Oleh NASRI JAMALUDINmohdnasri.jamaludin@kosmo.my
SEBAHAGIAN penduduk kampung membuat benteng bagi menghalang pihak pemaju merobohkan rumah mereka di Kampung Plentong Tengah, Johor Bahru semalam.
Apakah sebenarnya yang ingin tie utarakan di sini? Okay lah. Tujuan Tie ini adalah untuk mendapatkan pandangan dari pengunjung blog ini, mungkin ada yang mempunyai pengetahuan serba sedikit tentang masaalah ayah tie ini.
Masa dulu, tika tie masih kecil lagi ayah ada membeli 2 lot tanah, di kawasan tersebut di atas. Syarikat yang bertanggungjawab ialah dikenali sebagai Mosbert (tak tahu la ejaan tu betul ke..) Bertahun ayah bayar, setiap bulan kot...resitnya ada tersimpan. Tapi tiba2 syarikat Mosbert tu bangkrap, lalu kerajaan mengambil alih. Ayah dan ramai lagi pembeli lot itu merasa tertipu kerana bila cuba menuntut hak mereka , tiada tindakan diambil.
Mula lah timbul pihak2 yang membina kediaman di situ termasuk rumah2 banglo (tie pernah pergi laa), siap buka business (kedai dan warung), termasuk membina rumah sewa. Penduduk pun ada yang dari seberang. Itu semua kami tak kisah sebenarnya. Masaalahnya ayah dan pembeli lain tidak dapat menuntuk hak mereka selagi penduduk tidak mengosongkan tanah itu. Peguam ayah yang kata begitu. Betul ke? Jadi , bila penduduk2 keluar.....adakah ayah masih berpeluang untuk mendapatkan gantiruginya itu? (ada sesiapa pakar undang2 tak??)
Namun tie tak tahu mengenai perkara2 lain tentang tanah itu. Yang tie tahu ayah punya hak untuk mendapatkan wangnya kembali, kesian dia tau. Ada juga di kalangan pembeli telah pun meninggal dunia.
Perkara ini dah lama berlaku (seingat tie tika anak2 tie kecil lagi...mungkin lebih lama dari itu)tapi penduduk2 tu masih berdegil sehinggalah kisah mereka keluar di TV3 semalam. Nilai lot tanah tu mahal la juga kerana mengikut harga semasa. Mungkinkah ayah ada rezeki ? (tie pun nak tumpang sama, hi hi )
masalah di sana skrg agak complicated sikit.....sbbnya masalah yg lama tak dpat disettle dan timbul pula masalah lain2 yg bertambung2...
ReplyDeleteapa yg boleh dijadikan mesej ialah jgn suka menagguh utk selesaikan masalah, kelaknya masalah baru aku muncul dan bertambah2....akhirnya diri yg terkangkang....aderkk
perkara ini menjadi rumit apabila terlalu ramai yg mengambil kesempatan dan untung.....
apatah lagi apabila hal ini sudah menjadi perhatian umum dan partai-partai politik cuba menjadi jagoan...
bagi sy, mari kita mohon petunjuk dari Allah SWT agar segala fitnah dipadamkan, dan dikembalikan pd yg hak!
maza- rasa2nya pemaju lain ambil alih pula..tu yang lagi susah ni. Bagaimana pun terima kasih lah kerana memberi pandangan .
ReplyDeletebila harga tanah tu melambung masing masing cuba main tarik tali..
ReplyDeleteTak tahu nak bantu dari segi perundangan tapi asanya memang rumit, kena pakai peguam juga..
pengalaman saya, if masih ada simpan resit, surat perjanjian dan bayaran itu semua, boleh tuntut lagi, tapi kos guaman turut tinggi, kalau penduduk buat komuniti baru berbaloi.. diingatkan perkara sama pernah berlaku kepada saya, dan kami menang tetapi kerajaan tidak akan bayar mengikut harga semasa, percayalah... tetapi its okay at least dapat balik duit yang dibayar dulu...
ReplyDeleteoohh.. encik lochoe ada pengalaman. So, kak tie ikut la ckp lochoe.. suh doirang wat gabungan. Masalah mungkin lebih mudah utk diselesaikan..
ReplyDeleteskang ni ramai ahli politik suka amik kesempatan kes2 camni..
zareda- memang ayah ada peguam tapi macam tak jalan je kes nih..
ReplyDeletelochoe dan smaelz- Eh! kamu berdua ni macam berpakat je dtg sini. Baru balik jumaat ke?
Pasal tu nanti tie tanya ayah. Tapi dulu lawyer kata penduduk2 kat situ kena keluar dulu baru boleh tuntut kat pemaju yang ambil alih..entah betul ke?
harap2 murah rezeki ayah kak tie...hehehe...
ReplyDeletesha tak pandai sangat pasal nieh...tp kalo ayah kak tie dpt kumpulkan org yg ade masalah yg same, mungkin dpt selesai agaknye...
sbb kes individu nieh dowang slalu tak layan...tah hape2 kan?
Salam Tie, betul tu dalam kes mcm ni kena bergabung dan buat tuntutan bramai2...susah kalau sorang² dia org tk pandang.
ReplyDeleteSaya ada pengalaman, ttg rumah terbengkalai..menang di mahkamah tinggi , berhabis ribu² bayar peguam, hantar surat pada pemaju dia orang buat derkkkk....tak di layan. Abis kita nak buat apa?
Dah menang.... ada surat hitam putih. Tapi keputusan mahkamah tidak dihormati, tak kan nak dakwa kes baru lagi.....habis ribu2 lagi.
Bersatu.... buat tuntutan bersama.
Cheryna pires dan kujie-
ReplyDeleteTie akan nasihatkan ayah supaya buat begitu. Moga2 usahanya nanti akan berhasil. Terima kasih banyak2, Tie amat hargainya.
Berdo'a lah banyak-banyak. Kalau ada rexeki ayah, dapat la balik apa yang menjadi haqnya. Nak bagi nasihat, saya tak ada pengetahuan tentang undang2 ni.. cuma boleh tolong berdo'a..Semoga semuanya akan settle dgn elok dan sempurna.
ReplyDeletesemoga akan mendapat imbuhan yg berpatutan
ReplyDeleteTirana- Terima kasih. Tie akan terus berdoa dan harap ayah dapat haknya. :)
ReplyDeletemak su- memang itu lah harapan kami. :p
salam kak tie,
ReplyDeleteayah akak still ada peluang utk dpt ganti rugi. yg penting agreement dlm simpanan. klu dak kecoh2 nanti mesti ada politician (BN atau KeADILan)yg masuk campur...
harap2 dapat diselesaikan dengan cepat n aman..
ReplyDeleteSetahu aza lah,kalau ada geran senang,tapi kalau sekadar surat perjanjian jual beli dan resit,akan ambil masa.cuma yang boleh buat,kalaulah masih ada tuan
ReplyDeletetanah ni,cuba buat geran dulu.bila dah ada geran individu,senang nak tuntut.tak perlu tunggu atau suruh penduduk tu keluar,tapi fight kat
pemaju minta bayar atau naik court,kalau dia tak detuju.tapi kena keluar modal dulu la kalau nak buat geran..dan bayar peguam.tapi kalau pakat ramai2,maybe rm i or 2 k jer..apa pun,kita kena pertahankan HAK kita ya bu..
aza..tie dah malas nak fikir laa..ayah kata susah nak cari orang2 senasib dgn ayah..hanya doa je..kalau ada rezeki, ada laa..kalau tak biar orang yang bertanggungjawab tanggung dosa..
ReplyDelete