Tuesday, January 20, 2009

Dia Nak Tumpang

Amir sudah bosan. Jam antik di dinding sudah pun menunjukkan pukul 10.00 malam. Hujan di luar tu masih belum reda. Tok Awang sedang leka menghisap rokok daunnya.

Timbul rasa kesal kerana tidak pergi ngaji petang tadi. Kalau dengar kata mamanya tentu tak jadi begini. Cerita kegemarannya, Puaka Nyiang Rapik sudah 1/2 jam disiarkan. Rumah Tok Awang ni tak ada tv.

Sedang asyik mengenangkan betapa khusyuk adik2nya di depan tv, kedengaran suara Tok Awang berkata, "Amir, hujan dah reda tu. Baliklah cepat. Takut lebat semula...."

"Oh! Ye la Tok!" Sambutnya keriangan. Rasa lega. Walaupun sudah lebih pukul 10.00 , dia bingkas bangun, kerana tak mahu bermalam sekali lagi di rumah Tok Awang tu... Kali terakhir, 2 minggu yang lepas, habis satu badan tubuhnya diserang nyamuk!

Hujan rintik2, tapi Amir terus mengayuh basikalnya dengan laju. Jalan tanah merah tu berlecak, tompokan air di kiri kanan jalan menyebabkan dia mengayuh simpang siur. Perjalanan di sepanjang taliair di waktu malam amatlah mendamaikan, terutama bila bulan mengambang.

Setibanya di hadapan pokok kekabu, tiba2 dia perasan ada sesuatu terbang di atas kepalanya. Sesuatu yang besar dan berwarna cerah. Dia dapat melihat bayangan putih pada lopak2 air. Entah kenapa, bulu roma tengkuknya berdiri tegak.

Suasana damai bertukar menjadi seram. Dengan tak semena2 basikalnya menjadi berat. Seolah2 ada sesuatu di para belakang basikalnya...

'Kenapa susah nak kayuh ni?" Hatinya berkata. Matanya melirik ke lopak2 air di kiri dan kanan. Nampak seperti benda putih berada di belakangnya.

Amir tidak berani menoleh . Kakinya terasa melekat pada pedal basikal. Dia terus kayuh dan kayuh walaupun rasa takut bukan kepalang!

Baju melayunya sudah lencun. Bukan kerana hujan tapi dek peluh! Benda putih tu masih lagi di situ! Dia rasa nak menangis . Tapi entah kenapa dia tidak mahu pergi meninggalkan basikalnya. Kakinya masih tetap mahu mengayuh walaupun terkial2!

Dia langsung lupa surah2 yang dihafalnya. Rasa nak hantuk2 kepala di handle basikal. Kayuh tetap kayuh. Rumah yang dekat dirasakan terlalu jauh.

Sampai je di simpang 3, dilihatnya beberapa buah kubur lama. Dan sebaik saja melepasinya, tiba2 basikalnya menjadi ringan. Kayuhannya semakin laju. Dan bayangan putih pada lopak2 air tidak kelihatan.

Rasa lega. Rumahnya sudah di depan mata. Sampai di anjung dapur, terus dicampaknya basikal dan meluru masuk.

" Heh! Kenapa ni? Basah kuyup! Kenapa tak tunggu hujan berhenti?" Tanya mama.

" Takut mama!!" Jawabnya terketar2 sambil memeluk erat .

"Ooiit! Lepaslah.... Mama geli nih! Takut apa pulak?"

"Hantu!" Bibirnya biru...terketar2 lagi.

"Mana ada hantu! Merepeklah!" Jawab mama. Kerana kasihan....., mamanya buatkan secawan susu chocolate panas.

"Ada.........Dia ikut Amir balik" ujarnya sambil menghirup susu tu. Suara dah ok, muka pucatnya pun dah kembali normal...hihi...

"Mana antu nya?? Mama nak tengok gak! Comel ke?" Mama pulak tunjuk berani...kah! kah!

"Dia dah balik. Dia dok kat pokok kekabu tadi. Masa Amir lalu, dia tumpang bonceng kat belakang. Bila tiba kat kubor tu, dia turun laa...." bersungguh2 dia bercerita.

"Oh! Gitu........ Esok ajak dia datang rumah ! Mama boleh buat susu chocolate utknya....hi hi..."

"Eh...tak nak laa........ Amir nak ngaji petang. Tak nak ngaji malam lagi!" Jawabnya dengan nada menyesal.

"Tu laaa... kalau mama suruh, macam2 alasan. Nak gi ngail laaa, nak tangkap belut laaaa.....Padan muka!! Pergi tido! Adik2 dah lama belayar. "

Tak semena2 bau busuk menusuk dalam idung mama, jendela dapur terbuka tiba2! Mama terbeliak kerana terkejut! Cepat2 ditutupnya jendela tu. (sambil pejam mata, takut lak antu comel muncul!)

Pintu dapur terus dikunci, napa tetiba rasa sejuk nih? Bulu roma mula berdiri...., "Abang...............!! Adek takut ni...........hu hu...." sambil melompat ke atas katil!

"ADOI!!! Adek nak main gusti ke?? Sakitnya......"

"Oooppss!! Sorry bang.....hi hi......." Roll


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...