Sebenarnya Tie adalah salah seorang dari beribu crafters baru.
Catatan ini adalah sekadar berkongsi pengalaman dan mungkin sedikit idea bersama adik-adik crafters yang baru. Kita ni cuma makcik yang kerap lepak di dapur, hehe....
love donut |
Catatan ini adalah sekadar berkongsi pengalaman dan mungkin sedikit idea bersama adik-adik crafters yang baru. Kita ni cuma makcik yang kerap lepak di dapur, hehe....
Ini adalah contoh salah satu design keychain yang customer beri. Siap design sendiri, tau.... Suka dengan cara ini kerana hasil kerja kita tentu akan menepati citarasanya, walaupun hanya berharga rm6...
Kita kena lekatkan huruf-huruf dan manik-manik tu dahulu, ( guna gam uhu), kemudian jahitlah dengan kemas. Ini untuk memastikan agar ianya tahan dan tidak mudah tanggal.
Ada crafters (baru belajar) hanya sekadar bubuh gam. Janganlah buat begitu. Walaupun nilai barang begini hanyalah rm5-rm6, kita kena hargai bayaran dan harapan customer kita.
Okay, Tie nak ajar sikit (kepada yang baru nak mula felt craft ni)....
Mula-mula jahit ribbon.
Sila abaikan jahitan comot kita, ya, hehe....
Kemudian jahit insang pari (blanket stitch) kat lubang love tu.
Lepas tu jahit tepi love tu (blanket stitch jugak), separuh jalan, bubuh fiber...
Inilah hasilnya. Jahitan kita taklah kemas sangat. Maklum lah... makcik dah mula nak rabun... :)
Selamat berkrafting...
nice dear..
ReplyDeletesalam nak tanya biasa brg2 nak buat ni blh dapatkan dekat mana ye??(^_^)
ReplyDeleteSalam, kebanyakannya dijual on9, kalau berminat kak tie ada jual starter kit utk new crafters...
ReplyDeleteAlamak! Mana pergi gambar2 tu.. susah payah kita snap langkah2 satu persatu... macam mana boleh hilang ni.. adeh..
ReplyDelete