Tuesday, July 29, 2008

Kisah lama

Semua orang tentu ada pengalaman yg tak dapat dilupakan.. Salah satu darinya yang masih tie ingat ialah ketika menjadi orang gaji untuk sebuah keluarga elit di KL. Tentu rasa hairan, macam mana boleh jadi begitu...

Sebenarnya lepas grad tie tak dapat sambung study seperti yang diharapkan kerana masalah kewangan. Rasa kecewa kerana terpaksa cari kerja.(merajuklah tu...) Masa tu pulak zaman ekonomi meleset, kerja susah nak dapat , malah girls yang bertudung (orang dakwah- gelaran masa tu) dipandang serong.

So,.. tie ambil keputusan cuba nasib di KL(tak taulah kenapa jadi berani ni). Saja apply jadi orang gaji buat sementara.. dah ada duit nanti nak cari kerja lain...

Sampai di Hentian Pudu, seperti yang dijanjikan, seseorang akan dtg ambil tie di sana.. A dan bapanya (seorang Dr) datang, jemput tie ke rumah mereka. Aduh.. mak datok! Besar betul rumah mereka, 3 tingkat dan tingkat atas ada dom macam masjid lak... Aneh betul..

Mereka keturunan Sri Langka.. Entah macam mana boleh hidup senang kat sini.... Tapi orangnya baik2, cuma tie ni je yg rasa rendah diri.. Mula2 tie diajar buat capati... Tie main bantai je... tak bulat tapi oval.... lantak dialah.... tapi mereka tak komplen pun....janji boleh makan agaknya.

Masak nasi tak guna pun periuk letrik.. Leceh betul, kena rebus beras dulu, buang airnya dan tanak hingga masak... oops, kena bubuh sikit garam.. tang ni selalu lupa... lepas tu bubuh sikit margerin... Tapi kerana dah biasa dgn cara tie, lama2 mereka terima aje nasi tu seadanya.. he he....

Mereka tak makan hati dan hempedal ayam... tapi tie sayang nak buang so tie masak goreng berempah dan hidangkan. Ha.. habis pulak sampai mintak tambah... kelakar betul...Oh.. agaknya mereka memang suka rempah kari... goreng sayur pun mesti taruh benda tu...

Hmm banyak juga tie 'belajar' dari mereka.. Kira okaylah 'kursus' kat situ......

Cuma ada satu je yg buat tie kurang selesa... Ha.. anak teruna merekalah... seorang student U, yang kebetulan bangunan U tu boleh dilihat dari belakang dapur. (handsome, gak...macam hero hindustan..tapi tie tak minat bab2 hindustan ni..) So, setiap petang A akan balik dan minta tie buatkan airnya . Dia akan duduk rehat di ruang tamu sambil tgk tv. Bertuahlah ibunya kerana anak nya bukan jenis suka merambu dgn teman2.

A ialah seorang yang cermat, biliknya bersih, tersusun rapi... Tak payah kemas pun.. tapi tie sempat intai notes kat mejanya..(nakal juga kan tie ni) Rupa2nya law student... Mesti dah jadi lawyer hebat sekarang...Mula2 dia tanya tie kenapa kerja begini...Tie diam je(tak suka kena interview ni)... malas nak layan....Dia selalu tgk tie .. dgn penuh tanda tanya...(kot2 nampak pelik agaknya...) Tu yang merisaukan...

Biasa waktu ptg hanya dia sorang aje yang ada kat rumah... .. Dia seorang yang pendiam, nampak serious dan penuh misteri.....Ha.. kenapa tie kata begitu... entahlah..., tie rasa lebih baik tie tinggalkan rumah tu.. Tak sanggup buatkan air untuknya setiap ptg..(boring laa....) Takut timbul lak perasaan yang bukan2.. (perasaan dia, bukan tie tau...ish perasan lak..hi hi...)

Bukan nak menunjukkan yg tie ni menarik malah jauh sekali..(tie ni kan mcm chinese je..) tapi dari pengalaman tie, dan untuk peringatan semua , elakkanlah dari kerap berjumpa dengan seseorang kiranya kita tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan . Bahaya tu.. kerana perasaan kasih tak mengenal paras rupa, usia atau taraf seseorang(syaitan kan ada!!)..Hati2lah yek!


