Kembali

Labels:
Tie baru balik dari kampung klate kelmarin..Aduh letihnya, rasa nak tercabut kepala lutut ni tapi seronok lak bila sama2 menjayakan kenduri naik rumah adik ipar tu.. Malangnya tie tak ada masa nak ambil gambar...sibuk sangat...lagi pun malu lak orang tgk makcik ni terhegeh2 nak ambil gambar..

Jadi, bila dah selesai, tie ada sedikit masa selongkar dapur mek tu.. he he...bertuah sungguh menantu ni...Jadi di bawah tu adalah beberapa barang yang boleh dikatakan antik kerana sudah jarang digunakan kecuali di kampung2 aje..



Tempurung yang besar (sekarang ni susah nak cari buah kelapa sebesar itu ) tu dipanggil cupak, guna untuk sukat beras. Yang kecil sikit tu dipanggil leng juga untuk sukat beras. Dua leng sama dengan satu cupak, empat cupak dapatlah satu gantang. Eh.. belajar ilmu kira-kira lak, yek...Saje nak mengingatkan , manalah tau kita ni dah moden..tentu tak guna lagi benda2 macam ni kan....



Tempayan di atas tu (dipanggil genok) pulak diguna untuk simpan beras..atau apa2 lah, Kalau simpan air tentu air akan rasa sejuk...





Yang ini pula badang. Mek guna untuk tampi beras, atau untuk jemur ikan kering, lada atau apa2 saja..Badang ni banyak dijual sekarang..


Ini pula Korae atau kukur, guna untuk parut kelapa...dah lama tak guna tu..Umur pun dah lebih 30 tahun..Sorrylah gambar tak berapa jelas...guna camera antik gak...




Sekarang ni mudah aje...guna mesin parut kelapa ni... Pokok kelapa keliling rumah so tak payah nak beli kelapa, mesin ni lah ganti kukur kelapa tu....

Begitulah beberapa barang lama...., ada lagi nanti tie update yek, sibuk sikit sebab budak2 tu naik sekolah hari ni.. Dok pantai timur naik sekolah hari ahad..

Oh ya, tie ingin ucapkan terima kasih pada semua para bloggers yang sudi hadir dlm blog ni dan memberi komen ketika tie kat kampung tu.. Tentang gambar tu...dulu memang lah comel...(eh..puji diri sendiri lak...) Tapi sekarang lagi 'comel' tau... he he...Kalau terpandang mesti tak tidur punya.. he he...

##################################################################


AWARD DARI SITI KHUZAIMAH


Award ni baru tie terima dari Siti Khuzaimah...terima kasih daun keladi...kalau ada lagi janganlah segan2 bagi lagi... he he...

KembaliSocialTwist Tell-a-Friend

24 comment(s):

wahh!! sy xpernah tgk benda2 tu
antik la! :D :D


salam kak tie...
tengok benda tu teringat kg...sebhgian besar benda2 tu masih ada kat rumah nenek...


Salam Tie..

Bagus jugak kalau barang-barang antik macam ni dijadikan koleksi. Sekurang-kurang boleh tunjuk kat anak cucu kita..


maner gambar sekarang yg lagi chomey tewwww.. koser uu


neeza suka sangat dengan barang2 antik ni.. memang mengembalikan nostalgia.. neeza pernah kukur kelapa dengan korae tu kak Tie.. letih tapi best je.. hehee.. sekali sekala boleh la.. kalau hari2, mau naik marah aje hahaha!!

neeza mencari tikar mengkuang.. susah dah nak jumpa sekarang kan.. sedap baring atas tikar mengkuang.. sejuk dan selesa.. tak macam carpet yang banyak habuk.. huhuu..


sangat nostalgia barang2 tu kan, susah nak dapat sekang..


Salam tie...
Su penah tengok barang-barang tu masa memuda dulu... korae... suka naik masa arwah mak dan kakak kukur nyor, perasan naik kuda je. skrg rasanya semua brg tu dah tak de. huhu... sedih dan seronok mengingatkan kenangan lama...


adila-sebenarnya benda begini masih lagi diguna di kampung.

suzi-barang begini patut dihargai, yek..

tirana-betul tu..kami mmg cuba simpan supaya tidak hilang ditelan masa..

en_me-Oooo...malulah...

neeza-akak pernah kukur kelapa dulu, mula2 seronok pastu malas lak..hehe.. Tikar mengkuang dah mahal mak ooii.... Tak ramai pandai buat...

cendawanintim-kebanyakan yg ada tak sama buatannya..guna mesin ,so tak asli..

suara-Tulah..barang lama mengulit kenangan lama..hu hu...


salam..

cupak gantang sempat saya tengok dan gunakan semasa era sek ren..kukur nyoq atau kelapa tu masih digunakan dirumah diMalaysia..mungkin ramai juga yg tak pernah tgk kaedah tanam padi zaman dulu?cth sabit menuai,tempat memukul padi,rumah beras,kipas angin..


