Alhamdulillah.... barulah terasa nikmatnya bila ada kemudahan internet. Sebenarnya talian telefon kat rumah ni tiba2 putus selama 4 hari , tak tahulah kenapa.
Terima kasih lah kepada teman2 blog yang sudi berkunjung ketika ketiadaan Tie. Sepanjang 'cuti' ni Tie tak buat apa2 pun selain dari tugas sebagai seorang suri. Bosan gak, kadang2 main game 'The scrufs' .. haa Tie memang suka game hide and seek ni.. Petang tadi menggoreng pisang 'kelat' yg husband bawak balik . Bila dah masak ranum , tak pulak rasa kelat malah manis sangat2.
Memang husband Tie suka bawa balik makanan untuk diproses. Dia tahu Tie ni selain dari blogging , memang minat tentang bab makan. Tak kiralah jagung ke, kacang, segala jenis ubi dan mcm2 lagi. Kadang2 benda yang Tie tak pernah jumpa, maklumlah husband Tie org kampung... Tie tak kisah cuma Tie kurang minat ikan sungai. Hanyirnya buat Tie pening. Jadi Tie masak je kerana dia sangat suka makannya. Kadang2 Tie simpan dlm freezer, bila balik kpg boleh jamu adikberadik dia ...
Tie suka memasak, lebih2 lagi bila bahannya cukup dan ada orang yang sedia untuk menikmatinya.. Tu sebabnya bila balik kelate Tie akan ajak mek dan adik2 ipar datang makan di rumah. Oleh kerana Tie berasal dari Johor tentunya masakan Tie berlainan sikit. Malah sebelum Tie hadir dalam keluarga husband, mereka tak pernah merasa rendang, ikan sweet sour atau stim, ayam tandoori, asam pedas (kegemaran mek) dan lain2. Bukannya pandai masak sangat tapi kerana Tie 'pandai merasa' jadi tentu boleh 'menggubah' masakan, walaupun tak seberapa.., menjadi sedap.. He he...
Tapi, kalau mek masak, singgang ikan sekali pun Tie lebih berselera makan, tak tahulah kenapa rasa sedap je...Nak bodek dia kot...dia pun suka tgk Tie makan banyak depannya. Walaupun Tie antara menantunya yang agak 'sihat' Tie dapat rasakan dia suka kan Tie ( dah mula perasan). Tiap kali balik kpg mesti masakkan asam pedas kegemarannya. Siap bungkuskan untuk dibawa balik lagi... pandailah bodek..... He he......
Teringat masa mula2 nikah dulu, dia cuba 'kecek luar' dgn Tie tapi Tie pulak tak faham2. Tapi sekarang dia dah mahir sikit ... hai .... gara2 dapat menantu org johor. Tie pula dah boleh faham bahasa kelate. Jadi sama2 pandai.. Kelakar gak. Mungkin kalau ada rezeki dia akan ke Mekah tahun ni . Harap2 hajatnya tercapai.
Alhamdulillah ada hubungan baik dgn mertua dan adik2 ipar :-). Tie mmg pandai ambik hati..ehehe.
ReplyDeleteSalam Tie...
ReplyDeleteIni mesti menantu kesayangan nih..alhamdulillah, mak mertua pun kena layan macam mak sendiri kan..
bodek tie.. bodek.. jgn tak bodek.. tak rugi bodek mentua.. lagi hubby sayang kan kan kan..
ReplyDeletesalam kenal..