Thursday, September 15, 2011

Serious Supplier ?

Kita selalu baca, bila nak beli barang online biasa ditulis ' hanya untuk serious buyer only". 

Tapi dari pengalaman saya, setelah menghubungi 6-7 supplier barangan crafts, hanya 2-3 supplier sahaja yang benar-benar serious terhadap customer. 

Rasa stress betul 

1) Bila dah isi order form, tiada respond langsung dari supplier setelah berhari-hari. 

2) Bila dah transfer untuk bayaran, supplier senyap sunyi tidak beritahu yang mereka telah terima. Kena tanya dalam fb atau sms baru ada respond. Itu pun beberapa orang je yang respond.

3) Ada yang tak beri tracking no, atau tak beritahu bila akan dipos kecuali selepas ditanya.

4) Lepas 3 hari, malah ada yang lebih seminggu barang tak sampai-sampai lagi, walaupun dah dijanji akan diposkan keesokkannya. Kebiasaannya barang pos laju akan sampai selewat-lewatnya 3 hari.

5) Ada yang sengaja lewatkan pos sedangkan saya bayar harga pos laju tu. Kecuali diberitahu yang barang akan diposkan pada sekian hari, saya boleh terima.

Saya sedar, supplier sangatlah busy, customer ramai, tapi kenalah check email at least setiap hari . Saya seorang yang serious buyer, sebaik sahaja diberi total cost, saya akan terus buat transaction. Kerana itu saya merasa amat kecewa bila supplier yang diharapkan tidak mengambil berat.

Antara supplier yang saya suka berurusan ialah Kedai Sus dan Pu3 Craft. Kedua-duanya memberi perkhidmatan yang cekap dan cepat. 

Harap entri ini dapat mendapat reaksi yang positif di kalangan krafters semua. 

Kepada semua suppliers felt dan crafts yang serious, sila tinggalkan link di sini supaya dapat memberi saya peluang untuk menjadi customer anda. 

7 comments:

  1. kak tie, macam nak order sesuatu lagi, nanti kita e-mel/isi borang (saya serious buyer, hehehe)

    ReplyDelete
  2. Lin.... hehe... tak pe, take your time. Kak tie ada order yang nak dibereskan.... Rasa tak cukup tangan laks!

    ReplyDelete
  3. salam Tie.
    sy jual material craft juga. kecuali sy cuti n x dpt akses internet,smua emel sy bls sejurus lps bc.pos pun mmg sy janji keesokan hrnya jika esok x cuti la..sy rs yg lewat2 ni mgkin diorg layan byk order. mcm sy bkn tiap2 hr ada order..blogshop sy mungkin blm dikenali..hehe. so far blm pernah pos lewat..mai la jenguk2 blog sy nnt ye ;)

    ReplyDelete
  4. sokong dengan Tie.. setuju sgt.. ade jugak supplier yg bile kite mintak diskaun sbb beli byk, dia buat xlayan tapi bab duit, laju je layan.. sedeh tau kadang2 kene ngan org camni.. cam xikhlas dgn kastemer..

    nway, salam perkenalan.. harap bole xchANge link & follow ;) sy dah add ur link & follow.. tq

    ReplyDelete
  5. Salam Asma, thanks kerana sudi berkongsi pengalaman.

    Tie faham bila ada supplier yg telah maklumkan keadaan mereka, ada yang tulis hari2 tertentu utk pos barang, atau beritahu yang mereka tidak dapat online utk beberapa hari.

    Tapi yang Tie geram bila order sampai lebih 2 hari tidak dijawab, jadi rasa serba salah nak cari supplier lain, ... Kerana mereka yang tidak serious, Tie kekurangan material untuk buat craft, order sampai 3-4 supplier , barang yang sama, dah terlebih budget lak.

    Nanti bila perlu, Tie akan berurusan dengan Asma, ya...

    ReplyDelete
  6. Salam Rainna. Memang ada supplier gitu. Sama juga perangai certain buyer.. yang nampak bersungguh nak beli tapi lepas suruh kita buat, dia senyap jer...

    Apa2 pun Tie dah blacklist supplier yg tidak menetapi janji. Ada yang janji nak pos hari esok tapi lepas kita tanya (3 hari tak sampai), baru dia bagi tracking no... baru pos rupanya...

    Tie bukannya jenis cerewet, kalau org beritahu keadaan mereka, senang sket, kita taklah tertunggu2 dan buat planning lain, kan...

    ReplyDelete
  7. akak...
    kite pun ade jual felt..
    tp tak banyak lagi..
    kalu nk tgk datang la ke
    http://feltplanets.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...