Wednesday, January 14, 2009

Nama?

Setiap orang yang dilahirkan diberi nama, oleh ibu/bapa atau sesiapa yang ada kepentingan. Namun oleh kerana masa dilahirkan, seseorang tiada pilihan (tak boleh bantah laa...) nama yang diberikan mungkin tidak sesuai atau tidak digemari tuan empunya diri...

Dalam Islam, nama adalah penting dan mencerminkan peribadi seorang insan. Ia juga akan mempengaruhi sifatnya secara tidak langsung. Kini, alhamdulillah, (mungkin kerana sudah berilmu....) ramai anak2 diberi nama2 Islam yang indah .

Dahulu, masyarakat Melayu suka menamakan anak2 mereka mengikut situasi yang dihadapi, umpamanya Pungut (jumpa kat mana2) nama2 bunga (utk bayi perempuan), wira atau johan (supaya anaknya besar nanti akan hebat...) dan banyak lagi.

Tapi, ada juga menamakan zuriat mereka dengan nama yang menjelikkan, mungkin kerana benci atau tidak dapat menerima kehadiran bayi itu. Dan ada juga menamakan anak mereka dengan nama2 aneh yang mungkin ada maksud yang tersirat....

Tie pernah terdengar di radio, tentang nama seseorang, harap2 dia tak kecik ati... namanya Tukul Bin Besi........ Sekali dengar rasa janggal, tapi setelah difikirkan...hmmm... mesti bapanya seorang yang gagah...dan berani (namanya Besi), dan dia juga mahu anaknya kuat lalu menamakannya Tukul....

Agaknya apakah corak kehidupan saudara Tukul tu, ekk?? Ada sapa2 kenal dia tak??

Tie menamakan anak lelaki sulong (satu2nya laa...) Tuan Muhammad Arif. Nak tau apa akibatnya?? Rasa2nya semua orang tahu!! Dia tahu dan arif hampir serba serbi.......... Maybe boleh rasa bangga tapi kekadang rasa macam mama dia ni kolot je.....

Bukan senang nak beri tunjuk ajar pada orang yang serba tahu ni...dia rasa dirinya pandai, ooiii!!

Nama awal Tie bermula dengan Nor...bermaksud cahaya... Dan Tie harap kehadiran Tie ini bagai cahaya juga...dapat menceriakan hidup seseorang terutama sekali hubby...hihi...

So....apa yang menarik tentang nama kengkawan?? Tahu maksudnya ke?? Marilah kongsi bersama, ekk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...