Sunday, October 19, 2008

Kepercayaan

Semasa tie tinggal di Gong Badak,Tie telah lalui satu peristiwa yang telah menyebabkan Tie resah seketika. Ianyanya bermula begini.....

Jiran Tie seorang yang peramah, anak2nya 3 orang dan semuanya sebaya dgn anak tie (satu kebetulan), kecuali semuanya lelaki. Dia memang baik dengan tie, setiap petang datang ke porch sambil sembang2, kadang2 bawa sesuatu supaya anak2nya bermain dgn anak2 tie. Tie ni memang tak biasa sebab tie perlu ambil masa untuk mesra sebegitu rupa. Bagaimanapun tie terima kehadirannya walaupun tak begitu selesa. (kesian dia,kan...)

Dia pula senang tgk anak2nya berbaik dgn anak2 tie, malah dia cuba pujuk anak bongsu tie supaya ke rumahnya (dia mungkin sangat inginkan anak perempuan). Tie sebenarnya bimbang terjadinya perkara2 yg tak diingini (takut2 isha pecahkan sesuatu dlm rumahnya). So , tie bagi alasan yang isha tu belum mahir mengawal diri utk ke toilet!!(umur isha dan anak bongsunya 2 tahun...)

Anak sulong tie ada penyakit asma. Dia nak tolong tie kerana anak bongsunya pulih dari asma setelah berubat dengan mak angkatnya. Tie beritahu hubby. Hubby kata terpulanglah....

So..satu petang dia dtg rumah, sambil mengajak tie ke rumah mak angkatnya. Kebetulan dia pun nak bawa anaknya untuk diurut (tie tak ingat kenapa). Tie pun ikutlah dengan hati yang berdebar2, membawa ketiga2 budak2 tu. Dalam kereta, hati memang tidak tenang (duk dak duk dak.....)

Sampai sana, tie tunggu di anjung sementara dia masuk bawa anak2nya. Setelah beberapa lama dia panggil tie masuk. Sebaik saja tie duduk, terus mak angkatnya komen. Katanya kesian kat tie kerana selalu ditinggalkan, suruh belajar driving dan komen tentang hubby. Tie terkedu, tak tahu nak kata apa. Dalam hati....bomoh kah dia nih! (ish! tak baik buruk sangka!) Sambil dia urut anak tie dia komen lagi...Tie rasa nak lari balik. Takut pun ada sebab tak sedia hadapi situasi begini. Niat tie nak berubat jadi lain. Memang rasa bersalah pada hubby.

Lepas tu kami pun balik, (tak ingat samada tie bayar 'perkhidmatannya'). Fikiran tie bercelaru, rasa kesal kerana pergi (bukan nak salahkan jiran tu!), rasa kesal kerana mendengar komen mak angkatnya (walaupun tie tahu tak benar, ia masih tergiang2 dalam memori nih!). Tie rasa marah kerana tak boleh lupa kata2nya. Dan tie tak boleh lelapkan mata malam itu!

Akhirnya tie beritahu hubby kerana selagi tie tak beritahunya rasa bersalah tu tetap ada. Hubby ketawa (sampai hati laa), dan katanya "takkan tak kenal abe nih! " Hah!! lega rasanya, tak murung lagi dan boleh terus sibuk2 urus rumah, anak2 dan dapur tu macam biasa!

Jadi tujuan tie tulis ni bukan nak buruk2kan org2 yang 'pandai' menelek tapi kalau tahu sekalipun pasal hubby tie atau sesiapa pun, (yang buruk2) tak perlulah beritahu kecuali tuannya sendiri yang minta. Tie kesal perbuatannya. Tie juga kesal kerana bertemu dengannya dan tak dapat pertahankan nama hubby(kerana terlalu terkejut) Bagaimanapun Tie rasa bersyukur, hubby tak seperti yang dikatakan (memang tie tahu pun...)

