Thursday, February 5, 2009

Apa Sudah Jadi?

(Shy girl from Swat, originally uploaded by KamiSyed.)

Bukankah gadis2 seharusnya sentiasa kelihatan comel, menawan dan pemalu?? Ke , cuma makcik kolot ni je yang fikir begitu?

Entahlah, ekk. Tie lihat, girls sekarang semakin berani. Di bangku sekolah lagi dah mula antar surat cinta.... antara mangsanya anak teruna Tie tu laa... Oleh kerana boys lambat matang, Tie tak de la bimbang sangat.

Tapi bila naik sekolah menengah, keadaan jadi lebih teruk. Yang senior tu dah pandai ngaku kakak angkat ! Risau sebenarnya, sebab selalu calling2 kat rumah ni. Bila Tie yang jawab, caller tu bisu . Tapi bila dapat bercakap dengan anak Tie tu, amboi...berjam2 lamanya. Masa tu dah dekat PMR. Tentulah rasa bimbang, kan....

Bukan apa, seorang cikgu displin pernah warning kat Tie, ada girls yang tak dapat kawal nafsu (kerana sejarah hitam), cuba pikat boys ni ........ Adooii!! Macam mana ni??

So, terpaksa slow talk dengan anak , "Kalau nak cari girlfriend pun, tunggulah masuk U nanti. Ramai yang comel2 dan cerdik lagik! Perjalanan hidup kan masih panjang.... " (harap tak ada yang kecik ati, ekk. Tapi itulah yang diharap oleh setiap ibu, kan?)

Tapi masalahnya, girls sekarang yang terhegeh2 menonjolkan diri. Baru petang tu Tie dapat terjah (konon nak tiru gaya Nas Ahmad dlm Melodi tu) 3 girls umor 12 tahun, cuba mengurat anak Tie kat bilik atas ... Mereka dok belakang dapur Tie. Tak sempat nak tanya, mereka lari sambil ketawa.... Geram betul!

Ni yang tak best dok kat quarters . Tak ada pagar, jadi budak2 tu bebas berkeliaran . Nampaknya jaga anak lelaki sama susah dengan anak perempuan.

Tie tak kisah, kalau setakat berkawan tu tak menjadi hal... Tapi biarlah setakat kawan sekolah.... Kalau ada perasaan pun, takkanlah tak boleh kawal dan simpan.. jadi secret admirer pun ok...

Tapi tak seronok la bila tengok girls duduk bertenggek kat luar tu, usik2 mana2 boys yang menarik minat mereka.

Rasa kesal, sebab tak tahu nak buat apa. Nak tegur, anak orang.... sedangkan ibu2 mereka tu sama2 tinggal dlm quarters ni. Parents mereka memang tak boleh terima teguran orang yang perihatin. Pernah seorang ibu marah2 bila anaknya diberitahu kuat merokok.

Mungkin orang fikir, alaaa....girls tu saja nak suka2. Atau hormon mereka sedang kucar kacir....Walau macam mana pun makcik kolot ni memang tak boleh terima sikap mereka.

Girls tetap girls. Harus ada sifat malu, lemah lembut dan harga diri. Selalu update tu kat anak sendiri ....... Tie kurang selesa lihat girls yang 'ganas'. Bimbang ianya permulaan kepada yang lebih teruk!

Dan anak teruna Tie? Tie akui, dia sama je dengan boys yang sebaya dengannya. Sedang kemaruk dengan handphone dan software tu.......walaupun dia belum lagi teruja dengan girls, Tie bimbang.....

Sapa2 yang dah punya anak tu, eloklah pantau dari sekarang. Biarpun masih kecil lagi, kita kena ingat, kawan2 mereka adalah antara yang berpengaruh . Kena selalu ingatkan (makcik ni pun sama!) , " Anak, jagalah diri dan jagalah maruah kerana ia adalah yang paling berharga."


P/s: Juga kepada girls (yang masih study atau sudah bekerja) kat luar sana..... Jagalah tingkahlaku sayang ooii! Kalau pun minat kat seseorang, jangan sampai keterlaluan. Usahlah terkejar2.Tak manis laa, Tie pulak yang malu, hu hu....... Kalau dah jodoh (tgk makcik ni), ianya takkan ke mana...hi hi...

Dalam perhubungan, biarlah lelaki yang mulakan dulu. Biarlah lelaki yang lebih sayang kat kita ... ia penting kerana dialah yang akan jadi ketua dalam keluarga nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...