Hah!
Tie dah termakan juga desakan promoter-promoter kecil ni. Siapa ? Anak-anak Tie tu laa....
Tiap kali ke hypermarket, dengan otomatiknya mereka menjadi sales promoter tak bergaji. Ada je hulur itu dan ini sambil menunjukkan muka kesian. Keadaan menjadi lebih rancak bila sampai je ke tempat frozen food.
Oleh kerana kita mengejar masa, kita hanya tengok dan angguk tanpa membelek terlebih dahulu. Bila nak masak, baru perasan apa yang telah kita beli. Uwaaaa............... sangat-sangat tak suka!
Baru tahu ada juga hash brown yang diperbuat dari ubi kayu (cassava) . Ingat hanya kentang je.
Kita lebih suka kerepek ubi, bingka atau lepat ubi. Tapi bila jadi hash brown, rasanya macam terlebih ajinomoto lak, huhu.....
~ Budak-budak tu....... hmmm..... memang nak kena potong elaun!
ckLah memang 'tak mesra promoter'. Hehe
ReplyDelete@ckLah@xiiinam
ReplyDeleteHaha.... tu la ckLah... kebiasaannya kita tak layan promoter ni :)
alahai...takutnya bab kena kejar tu..tak suka.....nk pulak,bila kejar bersungguh mesti produk fail.
ReplyDelete@blackcardomompods
ReplyDeleteHaha... kak tie ni suka je bila ada booth-booth untuk merasa, dah makan@ minum, kita berlalu je, buat-buat sibuk cari barang, hihi... Best gak, terutama dapat makan kek yang masih panas lagik!(kat Giant la tu...)
hahaha..
ReplyDeletebila 'promoter' dah buat muka manja2 minta simpati tu, maka di situlah tewasnya pembeli...
@Dearie Pearls
ReplyDeleteBetul tu Dearie!!