KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat tiga kejadian membakar gereja dengan sengaja di Lembah Klang pada awal pagi ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Tiga buah gereja terbabit ialah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja The Assumption di Jalan Templer serta Gereja Life Tabernacle, kedua-duanya di Petaling Jaya.
"Kereta-kereta peronda polis dan anggota-anggota polis telah ditempatkan di semua gereja di seluruh negara, terutamanya di Lembah Klang untuk mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini," katanya kepada The Star di sini hari ini. ~ mStar online Jan 8, 2010
Insiden pembakaran gereja menakutkan. Bimbang sangat jika ini berlarutan. Harap kerajaan Malaysia dapat selesaikan masalah penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja itu secepat mungkin. Takut peristiwa 13 May itu berulang semula. Mujur Tie tinggal di Ulu Ganu ni. Keadaan di sini tenang sekali.
tentu aman... itu tiga suku punya orang begitu taksub...
ReplyDeleteTu laa... benci betul pada orang yang suka buat kacau.
ReplyDelete