Friday, April 30, 2010

Panas

Musa Hassan Pertahankan Anggotanya

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini sambil menempelak pihak-pihak yang mengkritik polis ekoran kes tertembak Aminulrasyid Amzah, 15, menegaskan, sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi menguatkuasakan undang-undang jika itu yang dimahukan orang ramai.
"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja.
"Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah di Pusat Daraf Negara sempena Sambutan Hari Polis ke-23 di sini.
Beliau mengulas kritikan pelbagai pihak berkaitan kematian Aminulrasyid akibat terkena tembakan polis setelah dia yang memandu sebuah kereta secara berbahaya dikejar oleh kereta peronda polis di Seksyen 11, Shah Alam.
Menurut saksi, Aminulrasyid memecut dan melanggar beberapa lampu merah sebelum ditahan kereta peronda polis selepas kereta yang dipandunya telah tergesel sebuah kereta lain.
Musa berkata, beliau enggan membuat spekulasi apa yang sebenarnya berlaku pada masa kejadian.
"Kejadian pukul 2 pagi dan kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan. Anggota saya takkan tahu sama ada pemandu itu dewasa atau bukan sebab keadaan gelap.
"Jika anda enggan berhenti dan terus meluru semasa polis mengarahkan supaya berhenti, maka kenderaan itu dianggap sebagai senjata sebab ia bahaya kepada nyawa pegawai penguat kuasa.
"Melarikan diri daripada polis menyebabkan syak dan sebagai pegawai penguat kuasa undang-undang kita mesti memastikan kenapa individu ini melarikan diri daripada kami," tambahnya.
 link dari
http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/4/29/mstar_jenayah/20100429212247&sec=mstar_jenayah
~ Simpati kepada keluarga remaja dan juga anggota polis yang terlibat. Bukannya mudah untuk mendidik remaja kini, dan bukannya mudah untuk menjalankan tugas yang melibatkan orang ramai. Hanya orang yang berada dalam situasi berkenaan sahaja yang memahami.

6 comments:

  1. salam tie..lega rasa tie dah kembali berblogging.dah tak sibuk lagi kan..makcik juga ucapkan takziah kepada keluarga amirul..yg makcik kesalkan kenapa ditembak budak tu,tembak tayar kereta dahlah...

    ReplyDelete
  2. salam makcik, Tie aktif di blog satu lagi
    http://kayteeze.wordpress.com
    .
    .
    Blog ni saja Tie update sekali sekala je..

    Terima kasih kerana sudi singgah di sini, :)
    .
    .
    Oh ya, Tie rasa anggota polis tu tidak sengaja nak tembak budak tu. Tujuan asalnya memang nak tembak tayar. Tapi kerana keadaan kelam kabut dengan kereta tu main redah je, tentu kalau kita pun jadi panik...walaupun pihak polis dah diberi latihan.

    Apa-apa pun, Tie yakin kes ini dapat diselesaikan. Kalau Tie jadi ibunya, Tie akan redha kerana kita sebagai ibu tentu rasa kehilangan, terutama anak yang manja dengan kita. Tapi kita tak boleh salahkan orang lain kerana yang mulakan huru hara ialah pihak kita. Anak Tie sendiri susah dikawal. Cuma Tie sentiasa berdoa agar dia insaf.

    ReplyDelete
  3. salam kak tie..lama betul menghilang..
    owh ada lagi satu blog ke? nanti saya nk linkkan :)
    sedih baca cerita budak tu kena tembak..kesian kat parents la kan

    ReplyDelete
  4. susah nak cakap siapa yang salah.
    apa2 tahziah buat keluarga amirul.

    ReplyDelete
  5. @zarin
    Sorrylah Zarin, kak tie sibuk sket. Kes budak tu dah dibicarakan. Tapi tak tahu la kesudahannya.

    ReplyDelete
  6. @zue
    Kita ambil ikhtibar je la Zue....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...