Tuesday, July 22, 2008

Maaf

Mohon maaf pada teman2 yang prihatin.Bukan niat untuk memohon simpati , ianya cuma luahan rasa . Dan kini barulah terasa sedikit lega seolah2 beban hilang sekelip mata...

Sebenarnya Tie terkejut bila ada teman yang komen tentang entry yang lepas. I didn't think anybody would cares.

Bukan niat untuk buat entry sedih2 malah kini rasa lebih bersemangat untuk menceriakan suasana. Beban itu tetap ada cuma sekarang ni ia 'invisible' dari pandangan mata. Memang Tie cepat sedih, terharu tapi cepat pula ketawa... he he jangan pulak sasau...dijauhkan.. Nanti bloggers takut lak nak singgah sini.

Okaylah.. nanti cuba hasilkan nukilan yang menceriakan.. Hmm kena bagi masa sikit.

Terima kasih su, kamar, kaktiny dan akak kerana masih sudi berbicara dgn Tie. Tie amat2 hargainya......

7 comments:

  1. Kak Tie..Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghidari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi syaitan. Oleh itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih utk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.

    ReplyDelete
  2. “Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..”
    (Surah At-taubah, ayat 40)

    ReplyDelete
  3. Salam Tie....

    Perasaan sedih tu akan sentiasa hadir dalam diri semua insan, cuma cara bagaimana kita menghindari kesedihan tu yg penting, by reading your blog akak tau Tie nie seorang yg tabah & kuat, tak mudah mengalah pada keadaan..

    Banyakkan zikir & doa kerana ia pelindung jiwa...

    Dok tunggu entry ceria...

    ReplyDelete
  4. itu pentingnya blog.. dan ukhwah sesama blogger.. segala rasa sedih, pilu, gembira, suka dan duka.. kita kongsi bersama..

    tak perlu bertentang mata, tak perlu shoulder to cry on, tak perlu bertepuk bertampar..

    hanya menulis, membaca dan menulis.. that's the beauty of blogging and it's some sort of theraphy and it works (for me at least..)

    so.. tak perlu sedih dan juga tak perlu sembunyi rasa sedih.. kaktiny di sini utk bersama berkongsi cerita (andai tie sudi)..

    ReplyDelete
  5. Terharu rasanya bila ada teman2 yang tak dikenali sanggup meluangkan masa untuk Tie. Thanks a million. Pada ustat, akak dan kaktiny, janganlah risau.. tie ni akan ok juga.. Agaknya tie ni antara blogger yg 'bermasaalah' yek!..

    ReplyDelete
  6. yup sokong semua yg dikatakan tu...that what friend a for...ok...tak nak sedih2 lg k...moga ceria2 selalu...seceria mentari...

    senyum, senyum selalu k...

    ReplyDelete
  7. Kalau nak diambil kira blogger yg bermasalah, rasanya semua blogger bermasalah... Su pun sama. Cuma kita kena selalu ingat yg hidup kita bermatlamat walaupun sementara. Sedih tak membawa kita ke mana-mana. Masa terus berjalan dan hidup mesti diteruskan.

    Jangan ingat kami tak hirau, jangan rasa kami tak risau. Walaupun kita hanya kenalan maya, tapi kita tetap bersaudara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...