Ini adalah satu pengajaran bagi diri tie. Lepas tu memang tie takkan ke mana2 tanpa hubby(kecuali dgn adik tuh!) Bukan tie pandang serong pada orang tapi tie sendiri tak yakin akan diri tie sendiri. Tie sendiri yang bagi peluang .(kot2 muka tie sedih hari tu.) Tapi anehnya selepas peristiwa itu, perhubungan jiran dan tie menjadi renggang. Tie tak tahu kenapa. Dia tak tegur tie dan tak panggil tie keluar setiap petang seperti dulu . (mula rindu pulak !)

Selepas dia pindah (dia nak pindah pun tak beritahu tie), selang beberapa bulan....secara tiba2 dia datang jumpa tie, melalui pintu dapur ...Memang tie terkejut betul (selalu benar terkejut nih!). Dia datang untuk minta maaf (tak cakap kenapa pun...), Tie rasa suka pulak ..kerana selama ini tie rasa tie telah buat salah padanya.(bukan suka kerana dia minta maaf tapi kehadirannya mengubat rindu tie) Sejak dari itu tie tak jumpa dia lagi.

Tie harap dia dan family ok saja..., tie ingat akan persahabatannya....., tika sama2 sibuk tanam bunga kat garden kecik kami......, tika sama2 mengadu (tak baik tuh!)tentang kerenah anak2 masing2 dan tika sama2 buat coloring di porch (kononnya tolong anak) .......

Tie kesal (berapa banyak kesal laa...)kerana meragui nilai persahabatannya dan harap dia faham akan diri tie (yang melankolik ni........)

14 comments:

  1. salam kak tie...
    alhamdulillah kak tie tak percaya je kat mak angkat jiran kak tie tu...
    perkara2 mcm ni kadang kadang boleh bawa huru hara dalam rumahtangga....

    ReplyDelete
  2. kaktie~
    ohh..akak penah tgl kat gong badak ye...hehheee...tol tu kepercayaan mmg penting..lebih2 lagi kita org luar...so...jgn mudah percaya even org tu mcm baik sgt2...huhu

    ReplyDelete
  3. "Dalam hati....bomoh kah dia nih! (ish! tak baik buruk sangka!)"

    he he he.... ader ke patut. ;-)

    fikirkan yang positif.

    ReplyDelete
  4. Suzi- sabor je laa...



    fatrina- pernah lalui pengalaman begitu ke??



    pendekar- masa tu mcm mana nak fikir dgn waras...tertekan ada laa...

    ReplyDelete
  5. Kengkadang payah gak ek..nak percaya atau tak...tapi klu kita yakin pd hubby...tak yah percayalah kot...tgk keadaan gak..klu saya..hmm kene buat edisi siasat hehe...

    kak tie...same ke muke...tp rasanye kak tie lagi lawa kot pasal dr kecik dah comel..saya kecik2 tak comel..gelap pastuh selekeh hehehe...

    ReplyDelete
  6. ttg jiran ni..saya lagi teruk...pasal malas nak bercampur hehe..klu ada pun jiran kiri dan kanan..itupun tegur kengkadang je...

    tak suke borak lelama pasal nnti byk keje tak buat hehe...suke lame dok ngadap komputer dr borak2...(pasal tu tak ramai kawan hehe..)

    dah ler tak suke tanam pokok bunga sbb kira mendera pokok je nanti pasal saya malas siram hehehe...(ntah ape kabau dgn pokok kari tu..dah lama tak tengok hehe..)

    ReplyDelete
  7. ... hrmmm.. kita kan slalu je ada benda yg kita tanak org memandai2 nak komen tetiba dia nak masuk campur

    huhuh senang cita, jgn amik kisah apa org cakap psl mulut org takleh nak jaga

    ReplyDelete
  8. kak tie,
    zaman sekarang susah nak letak kepercayaan pada orang sekeliling kita.. kadang2 orang berbuat baik pada kat kita pun kita still ragu2.. wonder whether dia ada niat lain.. sebb byk kes da jd dats y kita ragu2.. bukan x percaya tapi berhati2.. kan kak tie kan?

    =)

    ReplyDelete
  9. pe'el manusia nih mcm2 kan...yang penting tahu jg diri sendiri dan famili..jaga diri n maruah suami dan keluarga..

