Thursday, February 12, 2009

Rashid....Rashidah

Masa bekerja di sebuah kilang dulu....., berbagai jenis kerenah manusia Tie temui. Maklumlah, di situ terdapat golongan production, 'scientists' dan executives, he he......

Langsung teringatkan seorang budak, umurnya 19 tahun bernama Rashid. Dia kerja di bahagian production.

Setiap hari dia akan hantar sample kat Tie. Rashid ni seorang yang rajin dan peramah. Kadang2 kesian tengok dia berpeluh mengangkat barang berat tu. Mulutnya yang becok selalu buat Tie ketawa dengan cerita2nya yang bersahaja.

Oleh kerana hampir setiap hari berjumpa, Tie dapat rasakan ada sedikit perubahan pada dirinya. Mula2 keningnya dicukur halus, kemudian ternampak cara dia berjalan. Bukan main bergolek lagi punggungnya..... kelakar betul gayanya!

Namun Tie tak tergamak nak tanya perubahan diri Rashid tu. Walaupun begitu hati ini selalu tertanya2, malah ada juga mendengar cerita2 tentangnya.

Suatu hari, Rashid datang dan bertanya,
" Akak pakai cream muka jenis apa? Kulit akak licin laa..." (ini bukan iklan tau! Hi hi....)

"Olay, laaa... kenapa? Nak cuba ke? (saja nak usik...)

"Akak nak tengok tak gambar pengantin saya?"

"Hah? Bila masa pulak Rashid kahwin??" (memang bengong betul tika itu!)

" Kahwin olok2 laa.....tunggu, ek. Nanti Rashid pergi ambik!

Rashid terus pergi meninggalkan Tie terpinga2 sendirian..... Biar betul budak Rashid ni!

Tiba2 dia berlari datang membawa sekeping gambar. Tie terbeliak tengok gambarnya. Betul laa...!! Dia pakai baju pengantin! Gaun pengantin warna putih lak tu! Rasa loya pulak lepas tu.......

Rashid tersengih2 kat Tie. Tie cuma mampu tersenyum. Masa tu Tie sendiri masih muda. Tak tahu nak nasihatkan dia. Tak terfikir pun.

Rashid bercerita pelbagai kisah golongan maknyah ni. Pelik betul corak kehidupan mereka.Ada yang sanggup keluar duit beribu2 RM untuk buat operation di Thailand.

Ada juga yang makan pil hormon supaya dapat bentuk tubuh seperti wanita. Tie cuma ternganga je tatkala mendengar celotehnya.

Tak tahulah kisah Rashid ni sekarang. Dia sebenarnya seorang budak yang baik. Tak sangka pulak boleh jadi gitu. Sebelum itu dia nampak seperti lelaki normal. Nakal dan gemar usik Tie dan kerani2 tu.

Tapi, sejak jadi 'pengantin' tu, dia bertukar kepada Rashidah sedikit demi sedikit, dan sensitif pulak tu! Mengalahkan orang perempuan.

Mungkin kerana pengaruh kawan? Tak tahu laaa..... Kesian lak.... Rasa kesal kerana tidak berupaya menasihatkan dia. Harap2 dia kini sedar dan insaf.


P/s: Ada golongan yang dilahirkan lembut, berjaya kerana pandai guna kemahiran dan minatnya, dengan cara yang halal. Itu buat Tie kagum. Mereka juga boleh hidup bahagia dan berkeluarga.

Tetapi ada juga yang tidak dapat kawal kehendak dan nafsu termasuk dipengaruhi kawan, lalu terus melakukan perkara2 larangan tu. Golongan ini perlukan bimbingan. Tapi siapakah sudi menolong mereka tu, ya?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...