Friday, September 26, 2008

Adat dan Budaya (part 2)

Sambungan dari entry yang lepas....(baru dapat idea nih!!) Masyarakat kelantan memang kuat berpegang kepada agama, mungkin ada sedikit persamaan dgn orang terengganu.

  • Sembahyang hajat biasa dilakukan untuk bakal ibu (menggantikan upacara melenggang perut), membeli kereta baru (atau second hand,air sembahyang hajat tu direnjis atasnya pulak), sebelum membuat rumah, sebelum mengadakan majlis tertentu (kenduri kahwin, kenduri naik rumah baru dll), doa utk pengantin...dan lain2. Jadi mereka ni memang banyak majlis laa...


  • Semangat gotong-royong masih lagi ada, baru2 ni tie buat kenduri naik rumah baru @ kenduri arwah, ramai yg dtg (setelah dijemput mek), sampai tak ada kerja nak buat. Oleh kerana kenduri tu kira sedekah, tetamu yang hadir dtg membawa satu atau dua kilo gula, susu atau biskut...Sampai bertimbun gula tu kat rumah tie (dah macam kedai jual gula, laa...)...Itupun separuh dah disedekahkan kepada rombongan gotong royong tuh.


  • Kiranya nak buat kenduri (be'wah-bahasa klate), org akan tanya..'mengilae ke?' Maksudnya kena bayar ke?...kalau bayar, dlm RM5 atau RM10 ikut mampu...kalau tak mengilae, mereka akan bawak gula atau susu atau sekut mengikut kemampuan...Org johor tak gitu, tau..hihi..Tapi bagus gak....lepas tu gula dan susu tak payah beli lagi...


  • Raya Korban di klate meriah kerana ramai yang mengadakan korban. Dulu masa baru kahwin, nilai 1/7 bahgian hanyalah RM130....tapi sekarang ni dah naik sampai RM300. Tapi mereka tetap buat korban walaupun ramai yang dari golongan kurang mampu. Yang ada lembu sendiri, ini lah peluang mereka, sambil buat korban utk diri sediri, mereka akan jual bahagian yg lebih tu..kira kongsi seekor lembu dgn 7 org. Daging korban tu akan diagih2kan kpd saudara mara dan org2 kampung.


  • Majlis Aqiqah (ngeqah-bahasa klate) juga meriah..keluarga hubby biasa buat pagi jumaat, buat pulut kuning dll..Oleh kerana hubby ni keturunan 'raja', anak dibalut kain kuning..masa nak bersalin pun direntang kain kuning..(bab ni tie tak berapa suka laa..sebab rimas.)


  • Org klate suka sangat bersedekah..Malah kalau gi beli kat pasar tu...mesti makcik pasar akan bagi segenggam lada .....memang dah kebiasaan kot. Dan barang kat pasar sana murah laa...Mereka pun mesra sangat...seronok gi beli nih..hihi..


  • Adat masa makan ni ikut sunnah nabi...Makan nasi kena habiskan semua, sebutir nasi pun tak leh tinggal dan tak digalakkan minum air sehinggalah selesai makan..(tapi kalau takut tercekik, dibenarkan) Dan mereka ni suka makan dgn tembikai (timun cina). Org ganu pun gitu, kan...


  • Masa dlm pantang, ibu yang baru bersalin diberi makan nasi bersama ikan kering, daging atau hati bakar...air minum sikit je..tapi mek bagi tie tembikai...( tie pun makan laa...tapi mak kata tembikai tu sejuk..) Tie dulu bersalin anak sulong di klate, hubby kata nanti anak mudah nak beli tanah.


  • Hanya anak kelahiran klate aje boleh beli tanah kat sini. Jadi orang luar tak boleh..Ini untuk melindungi klate dari dipenuhi oleh orang luar..bagus idea tuh...Tgk aje Johor...sampai org johor sendiri tak mampu nak beli rumah .


