seorang yang lemah lembut, penyayang dan penyabar. Dia sanggup meninggalkan kerjanya semata-mata untuk menemani Tie sekiranya diperlukan . Tie ni memang penakut terutama sekali bila berada di kolompok ramai. Tie tak biasa bergaul jadi Hamidah akan menemani Tie jika nak ke Kooperasi di Kenanga atau ke kelas.
Bagaimana keadaannya sekarang , ya. Harap Hamidah sihat dan gembira bersama keluarga. Dia ada hantar Tie kad undangan ke perkahwinannya tak lama lepas grad dulu.

Friday, June 6, 2008

Camna? Ok tak?


Seronok dapat jadi student ITM. kerana dapat menimba ilmu, pengalaman dan juga pengajaran(dan dapat hubby laks). He he..... (jangan renung lama2.....tie malu tau.....)


Ada rupa heroin cerita winter sonata tu tak?? hi hi..perasan laa...

Melangkah ke Menara Gading


Tie rasa beruntung kerana dapat sambung belajar di ITM, Shah Alam. Tie ambil course dr Applied Science. Tie paling benci masa orientasi. Tak pernah Tie ditengking dan diherdik sebegitu . Perasan betul senior-senior tu. Baru part 2 dah berlagak. Seminggu tu Tie merana betul. Rasa nak balik je.
Mula-mula tinggal di Seroja, kemudian kena pindah ke asrama Jati. Di asrama Jati, salah seorang roomate bernama Syikin sangat baik terhadap Tie. Dia selalu berkongsi makan malah baju dia pun dipelawa pinjam.
Tie amat menghargai persahabatan kami. Malangnya setelah diarah berpindah ke Cempaka, hubungan kami menjadi renggang. Mungkin kerana jarang berjumpa.

Thursday, June 5, 2008

Zaman Sekolah

Irene Wong merupakan kawan yang setia semasa Tie bersekolah di Sek Ren Infant Jesus Convent, JB. Kami mula rapat sejak darjah 3. Di waktu recess, kami akan makan bersama dengan membawa bekal masing-masing.
Biasanya Tie bawa roti dengan marjerin ditabur gula. Dia pula bawa nasi dengan lauk cencored tu.. Tapi dia faham lalu duduk jauh sikit dari Tie. Kesian dia....
Oleh kerana Tie tak punya ramai kawan kerana sikap Tie yang pendiam, dialah teman yang rajin bersembang dan melayan kerenah Tie. Tie harap Irene sekarang bahagia dengan keluarga tersayang. Terima kasih Irene

Masa kecil

Tie ialah anak sulong dari 5 orang adik-beradik. Ayah ialah seorang guru muzik dan mak ialah surirumah.
Tie seorang yang pendiam dan pemalu. Boleh dikatakan rajin juga menolong mak di rumah tetapi malas belajar. Tie paling takut berbuat salah kerana jelingan mak saja sudah membuatkan Tie kecut perut.
Bagaimanapun Tie rasa terharu dengan sikap mak yang penyabar dalam membesarkan anak-anak serta menguruskan rumahtangga dalam serba kekurangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...