So... tak sampai sebulan kat sana , tie terus 'lari' tanpa beritahu apa2, tapi masa tu ibu dan kakaknya ada ...cuma mereka kehairanan tgk tie bawa beg keluar dari rumah. Kejam betul kan tie.. tie tak dapat nak beritahu mereka,.. tak sampai hati... Mesti mereka marah.... duit gaji pun tie tak mintak.. Tie ke rumah kakak angkat di Tmn Melawati.. Haa ... tu cerita lain lak.......

Pengajarannya... tahu buat capati.., pandai guna pressure cooker..., first time makan honey dew..., rumah besar dan mewah tak semestinya membawa kebahgiaan..,kenal diri sendiri ..., dan masa tu tambang teksi dari situ ke Tmn Melawati RM10, mahal betul! Tie tak ke kl lagi lepas tu...takut terserempak dengannya lak...




Monday, July 28, 2008

Kenduri arwah

Haa... cuba teka apakah benda yang jejaka handsome ni bawa..siapa betul dapat lada sebutir..

Abang ipar tie ni adalah antara yang paling rajin... kerja tak payah disuruh tapi yang tak tahan dengar ceramah dia tu... He. he.. Dia juga agak mesra dengan tie, cuma tie rasa segan lak....

Jumaat lepas kami pulang ke kelate kerana nak buat kenduri sikit. Tie sebagai tuan rumah (tuan punya kerja- kata org kelate) hanya jaga makan minum orang2 yang menjayakan majlis tu... Mek , abang serta adik ipar yang uruskan segalanya.. dari para jemputan hinggalah tukang masak dan tukang cuci pinggan.

Kaum bapa ramai2 tolong uruskan daging. Tie tak sempat ambil gambar lembu tu..

Tu.. tinggal kepalanya je..

Kaum ibu lak buat acar dan hiris umbut nyior. Sambil buat kerja sambil mengunyah.... Wakaf tie ni tak siap lagi sebenarnya.. bubuh atap sagu dulu sebab tak cukup budget. Nanti ada rezeki barulah makeup lawa2 macam dalam 'Anjung Seri' tu... berangan je....

Ni sebenarnya bukan tetamu tapi orang2 yang buat kerja... Jamu dulu... baru boleh layan tetamu..


Yang kiri sekali kat pintu rumah tulah tie... Tengok dari jauh boleh... kalau tengok dekat2 takut susah nak tidur lak.. he he.........

Sekarang dah rasa lega bila kenduri dah selesai. Mek pun dah tersenyum lebar, tak yah runsing pasal lembu dia lagi.. Tapi badan ni sakit2.. maklumlah lepas kenduri rasa nak demam.

Thursday, July 24, 2008

Tabah





Pokok lada ni tumbuh dengan sendirinya di belakang rumah tie. Masa kecilnya tie malas nak alih ke tempat lebih selesa kerana ingatkan ia tak kan hidup lama.. Rupanya ia subur sampai berbuah beberapa kali.. Parit tu bersih , hanya air hujan je yang mengalir di situ..



Kadang2 tie kesian tengok pokok ni tapi nak buat macam mana... Kalau alihkan ke tempat lain mesti tak hidup lama.. Hmmm hidupnya tabah kan....

Tie tak sedih lagi lah...Pokok lada ni buat tie rasa bersemangat tau! ....

Tuesday, July 22, 2008

Maaf

Mohon maaf pada teman2 yang prihatin.Bukan niat untuk memohon simpati , ianya cuma luahan rasa . Dan kini barulah terasa sedikit lega seolah2 beban hilang sekelip mata...

Sebenarnya Tie terkejut bila ada teman yang komen tentang entry yang lepas. I didn't think anybody would cares.

Bukan niat untuk buat entry sedih2 malah kini rasa lebih bersemangat untuk menceriakan suasana. Beban itu tetap ada cuma sekarang ni ia 'invisible' dari pandangan mata. Memang Tie cepat sedih, terharu tapi cepat pula ketawa... he he jangan pulak sasau...dijauhkan.. Nanti bloggers takut lak nak singgah sini.

Okaylah.. nanti cuba hasilkan nukilan yang menceriakan.. Hmm kena bagi masa sikit.

Terima kasih su, kamar, kaktiny dan akak kerana masih sudi berbicara dgn Tie. Tie amat2 hargainya......