    ReplyDelete
  10. Tie < tokma dah tinggal berjiran dengan berbagai2 mcm perangai.. paling suka tinggal berjiran ngan bangsa Cina. (entahlah..mungkin abah tokma cina, agaknya minat tokma lebih pada bangsa cina, kawan baik kat office pun cina) Cina pun manusia...cuma kepercayaannya ajer yang berlainan tapi hati mereka kalau dari mula baik ngan kita akan berpanjangan ikhlasnya tuk kita. Di luar rumah pun kalau nampak anak2 kita tetap ambil berat kalau hadapi masalah.

    Bangsa kita sendiri se agama ...bukan nak mengutuk, tie pun sudah merasakan tidak selesanya tie walaupun tie paksa hati tie untuk mempercayai jiran tie tu. itu salah satu contohnya. Ada juga yg tidak mau bertegur sapa langsung ngan kita, selalu paling muka bila kita nak tegur, akhirnya kita gak yang malu.

    Cuma kita kena berhati-hati dalam hal memilih kawan, kita tidak dapat mengelak walau siapa pun jiran kita. Tie memang jiran yang baik. Looking forward to be your long term neighbour.

    ReplyDelete
  11. Bak kata orang orang tua, buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali..

    Berhati hati berjiran.. rambut sama itam (even dah banyak kaler sekarang) tapi hati tetap lain lain

    ReplyDelete
  12. Dalam soal ini kita kena berbalik kepada asas akhlak.

    Iaitu berakhlak sesama jiran tetangga yang menjadi disiplin di dlm Islam ajaran Muhammad Rasulullah SAW.

    Rasulullah SAW tidak pernah menyuruh kita bermasam muka atau tidak bertegur sapa dengan jiran tetangga. Apatah lagi Rasulullah SAW amat melarang kita menyakiti jiran tetangga.

    Nabi SAW pernah bersabda (hadis sohih Imam Muslim dan Bokhari -hadis 44) lebih kurang bermaksud- "Tidak masuk seseorang itu ke syurga selagi mereka tidak menyanyangi jiran tetangga mereka!"

    Jiran pula bukan sekadar mereka yg mendiami di rumah sebelah atau depan atau belakang....tetapi mencakupi 40 jiran di hadapan, di belakang dan di sebelah...

    Jiran jugalah org yg terdekat utk dipinta tolong atau rujukan kes sekiranya kita ditimpa masalah!

    Hubungan baik dengan jiran adalah satu ibadah! Dgn adanya hubungan jiran yg baik, juga adalah dakwah!

    Bukankah setiap muslim itu wajib berdakwah (menyampaikan susatu yg baik dan menegah yang dilarang)! Kalau tidak berbaik dgn jiran tertangga, bgimanakah hendaknya kita berdakwah dgn org lain?!

    jiran tetangga yg baik (kesan dakwah dan akhlak yg indah) secara tak langsung memberi manfaat kepada kita. Melahirkan sebuah penempatan dan masyarakat yg syumul-yg cemerlag di dunia dan akhirat!

    -kalau tidak dgn jiran tetangga kita sampaikan dakwah, dgn siapa lagi?! Atau kenapa tidak kita sama2 belajar utk memperbaiki diri melalui hubungan sesama manusia ini!?

    Jgnlah kita menjadi begitu sombong dgn jiran tetangga... Tetapi bersabar, berbaik berbudi, berlunakan sebaik mungkin sebagai lunas2 Islam yg bnyk terdapat dlm budaya2 Melayu. juga banyak hikmah!

    Kalaulah sikap jiran itu menguriskan hati, atau kita cuba menjauhkan diri kononnya tidak mahu 'jaga tepi kain org', ataupun tidak mahu org mengata kita atau tidak mahu mengupat atau mendengar segala fitnah; kita yg tahu perihal tidak elok itu patutnya mengawal hal tersebut, dgn berdakwah dan menasihati. Bukankah kita diamanahkan dgn ilmu yg ada itu utk menyampaikan dan mengingatkan jiran tetangga agar berbuat baik?!

