Wednesday, January 19, 2011

Bawang Putih

Siapa suka bawang putih ? Tie suka... hehe...

Tie suka tambah bawang putih dan bawang besar dalam masakan. Tu yang susah hati bila harga bawang naik.




Bawang putih ada pelbagai khasiat (semua jenis makanan tentunya ada). Antaranya mencairkan lemak. Haha.. itulah yang membuatkan Tie bubuh extra terutama dalam tumisan...

Bukan hanya kerana untuk mengikis lemak tu tapi kerana tekak ni rasa sedap lak. Agaknya sebab tu anak-anak sendiri kurus semacam. Tukang masaknya aje yang tak kecut-kecut. Peliklah jugak!

Baunya ? Oh... bagi kita amatlah harum, ekekeke....... Nasiblah bagi sesiapa yang berjiran dengan Tie.

~ Dah buat Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh 2011 tadi, tapi anak Tie tak dapat tawaran  pun.. tak ada rezeki la tu. Malas nak buat rayuan. Tengoklah keputusan tawaran dari MRSM pulak.

2 comments:

  1. kalau memasak memang sangat wangi jika menggunakan bawang putih. terbaek!

    tapi susah sikit nak makan. hidu bau je. heeeee

    adik saya dulu suka makan mentah2.. just hiris kecik2 dan tambahkan cuka dan cili, garam, aji....

    ReplyDelete
  2. @Dearie Pearls
    Wah... boleh dia makan gitu je, hehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...