Bila tengok benda2 tu teringat mula-mula jumpa bakal mak mentua dulu... depa test nekcun kukoq nyioq ngan kukok tu lah!... Ketak kepala lutut...hehehe (sajer ikut slang orang utara sbb mak mentua orang utara...)


betuah punya menantu abis di selongkar nya dapur hehe..

benda2 tu zaman zino kecik2 dulu ada le tengok sekarang dah tak ada..


aduh,bila tngok semua ni terasa sayu lah plak..teringat masa zaman kanak2 dulu...skang semuanya hanya tinggal kenangan belaka..


salam

hehe bile tengok kukur kelapa tu teringat masa zaman kecik2 kat kampung dulu huhu sesambil tok mengukur kelapa, kite bertenggek kat belakang... hehe penah guna kukur... luka jari2 tersagat sekali... kenangan sungguh


Hello Tie, I enjoy read your this posting and even though Bahasa saya ya la Jurassic 1950's sebelum Merdek, saya boleh faham apa Tie cherita sini....
and waa...saya da lamah ta'tengok the words, 'cupak, gantang'...had to learn it old days in school. Sekarang da lupah, ha ha.

And tu kukur...when I was very young we had one in our house and on and off my mom would ask me to korek kelapa.

Yes, read this posting brings back old memories.
You have a pleasant week and keep well, Lee.


ibnurashidi-ada lagi barang2 lama..tak sempat nak selongkar habis..he he..

nekcun-tie terbayang nekcun ketar sambil kukur nyior tu..

zino-he he...memang bertuahlah boleh menantu ni..abis semua nak masuk internet..

kamezaim-Eh...jgn sedih lak..saja nak tunjuk brg2 lama..supaya tak lupa nanti..

manje-memang gitulah masa kecik2 dulu..konon2 naik kuda yek..

ULee-Kira oklah BM you, tie punya Eng dah parah...dah lama tak kerja, so cakap pun campur2lah ..takpe janji faham...
Tak sangka your mom pun ada kukur, ingat malays aje yg guna..wah..you ada experience jugak lah...


Salam Tie...

Apa kahbar? semuga sihat yea..

Tgk kukur & tempayan tu, teringat masa kecik2 dulu arwah emak selalu suruh akak kukur kelapa & tempayan tu kami simpan air untuk mandi (air jadi sejuk/dingin) bila disimpan dalam tempayan..

Sekarang nie dah susahlah nak jumpa benda unik macam nie..


salam singgah,
aku kat kg memang tak pernah tengok parut2 antik tuh. mak aku pakai parut mesin je dari dulu. nenek aku tak tau la...


akak-lama tak dgr cerita...mesti sibuk jenjalan yek..

bozzobattousai-amboi pjgnya nama...nak terbelit lidah ni.. ada lagi barang antik..nanti balik kpg nak cari lagi..he he...


salam kaktie,

masa zaman sekolah dulu (tinggal dgn opah) saya la orangnya tukang kukur nyior, kalo terleka je siap termakan tangan...oooi pedihnya.


kat umah saya still ada lg benda2 lama ni...simpan buat kenangan dan tanda mata...


Tie,
Cupak tu bahasa orang Perak, kan..?? Kalau tak silap Cath, dulu2 pernah dengar orang melayu kat kampung Cath berbahasa guna cupak untuk beras... Ooo, Cath ingat lagi kukur isi kelapa tu... Sekarang takyah dah... Nak santan, gi kat pasaraya, beli yang dalam tin.. Senang cerita Tie... Kekeke.


salam perkenalan..
pasal kiraan cupak, gantang tu dah lama tak guna..skang ni bebudak dah tak tau dah sukatan gantang ke cupak ke,, yg dorang tau sukatan metrik kilogram. kalau masak nasi pun skang ni guna pot beras yg disediakan kalau beli rice cooker.


rindu kat tempayan beras


shais-salam ...akak pun selalu juga terlepas tangan masa kukur tu..tu pun first time mek ajar..he he..selama ni mak guna parut jenis sagat je..

kamar hati-eloklah kamar simpan benda2 tu..sekarang ni org sanggup beli tau..

cat cat-tak tahulah cupak tu dari mana..tapi masa sekolah dulu ada belajar..

misah-skrg ni memang senang. tie sendiri tanak nasi guna cawan je..

mak su-dah banyak jual tempayan skrg ni tak tak sama dgn buatan dulu..kan..


Powered by Blogger.


KAYTIEZE ENTERPRISE

Telah berdaftar di bawah SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
dengan no pendaftaran 002103047-X

Followers

My Blog List

Kaytieze Enterprise

Kepada yang berminat, sila inbox Tie di Fb (Tie Ganu) atau order melalui email (kaytieze@gmail.com), dengan nyatakan items dan alamat serta no hp.