Sunday, July 20, 2008

Rahsia hati

Entahlah kenapa minggu ni rasa sentimental sangat.. Walaupun ia sudah sering terjadi tapi tie selalu elak dari memikirkannya. Tapi tak tau lah. Susah nak kata. Kita hanya boleh merancang , berdoa dan mengharap yang baik2 saja.

Kadang2 cuba juga memujuk hati kerana bukan kita sorang yang diduga oleh Nya. Kalau merasa susah mungkin ada orang lain lebih susah. Tapi rasa takut kerana bimbang tak cukup tabah untuk menghadapinya.

Tak taulah.. apalah tie merungut pagi2 ni. Kadang2 ingin sangat pergi jauh.... bukan untuk lari dari masaalah tapi sekadar untuk rehatkan minda. Paling jauh dapat pergi hanyalah ke atas sejadah, mengadu dan memohon agar segalanya akan berakhir.. Cuma hanya menunggu masa.. mungkin ia akan berubah sebagaimana yang diharapkan atau terus ....

Puas cuba berfikiran positif...dan cuba memahami ....tapi mengapa ia terus mengulangi .......menghantui diri.... menganggu hati....

Bimbang... itulah perasaan yang sering hadir.... bukan tidak redha akan ketentuanNya ... hanya khuatir.......kiranya hati ini tidak bersedia ....untuk menerima hakikatnya....

Mungkin hanya dengan mengukir senyuman... atau menyibukkan diri ... dapat meredakan hati ... kerana itulah yang dilakukan selama ini....

Wednesday, July 16, 2008

Gurindam

Apabila mata sudah kabur
Apabila kulit sudah kendur
Apabila uban sudah bertabur
Apabila gigi sudah gugur
Apabila selalu pula uzur
Apabila kerap disuap bubur
Itu tandanya akan ke kubur
Haa...
Gurindam ini Tie salin ketika menonton rancangan pendidikan kat tv. Dah lama Tie taip dan tampal kat fridge. Bila hubby balik dia baca sambil tersenyum... Maklumlah separuh dari nya sedang dialaminya.. Bukan niat untuk menyindir, hanya sekadar mengingatkan sesama sendiri.. Tie harap tuan punya gurindam ni tak marah kerana tulis tanpa kebenaran. Tie tak ingat namanyalah.. Kalau sesiapa tahu boleh beritahu Tie, ok..

Wednesday, July 9, 2008

Kena Tag

Ini first time kena tag....., dari Akak. Sifat Tie ada sedikit persamaan dgn Akak, so jangan kata Tie tiru lak... he he....

7 istimewa diriku...., tak ada yang istimewa pun.

7 tentang diri ku

i . Dilahirkan pada 1 oktober di JB.

ii . Anak sulong dari 5 orang adik beradik

iii .Berkahwin dengan orang kelate, kini tinggal di terengganu sementara tunggu arahan bertukar atau pencen..

iv. Ada 3 org anak, lelaki 15thn, perempuan 13 thn dan bongsu perempuan 10 thn.

v. Seorang yang mudah terasa, pemalu , pendiam , mudah juga berbuat silap dan mudah memaafkan .

vi . Sentiasa sedar akan kelemahan dan kekurangan diri :- ada sedikit kecacatan fizikal (hanya org rapat saja perasan) Kerana itu timbul perasaan kurang yakin pada diri sendiri.

vii. Juga suka membaca..., suratkhabar, majalah, novel, malah novel yg anak pinjam dr library sekolah pun Tie kebas


7 perkara yang menakutkan

i . Tentu sekali Allah

ii . Melintas jalan

iii. Kehilangan seseorang yang dikasihi

iv . Fitnah, perbalahan, benci membenci.

v . Mengguna mesin Atm. Tak pernah guna pun, dulu adik selalu tolong pastu kena belanja KFC.

vi. Berucap atau berada dlm perhatian orang ramai.

vii. Bila berbuat salah dan tak tahu memperbaikinya.

7 lagu yang Tie sukai.

i. Jauh disudut hati - Sudirman

ii. Doa Taubat

iii. Oh Bulan - Kembara

iv. One day in your life - Michael Jackson

v. Spring waltz ost - Yuri sangja

vi. Izinku pergi - Kaer

vii . Smile - ciptaan Charlie Caplin



7 perkara yang suka sebut

i. Ya Allah

ii. Tolong........... Bila nak suruh atau minta sesuatu

iii. Hmmmm

iv. Boleh jugak

v. Terima kasih

vi. Abang..

vii. Siap!

