Wednesday, July 16, 2008

Gurindam

Apabila mata sudah kabur
Apabila kulit sudah kendur
Apabila uban sudah bertabur
Apabila gigi sudah gugur
Apabila selalu pula uzur
Apabila kerap disuap bubur
Itu tandanya akan ke kubur
Haa...
Gurindam ini Tie salin ketika menonton rancangan pendidikan kat tv. Dah lama Tie taip dan tampal kat fridge. Bila hubby balik dia baca sambil tersenyum... Maklumlah separuh dari nya sedang dialaminya.. Bukan niat untuk menyindir, hanya sekadar mengingatkan sesama sendiri.. Tie harap tuan punya gurindam ni tak marah kerana tulis tanpa kebenaran. Tie tak ingat namanyalah.. Kalau sesiapa tahu boleh beritahu Tie, ok..

2 comments:

  1. tengok cermin rambut dah mula beruban...
    cek doktor gigi dr kata gigi pun mula bergoyang,,,
    Alamak cukup ke amalan aku ??

    ReplyDelete
  2. aduhai...dalamnyer maksud...
    peringatan buat semua... (",)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...