Bantal Oggy and the cockcroaches |
Ini lah rupanya. Saiz pillow ni lebih kurang 12inx13in.
Material asas macam biasa velboa yang gebu tu. Bahan applique merupakan poly felt, tali dan butang.
Insyaallah kita akan perbaiki lagi jika diberi peluang.. rasa kena tukar semua sesungut lipas2 tu ke tali jer, macam Marky. Susah nak menyulam kalau guna potongan felt yang halus tu.
Kali ni kita guna zip sebab design penuh, susah nak terbalikkan bila nak isi fiber nanti. Jadi fiber tu diisi dlm sarung nipis dulu.
Ok, harga pengenalan rm50 tidak termasuk courier.. Mungkin bulan seterusnya terpaksa naikkan harga sebab kos fabric ni 3 kali lebih tinggi dari fabric flannel yang biasa orang buat bantal. Kos courier termasuk pembungkusan rm10 (utk SM) atau rm15( utk Sabah/Sarawak). Sekarang ni kerani pos kira ikut volumetrik pulak..
Kiranya ada sesiapa yang berminat sila pm Tie tapi untuk order bulan depan (Oktober). Bulan ni nak rest dulu dari buat Oggy dan kaum kerabatnya.
wow....kagumye....sgt kreatif & rajin!!!
ReplyDeleteTerima kasih Princess Amni.. rumit nak buat ni...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeletemacam mana eh boleh buat gambar karekter kartun ni guna felt? ade jual yang dah siap ke ataupun memang gunting dari raw felt?
suke tgk awak wat oggy. susah tu. doraemon tu pun lawa. saya penah try wat hello kitty pun dah rasa susah.haha..
macam mana blh saya tempah?
ReplyDeleteKarisma, saya buat sendiri dari felt.
ReplyDeleteNk beli kain velboa tu kt mana ada yer....
ReplyDeleteNoor Masre, kain tu kak tie beli on9 dari Mascraft supplies (fb)
ReplyDelete