  • Hubby ada gelaran nama Tuan, jadi semua anak2 tie bermula dgn Tuan....tak kira la yang perempuan tu..Aneh bunyinya tapi hubby kata kalau dibuang 'Tuan' tu kot2 nanti susah nak kenal saudara esok2 kelak. 'Tuan' menunjukkan keturunan raja, selain dari 'Raja', Bila seorang lelaki 'Tuan' berkahwin dgn orang biasa mcm tie ni, anak2 boleh diletakkan nama depannya 'Tuan', tetapi jika seorang perempuan 'Tuan' berkahwin dgn org biasa (mcm adik ipar tie tu)..anak2 nya digelar 'Nik'....Yang lain2 tie tak tau..


  • Keturunan Raja?? Kalau gitu ramai laa keturunan raja di klate ni..Tie pernah tanya hubby....kenapa lak tak jadi raja...(saja nak sakat) Hubby jawab " Dulu kalah perang laa...tgk kaki nih...kan bengkok sikit (berkeluk) sebab mudah nak naik kuda!!" Ye laa tu....Kalau hubby raja, tentu dia cari princess kat mana2 ceruk tuh..hi hi...


  • Seperti kata Neeza,...ramai org klate kahwin lebih dari satu...Tie pun tanya hubby...Katanya ..."Org klate kuat gi kedai kopi, so selalu balik lewat mlm...bila first wife taknak bukak pintu, dia boleh balik rumah 2nd wife...kalau tak bukak gak, kahwin lagi satu..."Macam cerita P.Ramlee daa....mudah sangat...


  • Kenapa org klate kuat gi kedai kopi.? Sebab kat situ mereka dapat maklumat terkini...orang sakit ke..kematian...orang baru bersalin...anak kena tahan lokap...orang nak buat be'wah...dan macam2 lagi la. Kira internet juga, kan..hihi...


  • Akhir sekali...bahasa. Mesti dah penat membaca nih..hi hi...Hmmm...bahasa klate memang unik..macam bahasa2 negeri lain gak...Tie perhatikan Chinese klate pun fasih sampaikan pandai akad jual beli..(kena hati2)..Chinese ganu pun pandai gak. Masa baru2 kahwin ada beberapa perkataan yang menarik perhatian tie..


  • Malah (maksudnya malas- terang2 malas nak bunyikan s......hi hi..)
  • Jendera (maksudnya tido, mula2 ingat jentera...)
  • nanak (maksudnya tanak nasi)
  • jerit (maksudnya menangis....ingat jerit apa )
  • tubek (silent k- maksudnya keluar...mungkin dari perkataan terbit kot..)
  • lembik lutut (gitu la maksudnya)
  • tak chaekak (tak larat)
  • guling2 (baring2...mek kata'Gi laa guling2 tu...)
  • tok sey (tak nak)
  • kecek (cakap)
  • ghoyak (beritahu)
  • degha' (jalan-jalan)
Ok laa...tentu dah 'tak chaekak' nak baca lagi ni...Seronok gak kenal budaya orang lain..tapi tie masih kurang pandai bahasa klate ni...kalau kecek laju masih terngaga lagi..hi hi...




______________oooOooo______________




AWARD DAN KAD RAYA DARI TIRANA








Tie nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Tirana yang sudi meluangkan masa, memberi tie kad raya dan award ni..Terima kasih dan Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir dan Batin


______________oooOooo______________




Kad raya dari Umie@KakYong



Tie juga dapat kad raya ni dari Umie@KakYong. Terima kasih . Tie benar2 menghargainya..Selamat hari Raya dan maaf zahir dan batin.


__________oooOooo__________




Kad raya dari Manje



Kad ni tie baru je terima..Terima kasih manje. Kak tie ni sibuk sangat..rasa2nya tak sempat nak tepek kat rumah ni..Nanti lepas raya kak tie buat , ok...Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin..


