Memang sudah lama Tie nak tahu apakah sebenarnya penyakit untut ni. Setelah kisah Puan Shaliza Shahzulkarib terpapar di akhbar, barulah Tie teringat dan cuba google untuk mendapatkan maklumat sebenar. Tetapi sebelum itu Tie ingin menyatakan rasa simpati kepada Puan Shaliza kerana terpaksa menanggungnya begitu lama dan menghadapi cabaran sebagai ibu dan isteri manakala menguruskan rumah dalam kepayahan. Tie kagum dengan pengorbanannya. Moga2 Puan Shaliza dan orang2 yang senasib dengannya dapat sembuh dan kembali sihat seperti biasa.
[Photo]Shaliza Shahzulkarib, 33, yang menghidap penyakit 'lmphaedema praecox' atau untut sejak 14 tahun lalu ketika ditemui Kosmo! Ahad di rumahnya di Taman Cheras Idaman]
PUNCA DAN JANGKITAN
Kitaran hidup cacing parasit ini bermula apabila ia memasuki badan manusia, bertelur dan menghasilkan larva.Selain manusia, haiwan seperti monyet dan beberapa jenis primat juga antara perumah yang dikenal pasti boleh menjadi tempat pembiakan cacing ini. Cacing-cacing yang kelihatan seperti benang jahit ini tidak membawa kesan buruk kepada manusia semasa ia hidup kerana jangkitannya bersifat Asimptomatik, justeru ia tidak berjangkit.
Namun begitu, kesan buruknya mula timbul apabila cacing ini mati dan sisa badannya terkumpul di badan perumahnya.Larva mikrofilaria mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk menjadi cacing matang. Selepas setahun, cacing dewasa boleh membiak dan menghasilkan beribu-ribu mikrofilaria lagi. Dalam tempoh ini, mikrofilaria akan tersebar jika individu itu digigit nyamuk.Dalam badan nyamuk, mikrofilaria mengambil masa antara tujuh hingga 21 hari untuk membesar ke peringkat paling berjangkit sebelum dipindahkan ke perumah baru apabila nyamuk menghisap darah mangsa lain.
Apabila sampai ke badan perumah baru, mikrofilaria ini akan masuk ke dalam sistem limfa untuk membiak di sana. Haiwan ini boleh hidup antara enam hingga 10 tahun dalam badan manusia, justeru, kesan jangkitan hanya dirasai apabila cacing dewasa mati.(peliknya...)
KESAN JANGKITAN
Antara tanda jangkitan cacing ini ialah demam dan bengkak kelenjar yang berulang. Bagi kaum wanita pula, mereka mungkin mengalami masalah Anemia, sementara jangkitan pada kanak-kanak juga boleh menyebabkan mereka terencat. Tanda jangkitan yang akut pula ialah keradangan pada kulit, limfa dan salur limfa sebelum berakhir dengan kaki gajah yang kronik.
Bahagian kaki yang membesar itu sebenarnya disebabkan reaksi sel terhadap sisa badan cacing yang membuatkan ia membahagi dengan cepat dan akhirnya membentuk lapisan sel berlebihan.Akibatnya, kaki kulit akan menjadi berlapis-lapis, tebal dan berlipat sehingga kaki akan kelihatan hodoh. Untut juga bukan penyakit keturunan kerana ia tidak akan menjangkiti anak-anak jika ibu bapa mereka terbukti ada menghidapnya.
ADAKAH ANDA BERISIKO?
RAWATAN
Justeru, langkah terbaik adalah untuk menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal kita. Eloklah hapuskan tempat pembiakan nyamuk seperti tayar lama, botol, pasu, perangkap semut dan sebagainya. Ramai antara kita yang kini mempunyai landskap berkolam di laman rumah(tie pun nak buat ni) , tapi mesti berhati2 lah , ya. Sekiranya kolam-kolam ini tidak dipantau kebersihannya, kelak ia akan memerangkap pemiliknya apabila menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Di kawasan-kawasan kampung pula, kolam-kolam tinggal juga hendaklah kembali diusahakan dengan menternak ikan (Tie dah buat tuh!)daripada dibiarkan sahaja menjadi tempat pembiakan pelbagai nyamuk. (takut gak!)
Harap2 pembaca sekelian dapat sedikit manfaat dari info ini. Tie cedok dari Yayasan Dakwah Islamiah. Boleh baca selanjutnya...tie potong sana sini laa...
ooooooooooooooooOOOoooooooooooooooooo
Dari KAKCHIK
No comments:
Post a Comment