7 perkara yang amat bernilai

i. Keluarga

ii. Kenangan manis dan pahit

iii. Pengalaman

iv. Bila rasa dihargai

v. Sahabat yang baik

vi. Ilmu pengetahuan

vii. Daya ingatan

7 perkara pertama berlaku dlm hidup

i. Pertama kali buat persembahan bermain organ (kena paksa oleh guru) ketika berumur 10 tahun.

ii. Pertama kali dikejar anjing , nasib baik tuannya ada....

iii. Pertama kali menaiki motor ketika berkunjung ke rumah kawan (namanya Kamsiah) di Kpg Durian Tipus , Negeri Sembilan

iv. Pertama kali dapat gaji , sukanya habis belanja satu family.

v. Pertama kali jadi seorang isteri, seorang menantu dan seterusnya seorang ibu.

vi. Pertama kali tinggal di quarters berhantu @ jin di JB , haa nanti Tie cerita kisahnya.

vii. Pertama kali buat blog sendiri, walaupun tak seberapa tapi tetap rasa bangga.


Sekian...., harap akak berpuas hati yek!!







Monday, July 7, 2008

Bersyukur

Alhamdulillah.... barulah terasa nikmatnya bila ada kemudahan internet. Sebenarnya talian telefon kat rumah ni tiba2 putus selama 4 hari , tak tahulah kenapa.

Terima kasih lah kepada teman2 blog yang sudi berkunjung ketika ketiadaan Tie. Sepanjang 'cuti' ni Tie tak buat apa2 pun selain dari tugas sebagai seorang suri. Bosan gak, kadang2 main game 'The scrufs' .. haa Tie memang suka game hide and seek ni.. Petang tadi menggoreng pisang 'kelat' yg husband bawak balik . Bila dah masak ranum , tak pulak rasa kelat malah manis sangat2.


Memang husband Tie suka bawa balik makanan untuk diproses. Dia tahu Tie ni selain dari blogging , memang minat tentang bab makan. Tak kiralah jagung ke, kacang, segala jenis ubi dan mcm2 lagi. Kadang2 benda yang Tie tak pernah jumpa, maklumlah husband Tie org kampung... Tie tak kisah cuma Tie kurang minat ikan sungai. Hanyirnya buat Tie pening. Jadi Tie masak je kerana dia sangat suka makannya. Kadang2 Tie simpan dlm freezer, bila balik kpg boleh jamu adikberadik dia ...

Tie suka memasak, lebih2 lagi bila bahannya cukup dan ada orang yang sedia untuk menikmatinya.. Tu sebabnya bila balik kelate Tie akan ajak mek dan adik2 ipar datang makan di rumah. Oleh kerana Tie berasal dari Johor tentunya masakan Tie berlainan sikit. Malah sebelum Tie hadir dalam keluarga husband, mereka tak pernah merasa rendang, ikan sweet sour atau stim, ayam tandoori, asam pedas (kegemaran mek) dan lain2. Bukannya pandai masak sangat tapi kerana Tie 'pandai merasa' jadi tentu boleh 'menggubah' masakan, walaupun tak seberapa.., menjadi sedap.. He he...

Tapi, kalau mek masak, singgang ikan sekali pun Tie lebih berselera makan, tak tahulah kenapa rasa sedap je...Nak bodek dia kot...dia pun suka tgk Tie makan banyak depannya. Walaupun Tie antara menantunya yang agak 'sihat' Tie dapat rasakan dia suka kan Tie ( dah mula perasan). Tiap kali balik kpg mesti masakkan asam pedas kegemarannya. Siap bungkuskan untuk dibawa balik lagi... pandailah bodek..... He he......

Teringat masa mula2 nikah dulu, dia cuba 'kecek luar' dgn Tie tapi Tie pulak tak faham2. Tapi sekarang dia dah mahir sikit ... hai .... gara2 dapat menantu org johor. Tie pula dah boleh faham bahasa kelate. Jadi sama2 pandai.. Kelakar gak. Mungkin kalau ada rezeki dia akan ke Mekah tahun ni . Harap2 hajatnya tercapai.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...