Harga setiap item tidak termasuk kos penghantaran pos Penghantaran pos hanyalah melalui Pos Laju. Kadar bayaran postage minima ialah rm7 (500g ke bawah). Parcel hanya akan dipos pada hari Ahad hingga Khamis melainkan cuti umum. Kami tidak akan bertanggung jawab ke atas parcel yang telah dipos. Kami akan memberi no tracking untuk kemudahan pelanggan.

Semua handmade kraf dijahit tangan sepenuhnya kecuali dinyatakan sebaliknya.

Bayaran hanyalah melalui acc maybank sahaja. Sila email Tie di kaytieze@gmail.com untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut .

Tetamu Kaytieze Crafts

Banner

Photobucket

Order List

1. 3 Purses (3 zip) dari Dearie Darling (done)
2. Felt Diary dari Anis (done)
3. Felt Diary dari Ain (done)
4. Keychain dari Insyirah (done)
5. Hp charms dan keychain (20pcs) dari Geng Sahut(done)
6. Spongebob dari Intan
7. Keychain Nama dari Zainal (done)
8. Keychain @ Hp Charms dari SK Berang dan SM TAI (14pcs)- (done)
9) Mini Felt Diary Cover (done)
10) Purse 2 zip dari Intan dan Nana ( done)
11.) Keychain dari Nadiah SAHUT (done)
12) Love rabbit (done)
13) 5pcs custom made Keychain dari Sahut (done)
14) 15pcs custom made keychain dan hp charm dari Sahut (done)
15) 15pcs keychain dari SK Berang (done)
16) Felt cover pocket note book 2 pcs (done)
17) 15 pcs custom made keychain dari SAHUT (done)
18) 12 pcs brooch (done)
19) Felt cover diary
20) 45++ pcs keychain/hp charm dari SAHUT (done)
21) 14 keychain & hp charm dari Izzah (done)
22) 7 keychain dari SAHUT (done)
23) Mini felt cover diary (done)
24) brooches (done)
25) Felt pocket tissue case (done)
25) Mini love rabbit hp charm (done)
26) Satu set doll house plus kitty cat and flowers (done)
27) Felt diary (done)
28) hp case (done)
29) 3 purses (done)
30) 30 ++ keychain/hp charm (done)
31) 3 purses and 2 diary cover and 2 keychains
32) 3 purses

Cara order

Sila tulis

Nama:
Alamat:
Poskod:
No Telefon:
Senarai Items:

Bayaran hanya melalui Maybank.

Harga postage minima rm7 bergantung kepada saiz dan berat (tambahan rm3 ke Sabah/Sarawak)

Email kepada kaytieze@gmail.com atau hantar ke message box di page Kaytieze Craft atau fb Tie Ganu (kaytieze)


Blog Archive

My online Customers

1.RekhaPearls Asak(4x)
2.Izzah Boahari
3.Azrina Fizi
4.Suryani Sabri
5.Iklima Yusoff
6.Wan Nurul Syahirah (2x)
7.Izatie Nabila
8.Siti Khadijah Othman (2x)J
9.Adibah Zakaria (3x)
10.Myzs YaNa (2x)
11.Linee Umairah
12.Nurul Fazilah Razman (3x)
13.Elis Din (2x)
14.Fatenn Nazirahh
15.Izzah Nadzrina Aimienur(3x)
16.NaDiah Eddy
17.Nurul Hanani
18. Anis Hazirah Izzati
19. Cenyum Cokmo (wani)
23. Nur Adlina Binti Aidi
24. Siti Aishah Binti Mohamad Yatim
25. Roza Abdullah
26. Eisya Elf
27. Hyun Ryn (2x)
28. Wan Rosmawati
29. Faizah Tun
30. Sofea Ribbon
31. Anis Eyra
32. Yanis Zulkifli
34. Zura Ibrahim
35. Ruslinda Ramli
36. Izan Umar
37. Mas Akmal Salleh
38. Nur Sakinah Ahmad
39. Zac Q Lyn
40. Bella Belle
41. Zila Basri
42. Adyla Catterflyz
43. Norizan Omar
44. Zacqueline Thomny Asangkul
45. Faridah Aini Mukhtar
46. Nur Shafikah Shahrom
47. Nor Hafilah Bt Hashim
48. Lovely Goodies Collection
49. Wanda Mathir
50. Manja Aira
51. Roza Abdullah
52. Chiel Lee Min
53. Ida Farid / Syazwani Suliman
54. Azura Abdullah
55. Nurul Amira Mutalib
56. Noor Hayati Hasan
57. Maziani Saad
58. Amal Junior
59. Jac Ary
60. Nabilah Haini (2x)
61. Nur Farah Eleena Zainudin
62. Nor Faizi binti Tinggal
63. Siti Rahmah Arshad (2x)
64. Maizatul Solehah
65. Aliya
66. Nor Diana Ahmad
67. Siti Khuzaimah
68. Nuraini Mahmood

Colors Catalog by Maya