Ramai yang minat makan (termasuk makcik ni....) tapi adakah kita tahu rahsianya?? Mungkin ramai dah tahu, ekk. Tak pe laa.... kita buat ulangkaji sama2....
Rahsia pemakanan telah lama diketahui oleh cerdikpandai Islam dari masa silam lagi. Formula2 ini telah ditulis dalam kitab2 rahsia dlm bahasa Arab... Ia terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.
Berikut ini adalah antara makanan yang terbaik untuk kesihatan. So, sapa2 nak anak2 mereka jadi lebih cerdik tu...terutama yang ambil exam tahun ini, please take note, ekk!
Rahsia pemakanan telah lama diketahui oleh cerdikpandai Islam dari masa silam lagi. Formula2 ini telah ditulis dalam kitab2 rahsia dlm bahasa Arab... Ia terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.
Berikut ini adalah antara makanan yang terbaik untuk kesihatan. So, sapa2 nak anak2 mereka jadi lebih cerdik tu...terutama yang ambil exam tahun ini, please take note, ekk!
- MADU (Penyembuh Penyakit) sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiat. Tie biasa bagi anak2 masa kecil (campur dgn air suam supaya tidak tersedak! bagi sikit je setiap pagi) Ia dapat mengurangkan selsema, batuk dan lendir serta kahak akan keluar dengan mudah. Anak2 Tie tu memang selalu je sakit masa kecik. Sekarang semua dah ok. Tapi ada pantangnya...jangan makan durian atau tembikai . Kalau still nak makan, elok buat surat wasiat dulu, ekk. Tie tak berani nak gerenti.........hi hi.
- KISMIS. Sapa2 yang mudah lupa macam makcik ni, eloklah makan kismis, makan satu persatu sambil berselawat laa.... Budak2 tu memang selalu makan kismis ni, dan terutama masa sibuk nak exam , cikgu kat sekolah siap bagi sorang sebekas! Ini adalah antara rahsia kejayaan pelajar2 di Terengganu...hi hi...(harap2 tak kena saman nanti) Satu ni je.....yang lain2 Tie tak berani beritahu.......
- SUSU SEGAR. Lagi segar lagi baik. Elok lah bela kambing atau lembu kat belakang rumah tu... pagi2 boleh la gi perah, ekk.
- TELUR. Telur ayam kampung yang terbaik. Sebabnya, ibu2nya sihat, tak trauma dok dlm kilang tu.... pepagi boleh gi shopping keliling rumah....hi hi...sorry...makcik ni dah mula merapu......
- HALIA. Juga baik untuk orang yang mudah lupa. Jangan makan byk sangat. Kang macam2 bunyi kat belakang tuh! He he.......
- BUAH DELIMA. Ia menerangkan hati........ Boleh cari ni.....
- BURUNG MERPATI. Hmmm....orang Melayu dulu biasa makan ni. Ia meningkatkan kecerdasan anak2. Sapa2 yang punya anak yang belum boleh bercakap tu, elok lah gi rembat telur merpati kat mana2, ekk. Tapi ambil satu je laa...kesianlah ibunya tercari2 nanti. Hmm.....kat mana nak cari merpati ni.... Puyuh tu ada laa kat pasar tani... sama ke khasiat puyuh dengan merpati ni??
Okay, tadi dah beritahu khasiat dan rahsia makanan. Sekarang nak beritahu makanan yang perlu dielakkan atau dikurangkan. Makanan2 yang tersenarai di bawah ni boleh penyebabkan penyakit lupa.......
- MAKANAN YANG MASAM (terlalu banyak) termasuk jeruk, epal masam dan asam kecut tu.... Ish... Tie suka makan tomyam ni... Hmmm...tak boleh kerap sangat laa....
- REMPAH DAN KETUMBAR KERING... eh..tak tahu lak kenapa, ekk. Kat info ni tak tulis lak sebabnya.....
- KEPALA IKAN. Masa kecik2 memang mak larang makan kepala ikan. Ingat ianya satu alasan supaya orang tua dpt makan kepala ikan tu... Tapi Tie memang tak minat pun. Dan sebabnya tak tahu pulak. Mungkin kerana ikan tu tak cerdik agaknya....
- MAKANAN YANG TERCAMPUR DENGAN SEMUT. Yang ini memang sedia maklum. Semut ada sejenis bahan kimia yang boleh melemahkan ingatan.
- MAKANAN YANG KOTOR, BUSUK, BASI ATAU DICEMARI TIKUS. Memang bengonglah kalau sesiapa yang makan makanan seperti ni... Tapi kalau dah terpaksa, tak tahu laa... tawakal aje kan....(terpaksa dlm ertikata darurat...kesian gak)
LINK