Ha ha......
Tie biasa terima email2 tentang tawaran hadiah, wang berjuta2 (Tie tolak sebab dah terlalu kaya, he he....) atau sesuatu yang memberi info yang bermanfaat.
Akan tetapi, baru2 ini, ada seorang hantar email kerana ingin berkenalan. Kah kah kah!! Apa? Tak tahu ke makcik ni dah nak masuk senja?? Katanya dia pernah baca blog Tie. Hmmm........betul ke??
Tapi, kenapa tak komen je kat blog ni, ekk? Boleh tulis berjela2, tak siapa pun akan marah. Kenapa pulak nak private tu?
Ada juga Tie terima email dari bloggers yang ada sedikit kemusykilan . Tie tak kisah laa. Makcik ni sedia membantu. Tapi kalau setakat nak melayan angau tu, isshhh.......... Tak payah laa..... Walaupun makcik ni ada sikit jiwangnya, tapi belum nyanyuk lagi.......
Mungkin pengirim email tu saja2 nak test line. Tak tahu la apa niat sebenar dia. He he............ Ingat orang pompuan ni desperate ke? Kita ada akal laa......... Walaupun belajar separuh jalan, pengalaman tu jauh lebih berharga.
Kepada pengirim email tu, sorry yek! Makcik ni lebih suka melayan komen2 kat blog ni je. Itupun kena ada batasnya. Kita orang timur, harap benar dapat kekalkan budaya sopan santun ni.......