(Yang ini muda lagi......kelat tau!!)
Seperti yang sedia maklum buah tin ini disebut2 dalam surah At-Tin di mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun. Apakah keistimewaannya?
Ada riwayat yang mengatakan, iaitu dari Abu Zar r.a. :-
Bahawa Nabi Muhammad SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi Muhammad SAW pun mengajak sahabat2 nya makan bersama. Kemudian baginda pun bersabda," Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturun dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah2an syurga tiada biji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya ia menghentikan penyakit buasir dan bermanfaat untuk sakit2 badan."
Setengah2 ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana daun buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di syurga ketika Allah singkap aurat kedua2nya selepas memakan buah larangan dari syurga.
Buah Tin (ficus carica L.) adalah sejenis buah yang berasal dari Asia Barat. Ia juga dikenal dengan nama 'Ara' dan dalam bahasa Inggeris disebut Fig. Buah Tin terdiri dari pelbagai jenis species....mungkin yang kat malaysia ni lainlah sikit dari yang Nabi kita makan.
Dulu masa tinggal di rumah Tok Bah, Tie selalu main2 di bawah pokok ara dan makan buahnya.... Boleh tengok Tie naik basikal kat pokok tu....hi hi....
Ini gambar Tie dengan adik tu.....nampak tak daunnya yang besar tu? Masa ni pokok tu baru nak berbuah.....Seronok betul main2 kat bawah pokok ni, walaupun selalu digigit semut, hi hi....
Ooo.........rindu pulak masa kecik2 tu. Bergayut2 kat pokok ara tu bersama2 adik sambil mengunyah buah tu.... Manis betul! Buah ara dan kenangan itu........
Buah Tin manis dan lazat serta harum baunya dan ia juga mengandungi sedikit air. Ia mengandungi antioksidan, Omega 3 dan Omega 6 iaitu sejenis lemak yang berperanan dalam pencegahan penyakit jantung. Juga sangat sesuai untuk penderita kencing manis.
Antara khasiat buah tin ini ialah,
- Dapat menyembuhkan penyakit buasir (insyaallah)
- Menghilangkan sakit2 dan bengkak2 di badan.
- Mengurangkan batuk yang berpanjangan.
- Melawaskan kencing.
Hmm........eloklah kita ramai2 gi cari buah tin ni, ek. Kalau susah nak cari yang segar, cari je kat kedai atau supermarket (jenis kering)...... Tapi Tie teringin lak nak makan buah tin yang segar, teringat masa kecik2 dulu. Belum cukup masak pun dah telan, hi hi hi.......