Monday, February 2, 2009

Adab makan dan sunnah nabi


Hmm....kita semua memang minat makan, kan?? Ke ....ada yang kurang gemar bab2 makan ni?? Okaylah...... hari ini kita bicara sedikit tentang adab makan mengikut sunnah junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Moga2 apa yang kita lakukan (termasuk makan) akan beroleh keberkatan....

Adab Makan :

1. Baca Bismillah.... memang dari kecil kita diajar begitu..... Dan setiap apa yang kita lakukan pun dimulai dgn Bismillah terutama sekali ketika hendak makan supaya dapat menghalang setan2 tu daripada turut menikmati makanan itu... Jangan lupa pula mengakhirinya dengan alhamdulillah!!

2. Guna tangan kanan. Kecuali ada sebab2 tertentu.... oh ya, cuci la dulu sebelum dan selepas makan. Islam utamakan kebersihan.....

3. Makan buah dulu, sebelum makan roti atau nasi. Ini sunnah nabi. Hikmahnya, ia memudahkan penghadaman perut. Lagipun, tentu kita akan cepat kenyang (dapat kurangkan nafsu makan....)

4. Jangan minum air semasa makan. Tunggulah selepas 15 minit. Untuk tegukan pertama, biar air 10s dlm mulut, barulah telan. Enzim dalam air liur tu boleh membunuh kuman dalam perut .

5. Makan malam sebelum maghrib (kecuali bulan ramadhan) . Hikmahnya, kita takkan terlalu kekenyangan ketika hendak tidor nanti. Juga anak2 lebih mudah nak study.

6. Ambil makanan yang terdekat. Ha..... jangan pulak ambil yang nampak sedap di hujung meja tu...hi hi... Tak nak nampak gelojoh kan??

7. Mula makan dari pinggir piring hinggalah ke tengah. Makan bukan hanya untuk kenyang tetapi juga untuk mendapatkan berkat. Ini juga sunnah Nabi.

8. Makan dengan 3 jari. Hmm....bab ini memang selalu jadi bahan cerita... Jika makan roti tu boleh la.... tapi kalau makan nasi, tentu leceh sikit. Hi hi.... Tak ada masalah. Ini adalah sunnah, bukan wajib. Buatlah yang terbaik, ekk.....

9. Dilarang bersandar semasa makan. Semua jenis sandar....adalah makruh. Posisi duduk yang dianjurkan ialah dengan bertimpuh. Tapi jangan pulak buat atas kerusi, kang terus terlungkup!

10. Dilarang meniarap semasa makan. Memang nak kena pelangkung nih!

11. Segera makan ketika makanan siap. Makanlah dengan tenang. Rezeki kita tetap ada.

12. Menjilat jari dan sisa makanan. Setiap makanan yang kita makan ada berkatnya. Tapi kita tidak tahu yang mana satu. Jadi, pastikan semuanya habis supaya kita tidak kehilangan keberkatannya.

13. Mengambil makanan yang jatuh. Mungkin kita rasa jijik tentang ini. Akan tetapi, setan sentiasa menunggu peluang untuk makan makanan kita. Kiranya makanan kita jatuh, cepat2lah ambil, bersihkannya dan makan. Kena tengok juga jenis makanan tu. Kalau aiskerim yang jatuh , tentu dah tak ada rezekilah tu....hu hu.....

14. Tidak mengambil makanan lebih dari satu. Haa....bab ini memang selalu Tie perhatikan. Ramai orang2 kita tamak betul. Bila ada majlis, berebut2 ambil sampai bertimbun dalam pinggan. Lepas tu bila tak habis, buang aje dalam tong sampah.... Kalau Nabi kita masih ada tentulah dia merasa sedih.....

15. Jangan mencela makanan. Bila menikmati makanan yang disajikan, janganlah kata ia masin, pahit, masam, lembik atau mentah. Tak baik tu. Itu adalah rezeki kita pada masa itu. Bersyukurilah!

16. Makan sesudah sejuk. Janganlah makan ketika makanan itu panas2 lagi. Bersabarlah. Tunggulah ia sejuk. Makanan panas sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.

17. Dilarang meniup makanan. Haa..... kita biasa tiup air supaya cepat sejuk, kan? Tak boleh tu...(makcik ni selalu terbuat!) Lagipun, meniup makanan juga tidak baik untuk kesihatan.

18. Makan sambil bercakap. Mungkin adab bukan muslim melarang kita bercakap semasa bercakap. Akan tetapi berbeza dengan sunnah nabi. Kita digalakkan bercakap ketika makan. Bercakap tentang hal2 yang baik saje laa... Memuji dan bersyukur nikmat dan rezeki kita.....

19. Makan dalam satu piring/talam. Tentu kita tak biasa dengan cara ini. Tapi masa Tie tinggal di Kluang dulu, biasa makan dalam talam ketika ada majlis2 tertentu. Memang rasa kekok, dan ada juga rasa kurang berselera. Sebenarnya, lagi ramai orang yang makan dalam satu bekas yang sama, semakin banyak berkatnya.... Cubalah dengan anak2 dulu....hi hi...

20. Ambil sedikit makanan sahaja. Ambillah sebahagian kecil makanan (jangan sambil 3-4 senduk nasi atau 4-5 ekor udang tu!), kalau terlalu kenyang, susah pulak nak buat ibadah... lagipun tentu penyakit malas datang bersama setan2 ...hihi...

Hmm......harap2 kita beroleh manfaat dari di atas.


Terima kasih kepada Syahadat.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...