Friday, March 4, 2011

Dilema pelajar

Rendah diri dan tertekan. Itulah perasaan segelintir pelajar 2nd intake di sekolah berasrama yang Wanie pergi. Pelajar-pelajar senior (beza sebulan jer), menyindir rakan-rakan sebayanya yang baru  (bukan semua). Memandang rendah terhadap pelajar-pelajar 2nd intake dengan kata-kata" nak cukupkan kuota.".

Wanie yang keras hati tidak ambil kisah pun. Alhamdulillah. Malah dia berjaya memujuk rakan-rakannya yang nak balik semula ke sekolah lama. Ish.. geram pulak kita dengar kisah ni. Bertambah panas lagi hati kita bila ada seorang guru tu kata 'susahlah sekolah ni untuk cemerlang' bila dapat tahu ada seorang pelajar yang dapat 7A dalam pmr di kelasnya. Bukannya nak bagi semangat! 

Kepada guru terbabit, tolong betulkan minda anda. Apakah perasaan anda jika anak anda dapat 7A dalam Pmr dan dia dikutuk begitu didepan rakan2 kelasnya ? Rasa nak pulas-pulas telinga guru yang tak berhati perut ni. Tak sangka ada guru berfikiran begini. 

Memang kita perasan, masa daftar hari tu ada guru yang mesra, tapi ada juga yang sebaliknya. Kita sedar, anak kita dapat masuk ke sekolah begini kerana nak cukupkan kuota. Tapi keputusannya PMR @ UPSR sama je dengan pelajar-pelajar 1st intake. 

Bezanya anak kita tak dapat 1st intake kerana faktor sosio ekonomi . Jadi janganlah menyombong, ya. Kita bukan nak bangga, tapi peluang itu adalah rezeki anak-anak kami. Cemerlangnya sekolah ini juga bergantung kepada semua pelajar-pelajar di sini. Bukannya kerana dari pelajar-pelajar yang result PMR @ UPSR straight As sahaja.

Kepada semua pelajar-pelajar 2nd intake dan 3rd intake (bakal), tabahkah hati dan tetapkan niat anda. Kita nak berjaya jadi kenalah usaha lebih. Pedulikan kata-kata yang negatif tu. Belajarlah bersungguh-sungguh dan buktikan kepada semua.


9 comments:

  1. erk...
    mcm bukan ayat seorang cikgu je...
    jahatnya ayat dia..

    sampai hati cakap mcm tue eh..

    kepada pelajar terbabit, buktikan kalian boleh!

    ReplyDelete
  2. Memang cikgu tu patut kena sekeh, kan .... :)

    ReplyDelete
  3. tak pe tie..buktikan..jadikan kata kata cik gu tu..sebagai pembakar semangat

    ReplyDelete
  4. zaman sekarang semuanya mementingkan prestasi tapi bukankah guru itu sebagai pembimbing? so bimbinglah semua anak murid tak perlu beza-bezakan...

    ReplyDelete
  5. jom jalan2...

    http://juneaina.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. @kak Erna

    Betul tu Kak Erna, Tie ada nasihat begitu pada anak.... galakkan mereka menyahut cabaran tu.

    ReplyDelete
  7. @JunAina

    Tak semua guru punya perasaan begitu.

    ReplyDelete
  8. saya dulu asrama penuh..sekarang umur dh 26 tahun..jadi semua dah kerja pun..

    apa yg saya tgk ada je bdk 2nd intake yg dah jadi doktor pun..grad dari u luar negara lagi..dan ramai jugak lagi yg hebat2..

    yg 1st intake pun masih ada yg tercari2 kerjaya tetap..rezeki masing2..jgn nak menyombong diri sgt kalau blm jd apa2..

    kalau jd org yg hebat pun jadi la resmi padi..down to earth..peace

    ReplyDelete
  9. Itulah... kecik2 dah mula mark orang... dunia ni luas, rezeki orang tak siapa pun tahu. sekarang ni dah okay... sebab dah lepas ujian, jadi pandai2lah perbaiki diri, hehe....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...