Friday, January 16, 2009

Tag berjela dari Mimiey

Mula2 teman2 kena tarik nafas pepanjang dulu...sebab tag ni berjela betul. Kalau sesiapa nak guna turbo charger biar laju sikit baca pun boleh.....

Ini antara tag dahsyat yang pernah Tie buat...hu hu... Mimiey ooii! Len kali bagi yang pendek2 je laa...Nanti kurus pulak jari jemari kak tie ni....kesian kat hubby...Kak Tie jawab mana2 yang terlarat, eh...

1. Butirkan 8 perkara mengenai kamu?

  1. Sorang makcik
  2. Suka memasak dan blogging
  3. Tegas terhadap anak2 tapi baik ati (terutama pada hubby...hihi...)
  4. Rasa resah bila tengok budak kecik nangis (sendiri nangis tak apa pulak)
  5. Benci pada pemalas (macamlah makcik ni rajin sangat...he he..)
  6. Suka lagu2 jiwang ( makcik ni emo sikit. Sikit je..)
  7. Suka makan aiskerim (antaranya laa...ada sesiapa nak belanja tak?)
  8. Mudah mesra bila rasa selesa dengan seseorang...


2. Namakan 8 tempat pernah kamu diami?

  1. Johor Bahru (Bukit Chagar, sebelum berkahwin)
  2. Pontian (Lepas kahwin)
  3. Skudai Johor (pindah pulak)
  4. Kluang (pindah lagi)
  5. Johor Bahru (quarters yang ada Jin tu...hihi..)
  6. Kuala Terengganu (Gong Badak )
  7. Hulu Terengganu (terkini)
  8. Selising, Pasir Puteh, Kelantan (Rumah sendiri di tepi sawah, harap2 boleh pindah dlm masa terdekat nih!)
    Entah berapa kali pindah daa.... letih dok packing laa....

3. Siapakah 8 orang yg ingin anda ditemui ?

  1. My best friend Azacun
  2. Semua teman2 masa study dulu
  3. Teman bloggers gak (tapi malu laa)

4. Namakan 8 akaun bank yg pernah dibuka oleh kamu? (entah apa lak tujuan soalan ni, ekk? )

  1. BSN
  2. ASN
  3. ASB
  4. Bawah bantal
  5. Bawah tilam
  6. Kabinet dapur( harap2 tak de penyamun dok blogging nih!)


5. 8 kelab bolasepak terkemuka dunia pilihan kamu?
    Hu hu...tak minat bola!

6. 8 perkara yang tidak bisa kamu lakukan?

  1. Benci keterlaluan ( tak sampai ati laa...tahu sendiri pun ada kelemahan gak!)
  2. Menyanyi dan menari depan orang (rasa nak pitam !!)
  3. Berucap atau guna microphone tu.... (entah napa tiba2 jadi bisu...)
  4. Drive atau bawak motor atau basikal ...memang gayat laa...(beca belum cuba lagik!)
  5. Berenang....masa snorkeling dulu hubby jaga takut anyut...hi hi...
  6. Jungle tracking.... oooo....takut laa....benda merayap tu ikut...hu hu....
  7. Marah lama2..... cepat sejuk...terutama bila hubby bawak balik jajan..
  8. Bertandang ke rumah orang tanpa sebab...memang tak mahir nih...selalu dok peram dlm rumah.(mujur tak berkulat!)


7. Sebutkan 8 perkara akan dilakukan pada si hawa/adam ?(eh....tak paham soalan , laa........ Pada hubby ke??)
  1. Buat susu chocolate pepagi...(dia tak makan breakfast)
  2. Gosok baju dia (dan anak2 sekali laa...)
  3. Masak makanan kegemaran dia.....(tapi ikut citarasa sendiri..hi hi...)
  4. Layan je kehendak dia... (kalau lawan takut kena potong elaun...he he...)
  5. Kalau nak something, bodek dulu.....he he..

8. Apakah 8 perkara yg dilakukan semasa anda masih kanak-kanak?


  1. Panjat pokok rambutan jiran....dia tahu laa...
  2. Cubit budak pompuan yang jeling kat Tie..(mak dia tak nampak, hi hi..)
  3. Buat persembahan main organ di sekolah (kena paksa.....ketar satu badan!)

9. 8 perkara dilakukan semasa study di IPT

  1. Tetiba jadi ulat buku
  2. Pergi mana2 mesti ada escort (takut laaa)
  3. Menyorok dalam library.....dengan Azacun
  4. Marah kat seseorang...tapi tak lama...hi hi...

10. 8 perkara dilakukan semasa menganggur :-)

  1. Hari2 baca akhbar, tepon dan gi temuduga.
  2. Monyokkan diri

11. 8 perkara semasa di kota singapura

    1. Tak pernah pergi laaaa.......

12. 8 perkara kerje depan pc.

  1. Baca akhbar online
  2. Blogging
  3. Godek2 internet
  4. Cari resepi baru (tapi tak buat gak...)

13. 8 jenis makanan kegemaran?

  1. Laksa Johor
  2. Aiskerim
  3. Soto
  4. Lontong
  5. Murtabak
  6. Nasi Ayam
  7. Briyani Johor
  8. Goreng Pisang
  9. Kopok Lekor......eh...terlebih lak...


14. minuman pilihan?

  1. Ice lemon tea
  2. Fresh orange
  3. Susu chocolate

15. siapa cintamu sekarang ini?

  1. Hubby laa....

16. teman paling rapat ?

    1. Hubby jugak!

17. Sebutkan 8 orang member rapat kamu di IPT?

  1. Azacun
  2. Hamidah
  3. Nor Rizan
  4. Norma, Tie tak ramai kawan rapat....sebab suka sendirian...


18. 8 orang guru yg paling kamu suke?

  1. Puan Bashariah (darjah 5).............Tie tak happy kat sekolah so cikgu sorang ni je yang Tie suka.....(atau...cikgu sorang ni yang suka kat Tie...entahlah!)

19. Butirkan 8 perkara hobi dan minat kamu?

  1. godek internet
  2. blogging
  3. berkebun
  4. masak2
  5. baca buku cerita antu atau misteri
  6. makan dan makan bila hati ceria
  7. ambik gambar dan edit2
  8. bagi ceramah pada budak2 tu bila ada peluang....(terutama dlm kereta...mereka tak boleh nak lari...he he...)

20. Apakah 8 perkara yg ingin dilakukan ?

  1. Perbaiki kelemahan diri
  2. ingin tinggal di rumah tepi sawah tu...(rumah sendiri laa..)
  3. berangan nak ronda2 dengan basikal tapi takut!
  4. nak kemas bilik stor tu tapi belum sampai seru lagik
  5. nak buat birthday party anak tapi sekarang fikiran tengah tingtong sikit.
  6. nak buat surprise utk hubby tapi ilang idea...
  7. nak susun atur perabut dlm rumah nih
  8. nak pergi berehat kat mana2 pulau....only me ..alone...

Okay.....tag dah abis....letih tak baca?? Tie letih menaip nih!! Macam makin kontot jari2 ni pulak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...