Kita sebagai insan biasa memang tidak akan terlepas dari berbuat silap. Kerana itu, sekali sekala, lihatlah diri sendiri dan perbaikilah mana2 yang kurang.
Begitu juga dalam alam rumahtangga. Perangai dan tabiat kita seharian dirasakan biasa sahaja, sehinggalah berlakuya perkara yang tidak diingini.
Apabila hidup bersama barulah sedar pasangan kita mempunyai sedikit kekurangan, seperti kita juga. Akan tetapi janganlah jadikan ia antara sebab setengah2 isteri suka sangat membebel dan memarahi suami tanpa rasa hormat. Marah depan anak, depan tetamu , malah depan mentua lagi! Melopong orang tua tu!
Janganlah begitu dek ooii ! Seburuk2 suami kita tu, dia lah pintu syurga kita. Berdosa tau! Memanglah rasa marah bila suami suka berbuat selerak, pintu dibuat tempat sidai tuala (sampai naik berkulat pintu tuh!), stokin dicampak merata, kunci kereta pun gitu! Bila nak guna, si isteri juga kena carikan.
Berbanyaklah sabar! Kita boleh tegur dengan baik. Tak perlulah menengking macam singa tu. Hilang pulak keayuan seorang wanita...... Tapi kalau dia tu tak berubah, nak buat macam mana....Itu kelemahan dia. Kalau kita tiada, tentu dia huru hara. Kita ni begitu penting baginya. Memanglah letih, mengutip barang2nya. Terbongkok2, mencari dan menyimpan.... sama seperti menjaga anak2 kecil.
Anggaplah ia salah satu rancangan explore race!! Satu item dapat satu pahala.... kalau 10 item sehari....hmmm banyaklah pahala. Itupun tak termasuk kopinya secawan, cucian bajunya dan layanan 'mesra' kita, kan??
Tie saja timbulkan soal ini kerana ia pernah berlaku di depan mata ini. Suaminya selalu dimarah2 dan diperkecilkan. Lembaplah, lambatlah, macam2 lagi. Memang betul pun. Tie akui, tapi....tak bolehlah marah depan orang dan depan anak2. Kasihan suami dia tu. Sampai anaknya pun dah pandai merungut. Tak baik laa.....
Bila mentuanya tahu, tentulah dia sakit hati. Lalu dia cuba perkenakan si isteri tu (dengan cara yang salah), tapi yang terkena anaknya sendiri, iaitu si suami. Tak pasal2 suaminya jadi bodoh.
Tie tak sampai hati tengok suaminya menung sana sini. Tak ceria dan peramah seperti dulu. Sedih gak. Namun , syukurlah......sekarang nampak ok sikit. Tu pun selepas beberapa tahun. Harap benar si isteri itu sedar. Tie pun rasa insaf ni.
Tuhan jadikan pasangan kita saling lengkap melengkapi. Kalau kita sorang yang rajin, mungkin suami kita sedikit pemalas. Kalau kita kuat berbelanja, mungkin suami kita seorang yang cermat. Dan kalau kita ni becok tak menentu, mungkin juga suami kita seorang yang pendiam.
Walaupun begitu , ada juga pasangan yang sehati sejiwa....itu pun tentu ada hikmahnya. Terimalah pasangan kita seadanya.
Hmm......pada adik2 yang masih single lagi tu, belajarlah dari pengalaman ini. Hidup berumahtangga ni ibarat mencari harta karun. Ada masanya jumpa emas.....ada masanya jumpa tulang ikan je...hi hi.........
P/s : Kepada para suami tu.....jangan ambil kesempatan pulak! Hargailah penat lelahnya. Kalau tak boleh membantu, jangan pula menganiayanya. Takkan tak sayang kat isteri tu......? Kesian gak!
P/ss: Maaflah jika entry ini menyinggung sesiapa. Tujuannya hanya untuk menginsafi diri sendiri dan mungkin sebagai ingatan buat yang lain. Tie tahu, tak semua orang berpeluang hidup berpasangan atau kekal berumahtangga. Tuhan itu maha adil . Insyaalah, rezeki tu ada . Kalau tiada di dunia ni, semestinya dia sedang menunggu di pintu syurga.......