Tie juga nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung Memori nih..Kiranya Tie pernah terkasar bahasa , maaf la...Tie tak sengaja. Tie akan rehat dari menulis entry baru sehingga lah pulang dari Klate..So..jaga diri baik2, hati2 ketika memandu, ketika memasak tu, tgk2 lah si kecil, ok....Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!

17 comments:

  1. bab yang nak bagi tahu anak masuk lokap yang tak tahan nak gelak tu.. hehee..

    orang kelantan ni (yang neeza perhati dari sedara mara neeza lah), kurang sikit tahap sabar dia.. kalau gaduh suami isteri, cepat aje nak bercerai.. lepas tu rujuk balik. kadang-kadang kawin dengan orang lain. kadang-kadang lepas kawin dengan orang lain, kawin semula dengan pasangan awal tu.. tu sebab jadinya ramai sangat isteri... hehee..
    so far, Alhamdulillah, ayah neeza tak buat gitu ;)

    mungkin lelaki sekarang lebih beriman dan tahu tanggungjawab... :)

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri,
    Maaf Zahir & Batin.

    Dari kami sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Neeza- Kak tie tulis ni pun ikut pengalaman je..betul kata neeza tu...Sabor laa yek..hi hi..

    cendawanintim- sama2 la kita kat sini..

    ReplyDelete
  4. apa pengalaman??
    yer la sama je semua tuh dengan trg.. cuma org kelantan rasmai lagi amalkan, trg, dah semakin perlahan, x ramai dah family nk follow.. banyak dah bende tak buat...

    ReplyDelete
  5. bagus gak campo ngan og negeri lain,boleh tahu pelbagai budaya, salam raya dan selamat dalam perjalanan

    ReplyDelete
  6. kiranya tie doh panda kecek kelate la ni...

    ReplyDelete
  7. salam akak,
    memang kaya ngan budaya kita masyarakat m'sia nih. pakcik saya ada beli tanah di kelantan tapi dia org perak dan lahir di perak. camana?

    ReplyDelete
  8. pasal tanah tuh sha setuju sbb kat negeri sembilan pon camtuh...tak boleh perturun kat org len:)

    ReplyDelete
  9. kak tie,ada det raya...gi la ambil...huhooo~

    ReplyDelete
  10. KAD RAYA YG OGHANG BUI TU, JANGAN LEPOK NGATA TAU..?

    BUI ( BERI)

    LEPOK NGATA ( DIBIARKAN BERSEPAH MERATA-RATA)

    HE HE HE.. TAU LA SKET-SKET...


    SELAMAT HARI RAYA BUAT TIE SEKELUARGA...

    ReplyDelete
  11. Kak Tie,

    Bak po tok ambik kad rayo intan tu? Tok sudi ko???

    Hihi :D

    SALAM AIDILFITRI BUAT K.TIE & FMLY!
    Maaf~Zahir~Batin

    Maafkan intan sekiranya ada salah & silap sepanjang kita kenal di alam maya ni...

    Kelik mano rayo ni???
    :)

    ReplyDelete
  12. Sangat setuju dengan tulisan tie orang kelate memang menpunyai budaya mereka sendiri.
    Tie antara ayat ayat tu ada yang salah sebutan dan ejaan marih sine not goyat skit
    Jendera sepatutnya jenera lain.. seme bery gud. Terror doh Tie kecek kelante

    ReplyDelete
  13. salam kakTie,

    selamat hari raya
    maaf zahir batin

    senang-senang kak tie singgah blog ...ambil kad raya.

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya maaf zahir batin.. dah balik kampong kot..semuga selamat dalam perjalanan..

    ReplyDelete
  15. Hihihi...kelakarlah baca entry ni. Best gitu!

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    Maaf Zahir Batin
    Dari MamaFaMi & Famili

    ReplyDelete
  16. kalu nok buak krusuh bahaso klate, maghi sinih..hehehehe klate ori ni..

    ReplyDelete
  17. ustat- he he..malu laa..kak tie main hentam gak..hi hi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...