    Amat malang sekali apabila kita cuba mewujudkan satu sinario atau budaya napsi2 (indivualistik) dan hanya pentingkan diri! Kalaulah terjadi sesuatu kpd kita, siapalah yg hendak diharapkan, seperti kebanyakan kes kecuarian, rompakan, kebarakaran, bunuh dsbya yg berlaku didlm pagar rumah sendir.... Siapa yg susah!?

    wahai saudara2ku, dikesempatan ini maza mengingatkan diri dan semua juga, jgnlah dgn ilmu dan kelebihan yg kita ada itu membolehkan kita bersendirian dan sudah kira selamat di dunia dan akhirat. Kerana dgn ilmu dan harta yg dikurniakan itu ada amanah besar iaitu menjadi saksi Tuhan yg Maha Esa dan Muhammad SAW pesuruh-Nya. Kalaulah kita tidak amanah, pentingkan selera sendiri, pentingkan peribadi - apakah mungkin mampu menjadi saksi Allah SWT yg adil lalu mengecapi syurga (refer surah Al Anfal)!

    Peliharalah hubungan sesama tetangga waema di bulan Ramadhan, Syawal, Muharam atau seterusnya...

    Adat berhubungan manusia itu tergigit lidah; kerana dari sanalah kita tahu ttg dosa dan pahala. Sedangkan kita dgn suami dan isteri acapkali juga 'membuat muka' apatah pula dgn manusia yg lain! Itu semua dugaan dan rencah hidup. tanpanya bagaimana kita hendak claim I deserved for jannah! Syurga tidak datang bergolek tanpa ujian.

    Nah berbuat baik dgn jiran itulah ujian bagi kita! Dan Allah SWT jua yg mengetahui 'bahagian' setiap insan! Tetapi kita perlu usaha utk menentukan lulus bahagian ujian yg sudah disetkan oleh Allah SWT itu utk mendapatkan favor from Almighty!

    "Berbuat baik berpada2, berbuat jahat jgn dibuat langsung!"

    Wallahualam....

    ReplyDelete
  13. Kak tie - adatlah perasaan cemburu dan was-was terhadap pasangan kita itu wujud. Kerana itulah sikap insan! Apatah lagi telahan dan garapan drp cerita2 diluar jangkaan kita; keluar drpd mulut org lain!

    Tetapi seorg insan yg kuat akan sentiasa memperteguhkan kepercayaannya. Bukan utk mengusutkan keadaan dgn membuat hal yg menikam hati sanubari sendiri dan pasangan masing2....Malah mencari titik pertemuan drpd memperbesarkan perkara yg bengek!

    Sbb itu Tuhan jadikan manusia ada hati dan napsu serta ditengah2nya was-was/subahat! Mejadi tanggungjawab kita utk menguatkan kepercayaan dan perteguhkan iktikad agar kita tidak terkulai di tgh jalan.

    Dlm hal suami isteri, sy (saya) lebih mengutamakan tidak menaruh tali pergantungan 100% kpd pasangan sy. Kerana bagi sy, yg boleh di sandarkan 100% hanyalah Allah SWT.

    Namun perlulah kita bijak sentiasa dlm menilai sesuatu keadaan. Dan tidak salah dan memang pun sepatutnya sentiasa mohon perlindungan dari Tuhan Rabul Alamin drpd kejahilan kita, ketidak sabaran kita juga dijauhikan segala beban bencana dan malapetaka dlm hidup berkeluarga!

    Dari kekuatan terhadap Tuhan dan jodoh diamanahkan itu, sy percaya dan yakin yg pasangan sy tidak berbuat sesuatu yg boleh menjahanamkan dirinya dan keluarga ini!

    Cuma jgnlah terlalu menjadi manusia paranoid..atau takut dgn bayangan yg bukan2...

    "Akhlak yg baik, pastinya dibalas dgn kemuliaan!"

    walahualam..

    *masih mengejar menjadi insan yg soleh!

    ReplyDelete
  14. bagi neeza kan kak.. jiran yang baik ialah jiran yang sentiada menjaga keharmonian jirannya..

    ni tidak.. ada patut cerita benda2 cam tu.. yang tak betul pun akan membuatkan kita berfikir.. dah jadi fitnah kan..

    nasib baik dia dah pindah kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...