Suka tengok tak cerita Anak Betong yang dilakonkan oleh Sheila Rusly tu? Tie tengok sekali sekala je.... tak de la teruja sangat.
Cuma kisah pohon buluh ni mengingatkan Tie akan satu peristiwa semasa belajar dulu. Masa tu Tie temankan seorang kawan untuk ke koperasi asrama kenanga. Kat asrama chempaka, tempat Tie tinggal, tiada kemudahan itu.
Kawan Tie tu, Ida namanya sarankan kami ikut jalan pintas je. Hari dah malam, dia bimbang koperasi tu tutup. Malangnya jalan pintas itu terdapat rimbunan pohon buluh. Tie memang tak selesa dengan pokok buluh ni.
Sebabnya masa kecik2 selalu dengar cerita kisah hantu.....tak tahulah dari siapa. Perasaan takut tu timbul sebaik saja melaluinya. Dalam hati ini Tie baca surah2 yang Tie hafal.
Entahlah macam mana, malam tu Ida diganggu oleh tangan berbulu. Tie tersedar dari tidur bila terdengar bunyi kecoh2. Bila tengok jam, tepat pukul 12 malam . Ida menangis ketakutan. Mujurlah kami satu dorm bersama2 menenangkannya. Itulah antara kebaikan tinggal di dorm ni.
Adakah peristiwa itu disebabkan oleh pohon buluh itu? Atau lebih tepat lagi setan yang dok kat situ sengaja menguji Ida? Kesihan Ida tu. Dia memang lemah semangat.
Sejak peristiwa itu, Ida berubah, mula2 berjubah, kemudian berpurdah.(masa tu memang pelik sikit tengok orang tetiba berpurdah ni..) Akhirnya dia terpaksa mendapat rawatan sakit jiwa kerana sering bercakap sendirian.
Segala yang berlaku adalah kehendak Allah. Dan berkat doa serta usaha ibubapanya, Ida kembali belajar setelah 6 bulan berehat. Dia kelihatan ceria sekali bila dapat sambung study. Alhamdulillah, Ida dapat tamatkan pengajiannya.
Masa dia sambung study, Tie telah pun tamat pengajian. Akan tetapi, kerana stress, dok melangok kat rumah (kerja susah nak cari, ooii!), Tie pun 'melawat' teman2 kat ITM tu. Maka jadilah setinggan kat bilik Ida tu satu malam.
Setelah Ida keluar , Tie ternampak beberapa botol ubat atas meja. Ida masih lagi ambil ubat2 penenang tu. Hmm...... makcik ni punyalah tongong, oleh kerana malam tu tak dapat tidur dek terlalu sedih, Tie telan sebijik,(tanpa pengetahuan Ida) konon2 dengan harapan dapat mimpi jumpa prince charming.......
Still tak boleh tidur, Tie pergilah kat balcony tu, menung sendirian sambil tengok bulan..... Tiba2 terdengar bunyi riuh..... dan terasa tubuh ni diheret oleh beberapa orang (girls kat level tu). Laaa.......rupa2nya Tie hampir pengsan!(atau tertidur, he he......)
Pil tu punya pasal laa.... Agaknya nak tidur kat balcony, kot! Mujurlah tak terjatuh dari situ...... hmmm.....Lupa pulak nak ucap terima kasih kepada yang menolong tu. Makcik ni masih lagi panjang umur...(tingkat 3 tu....).
Tak sorang pun tahu sebab2 Tie pengsan. Inilah pengakuan Tie yang pertama......... di sini........ Teruk kan? (Aza.....janganlah terkejut!!)
Kali terakhir Tie dapat khabar dari Ida ialah ketika terima kad undangan perkahwinannya....Dia berkahwin lebih awal dari Tie...Tentu anak2nya dah besar sekarang...Harap2 dia bahagia....
P/s : Entry ni tiada niat nak menakutkan sesiapa dengan pokok buluh tu. Tentunya segala yang berlaku, secara kebetulan je. Setan tu ada di mana2....bukan di pokok buluh je.......he he.....
Oh ya, jangan ambil ubat sebarangan. Jangan tiru perangai makcik ni. Tie dah serik laaa......... Kalau rasa tertekan, carilah teman supaya dapat luahkan sesuatu... Atau tulis je dlm blog.....kena kutuk pun tak pe....hi hi........Ada orang nak kutuk ke??